impian melucukan



ketika usiaku baru saja melewati pra-belas, dengan dikelilingi oleh teman-teman yang lincah, banyak akal dan nakal, aku berusaha untuk menjadi lebih dewasa. namanya juga percubaan anjakan usia, maka ia tidak semestinya sukses, malah meleret menjadi lebih keanakan. erti kata lain, ia kegagalan persekitaran dan tidak cukup inspirasi.

aku fikir aku mau jadi seorang tukang tilik pada masa itu. tukang tilik yang ingin cepat mengetahui akan apa masa depanku. apa aku pada masa di hadapan, apa pekerjaan aku, apa status aku, apa yang aku ada, apa saja suatu yang aku impikan merupakan kenyataan pada masa itu. ternyata itu juga merupakan suatu yang melucukan bagi sebuah kehidupan. menjadi tukang tilik tidak mencabar keyakinan. pada hari seterusnya, aku rasa lebih baik menjadi seorang yang luar biasa. di sini yang dikatakan luar biasa ialah merempuh kehidupan itu dengan kekuatan mental, daya saing dan lebih dominasi atas hidup sendiri (dikari).

mengapa kita tidak pernah lari dari memperkatakan soal kehidupan? kerana selagi kita masih hidup, kita sentiasa berhadapan dengan persoalan kehidupan yang kita lalui. ada satu kata-kata yang baik, berkatalah tentang kehidupan pada cara yang kita lakukan dan bukan apa yang kita perolehi sekarang.





44 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

aku juga begitu . bahkan skrng pn masih lagi menjadi nujum . meneka-neka apa akn terjadi dlm hidup ni.
hidup ini sendiri satu persoalan kepada diriku yg aku masih belum menemukan jawaban bagaimana utk terus menghadapinya dgn cabaran baru saban hari .

Encik H said...

dulu masa kecil, aku suka membaca tentang perkara-perkara magis dan mistik..

salah satu impian aku, nak masuk dan selami apa sebenarnya misteri yang ada pada kisah segitiga bermuda..nak masuk lubang hitam kat angkasa tu memang tak mampu kot..

bila fikir-fikir balik, rasa hidup aku masa kecil terlalu lurus dan naif..uhuk2..

Wadi AR said...

gua suka dengar tagline zainal abidin bile sebut pasal misteri

Cikgu Jaja™ said...

sebuah kronologi dalam hidup..semua org melaluinya phan.. tp setiap org merasainya dgn cara berbeza..kan
?? :)

Fatimah Ali said...

mari aku jadi ahli nujum hg. hehe :p

Anonymous said...

tukang tilik?wow. skrg jd hantu plak ye, haha.
tp indeed true, slagi kta hdup kta xkan prnah brhnti brfikir tntang ap yg bakal kita lalui pd masa dpn.ada satu ayt yg senang, tp mungkin prlu dfikrkan cranya, "live life to the fullest!" :)

Unknown said...

aku kau meraka dia..semua sedang melaluinya bukan

a n said...

tukang tilik.?

bagi aku itu sebnarnya bukan lah menjadi tukang tilik tapi normal monolog bagi usia belasan tahun.yang mahu mengatur sendiri hidup ini.

Asyiqin Haulisah said...

sifu aku pun selalu kata, fikir cara bagaimna kau nak capai kehidupan, bukannya cara kau dah menikmati kehidupan tu. tukang tilik? haha, itu aku. :)

ghost said...

ini tukang tilik yang sebenar. yg orang kata punya kuasa meramal hidup siapa pun. - to Ana

ctpayong said...

zaman kakCT, segalanya dicongakkan oleh ibubapa. makanya terjebaklah kakCT dlm dunia engineering...tambah mmg kakCT pon mcm ala2 tomboy diwaktu zaman remaja dulu..hahaha

bebeza sekarang....ke IPTA/S ikot minat sendiri dan sepatutnya lah akan lebih hebat lagi jenerasi Y sekarang ini.

fingerkontot. said...

tak lucu pun jadi tukang tilik. biasa je.

ewanthology said...

mahu dewasa sebelum masanya...

APi said...

menilik itu kadang aku buat juga tapi tidak tepat..
lebih kepada angan keanakan sahaja..
tapi aku setuju dengan kata-kata itu, bagaimana sekarang jangan dipertikai karena perlu dilihat bagaimana dia mencapai waktu sekarang itu lebih molek dikaji..

Cikli said...

tukang tilik satu kerjaya awal untuk politician

Faidhyna Darwina said...

impian juga pemangkin utk berjaya :)

rhm slzr said...

Kita tidak pernah tahu apa akan jadi pada hari esok. dan kehidupan yang baik is not measure on apa yang kita ada, tapi apa yang kita telah tempuhi.

s a r said...

erm, aku tengah fikirkan semuanya.
SEMUANYA..

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Ahhhh sudah lama tidak singgah ke blog kamu.....

Jadi tukang tilik? hehehhe menarik ya...

tapi persis lagu yang pernah ku dengar...

que sera sera, whatever will be will be the future not ours to see...que sera sera..

ya, ada baiknya juga utk tidak tahu mengenai perkara di masa hadapan

blog-tips-kurus said...

kalau kita dah tau masa depan, jadi < menariklah hidup ni.

*aim kita kan utk kehidupan di sana...

syafiqa said...

aku begitu,
tidak pernah henti bersoal perihal
kehidupan.dan kadang kala rasa
takut nak menempuh masa kan dtg.
jaga diri GW

Cangkul Emas said...

zaman pra belas aku nak ada poket doraemon. nak hidup senang hendaknya.

APi said...

aku dah komen tapi kenapa tak da?
propaganda betei..

LadyBird said...

Aku teringin nak mengetahui masa depanku.. tapi aku tidak pernah diberi kuasa untuk mengilhamkannya.. Aku penat untuk meneka.. penat untuk bercita2.. dan sememangnya aku sgt penat berusaha.. dan kini.. lahirlah manusia seperti aku.. manusia yang tidak akan meneka dan meramal.. tp tetap berusaha lalui dgn baik apa jua yg ditentukan untuknya.. sebab ape yg aku ramalkan.. cita2kan.. terlalu sukar tuk kugapai.. perjalanan kehidupanku terlalu sukar tuk diduga dengan mata manusia biasa.. tetapi apa yang aku pasti.. manusia seperti aku selalu hidup dalam kepasrahan.. tetapi bukan dalam keputus asaan.. cuma kadang2 amat menyedihkan.. tp sedihnya, lukanya, deritanya.. hanya terakam dan tersemat kukuh di sanubariku selagi aku mampu menguncikannya..

Telor Power said...

kan bagus jika kita tahu tentang masa depan kita, Tapi....

ianya mustahil kerana ia bakal membuatkan setiap manusia jadi gila

Miss Purple said...

yeah, hidup ini bagai satu teka teki, kita tak mampu untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok, cuba berharap dapat menempuh hari esok dengan lebih baik dari hari semalam...mungkin yeah, menjadi manusia yang lebih baik??

LidiaSuraya said...

memang best kalo bley jadik tukang tilik. dapat tilik kehidupan sendiri kan? n b prepared jer... hehehehe
memang melucukan laa impian to b a tukang tilik nie

LidiaSuraya said...

memang best kalo bley jadik tukang tilik. dapat tilik kehidupan sendiri kan? n b prepared jer... hehehehe
memang melucukan laa impian to b a tukang tilik nie

RIZZNA said...

Seandainya kita tahu apa akn jadi...

Cik Specky said...

impian yg comel hehee.. those were the days :)

Zehan Ilyana said...

aku pula sering ingin lari dari perkara mistik...

ingin lari dari tahu apa yang akan jadi pada diri.

kerna aku ingin merancang dan hanya ingin menjadi seseorang yang ku kira normal.

Zehan Ilyana said...

p/s: aku terkejut tengok kat bawah tu, 1 ghost reader...
benda pertama terlintas dalam kepala aku ialah gila terer blog ni boleh mengesan hantu...

lepas tu baru aku tersedar itu adalah widget siapa yang tengah membaca blog ni.. -_-'
fine akulah ghost itu.. -_-'

Kepala Mancis said...

setuju tentang kehidupan. tapi kematian juga enak untu dibicara ya sobat. :)

Duniakuabstrak said...

teruja kepada benda yang belum pasti

keterujaan ingin mengetahui perkara yang belum berlaku mencetuskan keinginan kebolehan menilik

sebab itu manusia merancang, berkira-kira, ...meneka

sudah tahu, sudah rasa,
mulalah bosan

tehr said...

bercerita bagaimana cara kita dapat
itu mengajar
bercerita mengenai apa yang kita dapat
itu kurang ajar

ada ketika aku juga kurang ajar
mohon maaf

Hansyirah Takezur said...

malangnya ahli nujum sendiri tak tahu apa yang berlaku dalam kehidupannya afterwards.

berkata tentang impian sememangnya menjadi sesuatu yg melucukan. memang kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku.

nampak masa depan tu mesti jadi impian semua orang.

Unknown said...

sekarang tidak mahu menjadi tukang tilik lagikah?

budak kecik said...

sesungguhnya hanya Dia yg Maha Mengetahui perkara yg ghaib :)

Aimacomel said...

buatlah macamana pun, jumpalah nujum pak belalang sekalipun, dh semestinya kita takkan tahu apa yg bakal kita tempuhi esok. manusia hanya mampu merancang..
doaku semoga segalanya2 indah belaka ;)

reenapple said...

Ah,.. benar. Hidup harus di teruskan walau apa yg berlaku.. =D

nhdaughter said...

ya,ghost,betul,selagi mana namanya manusia,berfikir tentang sesuatu itu memang tidak akan pernah berhenti,

Päk Läng said...

"berkatalah tentang kehidupan pada cara yang kita lakukan dan bukan apa yang kita perolehi sekarang" WIN!

Mindaberbisa said...

kombinasi ayat yang terakhir adalah lebih baik

"berkatalah tentang kehidupan pada cara yang kita lakukan dan bukan apa yang kita perolehi sekarang"

kombinasi keduanya menjadikan :
1)lebih fokus pada apa yang dilakukan sekarang, tanpa menjejaskan apa pun disebabkan pemikiran kisah lepas ataupun masa hadapan.

2)apa yang diperoleh menjadikan seseorang lebih mensyukuri mengapa terjadinya kisah lepas, wujudnya saat ini dan impak besarnya pada masa hadapan.

SYARIFF HAIKAL said...

berkatalah tentang kehidupan pada cara yang kita lakukan dan bukan apa yang kita perolehi sekarang.

aku mau ambil dan simpan dlm diari.ijinkan aku.haha