Jatara-bukan untuk manusia dipersamakan


Terasa kecil dan terbiar kita berada di permukaan yang luas
Sekonyong-konyong merasa terapung dan merentasi garisan
Tanpa sempadan terus-terusan terlambung
Semakin lemah,lemah dan lemah...
Pengharapan cuma pada hentian di pulau-pulau yang sementara...
Aduhai buana...kau bagai lautan yang mengoleng aku tanpa tujuan..

Namun..tidak sekali-sekali aku membiarkan diriku serupa kayu buruk yang hanyut di tengah-tengah lautan.Aku tidak mahu lemah dan hanya mengharap akan terlempar ke tepian.Kerna kepercayaan aku keluar dari kelemahan dan kebejatan hidup suatu yang aku yakini mampu aku lakukan.Justeru bersamaan dasarnya fitrah manusia itu dicipta bukan hanya membiarkan rencana takdir terusan memamah kendiri.Kita ada perjuangan toh untuk kehidupan hari ini atau juga akan datang...
Persis kayu buruk di tengah lautan..Yakini kita tidak mahu berlaku seperti itu..
Selayaknya kita manusia masih diberikan minda yang berfungsi..
Selayaknya kita manusia yang tau hati kita masih hati manusia..
Makanya..perlakukan itu toh selayaknya selagi kita bernama manusia..

Siapa yang mahu menjadi kayu buruk yang hanyut?
Tidak sekali-kali menjadi benda yang terakhir untuk dihitung...

20 comments:

Robot | Sakti said...

wa mahu menjadi insan cemerlang.
tak mau jadi seperti kayu itu.
terbiar dan masih mencari tepian.

LadyBird said...

hidup akan diteruskan walaupun pelbagai badai yang menghalang..
akan ku harungi segala rintangan dan halangan tuk menjadi manusia yang cemerlang akhirat dan dunia.. jadilah insan yang CEMERLANG< GEMILANG dan TERBILANG..

chaiyok3x..

StellaClaire-Richard said...

jgn jadi kayu buruk..
yeay 1Malaysia.. (aih ada kaitan ka ni hehe..)

noreed said...

dasat kata2. semoga kita semua tak jadi kayu buruk.

nfatin said...

yup..
kita manusia yg punya akal dn minda..
berjuang sampai ke akhir..

xnak jadi seperti kayu buruk.. hanya mengikut arus air.. =)

Miss PIJAOSIX said...

jauh beza kalau nak banding kayu dengan akal fikiran yang Allah dah bagi..:)

hentakbelipat said...

deep and nice...

Fizah Ibrahim said...

memang pandai dalam berbahasa..indah susunan ayat..=)

Haw said...

mendalam sungguh coretan si biskut nih!

Sumandak Kinabalu said...

Apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan. Jangan bergantung kepada nasib semata-mata. Tuhan memberikan kita akal, fikiran dan anggota yang sempurna. Jadi berusahalah sebaik mungkin untuk menggemudikan kehidupan tanpa membelakangkan Tuhan dan kepercayaan masing-masing.
Jatuh bangun adalah lumrah kehidupan. Yang penting jangan sesekali mengalah biarpun taufan melanda...

ape2 jer said...

sobss..

ghost said...

ROBOT|SAKTI:
semangat ko robot..hehe



LADY BIRD:
Hidup mesti diteruskan.Kata2 azimat nie.

ghost said...

STELLA CLAIRE:
haha..ya kita 1Malaya.


NOREED:
Harapnya begitu..Thanx yar.

ghost said...

PENA:
Itu lar yg akan dilakukan.berjuang!


~PIJA~:
Allah jadikan kayu buruk untuk manusia yang berakal ini mampu menilainya.

ghost said...

HENTAK BERLIPAT:
ya..Tima kasi.


SAKURA:
Hmm...mungkin selalu praktik kot.hehe

ghost said...

HAW:
owh..terima kasih bro.Aku juga masih perlu diajar.

ghost said...

SUMANDAK KINABALU:
Ya sumandak..kata2mu juga menjadi satu nasihat dan pandangan berguna.

ghost said...

MISS...:
Kamu sedih ya?napain?

Robot | Sakti said...

wa memang semangat kalo kena caranya.
hahahaha

:D

ghost said...

ROBOT|SAKTI:
macam tue lar...semangat semakin membara