sepatu dan buku



imelda marcos tidak memahami bahasa sepatu meski mengabdikan dirinya dengan dunia sepatu ibarat membakar plastik ke tubuhnya. tidak juga ia memuaskan hatinya meski segudang sepatu harus didirikan demi keghairahannya seumpama orang mengembala biri-biri seluas tanah kiwi. imelda marcos tidak gila, dia hanya menunjuk-nunjuk bahwa dia mempunyai kegilaan.

sepatu tidak dibaca persis membaca buku, namun keduanya masih mampu memberi persamaan, kegilaan dan perasaan menunjuk-nunjuk.

menumpuk segudang buku tidak memberi kesan pada penumpuk selagi ianya tidak dibaca. memahami bahasa buku bukan seperti membaca papan-papan iklan. ia seperti membaca minda, berlegar-legar dengan psikologi, terperuk keletihan dan terdorong kesunyian. jadilah seperti klaus baudelaire, membaca dan memahami bahasa buku. memanfaat ketika genting seolah melepaskan diri dari duri-duri kawat yang berselirat ketika tentera hitler mengejar dari belakang.

jangan duduk semeja dengan imelda marcos ketika minum petang di sebuah taman yang tenang, dia hanya akan merosakkan ketenangan kalian dengan kisahnya tentang sepatu.




33 comments:

Unknown said...

good writing....

faaizz d. zul said...

oh, rupanya ada dua tiga orang imelda marcos dalam hidup aku.

rak diorang, pergh.

ghost said...

Faaizz d. Zul : haha! jangan ajak lunch sekali ok.

Anonymous said...

Terlalu peduli dengan manusia seangkatan Imelda Marcos juga sejenis kegilaan.

Anonymous said...

sepatu itu kasut kan ghost?
>.<

Jna marcello said...

erkk sepatu tu ape? SORRY bertanye ;)

ewanthology said...

legasi imelda marcos masih diteruskan... Tidak akan pupus

Päk Läng said...

sekurang-kurangnya imelda marcos tidak galak bercerita soal kehidupan yang suck. hidup kita bukan untuk derita semata, so lebih baik cerita sepatu. dah buku...dan soal buku, aku rasa untuk berkongsi tentang ia adalah bagus tetapi untuk menunjuk-nunjuk (punya banyak buku atau cuba menampakan diri sebagai seorang yang banyak membaca) bukan sesuatu yang enak lebih-lebih lagi ketika di meja makan. makan makanan itu atau dia bakal makan pinggan...haha

Mia said...

waaaa . ohsem gile ! *menganga*

APi said...

Biarkan imelda marcos dan sepatunya, dan teruskan makan dan langsung pikirkan cara untuk bukukan cerita sepatu imelda marcos.. =)

feyza said...

angkat kaki tinggi tunjuk sepatu *)

tehr said...

sepatu aku hanya sepasang dalam satu masa
rosak nanti aku beli yang baru
hehe

Unknown said...

baca
tapi nape xleh nak mamah ni???

♥ Nana BamBam ♥ said...

rak saya lagi hebak..penuh dan berwarna warni..kekeke

Cik Specky said...

people and their craziness.. no one would understand better than themselves.

ghost said...

chemay & jna marcello :

:) ianya kasut.

BonekadalamChermin said...



berbangga dengan apa saja yang ada
sebetulnya berbangga itu tidak perlu


.

PenjuruKosong said...

biarkan
semua org punya kegilaan
bukan??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

smart brader...
sekarang minah sepatu tue memang ramai di dunia yang sesak nie...
malahan boleh pilih2x lagi seperti memilih baju di shopping complex midvalley hahaha... :p

Jna marcello said...

hahahhah da taw suda.. ;))

Felly Sophia said...

Kalau aku ada duit banyak, lebih rela utk beli buku dari sepatu. Haha.

Gillette Flores said...

Aku gemarkan gadis dan wanita yang simple.
Lelaki juga, semestinya.
Selagi 'kegilaannya' di dalam apa jua perkara tidak menyusahkan orang ;ain, biarkan sahaja dengan kegilaannya itu :)

Namun, jika makan tengah hari bisa dirosakkan dengan kegilaannya itu, aku rela berbaring di katil sambil memasang angan2 kecl mahu bertemu kau dan berbual dengan kau.
*kenyit mata*

Miss PIJAOSIX said...

salam,

aku baru beli sepatu baru....!!

a n said...

aku menyukai penulisan kamu yang ini phan..

seperti apa yang kamu pernah beritahu aku dulu..menikmati sesebuah naskah seolah mengulum lolipop yang menyeronokkan.:)

sud@is said...

AKU SUKA AYAT NI..imelda marcos tidak gila, dia hanya menunjuk-nunjuk bahwa dia mempunyai kegilaan

Cikli said...

Dalam ribuan kasut Imelda, berapa kali stokin dapat menumpang manfaatnya?

Cikgu Ma said...

menunjukkan kegilaan...aku ada kegilaan sndiri...

ஜ miss klanika ஜ said...

aku teringin mengajak imelda minum petang

andri K wahab said...

tp bro, kali ini imelda sedang asyik membicarakan puisi, puisi yg penuh sepatu tentunya.

reenapple said...

Aku gila buku tapi tidak sepatu dan aku boleh diajak berbual kedua-duanya meski aku agak cerewet bila melibatkan sepatu. haha

♦♦orked♦♦ said...

adakah spt membaca utk mengejar target 200 buku setahun..
Akhirnya, buku dibaca sekadar untuk mengejar nombor, tapi bukan untuk dinikmati setiap satu isinya..
Rugi kan? Bg je lah buku2 yg byk tu pd aku.. ;-)

blog-tips-kurus said...

tapi kan, imelda marcos yg nak lepak dengan aku... ;)