sebahagian rasa yang lain



Tertarik pada seseorang bikin aku mau meneroka lebih jauh,menyeludup dan tercari-cari apa yang sepatutnya aku perlu tahu.Seolah aku terjumpa akan sekeping nota dari jurnal Josh yang dia kesali kerna tidak membacanya lebih awal.Aku tidak mau jadi seperti Josh,meski aku tau aku juga akan telat untuk itu.Jurnal Josh membayangi ketakutan aku pada sebuah ketidakpastian begitu lama.Lebih lama dari aku mengenali Josh yang sering-sering menolak kepalaku saat bergurau.Dia salah satu sahabatku yang matinya sendirian.


Seterusnya,ia membawa aku pada rasa suka.Suka untuk ketahui segala-galanya tentang seseorang.Suka yang berhasil membuatkan aku melipat jurnal Josh dan menulis suatu yang baru.Dan aku asyik-asyiknya merenung garasi langit lebih lama dari sebelumnya sambil memegang mug besar berisi kopi dengan gaya orang yang gementar.Senyum aku pun sama gementar.


Rasa yang lain,aku sembunyikan sebagai pertahanan untuk rasa yang menyedihkan.Aku bertahan untuk tidak melebihkan.Aku takut,sedihnya berlebihan.Rasa yang berlebihan sangat mematikan aku.







91 comments:

Anisa Hang Tuah said...

seakan paranoid.
saya anggapnya sebagai penyakit jiwa.

em

sebab saya pernah jadi begitu

Unknown said...

aku sudah punah dengan paranoia begitu.

sudahnya, aku terluka.

dan sudah hampir mati.

huhuhu. :(

.drakula. said...

aku belum baca sepatah pun cuma mata aku lebih tertarik dengan gambar tu..asyik!

.drakula. said...

kadangkala aku mmg suka terasa berlebihan...keh3

dill said...

dill pun sedang cube bertahan ni :)

dill.

jhnrdzi said...

cubalah untuk sederhanakan perasaan itu bisk. apa2 rasa yg melebih lebih bisa buat kita kecundang.

Cik Specky said...

curiousity
fear
happiness
sadness.. and anykind of emotions/feelings..

we may hide some, that's normal, we r the one who choose to be that way & that way it'll be =)

Unknown said...

takut pada sesuatu yang tak pasti? atau takut dapat jawapan yang mengecewakan?

monologmalamhari said...

kadang2 ada juga rasa cmtuh ..

ghost said...

Anisa Hang Tuah |siapa yang pernah,aku tak nafikan dia faham.

dayya |mujur kau masih sempat untuk berdiri dan dapatkan rawatan.

RepublicAku |kalau mampu mengawalnya,kira ok tuh,bro.

dill |bertahanlah,Dill. :)

Johan 'Champ' Radzi |mekasih,Joe.Ia masih dalam kawalan. :)

nurHeart |~speechless~but i know,what i did.

Cik Jari |keduanya barangkali...itu pun aku tak pasti.

ghost said...

fierul |kadang-kadang takper.

Unknown said...

hari ni sume tentang kesedihan





*mkin sedih =(

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Penyakit jiwa. Jangan berlebihan dengan rasa, elakkan terlalu berfikir dengan hari depan. Hidup dengan seadanya buat hari ini. Itu ubatnya.

Cikgu Jaja™ said...

ohh..perasaan kan..mcm2.. pohonlah kebaikan daripadaNYA kerana DIA sebaik2 pengurus hati kita yg berbolak balik

Prince Halilintar said...

bermain dgn gelora perasaan sendiri ke ghost..biasalah manusia jgk mempunyai nafsu utk tertarik pada sesuatu..kite xdpt nk elak darinya..beranikan diri utk menghadapinya..

~Sal Ismail~ said...

aku seakan turut merasakan kesedihan kamu,Ghost~

aku kdg2 juga begitu..menyembunyikan rasa yg hadir..takut amat jika kesedihan itu akhirnya memakan diri~

kdg2 aku penat menafikan perasaan sendiri..rasa perit itu tidak tergambar~

*hey,aku mau lihat Ghost senyum selalu..xmo sedih2,k~ =)

♦♦orked♦♦ said...

jika takut pada pengakhiran,
pasti tak dapat menikmati momen 'sekarang'.

pengakhiran itu suatu yg pasti.

penjajah minda said...

dulu, paranoid.tapi bila kepastian depan mata, gembira bukan kepalang.

AJ said...

Barangkali, dia hanya sebagai wasilah bagi minda kamu meneroka selayaknya ia bisa pergi. Anggap saja dia catalyst kehidupan yang mungkin dia sendiri tidak pernah sangkakan, tapi dia ada impaknya untuk kamu.
Ah, tiap kita ada cara yang berbeda dalam Maha Esa lurutkan pemikiran, dan selagi mana kita mahu berfikir dengan ilmu yang benar, pasti kita bisa selari dengan jalan yang tak pernah bengkok.
Dan tahniah untuk kamu.

cumanya, pesan aku satu; jalan yang ada tak cukup dekat untuk kita tingkahkan, tapi tak cukup jauh untuk kita putuskan usaha. Selagi mana kamu tahu Maha Kuasa itu perancangan yang tiada gagal, maka insya'Allah jalan kamu bersuluh terang.

*Senyum*

semoga kamu adalah kamu yang benar kan sahabatku.

salam

feyza said...

*terasa*

Al Basirah said...

aku pulak blurr tak paham huhu

cik pha said...

penyakit "hati" hanya "hati" boleh mengubati

Unknown said...

aku fikir apa sebenar rasa engko ek..

ewanthology said...

terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara seakan akan menempah rasa kecewa yang sangat dalam.

~* chirpy_chummy *~ said...

aku pn begitu.. aku akan korek smp ke dalam kalau aku minat 'seseorang' atau sesuatu. tp itulah yg kdg2 membuatkan aku kecewa.

Cikli said...

suka pada seseorang bisa bikin hati kacau atau tenang

APi said...

ketidakpastian suatu perasaan yang menyebalkan..
begini tidak begitu pun tidak..

tehr said...

kadang2 rasa yang lain itu elok diketepikan saja
harap2 tak mengganggu rasa yang sedia ada

Pondok Usang said...

berlebih-lebihlah bersedekah... ingatan utk diriku juge.. huu...

blog-tips-kurus said...

'there's a danger when you're loving somebody too much'. maka cintailah Allah..

Penjiwa Jalanan said...

simpan kan , dan penuhkan sebelah lagi sehabis mungkin, sebab untuk satu hari yang betul betul pasti, biar dia sendiri yang memasuki ruang penuh itu, rendamkan .

Jumir said...

Kdg2.....berdiam diri lebih baik dr bersuara. Simpan sedih jauh2 dlm hati.

ghost said...

Titisan Hujan |titsan hujan tuh pun dah tunjukkan rasa sedih..uh.

FIFIEY LYCHEE MARATION |kalau lar kata seolah picagari yang boleh dicucuk serum,sudah pasti ia sangat berkesan utk kita.

Cikgu Jaja™ |ya,perasaan begini bikin aku selalu tunduk renung lantai.

Prince Halilintar |haha,Prince.begitulah hendaknya.aku tengah cuba.

~SaL IjOu~ |aku akan senyum.aku senyum dalam gigil,Sal.

♦♦orked♦♦ |aku juga rasakan itu pasti.

penjajah minda |itu yang aku harapkan sebenarnya..

Ajuhanif |kamu tak pernah memberi maklum balas yang ringkas.sentiasa penuh dan membangkitkan kesedaran.mekasih,sahabat.

Miscellaneous Smiles |ah,kau... :)

AnisBasirah |its ok... :)

ghost said...

cik pha |kawalan hati..good.

JIJI YU |kau jangan fikir sangat..

delarocha |siyes,bro..memang itu yg kita akan rasa.

~* chirpy_chummy *~ |nampak kan,kadang kita fikir usaha kita cuma menyakitkan kita.

Cikli |kadang keduanya sekali berbaur.

APi |serba-salah,beb.

tehr |haha,mau ditolak tetap mendatangi kita.

Iwanski |mekasih untuk ingatan itu..

blog-tips-kurus |*ok,ini tul2 kaunselor.hihi

Penjiwa Jalanan |kau macam memahaminya,Aniss.mekasih.. :)

ghost said...

Jumir |simpan jauh2 dalam hati lagilah menambah pedih.. :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua rasa lain macam bila tengok gambo atas tu

takoC said...

sembunyikan hanya akan buat hati meronta. sedih berlebihan yang akan menggugurkan air mata. :l

Para Jamaludin said...

(^^^)

boleh? hee

Dale said...

emosi itu adalah sesuatu yang menakjubkan

Bidadari Syurga said...

mungkin ada bagusnya josh menyimpan kemas nota 'dingin' tu... kadangkala perlu kedapkan 'rasa' untuk sesuatu yg gagal dihujungnya... agar lebih bisa punya digniti sekurang2nya. 'rasa' tu tak memedihkan bila sampai masanya tepat DIA akan singkapkan. Pedihnya 'rasa' tu sebenarnya membolehkan kamu terus 'mengembara'... jgn sekat 'bahagian' yg lain... hanya untuk 'kedapkan rasa' hati 'josh' tu kamu ulangi sekali lagi.

Amalina said...

(menghabiskan pembacaan sambil berlalu pergi diiringi senyuman yang meyakinkan)

beranilah untuk menghadapi kegagalan sekiranya mahukan kejayaan.go for it!

a.samad jaafar said...

celaka ! aksi gadis itu meroboh rasianol dan melumat kubu pertahanan gua...

xynophillious said...

cerita ko buat aq curious tentang john..

xynophillious said...

eh salah..josh mksud aq

budak kecik said...

cuba untuk kawal rasa yg berlebihan itu sbb dikhuatiri rasa itu akan makan diri!

oh yg itu ak paling nk elak!

hanaahmad said...

teruslah bertahan Phan, jangan biarkan ia kronik.

monologtinism said...

kawin?

Unknown said...

suka itu tidak kekal.
sedih pun begitu,ghost.

mungkin yang lebih penting adalah bagaimana kita menjalani hidup dengan /tanpa kedua-dua rasa tadi.

jika kamu sedang berbahagia,ghost,saya ucapkan selamat untuk kamu :)

Ceiler Mun said...

baru lepas bersedih.. dan sekarang saya bersedih lagi... T^T


ok fine! jangan terlalu berharap nabila..



^^

Kepala Mancis said...

gua doakan lu ketemu jalan. biar macam manapun jalan itu. kau tempuh satu satu. baru adiwira.

ILA HonEyBuNNy said...

sob3....tetiba rasa sedih...makan dalam kesedihannya..huwawaw

cik ciput said...

pernah, puas aku tahan perasaan seorang diri, sampai satu masa aku tak sanggup lagi, ghost..

dan sekarang, aku lega..puas sendiri, kerana tak lagi dibayangi..dia..

toyolkiut said...

"rasa yg berlebihan sangat mematikan aku.."
ya, itu benar sangat2 ghost.

Unknown said...

aku juga kadang2 begitu. tp aku lebih suka berpura bahagia dr pada sakit

dhiera zainudin said...

redah dan redha!

LadyBird said...

lady baca setiap patah2 kata tanpa satu apapun mampu difahami.. sebenarnya apa sih? seolah2 membaca dalam bahasa jerman.. yg hanya mampu dibaca patah2 katanya tanpa mengerti maksud kata2nya :( begitu rendah mutu bahasaku :(

Ce'gu JAERA said...

pa yang penting kita ikhlas kan diri dalam apa jua perkara kan..

Bidadari Syurga said...

by the way... aku rindu 'josh' ... rasanya terlalu lama 'josh' menjauh diri.

Gayahspears said...

sebab tu kita perlu meluahkan ape yg terbuku dihati agar orang lain boleh berkongsi suka dan duka bersama kita :) mari senyum same saya..yeye

kay masingan said...

kenapa perlu takut dan gementar ghost?
takut pada penolakan.?

SYARIFF HAIKAL said...

tanya sama pokok..apa sb goyang..haha..emmm jgn pernah takut tapi mesti sering berwaspada...

hanjila said...

dan aku tertarik dgn kisah josh... (:

ghost said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o |haha.kau mmg dah sampai peringkat telus,bro.

takoC |betul.tapi mau buat camana.

Para Jamaludin |haha.akaun!akaun betul ko ek..

Dale |cuma perlu tau camne nak aplikasikannya.

Bidadari Syurga |bagaimana kalau aku cakap yang aku cuma tak mau ia menyakitkan aku satu hari nanti atau selepas saja ianya berakhir..

Amalina |seperti membaca papan tanda 'angin lintang'.lau takut jangan laluinya..pasti tak kan sampai ke destinasi.

a.samad jaafar |baru sikit jer tuh,bro.haha!

xynophillious |lu jangan fikir lebih pasal Josh.Dia kawan aku.dia dah mati. :)

buDAK keCIK |siapa pun akan pasti mengelak.

hanaahmad |aku tengah pertahankannya,Hana.

ghost said...

monologtinism |jauh bebenor kamu mikionya..haha

april |paling tidak,salah satu pasti kita akan rasa.cuma tidak diketahui yg mana dulu yang mana kendian.

doamu aku sampaikan pada masa hadapan.mekasih,April.

Bella Bell |esok tidak akan ada sedih lagi.berharaplah,Nabila.

ILA HonEyBuNNy |mari aku hilangkannya.. :)

cik ciput |see...yg pahit akan manis akhirnya. :)

? |kalau tak mati,pasti lumpuh atau koma. :)

EZAN IDMA |ah,Ezan.itu menambah sakit.

dhiera |lengkap alirannya.. :)

LadyBird |untung baca seolah bahasa jerman,kalau seolah bahasa uganda,aku pasti,kamu cuma baca tajuk.haha.

Gen2Merah |kalau mampu ikhlas itu menampan rasa,aku akan cuba.

ghost said...

Bidadari Syurga |kamu sudah lama tau pasal 'Josh'. :)

Gayahspears |ternyata itu menghidupkan sebahagian yang lain lagi.. :)(nampak tak aku senyum?)

kay masingan |haha.mungkin sikit dari itu,PENAFIAN.

SYARIFF HAIKAL |pokok takkan jawab,dibiarkannya angin yang jawab. :)

hanjila |sila type 'joshua' dlm kotak 'search'. :)

Bidadari Syurga said...

rasanya josh tak kasihan kan melihat bahagian 'rasa' yg satu lagi sedia menungu untuk yg ke entah sekian berapa lama...?

p/s: hujung itu adalah 'cerita DIA' sejauh mana kamu cuba hindari. yg penting usaha... rasanya 'josh' yg satu lagi sudah byk berubah walaupun 'setia' tu tunjangan dia

A.s.t.i.n.a said...

Kehebatan RASA~

Ia mampu mengubah ironi segala....

Niena Muhammad said...

semoga rasa itu tidak mengganggu rasa kemanisan hidup

Marhaenonymous said...

ketakutan mengajar kita jadi lebih waspada.

ketakutan memberi pesan agar lebih hati-hati dalam perhubungan misalnya.

iKhRam said...

rasa itu adalah rasa yang paling dugemari kanak2
dunia ingin tahu.. adakala berguna utk perkembangan minda..

namun bila ia disembunyikan, membahayakan diri dan merencat pertumbuhan emosi yg baik.

Sca Ndx said...

sebenarnya aku terdiam nak komen apa.

bayang hitam said...

Tuhan akan tahu kawan...

catherine- said...

....bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi... (kerispatih)

Aleen Aiden said...

aku suka rangkap terakhir tu. :)



aku paham.kadang2 kita memutuskan untuk tidak meluahkan yg terbuku dalam hati supaya kita tak rasa apa yang namanya kecewa.hee

Unknown said...

terus komen je ni..
tak dan nak baca sebab baru sempat balas jejak kengkawan...

ok..
akak baca sekarang!:p

Cik Anita said...

dalam apa jua perkara sekalipun, elakkan dengan perasaan yang berlebihan. Kerna dikhuatiri akan memudaratkan diri, memakan jiwa.

Ah betapa seksanya perasaan sebegitu! tak sanggup untuk meneruskan hari yang mendatang..

lavender harum wangi said...

wow. siapa? akak cashier kat 7E ke? hahaha

Liyana Zahim said...

Rasa yg berlebihan mbuat sy rase nk pg KFC order ciken rice combo 3 plate.. Haish!

zati embong said...

jgn selalukan diri dgn mcm 2,kdg2 kita kena ajar diri utk lebih relax.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

rasa itu ada kalanya seperti menghiris-hiris hati aku sendiri.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

jangan jadi picagari, jadi baris suci yang bisa menyembuhkan!

ghost said...

Bidadari Syurga |ya betu.Josh yang satu lagi sudah jauh berubah.

A.s.t.i.n.a |rasa yang orang bilang,rasaku rasamu jua. :)

Niena Pengembara Ilahi |tidak.ia kekal dengan rasa tuh.

Pena Marhaen |aku setuju sangat,ia dijadikan sebagai satu pertahanan.

iKhRam |tapi hanya bagi orang-orang yang kalah dengan taruhan begitu.simpan untuk kuat,bukan simpan utk jadikan racun.

Sca Ndx |haha!

ah cai |semestinya DIA.

catherine- |dulo2 aku dengar lagu nih.

aleen aiden |ya,Aleen.itu tepat sekali.

diana |faham akak sibuk..haha

ghost said...

Cik Anita |jangan risau,meski ia mengecewakan,ia masih boleh dikawal.

lavender harum wangi |wehhh...tuh citer ape?haha!

Liyana Zahim |kau mmg melampau,Liyana.haha!

zati embong |tak selalu.tapi sekali datang,kena standby.

Pembunuh Tanpa Bayang |dan kita mengeluh pedih sendiri-sendiri.

FIFIEY LYCHEE MARATION |haha.ia betul2 macam ketuk kepala aku dgn batang pen bagi sedar.

Lee Zha said...

abang hantu jatuh cinta? :D

Qaseh Dalia said...

rasa kadang risiko hehe

Unknown said...

lebih banyak dipendam saja...

si kiut lavender said...

penyakit jiwa..jgn terlalu biarkan ia meracuni diri..
senyum?klau masih mampu tersenyum teruskan senyum
xslah klau mersa sedih dan menangis..
kita menangis bukan sebab kita lemah tapi sebab kita dah terlalu lama memendam beban yg sarat berda di jiwa..:)

Rain said...

bijak berkata tapi memendam rasa.

ghost said...

Lee Zha |gulp!haha!

Qaseh dalia adelia |tapi kita sanggup amik.

si kiut lavender |senyum pun kadang2 tak mampu atasi penyakit jiwa.

Rain |yezza...itulah kepentingan kata-kata.

Bidadari said...

aku terbalik pula ghost. kalau aku sukakan seseorang. aku semakin akan menjauhi orang itu. sebab aku terlalu takut untuk dilukai dan melukai. penakut seperti aku hanya layak menjauhi.



*malas nak tukar profile.hehe.lama x jengok kau di sini ghost. harap kau sihat2 selalu :)

ghost said...

anooan |sampai bila,Aan?