Kosong bukan angka...



Aku betul-betul terlupa bila kebosanan menghimpit hariku..
Terlupa bahwa aku perlu lakukan sesuatu
Kebosanan ini andai aku biarkan ia memakan sedikit demi dikit jiwaku
Lantas membentuk satu kerajaan yang aku tidak punya kuasa di dalamnya..
Malah untuk jadi hulubalang pun belum tentu..
Maka aku jadi rakyat pemerhati yang lopong..
Kosong...

Kerna itu aku mencipta dunia ku yang riuh..
Bukan dalam tidur ku yang membuat tubuhku lenguh..itu duniaku yang lesu.
Kalau dilihat dari sudut yang berbeda,duniaku cukup lengkap..
Apa saja yang ku mahu hanya perlu aku kedipkan mataku..
Hanya perlu hati ku berkata.."kau wujud di mana keberadaan aku.."
Di situ terpamer satu bayangan bisu..
Tapi masih bisa buat aku tersenyum... 

Meski begitu...kalian perlu tahu jalan keluar dari dunia ciptaan kalian..
Terlalu asyik akan memberi impak kealpaan..
Kerna aku risau kalau bila saja aku sedar..
aku terlalu banyak kehilangan.


Kendian aku tidak punya apa-apa sekali lagi...

36 comments:

Unknown said...

met hari minggu.

Hanim Mahali said...

kita perlu hidup atas dunia nyata ... hadapi segala realiti yang mungkin hanya sepi ... ^_^

p[A]n[A]d[O]L said...

sriusly,
aku suka baca n3 ko..
best..

mcm puitis, tp x jgk
mcm jiwang, tp x jgk.
kiranya mcm ada seni dia la..
ehhehe

**jan ko kembang2 cna.. tp ssh wo aku mo puji org, krnya mmg best la nie bab tue aku puji. ;p

The Official Miss CHEKLEEN said...

anda ditag...mekaseh

http://misschekleen.blogspot.com/2010/10/tag-mencari-identiti-blogger-bernama.html

ghost said...

SANG CERPENIS:
Met sore Mba Fanny..

ghost said...

GADIS H:
kita mmg berpijak dalam dunia realiti tetapi sesekali kesepian membuatkan kita berada dalam ilusi.

ghost said...

PANADOL:
aduhai..ko telah memuji ku bagai aku seorang penyair dan pemuisi.aku cuma orang biasa yg ada sisipan seni mini.

ghost said...

MISS CHEKLEEN:
waduh..aku ditag lagi...thanx yar

Nasz said...

Aku sering mempersoalkan hidup aku yang begitu. Kamu masih bersyukur tidak lagi memasuki ke dunia itu. Aku sudah terlajak ke tempat yang aku sendiri tidak nampak bayangku sendiri. Sudah jauh. Mahu berpatah balik kira aku ingat pula jalan pulang. Ahh dunia globalisasi sering memakan diri setiap manusia cuma kuat atau tidak manusia itu untuk lawan dari di makan keduniaan.

Terima kasih kerana membawa aku pulang ke realiti aku. (:

MAZHA said...

salam, cukup puitis dan mendalam maksudnya....saya tak pandai bermadah sebegini rupa...

Robot | Sakti said...

yang komen leh katakan semua kaki seni.

aku bukan insan seni.
hanya nampak apa yang didepan mata sahaja.
belum mampu melihat dengan hati.

kalo bukan angka, kosong tu maksudnya macam sunyi ke der?

hehehe

diba said...

pndai ye bsikut karang ayat..puitis..he hidup kite bukn sndri..so kite xkan rasa bosan bile brteman

RAJA FIQ said...

kosong.. 1 kalau ada kosong dibelakannye, jadi 10..

:)

StellaClaire-Richard said...

Nice words.. :)
I admire this..:)

ghost said...

NASZ:
Ko semakin berpotensi menjadi seorang penulis.U have talent nasz.wah,ko mesti teruskan dengan penulisan ko.

ghost said...

ABHAMZ:
Bro..sebenarnya tak puitis mana pon.sy cuma mengolah dalam bentuk yg rumit.n ia bukan satu madah pon.btw,thanx bro.

ghost said...

ROBOT|SAKTI:
aku pon bukan insan seni bro..aku tak dilahirkan sebagai orang yg punya darah seni.
tapi betul ko teka..kosong itu kesunyian(kalau dilihat dr sudut yg lain)

ghost said...

DIBA:
thanx yar diba...mgkn terlalu byk praktis kot,hehe.soalnya sekalipun kita ada teman ada masa2 kita bersendirian jgk kan...

ghost said...

RAJA FIQ:
tapi sebutan dia bukan kosong kan...hehe..sebut tetap sepuluh bukan satu kosong.

ghost said...

STELLA-CLAIRE:
i admire u too.hehe

Anonymous said...

kosong bkn angke..tp anti..hehe..

xkane said...

di bawah kosong adalah -1..so biar jiwa kosong, jgn jiwa -1...apa maksudya tu...aku pun nda tau..heheheh

~tYa~ said...

Best2!
Thumbs Up!!
Tia suke bace ayat2 biskut!!
Nyum2..

Miss FZ said...

memang ayat ko power dude.aku seorang yg straight forward. aku tak pandai sangat bersastera.
juga tak pandai berpuisi dan puitis.
tak ketinggalan lambat memahami ayat2 sastera macam ni.
tapi sekurang-kurangnya, aku cuba. kan?

Nasz said...

Haha~ Terima kasih bro. Aku menulis bukan untuk jual puisi. Aku menulis kerana aku suka. (:

kak gojes said...

aku suka tajuk entri ni...tapi apasal kau tukar balik URL kau ni?

ghost said...

ERYATI:
ntah kenapa aku terfikir untuk tukar.Tapi rasanya yang sekarang lagi ok.

ghost said...

d 4 DAHLIA:
erk...anti?

ghost said...

XKANE:
haha..ko jangan konpiuskan diri ko xkane.

ghost said...

~TYA~:
aduhai thanx yar...

ghost said...

FANADZ:
nak kata puitis tue tak gak aku rasa..aku menulis macam nie pon bukan sebab aku pandai sastera,tapi ntah aku ada ilham bila aku dengar cara percakapan ayah aku masa dulu2.Btw,thanks coz masih cuba utk faham.

ghost said...

NASZ:
jangan risau aku takkan kata ko jual puisi.mungkin cuma cara kita sealiran.

beautiful_rose said...

ada masa2 tertentu aku mencipta dunia sendiri kerana mahukan sedikit ruang untuk diri sendiri.

sembunyi mungkin pilihan yang tepat.

ghost said...

BEAUTIFUL ROSE:
semua kita ada dunia sendiri.Memang kita jadikan tempat persembunyian cermin sisi kita.

Encik MamaT said...

yang aku tau kosong tu tajuk lagu dewa kan...?

Sumandak Kinabalu said...

Warnakan hidup anda dengan warna-warna yang menarik. Don't ever have a dull life. Jiwa pun kena sentiasa aktif. Jangan biarkan kosong kerana perasaan aneh akan mudah bertandang dan susah untuk diusir.