Sunyi...?


Kembali aku merenung langit-langit kamar ku yang panjang..Seakan sama setiap hari seolah-olah aku terkurung dalam putaran masa yang berulang.Merebahkan diri di tilam ku yang keras seolah-olah aku terlalu lama merindui belaian2nya..Dia begitu menghangatkan aliran darahku..nafasku tak pernah tersekat dan ghairahku panas..Tapi hati ku berangin..dingin.

"Hey Phan,ko nak jadi penunggu bilik ker..Hahaha.."

Suara Malau(Shahrul)memenuhi ruang khayalanku..membuatkan semuanya jadi kabus..Hilang.Ah,suara Malau lebih power dari gangguan Si Fishball yang mengigit cuping telingaku,yang menjilat mukaku..yang laparnya sudah terisi.

Hmm..Aku tak tau ke mana harus aku merewang di hujung minggu begini.Lagu Simbok dari group Antiacne menjadi santapan telingaku pagi ni..Nescafe panas mengalir dalam usus2 ku.Darahku menjadi panas selepas dingin semalaman..Asap tembakau Winston berkepul keluar melalui bibirku yang kering dan kelam..Kalau lar Si Fishball boleh menyedut virus kanser nie,sudah tentu aku akan berkongsi dengannya..Biar kami sama-sama berborak tentang hidup kami akan datang.Khayal..!Sasau..!Hidup sepanjang hari ni pun belum dihabiskan.

Kesunyian di mana2.Sengaja aku membiarkan SonicGear Evo5 ku tanpa suara supaya aku boleh mendengar nafasku sendiri..Ah,aku hilang kata-kata...Biarkan dulu.

No comments: