Seriously, I am Afraid of DEATH

Semalam semasa aku balik dari kedai dvd aku singgah kejap di satu restoran mamak yang biasa aku singgah.Aku nak beli ais limau..Masa masuk ke restoran tue aku jumpa kawan 1 base yang tengah lepak.Dah menjadi kebiasaan jumpa kawan kena lar tegur sapa..Sembang2 dah siap dah air yg aku order(tapau jer..).Aku nak blah balik base awal coz aku nak dapatkan tidur yang cukup.Besok aku ade hal awal pagi..Tapi kawan tue(yang sebenarnya ada 2 orang)ajak aku lepak lagi...Aku pun cakap kat dowang..
"sori lar,aku besok nak jalan jauh nie..."
Tiba2 hatiku rasa tak sedap sebab aku keluarkan ayat macam tue...Ntah kenapa..Aku seolah2 berfikir yang ayat tue macam aku nak pergi jauh dan terus tak balik lagi...lebih kurang macam nak meninggal dunia jer besok...

Uish..serius giler aku fikirkan benda nie...Aku memang betul2 tak sedap hati,resah,risau dan macam2 lagi bayangan yang aku tak suka ada dalam pala hotak aku nie...Sebelum nie aku selalu baca dalam akhbar pasal tanda2 kematian yang diceritakan oleh orang2 yang dekat dengan si mati..Dah lar tue,aku memang nak buat long distance besok pagi..

Sampai kat room pun aku asyik fikir lagi..time tengok dvd pun fikiran aku terus memikirkan benda tue...Aku cuba buat tak tau jer,bersembang ngan member2,bergelak ketawa..tapi benda tue jugak yang mengisi ruang otak dan hati ku...Malah aku sedapkan hatiku "ala...ajal maut di tangan Tuhan..bila2 Dia leh hentikan nafasku..".Kadang aku fikir yang masa aku cakap tue aku sedar apa yang aku cakapkan..so,ia memang normal.

Aku masih tak dapat tidur..Kata2 aku tue betul2 menganggu dunia sedarku dan ia berlarutan sampai ke jam 0200am..Aku bangun,buat air Alicafe panas,hisap rokok(ntah yg keberapa batang dah...),dengar Mp3..Lastly aku amik keputusan pakai seluar bola,amik kasut Nike,balaclava dan tanpa baju aku pegi jogg lewat kul 0200am...1 round base,5 round drill field,20 round basketball court..dan aku berhenti tepat ketika pasukan Manchester United masuk padang untuk memulakan perlawanan menentang Bayern Munich dalam UEFA Championship...
Game abis hampir jam 0445am,aku gi mandi dulu dan abis jer mandi aku terus dapatkan katil aku yang bersalut cadar putih...(uish...).Aku tersedar jam 0700 lebih.Aku lupa seketika pasal apa yang aku cakapkan semalam...

Aku sebenarnya lebih resahkan tentang kematian aku..aku serius aku TAKUT..Aku bukan tergolong dalam orang2 yang bersedia disapa oleh Malaikat Maut..Ya aku tau kalau Allah S.W.T nak cabut nyawa kita,sedia tak sedia kita tak leh buat apa pun...Ia mengingatkan aku tentang AMAL aku..tentang KEJAHILAN aku..tentang ruang KESEDARAN aku..tentang pintu TAUBAT,tentang LEGAMnya hatiku...tentang AKU!

No comments: