Si Penulis Hantu

Semalam entry title aku yang nie patut dah wajib tayang kat blog aku tapi atas sebab2 kesilapan aku terpaksa delete..

Aku bukan lar pengkritik filem yang hebat macam yang lain2 tapi aku jugak salah sorang yang cukup obses dengan filem2 tak kira dari Hollywood atau British Columbia.Aku mempunyai banyak koleksi dvd yang aku simpan dalam kotak kasut Nike aku.Apa pun harus bagi peminat2 filem tahu kualiti yang baik untuk dijadikan sebagai santapan mata dan akal fikir mereka.

Terbaru aku dapatkan dvd filem yang telah berapa bulan ditayangkan di seluruh USA dan UK.Tapi rasanya di arena pawagam kita ia tak kelihatan malah promosi2 di media jugak tak ada.Filem yang diadaptasi dari novel hasilkarya Robert Harris nie cukup membuatkan kita turut sama membongkar misteri yang berlaku di sepanjang perjalanan cerita The Ghost Writer nie.


Director: Roman Polanski
Starring: Ewan McGregor
          Pierce Brosnan
         Olivia Williams
         Tom Wilkinson
      Robert Pugh

Mungkin sesiapa yang menonton filem nie akan rasa nak tukar tengok cerita lain pada mulanya..tapi sekiranya kita fokus kita seolah-olah adalah si penulis hantu tersebut.Dalam masa kita cuba menulis kita tak akan sama sekali membiarkan kita berada dalam persimpangan persoalan dan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan,membongkar dan mengetahui siapa dalang di sebalik konflik yang berlaku.Filem ini jugak mengambarkan tentang pengkhianatan,kecurangan,penipuan seorang wanita yang begitu hampir dan cukup kita kenali.

"I feel like the wife of Napoleon on St Helena"-Ruth Lang(Olivia Williams)

Di sebalik kejayaan dan kejatuhan seorang lelaki itu berdirinya seorang perempuan.

Selanjutnya anda saksikan sendiri dan buat penilaian sendiri.Karang kalau aku cerita sampai ending filem nie,tak syok pulak seolah-olah ketika kita baru menikmati satu2 filem tiba2 pulak wujud si penglipur lara tak bertauliah dekat kita..Sakit hati wooo....rasa nak bagi sidekick jer kat dia.

2 comments:

fndrocka said...

Rasa cam nak cari novel citer ni

ghost said...

mgkn leh cari kat mana library yg besar kot..rasenyer lar..