kinetik fikir
Ada perhitungan pada setiap nafas yang kita hela dan telah disempurnakan hidup kita dengan tertibnya.
Diberikan udara yang baik memasuki rongga dada.
Dialirkan darah dalam nadi kita.
Diserikan wajah kita dengan senyuman indah.
Dibiaskan cahya pada mata yang berkaca.
Disegarkan minda untuk meneroka.
Dijanakan tenaga untuk kelangsungan hidup kita.
Diisi raga hati dengan penuh rasa cinta.
Diselubungkan jiwa untuk mengecapi bahagia.
Dilunakan suara untuk berbicara.
Dilampiaskan nafsu untuk merasa nikmatnya.
Diserapkan ingatan pada kenangan yang tercipta.
Dilimpahkan dengan rezki yang melimpah ruah.
Pokoknya apa saja yang terbaik terpamer pada kita dan meletakan sisi gelap kita pada tempat lain,itu harus kalau mahu mensyukuri rahmat-NYA.
Tapi kita masih lagi menjadi seorang yang alpa bahwa kita ini diciptakan sebagai hamba.
Sebagai hamba yang tangannya sentiasa ditadah untuk berdoa.
Sebagai hamba yang mengerti bahwa dunia ini tercipta bukan untuk dirinya sahaja.
Kelihatan,semakin kita menuju kesempurnaan.
Semakin terserlah kelemahan dan kekurangan kita.
(Tidak lah Engkau jadikan semua ini sia-sia(Al Imran : 191)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
44 comments:
tiada suatu pun yang dijadikan oleh Allah SWT melainkan berserta dengan hikmah.
kena duduk diam2 & kena fikir dalam2.
suka entry ini.
infO yg menarik..
thumbs up! ;)
sentiasalah perbaiki kelemahan diri.
semoga hari ini lebih baik dari semalam.
:)
terkedu kejap dgn kata2 n3 ni~
kita perlu selalu muhasabah diri... selalu menuntut ilmu.. baru kita tahu yang kita ni serba kekurangan...
B loike dis entry my dear...thumbs up skali lg...!!!!!! :))
memang tak ada yg sempurna
Kerana itu, yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu kita sendiri yang lakukan. Bersyukur sentiasa, jangan pernah merungut. Terima seadanya, jangan pernah takut. Kerana Allah itu Maha Tahu apa yang diberikan pada kita.
Btw, nice entry bro. Kau buat aku berfikir sejenak pagi ini. (: Terima kasih ingatkan aku pada Tuhan yang telah banyak memberikan pinjaman kepada aku.
kemajuan dicapai utk mengatasi kelemahan.. tetapi ada yg tersilap langkah
tiada kata secantik bahasa...nice entry beb...^^'
tak ada manusia yg sempurna
jika ada pun sempurna tu bukan kita, tapi milik DIA ...
ctpayong
tafakur & muhasabah
Cik Diana
masih usaha perbaiki
Robot | Sakti
diusahakan sedaya mampu..
Mendalam kata-kata ni...
Walaupun kita tidak sealiran tetapi tujuan hidup tetap sama.
Perlu diingat bahawa tiada seiapa yang sempurna 100%...
Rupa paras, pangkat, taraf hidup mungkin sempurna 100% tapi amalan hidup bagaimana??
Gayahspears
Faham dengan tak faham jer kan..hehe
Encik MamaT
Banyak yang perlu dipelajari keduniaan nih.
ayu
B amik lha simpan sebagai nota.hehe
Sang Cerpenis bercerita
setuju Mba Fanny.
Nasz
sama-sama kita mengingatinya Nasz..
StellaClaire-Richard
seringkali begitu jadinya..
grOundnUt
kata-kata yang diperindahkan.Mekasih bro.
kerangRebus
Kembali kita menyerahkan pada yang HAK..
Sumandak Kinabalu
Memang betul tuh Jane..aku percaya yang membezakan kita cuma amalan.
nice..
sebagai ingatan bersama ;D
bla biskut berkata2 dengan penuh madah,
marie pun tergoda dalam senyuman,
jadilah, biskut marie..hahahha
penuh maksud kate2 nie..sebagai manusia kita kenalah sentiasa beringat dan jgn alpa
♥-- emieysandra --♥
sama-sama kita beringat.
p[A]n[A]d[O]L
ko membuatkan aku tergelak lagi Pan..huh
one2paii
dah namanya jugak manusia kan..
bai aku susah sangat nak terjah blog kengkawan sebab kelembaban tenet aku yg melampau tahap giler tapir punyer...huhu
A moment in silent (think)
hendaklah selalu berdoa...
doa juga senjata kita
emakin kita menuju kesempurnaan.
Semakin terserlah kelemahan dan kekurangan kita << suka yg ini
aku rase macam tengah baca buku ramlee awang murshid.huhu. bahasa bukunya ala-ala macam ni bisk. nice 1. keep it up bro.
bisk,
aku suka yg ni...
"Kelihatan semakin kita menuju kesempurnaan,
Semakin terserlah kelemahan dan kekurangan kita"...
sungguh terkesan kata2 ni...
thanks bisk...
fzikuz
silent too
achmad
pasti...
Sasa Al-Sharif
suatu yang normal...
che fara a.k.a fanadz
Really..?nampaknya aku kena lagi kuat berfikir.hehe
white rose
terkesan jugak untuk aku..
wow...hebatnyer gaya bahsa awak.
kagum betul biler baca o.O
kena sentiasa sedar kita ini hamba - itulah pentingnya sembahyang dengan kusyuk - bila kita sedar kita akan lebih menghargai apa yang ada dan siapa kita
.::: Princess MOMOY :::.
Biasa2 jer MOY..takde hebatnya.
ERMAYUM
baik lha Erma,akan diingat selalu.
Post a Comment