pragmatik



Pada hal-hal yang lain,selain menggambarkan postur perempuan yang berseni tanpa pakaian atau menggambarkan tentang persoalan penulis ranting kayu atau betapa ributnya zona politik negara,kami selalu tersalah ketawa dan mentertawakan apapun yang dianggap sebagai lelucon milineum.Kami ibarat watak dalam serengenge yang pengecut dan persis watak hantu dalam rumah hantu.Kami masih dianggap gagal yang terperosok kecut di bucu kotak.


Memangnya kami selalu salah dalam meletakkan suatu persona pada sesuatu.Kami menyimpang jauh dari laluan.Kami meletakkan dunia pada kotak.Menyentuh soal dunia adalah menyentuh soal hidup.Dan hidup itu tidak seperti biasa peredarannya.Hidup kami umpama kotak.Tika berada di atasnya kami terlebih suka dan menjadi raja.Kadang-kadang menjadi tuhan.Kami menari bagai dalam pesta pembogelan.Pembogelan hidup sebenarnya.Jujur kami terlupa saat tiba masa kami berada di bawah kotak,kami menjadi pendiam yang kesakitan.Malah kesakitan itu berterusan sehingga nyawa bukan satu perhitungan.


Kami lebih banyak bergantung hidup pada teori daripada praktikal.Yang lain sisa dan sia-sia.







82 comments:

.drakula. said...

bagaimana harus aku katakan aku juga mulai sesat arah...

Unknown said...

cubaberada diluar kotak..tp dgn kawalan diri bergantung pada aturan tuhan.

Anonymous said...

otakku bagaikan merekah secara perlahan-lahan...

ewanthology said...

bila berada di atas kotak, rasanya kita akan lebih lama berada diatas, berbanding ketika berada di kitaran roda seperti mana yg sering dimomokkan sebelum ini.

asalkan tidak terlalu lupa diri hingga lupa di mana bucu bucu nya.

BonekadalamChermin said...

kadang kadang kita lupa ruang antara kotak dan kapasiti yg mengisi kotak.

jhnrdzi said...

terkurung didalam kotak hasil pemikiran masyarakat kita sendiri. Lemas tanpa oksigen pemikiran dan kesedaran yg sebenar.

Kepala Mancis said...

gua syorkan supaya seni yang dibina perlu diasas dari luar kotak. takut nanti kalau keluar dari kotak, pemandangannya sama seperti dalam kotak.

Unknown said...

aku pula terkurung dalam kotak yang aku segikan sendiri. Tak ada masuk campur orang lain.

mungkin perlu keluar melihat kotak2 orang yang lain pulak.

hehe.

Kepala Mancis said...

gua dah kekomen tadi. musykil betul tak keluar.

seni mula dari luar ke dalam ke luar. luar dan dalam bersanyawa. kalau berfikir keluar kotak tapi view sama macam dalam kotak baik tak payah keluar ye dak?

ghost said...

RepublicAku |kita kena mula cari jalan keluar.

JIJI YU |mungkin itu yang selayaknya..

Khry Hnry |tahan dengan selotep,bro.bahaya.

delarocha |pada kotak,ia lebih banyak memerlukan keajaiban kalau mau berada semula di atas selepas ditindih di bawah kotak.

BonekadalamChermin |bila kita berada dalam kotak,kita mmg selalu terlupa.

Johan 'Champ' Radzi |bila berada di luar kotak,kita amsih lagi berfikir cara dalam kotak.

dayya |atau mungkin kita patut ukur kotak orang lain.

ghost said...

Kepal Man |

*itulah masalah yg dimusykilkan bila komen masuk spam.

aku rasa ada betulnya kau cakap,perlu mulakan dari luar kotak.supaya kita mampu lihat keseluruhannya.

alexayussida said...

teringat hadis 'kotak'..angan2 dan cita2 melebihi dari garisan kotak manakala ajal manusia pula adalah dalam garisan kotak..

ok melencong. serengenge tuh ape?

APi said...

aku selalu kata pada kawan2 aku seupaya keluarlah dari kotak..
mungkina dalam kotak itu kau dah cukup selesa, namun diluar kotak sana lebih banyak perkara yang kau perlu belajar..
takkan merasa sama selesa seperti di dalam kotak tadi..

tehr said...

ada kalanya ketika mahu keluar dari kotak, rasa sayang pulak mahu tinggalkannya

rasa takut juga

ghost said...

alexa yussida |serengenge ada dua.satu tentang novel shanon ahmad dan satu lagi tentang nama sebuah bukit di Indonesia.tapi yang ini lebih kepada watak dalam novel serengenge.mungkin juga punya kaitan antara keduanya.,

APi |aku fikir aku tak temui keselesaan dalam kotak.bagi yang terus dalam kotak,ia bukan soal keselesaan tapi soal ketakutan.

tehr |kannnn..mesti soal takut nak tinggalkannya.

Verdict said...

aku telah keluar dari kotak. tapi akan ada tangan tua yang berusaha keras memerangkap aku kembali ke dalam kotak.

jadi aku mohon mereka pakai kotak yang berlubang-lubang. atau kotak lutsinar.

aci tak?

Unknown said...

adat.
bila senang mahu jadi tuhan,
bila susah mahu salahkan tuhan.
-kata seorang abang saya

manusia itu kan mudah lupa,selalu dangkal akalnya,dan dalam emosinya.
sehingga jadi buta,gagal melihat keluasan kotak dan sekeliling kotak itu sendiri.

ghost said...

Fiq Vertigo |tak aci.ia tetap sama.kau masih dikawal oleh keluargamu,yakni orang tuamu sendiri.

april |sangat..sangat tepat kata-kata dari salah seorang abangmu.

~Sal Ismail~ said...

aku selalu dikatakan oleh lecturer-ku aku kurang kreatif..perlu 'keluar dari kotak'...aku masih berusaha ke arah itu..~

alexayussida said...

thanks.dah gugel perkataan tuh dan baca sekali sinopsis novel srengenge by shahnon ahmad tuh..menarik!!patut beli one day..:)

Anonymous said...

Aku membacanya dengan nada yang penuh sinis.

iKhRam said...

hidup umpama kotak.. hurm. menarik.
kadang dalam hidup ini, kita yang merancang dan memang betul Allah yag tentu kan..

tp hidup dan lumrah hidup.. selalu menetukan kehidupan kita..

lalui seperti apa yang kebiasaannya ..

.::TAIKO ::. said...

"kami meletakkan dunia pada kotak"





fuhh:I

Cikgu Jaja™ said...

ohh.. selama mana hidup bersama kotak, aturannya sudah terancang. hanya nafsi membawa diri. ke arah kebikan kah atau sebaliknya.. kan ophan? :)

A.s.t.i.n.a said...

walau sekadar hantu di rumah hantu, ia sgt sukarrrr tau amanahnya..

dill said...

bos, saye nak selak kamus jap.

hihi.

dill.

Cikli said...

ramai cuba masuk ke dalam kotak untuk menyertai parti pembogelan walaupun kotak itu sebenarnya cermin hitam gelap yang teramat ductile

Faizal Sulaiman said...

hidup dalam kotak tak mau. kena kongkong:D

adwafarahin said...

bila aku berada di bawah..serius aku rse kecut dan takut

aku mohon ade org mahu tarik aku ke atas utk hidup di atas tp jugak aku harap aku x lupa yg aku pernah berada di bawah

penjajah minda said...

kalau dah dibawah kotak, agak susah rasanya nak ke atas.hidup memang susah bagi yang serius.tapi tak serius pun susah gak.haha

kay masingan said...

-salah meletakkan suatu persona pada sesuatu-

seringkali begitu, lantaran terlalu terpana pada pandangan luar sesuatu itu. Yang elok terus dinoktakan baik, dan sebaliknya.

Prince Halilintar said...

aku keliru dengan pembacaan aku sendiri..mgkn aku perlu berfikir di luar kotak..

pelesit budiman said...

"Bila diatas kotak kadang terasa bangga dan lupa segalanya,
bila dipijak kotak dan minta di tarik keluar, aduhh betapa peritnya diseret,
Kadang ada baiknya didalam kotak kerana bukan keselesaannya tapi kesederhanaannya...."

Kotak boleh recycle maa...hahaha(<--pesanan Jabatan Alam Sekita)

Fatimah Ali said...

baca tulisan hg sebenarnya agak menyenangkan. feel warm.

AJ said...

dan kotak itu sendiri satu transparensi kehidupan yang dibolak balik kan agar yang memandang terus telus tembus ingatannya; walaupun sekejap.

ah.
biar saja kamu dan sekalian kamu 'melukis' dengan gerak gemalai dan lontar gema suara mu pada yang memandang; asalkan ada kamu atau satu dari mereka yang ramai ambil kisah, itu sudah cukup dari banyak.

seperti menulis ini.
kita mengharap yang membaca tahu dan mengambil tahu; walaupun sekejap.
tapi kita juga harap kita lebih mengambil kisah dari yang terpampang; dan pengajaran buat kita.

dan hidup ini umpama roda yang tak berhenti memberi ajar.
walau kamu di atas kotak itu, mahupun diluarnya yang penuh dengan perit dan nyata pedihnya.


semuanya bukan kita yang lukiskan, tapi kita yang 'di'gerakkan.

*senyum*

Niena Muhammad said...

kotak...erm,mksud yg mendalam nie....3kali bca...

catherine- said...

duduk diam dalam kotak. lebih selamat rasanya. ngee~

Lee Zha said...

aku tak reti nak komen berseni tapi..bila di atas, kena tengok bawah kotak balik. biar ingat apa yang tinggal di bawah, peringtan.

hanaahmad said...

aku lebih menggambarkan hidup ini bulat. kita sentiasa berpusing-pusing hidup sama ada di atas atau di bawah. aku masih belum nampak hidup seperti kotak itu. maaf, jika aku salah fahaman di sini.

ghost said...

~SaL IjOu~ |tak kreatif tak bermakna tak bijak kan,Sal.

alexa yussida |tak sangka kamu pun berminat juga dengan buku pembacaan macam tuh..

Lucifer |sebab aku menulisnya dengan sinis. :)

iKhRam |kalau seperti kebiasaan,maknanya kita tidak perlu rancang apa2.kita cuma perlu ikut yg ditentukan.

TAIKO OTAK |like Jimmy eat world.haha.

Cikgu Jaja™ |iya,Faezah.mana-mana pun ditentukan,hanya perlu ikut.

A.s.t.i.n.a |ingat senang nak bagi orang takut.haha.

dill |silakan..silakan. :)

Cikli |itulah yang membuatkan sebahagiannya malang,Cikli.

FaizalSulaiman |terasa sesak nafas dibuatnya.haha.

ghost said...

adwafarahin |salah satu elemen terpenting dalam hal nih,belajar dari kesakitan.

penjajah minda |yang sentiasa berusaha,ia suatu cabaran.

kay masingan |yang bagus tak semestinya berharga,yang buruk tak semestinya sia-sia.

Prince Halilintar |maaf sebab buat kau terkeliru.

mr.kylephytrie |kalau kau sudah memilih itu sebagai satu kesederhanaan,itu lebih baik untuk kau.

s.u.h.a |aku suka hang hepi. :)

Ajuhanif |kamu gambarkannya seolah ia sebuah kisah dan ia sangat menarik.dalam masa yang sama,kamu simpulkan sebagai satu kebiasaan.

Niena Pengembara Ilahi |cukuplah tuh 3x.tak faham lepas 3x,mmg takkan faham.hihi

catherine- |wah,Rien.nanti kalau ada apa2 susah mau gerak nanti.

Lee Zha |sebaiknya begitulah..kita amik pengajaran.

ghost said...

hanaahmad | sebab itu aku menggunakan kata ganti nama 'kami' dari 'kita' yang biasa aku gunakan.kerna aku menggambarkan ia cuma sebahagaian dari kita.hanya pada yang merasa percaya.tapi apa saja yg kau gambarkan,itu jelas,kau punya pendirian.

cik ciput said...

bila kita di bawah, sikap sebenar rakan-rakan akan mula terserlah..dan pada mas itu, kita akan lebih mengenal realiti kehidupan..

*aku lebih suka berada di tengah..

Asrul "iLham" Sany said...

kita lebih byk bercakap dan 'marah2' dari buat 'kerja' yg betul2 'kerja'

;)

AJ said...

sebab aku percaya, hidup ini satu 'kisah', dan setiap kita ada kehebatan yang bisa kita leret simpan sama.

dan bila mana semua sama hebat; semuanya bisa menjadi biasa-biasa saja.

*senyum*

dengan kamu; banyak aku belajarkan Ghost

ghost said...

cik ciput |kau tak mungkin akan terapung di antara ruang itu.jadi tiada pilihan tengah. :)

Asrul "iLham" Sany |kebanyakkan begitu.

Ajuhanif |Aju,aku hargai kata-kata itu.sungguh.

Anonymous said...

sukar nak berada diluar kota <--kata kata org yg gagal

syuxer said...

berada dalam kotak sendiri, tak akan dapat meraih pengalaman yang berguna..namun bahaya ada dimana2..

kotak pasti ada renyuk kadang-kala tapi dengan ada pengalaman, kotak itu akan kembali ke asal bentuknya..

Cik Specky said...

penin baca, siyes.. @_@

today my mind refuse to think. empty all the way.

pelesit budiman said...

yika semua mereka berbicara tentangnya, apakah mereka berfikir tentangnya juga? aku kadang buka jua bukan sahaja memandang dari luar kotak namun aku memandang dari segenap penjuru kotak agar aku tidak terlepas pandang apa yang berada dibelakang kotak itu...

cik ciput said...

aku ada magik tau ghost..bisa saja aku di tengah :)

monologtinism said...

seperti melihat ke luar melalui lubang kecil dari dalam kotak?

grOundnUt said...

a box of life?aku masih keliru dengan kehidupan zaman sekarang..^^

HEROICzero said...

mudah kata ,

usah jumud . =)

Bidadari Syurga said...

DIA pelbagaikan akal manusia... thaharah akan sampai bila-bila juga awak. dan 'kotak' akan tetap menjadi 'kotak' cuma dalamnya lebih indah dari sebelumnya... :)

pembaris said...

bila sakit lebih baik diam.mengernag pun tak ada yang peduli

zirconia said...

aku antara orang yang seringkali susah untuk keluar dari kotak. kalau tidak ada pun, akan aku wujudkan, untuk rasa selamat.

LadyBird said...

Apakah maksud pragmatik, lelucon, serengenge?

bagaimana plak kehidupan di luar kotak?

kotak yang dimaksudkan di sini adakah seperti maksud "Hidup ini umpama sebuah roda (bulatan) ia sentiasa berputar.. dan kadang2 kita di atas dan kdg2 kita berada di bawah".

ghost said...

El-Janna |tak sukar sebenarnya.kita jer yang taknak.

Syuxer |aku teringat kata-kata nih.kalau takut darah dihisap pacat,jangan pegi masuk hutan.ok,sgt teruk.haha.

nurHeart |bawa bertenang,Puan.

mr.kylephytrie |kalau itu mampu kau lakukan.thats good.

cik ciput |abracadabra!er,mcm tuh ker spellingnya.haha

monologtinism |mungkin juga begitu..

grOundnUt |mmg zaman skg nih mengelirukan..

HEROICzero |iya.ada betulnya. :)

Bidadari Syurga |aku suka dengan itu. :)

pembaris |kan teruk bunyinya..haha

ghost said...

zirconia |maknanya kau boleh handle.

LadyBird |pragmatik(punya sifat @ pendirian yg lbh pentingkan praktikal),lelucon(bahan ketawa),serengenge(satu novel shanon ahmad & nama sebuah bukit di indonesia)

seperti roda itu kebiasaan yg digambarkan.sedang dunia seperti kotak lebih teruk dari itu.

pemuzik jalanan said...

aku selalu rasa blank bila dtg sini, sampai ke comment aku baca kau tau? Kotak? Huu otak aku simpan dalam kotak kot ghost :p

APi said...

aku setuju..
tajut menghadapi apa yang disaji di luar kotak itu..

APi said...

*takut..

kenapa la aku selalu jek typo bila komen kat sini..
#haish

Unknown said...

selalu cikgu pesan.."kamu ni pelajar asrama, kena think out of the box"...

nyatanya, lebih gemar berada dalam kotak buatan sendiri.....

s a r said...

lebih banyak suka berada di atas. kuasa pemilikan tiada di bawah.
bila di atas, lupa pula yang ada lagi atas. hm.

dhiera zainudin said...

bila kita diatas semua orang nak datang dekat. tapi bila kita di bawah, baru kita boleh kenal siapa kawan kita yg sebenar~

ORLANDO AHMAD said...

suka pada praktikal... teori banyak yg jenis sembang kencang dan kencing huhu

LadyBird said...

ooo.. tq :) br faham~

ILA HonEyBuNNy said...

tengok tajook tetiba tersentap..

ingatkan sbjk pragmatic macam blaja sem2 lps..ehheheh

Unknown said...

kt punye 9 kecerdasan

guna sebaiknya

Qaseh Dalia said...

manusia .. bila berada di dalam kotak baru menyedari kesakitan , bila berada di luar kotak terlalu bergembira hingga lupa nikmat syukur ..

pisau belati said...

sering aku terlewat apabila tiba di sini.semua perbincangan sudah tamat.

tiap kali berada diatas ingatlah satu masa lalu kita pernah dibawah.dan tidak mustahil satu masa juga kita akan berada di bawah semula.

kehidupan dunia bukanlah sesuatu kekal untuk di kejarkan.

ah,aku kira tembakkan kali ini tersasar lagi.

a.samad jaafar said...

ini bukan zaman yg hanya duduk lama sambil mereka teori..teori tanpa praktikal spt pen tanpa dakwat..agak aku la !

eita said...

semua orang dah panjang lebar komen..aku hanya baca je lah....penatnak fikir...

faiz said...

aku tgh cuba keluar dari kotak pemikiran yg selalu aku buat..harap berjaya satu hari nnti..

Itu Aku said...

cuba berada di setiap sisi

ghost said...

pemuzik jalanan |haha,ko nih Amirah.mana2 jer lah. :)

APi |padahal kita masih boleh atasinya.

nub |selebihnya,kita lebih suka begitu.

s a r |mau buat macammana,yang di atas lagi kita tak nampak.

dhiera |tapi selepas tuh kita akan berusaha semula utnuk buat mereka datang.

ORLANDO AHMAD |kira cong jer lebih ek..haha

LadyBird | :)

ILA HonEyBuNNy |awal lagi nak sentap.sebab tuh kita kena baca.hihi

Titisan Hujan |kadang kita tak mampu guna.

Qaseh dalia adelia |lepas tuh mula rasa sakit semula.

ghost said...

pisau belati |tak jauh yang kau sasarkan.ia masih menepatinya.

a.samad jaafar |langsung tak dapat hasilkan apa2.

eita |takper,Datu seri Eita Omar.eh,iye ker namanya macam nih.haha

faiz |gud lak,Faiz.u can do it!juz do it! :)

Itu Aku |kau kena lebih cergas.hihi

Unknown said...

dan aku sndiri kadang2 tidak mampu keluar dari kotak itu

SYARIFF HAIKAL said...

TERLALU BNYK MEMPELAJARI THEORI JUGA KDG KALA SERING DITERTAWAKAN KERNA DISANA ADA BNYK PENIPUAN...HIDUP DLM KOTAK TAPI TRUSKAN BERUSAHA UNTUK KELUAR..KUMPULKAN TENAGA..

INILAH DEMOKRASI..DAN AK INGIN KETAWA...

ghost said...

EZAN IDMA |its ok,Ezan.nanti-nanti lah. :)

SYARIFF HAIKAL |pastikan ketawamu memberi makna pada yang mendengar,Riff.

si kiut lavender said...

tinggi kosa kata entry nih..sukar nak faham..
agak terkilan sebab tak mampu nak berada sama pemikiran dgn kamu ghost..:o