Singkat Tapi Memenatkan


22hb Julai 2010-Khamis(10.30am)
Perjalanan dan urusan yang sepatutnya mengambil masa yang singkat akhirnya terpaksa memakan masa yang lama dan memeritkan...letih...berpeluh..seperti kembara dari satu tempat ke satu tempat...


Semuanya punca keta 'kantoi' di Perhentian Ladang Bikam..ketika dalam perjalanan membawa kawan ke KL untuk satu urusan yang rasanya tak akan memakan masa yang lama.Pergi balik jer lau ikut plan..Keta masuk spital kat Sungkai..Kena tarik oleh pomen yang sentiasa tunggu peluang nak dapatkan komisyen dari pengusaha bengkel.Tau sangat aku pasal nie..ape tak nya,aku dah penah kena 4 tahun yang lepas.Mau terburai isi perut dompet aku sampai aku dah mula patah hati nak pakai keta.Mau jer lepas tue aku pakai motor cabuk jer..lantak lar.
Masa aku duk kat bengkel geng Yennadey(saje jer aku bagi nama nie...jgn buat isu plak)aku tengok pomen nie abih buka semua.Aku cakap baiki yang rosak jer,tak perlu nak turun sumer mak moyang enjin ke aper..Aku sebenarnya panas hati tengok dia keje,slow sangat..dah lar kitaorang ada urusan kat KL,petang dah mula mengetuk pintu siang dah,jap lagi si kelam nak amik sewa waktu.Memang tak sempat lau cara dia nie macam nak pow jer kitaorang.Apa lagi bagi tinggal keta lar,gerak terus ke Tanjung Malim naik bus kat Sungkai.
Hari dah lepas asar masa sampai kat Tanjung Malim.Makan dulu.Penting.Lapar.Sejukan Hati.Kawan aku dah mula mengunakan sempoa dalam pala otak dia.Hitung berapa banyak pulak helaian2 yang harus dilumurkan dengan minyak hitam kat bengkel 'hero tamil' tue..Payah sangat aku suh dia guna kalkulator digital..kan senang aku tengok digit2 yang mula bermain di matanya..."Wah..berbaloinya urusan aku nie..".(tue dia yang fikir,bukan aku)Aku pulak fikir.."Mengamuk plak akauntan kat umah dia pasal duit belanja bulan nie..."Kelam jer aku tengok muka dia...eh..siap leh senyum lagi..bagus!
Sampai KL aku cari bangunan yang ada tertulis perkataan nie..'HOTEL'.Wajib rehatkan diri kat tempat yang ada air-cond.Aku amik untuk aku sorang,kawan aku?Dia aku cuma perlu bagi options.."Nak kurangkan defisit bajet atau nak rasa camna inflasi sifar 1998?"Hahaha..jahat gak aku nie kenakan kawan aku.Jangan pandang aku macam tue..Baik apa aku,aku tak mahu dia tanggung bilik untuk aku bersenang lenang,aku nak kurangkan bajet dia.Lagi pon aku ada hal..aku ada 'buddy' malam nie..hehe..Mesej dah hantar beb,lagi pun kawan aku tue dah bertahun tidur ada bantal peluk..bagi chance sama kat aku pulak.
Perjalanan 'malam' aku lebih kurang macam perjalanan siang aku..ada sukar ada gampang(mudah).Tapi kali ini tak perlu pulas stereng..adrenalin harus pantas.Aku letih semalaman di atas keletihan siang sebelumnya.Berapa banyak pulak kalori yang terbakar dengan sengaja?Ada sedikit resah...tapi harus awal disingkiran.Hati harus kering.


Pagi,4 missed call.2 messages.Alamak,kawan aku dah siap tunggu di restoran mamak.Ketika aku sampai dengan 'buddy'ku,aku tak nampak dia.Mana nak nampak,dia duk bermandikan cahaya matahari.Wah,ingat nie pantai Mexico aper...punyer lar banyak tempat yg kosong.Yang Redup.Tempat yang kononnya dapat vitamin jugak yang dipilihnya.Siap pakai shirt polo baru beli pulak tue..Aku nie T-shirt semalam gak yang aku pakai.Apa tak nya aku datang sehelai seginjal jer ke KL nie.Aku cuma bawa lappy aku jer. 

Lepas aja 'buddy' aku gie tempat keje dia,maka bermula lar pencarian bangunan oleh 2 orang yang kononnya jalan kaki bagus untuk exercise pagi2 nie..dah lar 3x lumba lari 200 meter malam tadi,nie kena pulak melonggarkan skru2 lutut dengan membuat 'treassure hunt'.Pecah peluh gak nak cari bangunan LTAT kat Jalan Bukit Bintang dari Pudu nie.Aku rasa macam mencari klip kertas dalam semak lalang jer...Betis dah kembang.Muscle semakin timbul.Baju dah basah.Gigi berlaga,geram.Hati hangat direbus..pucat jer.Hey,lain kali lau dah lontaran vokal tue mula sedap didengar,apa kata tanya kat orang KL nie.Jangan lar tanya mat bangla ker aper..kang dia tunjuk maps ke rumah dia kat Bangladesh tue.Hasil dari survey kami,maka jalan dan bangunan yang dicari mula menunjukan wajah2 nak gelak kat kami 2 nie..hampeh jer kalbu ku dalam senyum kelat nescafe tarik mamak nie.
Urusan dokumen dan ape kejadahnya sumer cuma amik masa tak sampai 20 minit jer!Ya Ampun...aku diuji oleh-MU. yang mengawal waktu dan peredaran planet2.

Siap urusan terus cari taxi bermeter..bukan taxi exclusive..bajet beb,karang tak mahu tuduh kalkulator tak bagi kerjasama plak...Lagi pon kaki aku tak biasa buat latihan jalan laju kat kota metropolitan nie..Terus ke Bukit Jalil,konon kata salah sorang kawan aku kat sana ada bus yang akan membawa kami dengan senang hati ke Sungkai.Ye lar,kami kan nak lawat 'kawan' kami yang sakit semalam kat spital tepi jalan dan bertanya khabar dengan 'hero tamil' tue,mesti lar kami nak ke Sungkai.Untuk sejukan badan aku tibai 2 plastik buah ciku..Tiket ada,bus pulak tak ada...ape cer nie bro...?Tak mahu berlaga anak tekak dengan kawan,dapatkan tiket xfree ke Tapah.

Dalam bus sempat aku memulakan tugas pertama ku sebagai wartawan bebas,mengemukakan berapa soalan di samping memberi sedikit ceramah tentang penjagaan kecantikan,motivasi hidup dan moral mendapatkan ilmu terhadap seorang gadis yang manis,cute dan baru jer berusia 19 tahun.Anak seorang bekas Army..(harap2 dia tak tau aku keje aper...cover lu,bkn ape..nmpk mcm aku keje pakar kaunseling tapi sebenarnya keje aku pakai helmet balistik nato..huhu)Kata kawan aku,aku menyempat nak mengayat awek tue..ayoyo..!!Aku cuma tak mahu awek tue fikir aku bisu..Lagi pon aku tak tanya nama dia pon,tak minta no tipon dia pon.Aku cuma nak tau macamana nak sampai Sungkai dari Tapah.Lastly,dia bagi cadangan "Abang lebih ok turun Bidor jer,tak perlu sampai Tapah..Lau turun Tapah kena bagi salam gak kat Bidor..jadi untuk singkatkan masa dan kurangkan bajet amik bus ke Sungkai dari Bidor.".Wah..bestnyer awek nie lau dibagi interview untuk keje pemandu pelancong.

Hari dah terpukat di jaringan kul 5 petang ketika sampai ke Bidor.Tipon kat 'hero tamil' tue..ada perkhabaran yang membuatkan sedikit usus kecil kawan aku berbelit..Keta tak leh siap lagi hari nie..Tapi ada lagi satu yang buat kawan aku macam tak percaya semalam baru jer gaji bila 'hero tamil' tue cadangkan supaya kawan aku tue bersedia menambah gajinya.Dari kos suam2 ketiak RM160-RM600-RM7++-RM9++ ntah sok siap keta memang standby kena guna kanta tengok angka kat bil receipt..Tak jadi ke Sungkai,nak ke Ipoh pulak..ye lar kan,dah nie pekan Bidor,pekan yang aku rasa nak cari gerai atau restoran melayu macam cari cendawan kat tasik teratai.Ade kiosk kreatif orang melayu tepi jalan jual goreng pisang dan apam balik jer.Mana ada kaunter jual kad pegi Taiping..Bidor oh Bidor...Aku nak balik.

Dapat gak tiket ke Ipoh.Confirm sampai ipoh,bus untuk ke Taiping dah sampai kat Sg Perak dah.Aku pun menghulurkan kertas cadangan kepada kawan aku untuk dia tipon sapa2 yang kat 'home sweet home' tue untuk datang amik kami kat Medan Gopeng.Tue pun lau berminat dengan tawaran yang kami sediakan..pakej tol dibayar segera,pakej harga minyak berplumbum tanpa ansuran,makan dan minum ditanggung sepenuhnya..lain2 bergantung pada terma dan syarat.
Akhirnya...ada juga yang sudi menyambut tawaran kami dengan datang membawa ketanya yang mengalami masalah cermin tersekat.Time gaji macam nie lar..macam tau2 jer nak suh tambahkan kos dan membawa lari bajet yang telah diplan 3 minggu sebelum gaji lagi.Termasuk aku ker?Alhamdulillah,buat masa lah nie,aku masih mampu mengekal aliran defisit tunai ke dalam kantung2 yg lain selain kantung perut aku.Dan aku masih tak perlu menyusun kepingan2 syiling.Jam 8.40pm, Jumaat,23hb Julai,sampai gak kami ke Taiping. 

Benar lar kata pepatah:Bersakit-sakit dahulu,sembuh kemudian...berakit-rakit ke hulu,tercicir duit kat tepian...(ah,mampos lar..nie pepatah aku.)


No comments: