Biz Ranap Dan Pitam!

1 lagi mesej singgah dalam inbox conversations handset aku..

Mesej yang bekait dengan mesej2 sebelum nie..

-Info terkini:
"Memang sah konspirasi menjatuhkan One Team dan Natstar dari perancangan CDuke Syahidan dimana semalam mempengaruhi 10 orang pelajar buat aduan ke atas Friends club dan One Team menyatakan kpd polis Bukit Aman kita bermain skim pelaburan dan memaksa orang buat loan."

One Team?

Natstar?

Friends Club?

Sapa mamat nama CDuke Syahidan?

Utusan Malaysia-Khamis 29 Julai 2010/17 Syaaban 1431
-SKIM CEPAT KAYA TUMPAS-
Ketika serbuan dilakukan 59 ejen berjaya diberkas dan disoal siasat oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK),Polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan di beberapa restoran di Mentari Court,Bandar Sunway,Petaling Jaya.

Turut sama disita kereta2 mewah macam BMW,Nissan Fairlady,Toyota Alphard,Mercedez-Benz,Audi.Dengar citer ada 18 buah sumer kena sita.Banyak tue siut....Tapi apa ku kesah...

Mesti sumer pelabur2 dalam skim yang dowang kata macam MLM(Multi Level Marketing) jadi terponggah kerisauan mendengar berita tergempar yang menghiasi muka depan berapa akhbar kontemporari..Berpeluh ketika berada dalam bilik aircond,sejuk macam nak demam ketika berada di bawah siraman cahaya matahari...degupan jantung lebih laju dari sebelumnya...Ada yang cuba bersikap biasa..berlagak konon tak ada apa2..Tak melibatkan yang lain...Tak jejaskan keseluruhannya...Yang melabur dengan amaun yang besar..harus pitam!Aliran darah sudah memenuhi ruang kepala..Sarat!

RM12k - RM41k!  Modal pelaburan untuk kaut keuntungan.Sistem sumer sama jer..cuma cara masing2 yang berbeza..

Upline - Downline!

Sapa wanita seksi yang dicari..Amalina?Adakah dia 'jalang' bagi ejen2 nie..atau lebih sopan dipanggil 'Dalang".

Sapa pulak CDuke Syahidan?-Aku masih tak tau sapa mamat nie...

Natstar?-Ketika aku baca dalam web KPDNKK, syarikat Natstar yang menawarkan product untuk orang2 sakit dan bakal sakit nie telah ditamatkan kontrak sejak 14 Jun 2010!.Aku sendiri belum tengok product nie.Kenapa aku mesti nak tengok?

Dan kenapa aku mesti tulis benda jahanam nie dalam blog aku?

Adakah aku sebahagian orang yang terlibat sama dalam sistem MLM yang dikatakan sistem cepat kaya nie?

YES!Aku penah dan sedang berada dalam golongan2 nie...Aku masih lagi menjadi ahli sehingga kini dan menunggu masa untuk menghilangkan seluruh kepercayaan aku pada sistem yang aku rasa akan hancur dan tenggelam!Aku sudah tak yakin tanpa kira siapa pon orang yang menyeludup aku ke dalam arena nie...

Positif?Harus positif!Apa jua yang berlaku harus diambil pengajaran..tak kira berapa kali pon merasainya.

Secara tak rasmi aku istiyharkan blah dari biznez nie...Mampus lar!!

Tapi aku masih fikir satu perkara....Aku mangsa atau pemangsa?

,

No comments: