menikmati kenikmatan



Menghirup perlahan trocadero seolah melekat dihujung lidah dua rasa yang ketara.Apel dan oren.Tidak puas dengan sekali.Tangan seolah tidak mau dilepaskan dari cawan kaca yang punya lekuk di bahagian bawah.Ia tidak punya busa yang menempel di luar bibir.Ia likat dan padu rasanya.Dihirup sekali lagi.


Sepotong kek span yang dilapisi oleh susu kental yang dikocok,ada kastad di bawah lapisan marzipan hijau dengan ditaburi gula tepung di atasnya,menjadikan prinsesstarta adalah kesesuaian untuk dinikmati pada sore yang baru saja bermula di hujung Tasik Stora Ojungen.Ini utara Skandinavia.Tidak ada pangkin kecil di bawah pokok musim panas Swedish.Anginnya tidak mati di tengah-tengah,di antara pohon-pohon 'norway spruce'.Ia bernyawa.


Tidak ada keperluan untuk melebih-lebihkan keperluan.Ternyata meski dikit ia masih mampu dinikmati dalam ruang yang besar.Bermula dari falsafah rasa kepada cara,diakhiri dengan minda.Ia akan berlegar di sekitarnya.Di manapun nikmat itu tetap sama.Tetap sama.



104 comments:

Cikgu Jaja™ said...

menikmati seadanya.. xperlu menurut tekak dan hawa nafsu.. :)

sedih mendengar khabar somalia saat ini ditimpa musibah..tanah kering kurang mengizinkan nikmat rezeki utk dicicipi..ramadhan kareem xmenjejaskan iman.. Allah sentiasa bersama mereka..

si para para said...

pekena ayam golek waktu berbuka pun nikmat...

air kosong pun terasa nikmat waktu itu....

Haikal Blank said...

tidak perlu McD, ketika puasa, kebab RM2 pun enaknya menusuk.

ditambah pula air soya ais di kala mata kuning mencurah tenaga.

Unknown said...

menikmati nikmat yang dikurnia sambil mensyukuri kepada si pemberi yang maha berkuasa

ewanthology said...

wasadtiyah

sugar2 kapas strawberry said...

makan sebelum lapar..berhenti sebelum kenyang..syukur hari ni bukk dgn lauk biasa2 sahaja..simple..murah :)

Anisa Hang Tuah said...

rasa likat yang pekat itu membuatkan hati tertambat
tak mahu sekat sampai kiamat.

NAJ HEBAT said...

Kau menggambarkan kenikmatannya agak keterlaluan. Tak dapat capai pula aku segala nikmat prinsesstarta di tepi tasek stora ojungen itu.

Cis.

Mencik!

Bawalah pada kenikmatan hakiki. Ada?

Itu sorga.

Ceiler Mun said...

bersyukur dengan nikmat pemberian-NYA..


selamat berpuasa bro :)



^^

~Sal Ismail~ said...

Yg sedikit itu bila berkongsi..rasanya nikmat sekali..~

Gaphe said...

dimanapun jika nikmat itu disyukuri pasti akan terasa sama nikmatnya ya bisk.
maaf ya, baru mampir.. kena virus malas nih. ehehe

James Alexander said...

jika semua merasakan sedikit sudah memadai, aku pasti mereka yg menjual berlebihan itu turut mati...

blog-tips-kurus said...

kau berbuka di Kepulauan Scandinavia? jauhnya... (",)

intan.maisarah said...

haih..

sekrang sudah kepingin kek itu tahu!!

cik ciput said...

nikmat hanya sementara..

Fatimah Ali said...

nikmat yang sangat sedap bila berbuka.

Qaseh Dalia said...

nikmati lah nikmat yang harus dinikmati selagi ada nafas .. dan jangan lupa mensyukurinya..

juliam said...

ghost, apa nak komen eh.
rindu kat kau la. haha
tak ada idea nak komen apa selepas bukak comment box ni. haha

Unknown said...

mujur akak baca entry ni waktu malam..
kalau siang mesti
batal puasa dah..
hahahah

pembaris said...

patut ditemani si blonde bermata biru

Pyka Rahmat said...

perenggan satu. takfaham.

perenggan dua. masih takfaham.

perenggan tiga. ok sebenarnya nak cakap walaupun benda tu sikit kita dapat rasa kebesaran nikmat sesuatu. betul kan? yes bak hadiah.

Hafizin Jamil said...

nikmat kenyang tetap sama bila dirasai..hehe

Cik Specky said...

mensyukuri nikmat & blapang dada dgn apa yg dimiliki..

ghost, rasanya saye mula memahami cara penulisan kamu :)

Bidadari Syurga said...

hurmmm... bayangkan duduk tepi pantai kiri kanan pokok kepala ketot... sambil makan cekodok dengan air teh. hurmmm...

p/s: :p....

tieykah said...

kegagalan aku menyebabkan aku hilang satu nikmat

ankeljonni said...

jgn lupa terjun di tasik... berenang gaya bebas... mmg nikmat...


huhuhuhuhu..

ORLANDO AHMAD said...

memang padu...

iKhRam said...

sedapnyer.. air oren + epal..
makan kek

sedap.. terasa puas.. tu baru dgar.. belum menikmati kat depan mata.. lapar balik perut nie.. hehehe

jhnrdzi said...

Peh, entri orang lapar =..=

a.samad jaafar said...

nikmat 'rasa' aku dengar selalu ada pada yang serba 'tiada'..begitulah keadilan tuhan kepada hambanya..

belog|amiyo said...

takkan ada nikmat tanpa kurniaan dari Dia...

selamat berpuasa...

faiz said...

setakat ni blom membazir lagi buka puasa..mkn apa yg mak aku masak je..hari pertama je beli murtabak ngan ayam goreng..

.drakula. said...

nikmat yang likat....keh3...cantik tu...

ika said...

nikmat gila-gila nikmat ! :D

Asrul "iLham" Sany said...

yg penting bini rajin masak untuk aku muahahaha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

pekat nikmat itu harus disyukuri dengan kepekatan kesabaran, ketabahan, dan keimanan,
selamat berpuasa...

BonekadalamChermin said...

soal rasa lidah ga bisa bohong

ghost said...

Cikgu Jaja™ |mereka telah terdidik dengan tuh semua,Jaja.

si para para |ayam golek memang nikmat,tapi jarang aku nak tengok dekat.hihi

haikalblank |ah,sebelum berbuka memang semua enak.

JIJI YU |sudah pasti,Jiji.

delarocha |ala-ala konsep 1malaysia..keseimbangan kesederhanaan.hihi

sugar2 kapas strawberry |alhamdulillah,itu pun sudah cukup.

Anisa Hang Tuah |terus macam tuh pun takper..tetap ingat.

NAJ HEBAT |opkos ader..sengaja digambarkan dengan berlebihan supaya nampak perlunya bersederhana.hihi

Bella Bell |selamat berpuasa,Bella.

~SaL IjOu~ |selalu dibiasakan begitu.makan ramai2.kawan2 kan ramai.makan berdua?hihi

hanaahmad said...

biar dikit, asal mampu memuaskan nikmat sama rasa.

ghost said...

Gaphe |haha.aku juga begitu,Phe.untung saja ini bulan ramadhan,ngga ada yang mau marah-marah dengan kemalasan begini.salam ramadhan dari aku.

James Alexander |bukan mati,james.pasti lebih sakit hati.haha

blog-tips-kurus |kau juga yang bilang,aku suka berjalan jauh.hihi

intan.maisarah |mau resepinya,Mai?

cik ciput |sama macam hidup,bukan.

s.u.h.a |sukar mau digambarkan,suha.

Qaseh dalia adelia |tanpa syukur,nikmat kita tidak bermakna.

juliam |cukup kalau kau rindu sama aku,julie.hihi

diana |haha.kalau aku sendiri yang tulis ketika siang,pasti aku sendiri yang menelan liurku.

pembaris |kebetulan.kebetulan aku terlupa untuk sisipkan kisah itu.haha

ghost said...

Pyka Rahmat |haha.indeed,pyka.hadiahnya lepas ramadhan okay. :)

H.J |yang utama ialah kenyang dan puas biar sedikit.

nurHeart |hihi.sangat mudah bukan bila sudah memahami.

Bidadari Syurga |tak nak bayangkan kalau siang,nanti gagal.iman tipis nih.haha

tieykah |cuma satu.masih ada beribu nikmat lain,Tie.

Abang Jonni |makruh kata orang...haha

ORLANDO AHMAD |siyesly?

iKhRam |kau kan banyak stok dalam peti sejuk.belasah jer.haha

Johan 'Champ' Radzi |haha.imaginasi terlalu kuat bila lapar.

a.samad jaafar |yes,Tuhan cukup adil dalam memberi keseimbangan nikmat.

sahidzan said...

berpada-pada dengan nikmat yang ada. sedikit itu sudah memadai. yg berlebihan itu patutnya dikongsi. kena lagi dgn bulan ini.

Wadi AR said...

lalala~ aku xphm bahase seni

ghost said...

belog|amiyo |nikmat itu memang pemberian-NYA.

faiz |aku juga mau merasa mak aku masak untuk berbuka.tapi jarak terlalu mustahil untuk aku.

RepublicAku |sebolehnya mau terus begitu.

ika |kau betul-betul lapar nih,ika.hihi

Asrul "iLham" Sany |baguslah kalau kau dah ada bini.hihi

FIFIEY LYCHEE MARATION |mesti selari dengan itu.supaya tidak ada yang terlebih menikmatinya.

BonekadalamChermin |haha.aku selalu praktik yang itu.

hanaahmad |beruntung kita masih bisa merasainya.

ghost said...

PK |pembaziran memang tak elok.bayangkan beli banyak2 lepas tuh tersadai macam tuh saja.

Wadi AR |hurmm...tapi masih jelas tuh,Wadi.

Unknown said...

kesederhanaan itu adalah kekayaan

Cangkul Emas said...

aku lapar~

say to easy=) said...

bersederhanalah pd bulan yg mulia ini.kpingan kek itu dowhhh

Qiez AR said...

patut lah semua yang masuk ke tekak aku tidak mahu turun ke perut .
seksa sungguh rasanya nak telan kebelakangan ni.
Agaknya aku asyik sangat nak menikmati tapi tak pernah ingat nak mensyukuri.

agaknya lah kan.

ghost said...

april |kaya dala erti kata lain.lebih bermakna.

Cangkul Emas |kau gi makan.

say to easy=) |sila praktikkan.untungnya lepas ramadhan.

| Larasephia | |hurmm..barangkali.kesedaran itu sudah ada.harap lepas nih telannya lebih enak.

kay masingan said...

jangan sesekali hilang nikmat itu kan ghost..
menikmati anugerahNya, syukur kerana masih mampu menikmati semua yang nikmat

dikocok - terus teringat lagu Inul. Ku tak mahu cinta ku dikocok-kocok...heheh

PenjuruKosong said...

tenang kedamaian alam
lebih nikmat
lg nikmat dari kesedapan kudapan

jika ditambah kedua duanya
maka bertambahlah kenikmatannya..

cik pha said...

cukuplah segelas,dua gelas,,3 gelas dan bergelas2 air untuk menghilangkan rasa dahaga ia nikmat y tak terkata bg y berpuasa

Cikli said...

scandinivia menjadikan puasa bertambah cantik

monologtinism said...

sedapnya makan kek span perisa pandan dekat tepi tasik

Prince Halilintar said...

cukupla sekadar besederhana saja kite berbuka..terasa juga nikmatnya..jgn gelojoh2 sangat kan..hehe

Unknown said...

yeah...minda lah raja segala hakim..

selamat menjalani ibadah puasa... mari berbuka dengan susu kocok

beautiful_rose said...

kenikmatan yang kau gambarkan buatkan aku terkenang akan kelewatan aku bangun sahur pagi tadi... -_-"

Marhaenonymous said...

sederhana lebih nikmat sebenarnya.

aku terbayangkan suasana damai scandinavia..

catherine- said...

nikmati semuanya dengan senyuman :)

budak kecik said...

alahai, ak lapar!!

ea nikmat itu tetap sama. sbb nikmat itu datang dari Tuhan yg Satu..

Unknown said...

met pagi aja deh

Rain said...

puasa kali ini,
dalam senyum, dlm bahagia.
masa berbuka,
aku dpt lihat kedua org tua aku berbuka
aku renung, lama,
baru aku berbuka, teguk air, kurma.

penuh syukur aku rasa dpt menatap wajah mereka berbanding puasa2 sebelum ini.
satu kepuasan dan nikmat yg diberi Allah..

Liyana Zahim said...

Ada waktu nikmat itu adlh pmbaziran..

Afikah Aziz said...

nikmat tak terhingga kurniaan Allah Alhamdulillah :)

Anonymous said...

apani apani. kes nak bagitau berbuka makan apa.



macam. hehe :P

ENCIK TIKUS said...

lepas baca terus gua buke pose.. lapar kemain..

si para para said...

hari tu pego beli sup tulang... 8ringgit..katanya mahal sebab lembu kg.
balik rumah..buka..tengok...tulang 2ketul...
memang betul2 sup tulang..
terbaik la makcik tu

ILA HonEyBuNNy said...

hidup neh memang perlu kita nikmati...

hargailah kehidupan kita...;-)

Mutiara Bernilai said...

tetap sama,
kadar nikmat hanya separas lidah ke anak tekak sahaja. Di mana akhirnya masuk perut dan keluar juga. cukup sekadar menepati keperluan.

intan.maisarah said...

ada ke recipe? nak cubaaaa

muse said...

bersyukur atas nikmatnya.....

fiqas said...

merasai apa jua hidangan saat perut terasa lapar, mmg sangat nikmat.. harus bersyukur..

Unknown said...

semoga dgn nikmat yg diberikan kita tak lupa utk bersyukur

Amalina said...

makanan kau makan tak pernah makan, pasti apa yang kau hadamkan juga berlainan.patutlah pemikiran kau juga berlainan.

~~su manje~~~ said...

em........
kenikmatan adalah dari hati sukar di fahamai ......dan di tuliskan....
hanya yang mengalami sahaja dpat menilai dan....setiap insan adalah berlainan nikmatnaya

ghost said...

kay masingan |itulah penikmat sejati.rasa nikmat yang ternikmat.

CassiaSiamea |kombinasi yang sangat enak.

cik pha |kembung jer perut nanti..haha

Cikli |ah,bro.betapa damai.

monologtinism |sedap sehingga sepotong pun tak cukup.

Prince Halilintar |menikmati sesuatu makanan kena tenang.

Cik Jari |indeed,cik jari.

beautiful_rose |jangan selalu lewat..nanti tak dpt menikmati sahur dgn baik.haha

Pena Marhaen |ia terlalu damai.anginnya tak panas.dingin yg tidak terlalu dingin.

catherine- |pastikan ada teman di situ.nanti senyum sorang2.haha

Miss PIJAOSIX said...

hi ghost..hanya menjenguk untuk mengucapkan selamat berpuase....:)

Ibu Ammar said...

nikmat adalah nikmat bila mana terbit rasa syukur...=)

ghost said...

buDAK keCIK |yes..cuma cara yang berbeda.

Sang Cerpenis bercerita |met malem Mba..

Rain |kau seorang yang penyayang,Rain.sejuk perut mak kau mengandungkan kau.siyes.

Liyana Zahim |tengok orang lar,bagaimana orang itu menangani nikmatnya.

Afikah Aziz |alhamdulillah.. :)

Sab Buenoo |haha..its ok.selamat berpuasa,Bueno.

ENCIK TIKUS |aku tau juadah berbuka kau mantap gitu..hihi

si para para |wah,aku baru teringat pasal sup tulang.ok jugak kalau layan kan.

ILA HonEyBuNNy |sudah tentu,Ila.

Mutiara Bernilai |biasanya kerna lapar kita teruja..tapi saat sudah terisi kita jadi biasa.

ghost said...

intan.maisarah |nanti orang carikan k..hihi

muse |syukran-syukran ya maulana.hihi

Fiqas |pernah dengar:biar saja lapar yang tentukannya.haha

eiffel |inshaAllah..selagi ada iman sekalipun tipis,pasti ada syukur.

Amalina |aku harap aku dapat teruskan kelainan aku.bukan utk jadi luarbiasa.aku biasa saja.

~~su manje~~~ |betul tuh,Su.aku setuju.

Miss PIJAOSIX |lama tak nampak nama kamu di mana-mana,pija.selamat berpose.

Puteri Biru |dinikmati dulu kenikmatan,baru adanya syukur.

~~su manje~~~ said...

salam bro...
maaf tulis kat sini nnt delete komen nie....
cari link kat blog bro...tak jumpe link sumanje.....letak maner..? erk...?

maaf.........dgn tak malunya bertanya...

ghost said...

~~su manje~~~ |aku belum letak lagi.hihi

vampire's lovex said...

ni baru betol nama nikmat..tak payah keluar duit beriban riban,,nikmat tetap nikmat...

berlebih lebihan tapi tak nikmat takda guna...

hee

Anonymous said...

jom sahur!!
salam ramadhan

SYARIFF HAIKAL said...

NIKMAT ITU TETAP SAMA..DAN AK YAKIN IANYA TETAP SAMA DIMANA2..TERPULANG PADA YG PANDAI MENGHARGAI..

ILMU KAU SGT LUAS...SESUATU YG X PERNAH AK PKRKAN...MUNGKIN AK PERLU BANYAK MEMBACA..NICE ENTRY BRO..

Cik Anita said...

Sering kali aku perlu mengulangi berbanyak kali baca entri kau untuk memahami. duh.

Kepala Mancis said...

ahhh~~ stim gua.

Amalina said...

aku rasa kau luar biasa macam ada kuasa dalam cerita heroes tu.mungkin kuasa menulis sesuatu yang buat manusia berada dalam keadaan statik dan terpegun.kadang-kadang aku baca sampai aku tak tahu nak komen apa.

blog kau lagi satu ada word verification bila nak post komen.aku nak komen tapi aku malas nak tulis bende tu.

alexayussida said...

orang swedish kacak dan baikhati.tak pernah dgr bunyik hon bila berada di jalan raya sbb mereka bersabar n tolerate..tataw la kalau hanya org2 swedish stockholm begitu..

err tbe2..

salam ramadhan jugak ya!:)

BubuBobot said...

ya, dimana pun nikmat itu tetap sama :)

Puteri said...

aaarrrggghhh...mengapa sukar bagi diri ini memahami bait2 indah yang tercatat di sini..

kamus sudah dibuka..

sesuatu yang menarik bila kau menulis adalah dengan pengolahan kata diluar jangkauan akal normal..

Unknown said...

iya. tetap sama :)

ghost said...

vampire's lovex |aku sokong tuh,esah.takde guna kalau ianya tidak mendatangkan nikmat.ia seperti orang sakit ulser mulut tapi nak makan ayam goreng.

.sweet-ants. |maaf,dah petang baru dapat reply.kira batal sahur.haha

SYARIFF HAIKAL |aku rasa aku lebih banyak mainkan sentimen imajinasi di sini,syariff.meski aku melaluinya aku juga perlu berimajinasi.

Cik Anita |mekasih kerna berusaha,cik nita.

Kepala Manchiss |hahaha!

Amalina |aku rasa 'antologi ophan bunjos' tak punya word verifications.kerna settingnya sekali dengan blog aku yg ini.

aku tetap ophan bunjos.hihi

alexa yussida |aha..bukan dulu aku pernah mengatakan pada kau yang sweden merupakan negara paling cantik di dunia pernah orang kagumi..

nurAMALLINA |cuma cara menikmatinya.

Puteri |arghhh..kenapa kau cakap macam tuh.nanti aku terpaksa pegi bertapa menuntut ilmu di gua puteri mandi pakai sabun Lux.hihi.thanks.lama2 nanti faham okay.

EZAN IDMA |iya kan... :)

Anonymous said...

indah!

lavender harum wangi said...

makan BISKut kering bersama teh O panas di pangkin bawah pokok manggis pada waktu petang. juga nikmat.

A.s.t.i.n.a said...

trocadero=trojan, cadar, rojak?


rojak yang dimakan di atas katil tertumpah sikit di atas cadarku, harus dicuci menggunakan trojan tanpa waswas.. yes!

Nasz said...

Nikmat tetap Tuhan beri. Cuma cara kita menggunakan nikmat yang diberi Tuhan itu berbeza.

Anonymous said...

Aku selalu tersenyum setiap kali bertamu diruangan ini. Membaca tiap bait kata yang sangat teliti dari kamu. Walhal, itu cuma rasa makanan yang kita makan. Aku menikmati coretan kamu :)

si para para said...

sup tulang yang hanya tulang buat ape bisk.. bukan boleh mamah pun tulang tu.keras macam tulang.hehe

rinz said...

your description makes me hungry...
feel like having cheesecake now. lol

dear anies said...

mcm kat kg sy!!! waaarghhh nk blk kg!

stuck said...

nikmat Allah xterkira..=)

~Kenanga Suchi~ said...

lapar~




terliur~




kamu punya pasal ghost...
hahaha