I like what I feel now

Betapa berbaloi melalui hari2 yang menyenangkan...dengan hati yang penuh sesak dengan irama lagu jiwa..argh...mana mungkin aku akan jatuh cinta seawal ini.Aku masih ingin menyembunyikan perasaan itu di sebalik gebar ku yang biru..biar biru supaya tidak kelihatan..
 Bukan perkara baru untuk aku menikmati rase ini,sudah agak lama.Cuma bezanya kali ini ketika aku lum mahu menerima kehadiran rase tue sebelum aku mengecapi impian aku.psst..aku masih sembunyikan sapa dia.Terlalu berhati2 mungkin aku.Memang pon selama ini aku memang begini.
 Menerima hari baru setiap hari bagaikan aku melangkah di atas sebuah jambatan.Hanya untuk aku lintasi.Untuk aku sampai ke seberang,ke tempat yang aku tak boleh langkaui macam tue saje.
 Aku suka perasaan aku sekarang..aku hidup dalam kehidupan yang aku cuba kembangkan..bertemu orang2 yang penuh harapan,penuh impian,penuh kejayaan..mereka2 yang positif,mereka yang dilamun cinta,mereka yang menerima seadanya,mereka yang mula tersenyum dan orang yang menyintai aku..
 Bukan semua positif,ade juga aku bertemu dengan orang2 yang bertindak bodoh,cuba memenangi suatu tapi tak bijak,orang yang bertanya posisi nyer dlm satu2 hubungan dan mereka yang selalu terlupa...
 Aku?ah,aku ade dalam dunia aku...

No comments: