cast away....





(Trouble is a friend-Lenka)
 (Untuk kamu  Kyra Ismera Jangan besedih..bukan semua grup musik kekal selamanya .)

 Berkata seorang cucu kepada kakeknya saat panas mulai pijar selepas hujan..
"Hey kek,tengok tuh ada pelangi,wah indah sungguh...."

Kakek itu mengusap kepala cucunya seraya berkata...
"Itu cuma sebentar saja cu..Kamu lihat warnanya..semua berbeda-beda walau berada dalam gelongsor yang sama..kalau hilang satu warna,hilang meriahnya."


Temanku...kalau mahu digambarkan dunia persahabatan itu terlalu banyak personafikasinya.
Mahu lebih akrab lagi,jangan berbisik berdua ketika bertiga.Jangan makan lain pinggan kalau lauknya cuma satu.Jangan tidur beralas lengan kalau bantalnya cuma satu.Kalau sakit peha kanan jangan dicubit peha kiri kawan.Ah,kalau diukur soal berkawan jangan sampai salah faham.


Ya,tidak semua dunia persahabatan itu indah belaka.Bukan semua bisa dikongsi rasa.Merajuk hati kekadang pendam sampai ke mati.Sekali dikenang bagai hati ditusuk pedang.Kalau kita ada harga diri buktikan kita mampu berdiri sendiri.Hari ini bukan kita seorang saja yang bersedih,mugkin besok lusa kita pula yang ketawa gembira.Masih luas perjalanan kita di hadapan.Masih punya kesempatan untuk satu perubahan.


Hurmm..maafkan saja deh.

34 comments:

Unknown said...

slalu menolong tu amalan plg baik dlm persahabatan.. :)

kak gojes said...

kawan makan kawan ada juga..tak suka spesis ni

white rose said...

bisk...aku suka sangat ayat2 nih...
aku juga punya masalah ini...

ya, masalah persahabatan...
persahabatan yg tak mampu tuk aku rungkaikan...

terima kasih bisk kerna memberikan aku semangat...

ANIS HJ SUKARTI said...

saya suka kata-kata tu...

pelangi yang indah itu hadirnya sementara..

bunga yang mekar juga akan layu akhirnya..

ingatlah bahawa yang kekal di dunia hanya 1, tuhan yang esa....

Anonymous said...

bila susah cari kawan
bila senang lupa kawan...

jgn jdi begitu...

Kyra Ismera said...

Ya Allah!!
terima kasih tuhan kerna hadiahkan aku sahabat sepertimu!

thanks sgt2..u helps me a lots

sarah-najwan said...

sahabat yg baik..sahabat yang menjaga hati sahabatnya
walaupun dia yg terluka

takmo ada tikam belakang..
parah rasanya..ditikam sahabat baik sendiri..huhu

semua itu jdkan pengalaman dan panduan utk bersahabat..

grOundnUt said...

jadikkan ia sebagai pengajaran...dorang time senang aje suka nak berkawan ngan kita...
Your Entry same as mine...
http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/2010/09/kawan.html

Asri Alam said...

barangkali suda resam berkawan. tapi mengapa perlu berdendam sedemikian. kerana setitik kesilapan, kita lupa segala kenangan lalu

sud@is said...

best n3 ni
hargai persahabatan
bukan berkawan semasa senang shj
kawan sejati sudah dicari

Khairy said...

bukan senang nak cari orang betol2 boleh dijadi kan sahabat...kena hargai apa yang ada...

Nasz said...

Persahabatan itu sungguh indah sebenarnya.

shorofalquran said...

blogwalking and follow

kerangRebus said...

paling menci....kawan yg suke mengungkit apa yg pernah dia buat utk kite...demm it ! sory tumpang marah here..hehe :)

ghost said...

Heidi Shafiq

itu kerjasama namanya D.

ghost said...

Eryati

itu juga paling teruk rasanya.

ghost said...

white rose

owh WR...aku berharap ia tidak mudaratkan kau.Thanks gak utk WR.

ghost said...

nadzirah aqilah

kita boleh gambarkan apa sahaja.Bukan saja2 diciptakan setiap kehidupan dan kejadian.

ghost said...

achmad

sudah jadi normal Mad.

ghost said...

Kyra

Ah,ini tidak sebarapa Hanis.Namanya jugak kawan.Sebab itu aku cintakan dunia blog sebab kita tidak pernah memandang pada rupa atau kedudukan dia.Aku mahu melegakan sedikit apa yang semakin membara.jangan apinya terlalu marak dan merosakan segalanya.

ghost said...

sarah-najwan

betul kak sarah..saya jugak menulis bukan sebarangan menulis kalau tanpa ada pengalaman pada diri sendiri.semua ini telah saya alami terlebih dahulu.

ghost said...

grOundnUt

sikap manusia itu begitulah groundnut.

owh ya,aku dah baca entry kamu yang dikatakan sama semalam.Konsep sama,soal kawan tapi jalan penceritaan berbeda deh.

ghost said...

Sasa Al-Sharif

Hmmm...aku setuju kalau kita tak perlu berdendam.dendam membuatkan hati kita lemah.

ghost said...

S..U..D..@..I..S

susah dan terlalu sukar sekarang nih cikgu nak cari macam apa yang cikgu cakapkan.

ghost said...

Khairy

sama seperti sudais..kita cuma perlu berkawan begitu jer,tak leh anggap lebih2,nanti bila jadi apa2 antara keduanya..dendam lebih membara.

ghost said...

Nasz

indah bagi yang mampu kekalkannya

ghost said...

shorofalquran

ya dipwersilakan

ghost said...

kerangRebus

owh kalau yang itu memang cukup bengkek...lupus semua kenangan.

beautiful_rose said...

aku pernah patah hati kerana terlalu baik hati dengan kawan.

anntaj said...

berkawan biar seribu...tp kalau sorang macam makan kawan rase cam ohhh malang sungguh...

biarkan kwn cam tue...

ghost said...

beautiful_rose

Bisk jugak begitu.sebab tuh apa yg bisk tulih itulah pengalaman bisk sebenarnya.

ghost said...

anntaj

bukan setakat malang tapi rasa bego sangat.

Anonymous said...

Di kala kulihat namaku ditag, ada lagi yg mengingati diriku rupanya. terkadang rasa diri yg sudah menyepi tidak mungkin diingat lagi. terima kasih..

bersahabat bukan mesti selalu bersua, bukan mesti selalu bergurau senda, bukan mesti selalu ada.. tapi selalu diingatan, selalu dalam doa..

-asada yg ensem, comel, baik hati, peramah dan sopan santun-

Kyra Ismera said...

Bisk, terima kasih. Asada, terima kasih.