fragmen



Berpeluang mengisi hari-hari terakhir seseorang dengan apa saja aktivitas pasti mewujudkan kesan yang sangat bagus dalam kotak ingatannya.Dia akan merinduinya dengan kisah-kisah melucukan,layanan harmonis dan senyuman manis.Masa yang singkat untuk ingatan yang panjang.


Seolah persahabatan sudah berlangung sekian lama.Setiap kisah lampau dineutralkan menjadi tawa dan bertaut pada simfoni kenangan yang teradun pada hati.Ia abadi dalam daerah ketiadaan.


Tersimpan dalam hati teman-teman yang mendoakan kesejahteraan.Mohon jangan terlupa menjadi dewasa.


89 comments:

tieykah said...

Dewasa?aku sudah di alam itu

PenjuruKosong said...

hahaha
jgn lupakannya ghost

kenangan manis tetap tersimpan rapi di dlm hati..

iKhRam said...

saya juga sudah pasti merindukan seseorang yang pernah memenuhi hari saya dengan aktiviti-aktiviti yang sungguh menggembirakan..

teringat sahabat saya,
dia yg memenuhi bulan ramadhan dgn aktiviti2 yg sukar utk saya lupakan.

Cangkul Emas said...

aku baru langkah keluar dari'KEREMAJAAN'

feyza said...

ak keliru

ak dh dewasa ke belum ==!

Anisa Hang Tuah said...

neutralkan kedewasaan.

~Sal Ismail~ said...

Persahabatan itu seperti mimpi..seperti bayangan yang dtg & pergi tanpa meninggalkan kesan..hanya yang tinggal cuma satu kenangan..kenangan suka duka saat waktu dihabiskan bersama~

teman dtg & pergi..ada yg pergi & kembali..tp ada yg pergi & xkan pernah menoleh lagi...~

.drakula. said...

atau tidak mengerti apa itu kedewasaan...

Anonymous said...

masih ramai yang blom dewasa... walau umur jua yang meningkat tapi masih belum dewasa.

Unknown said...

benarkah kita sudah dewasa..

aliza zeke said...

kenangan yg manis mmg sukar dilupakan.


selamat berpuasa bisk :)

Kepala Mancis said...

kadang mahu saja aku lupa waktu dewasa.

hanaahmad said...

aku benci menjadi dewasa. terlalu banyak yang perlu difikirkan.

Marhaenonymous said...

zaman remaja aku sudah berlalu namun aku masih belum cukup dewasa untuk menghadapi hidup.

ORLANDO AHMAD said...

bila kebencian menguasai hati, segala kenangan dan gurauan tak berguna lagii...

ewanthology said...

dewasa itu terpulang kepada hati untuk mengiyakan atau menidakkan.

geeds said...

reading this, make me deeply missing all of my girlfriends...

ghost said...

tieykah |di luar ada kematangan,tiekah.

CassiaSiamea |untuk dia jugak..dia seorang yg baik.

iKhRam |sahabat kau pasti sangat memberi kesan dalam hidup kau,ikhram.aku percaya dari itu.

Cangkul Emas |kau akan tua,bro.

Miscellaneous Smiles |bagus,nampaknya ada yang perlu kau selesaikan.

Anisa Hang Tuah |harus jadi apa?

~SaL IjOu~ |ingati saja mereka sebagai sahabat.ia sangat bagus untuk hidup masa akan datang.

RepublicAku |baguslah kalau begitu.tak semua hal kau mesti mengerti.

deAnza-wAnda |aku fikir itu matang..dewasa adalah objektif.matang adalah subjektif.

JIJI YU |tanya pada diri kita..kalau diri kita tak mampu menjawabnya,kita belum dewasa.

ghost said...

Noraliza Eh |selamat berpuasa juga untuk kamu Liza.

Kepala Manchiss |kau rindui zaman di mana kau tidak perlu banyak berfikir.

hanaahmad |tapi kamu diberi kebebasan berfikir,bukan.

Pena Marhaen |mind set..jelaskan melaluinya.

ORLANDO AHMAD |ya itu aku tau.tapi sedaya upaya kita membiarkannya.

delarocha |indeed,bro.

geeds |aku rindu dowang sama macam kau rindu dowang.

cik ciput said...

ahh..how i miss the good old days..

cik pha said...

aku suuda dan sedang melalui alam dewasa hhehe

messy_mess said...

masa mendewasakan kita ...

selamat menyambut bulan ramadhan ...

Anonymous said...

rindu gelak tawa rakan2 di masa muda dahulu.
:)

btw selamat berpuasa ghost
:)

James Alexander said...

kita sentiasa bergerak ke arah kedewasaan dan hala tuju hidup.

terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin berpaut sama dan bergerak seiringan atau hanya meninggalkan mereka di dalam lubuk kenangan...

intan.maisarah said...

rindu serindu rindunya


rindu itu indah

rindu itu imbau kenangan


tak mahu lupa..





.
.
..


.
takmahulupayangesokkenepuasa.

Hansyirah Takezur said...

aku belum ingin menjadi dewasa... aku lebih suka zaman2 yang berlalu....

fz said...

selamat berpuasa kawan

Nasz said...

Adakah sahabatmu itu baru berkahwin? Hahaa

Wadi AR said...

slmt pose antu.

sahidzan said...

gua jarang menjadi dewasa kalau dalam fesbuk. dalam blog pun jarang.

kehkehkeh.

Cikli said...

selamat berpuasa untuk ghost yang bebas

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

dewasa....hmmm adakalanya aku terlupa aku sudah dewasa.

Salam Ramadhan ghost...apa rencanamu utk hari ini?

dill said...

kadang2 masih terasa seperti kanak2 ribena walau usia sudah terlebih tua dari kanak2 ribena.

dill.

juliam said...

aku harap orang sekeliling aku jadi dewasa, boleh ajar aku. hee

Faizal Sulaiman said...

semakin menuju ke arah kematangan dalam kehidupan:)

monologtinism said...

aku rindu amat
teman teman seperjuangan.

Anonymous said...

jangan terlupa menjadi dewasa.

mm ... betul
-melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap-

kay masingan said...

ada masa aku tidak ingin menjadi dewasa. Biar kekal pada tahap kanak-kanak. Riang tanpa kenal derita dan masalah.

Tapi jujurnya aku sangat ingin menjadi dewasa. Lagi-lagi bila cinta itu lebih bermakna bila kita kenal dia pada tahap kedewasaan yang matang.

Salam Ramadan, Ghost.

blog-tips-kurus said...

Selamat Berpuasa, Berterawih & beramal ibadah lain..

*fikiran mesti matang. :-)

Sadako Kenzhi said...

yang bisa menilai saya dewasa atau tidak ya orang2 di sekitar saya. kalau saya bilang saya dewasa nyatanya orang2 masih melihat saya jauh dari sifat ini gimana dong...hehe

Prince Halilintar said...

hanya boley dikenangkan peristiwa lalu namun xmampu mengubahnya...

belog|amiyo said...

dapat beza baik dan buruk. dewasa lah kita.

chirpy_chummy said...

indah kalau saat berpisah itu di akhiri dgn satu kenangan yg indah.

tp agak menyakitkan jika saat terakhir itu di sia2kan dgn luka yg pasti ada parutnya.


dewasa. tapi enggan mengaku diri sudah dewasa.ye,itu aku. *sigh

Unknown said...

raya nanti boleh jumpa lagi..:p

Qaseh Dalia said...

dewasa pada umur kadang tidak dewasa pada fikiran .. hihi ..salam ramadhan bro

Mutiara Bernilai said...

hm...

mereka-mereka adalah insan yang berjaya melakar karya indah dalam hati saya..saaaaaaaaaaaaangat indah.,

dewasa?kerana sudah dewasalah aku memandangnya sebagai satu fragmen berharga, kerna jika aku masih keanak-anakan, pastinya aku menjadi geram dan marah mengenang bagaimana 'kenakalan' kawan2 ku yg selalu buat sy menangis,,hu~

Cik Anita said...

untuk menjadi dewasa yang menyesakkan. hurm.

Anonymous said...

kalau boleh x mahu kehilangan kawan.

hai bisk, selamat berpuasa.

Afikah Aziz said...

oh diriku sudah dewasa (mungkin) :)


selamat berpuasa :)

iem said...

itulah gunanya teman.sentiasa mendoakan teman2 yang laen..

Hantu Kak Limah said...

bila dewasa jgn cuba menjadi kanak2..bila dah tua jgn cuba menjadi remaja..
bila tiba masanya..
memori itu pasti terpamit jua...

Pyka Rahmat said...

kalau boleh aku tak ingin dewasa. kalau boleh juga aku hanya nak dewasa kerana nak merasai perkahwinan punya nikmat. haha

Unknown said...

blogwalking

@Fr!^n@ said...

manusia takkan pernah bersyukur atas apa yang mereka ada dan jadi ketika ini...

oleh itu, saya pun tak rela jadi dewasa sebab banyak betul dugaan yang perlu di lalui..

Salam Ramadhan semua... (:

fiqas said...

kenangan manis pasti kan terpahat selamanya dihati..

Unknown said...

meninggalkan kenangan yang baik-baik itu sangat susah dilakukan,tapi itu satu hal yang mulia.seperti memberi sedikit ruang kepada yang sesak untuk menarik nafas.

tehr said...

dalam mengenang sahabat
aku kenang semua sekali, manis atau masam
yang manis aku letak kat depan, yang masam letak ke belakang sikit
hehe

Ibu Ammar said...

mmg sedar sudah dewasa. kerana itu manisnya hidup dirasakan kurangggg.

Mehmed - said...

aku masih nakal seperti dulu. Ahaks! kenangan ada disini.

Paolo Balam said...

dewasa, ya...cukup dewasa, belum...

Anonymous said...

teringat plak zaman asrama dulu. -.-"

rindu..

faiz said...

walaupon umur aku mmg dah dewasa pon tapi pemikiran aku masih kurang dewasa rasenye..

Isti said...

dewasa itu seperti menanggung banyak beban..tak apa apalah sesekali lupa dewasa. Selamat puasa Ghost..

Aleen Aiden said...

kalau ikut umur,aku agak da boleh masuk kategori belia gamaknye.tp klo ikut perangai,ramai yg akan kompius rasanye.keh3

budak kecik said...

uwaaaaaa. ak bakal kehilangan sepupu kesayangan ak sbb beliau bakal mnjadi hak milik bakal isterinya. sobs.

tiada lagi senda tawa dia dgn ak. noktah!

a.samad jaafar said...

aku dewasa yg akrab dgn kenangan..aku menghargai setiap jalan yg aku lalu..

ILA HonEyBuNNy said...

yeahhh...aku sudah dewasa la....hehe...;_)

Rain said...

aku suka hari2 terakhir di 1 tempat itu berakhir dgn tawa senyum berbanding tangisan yg memilukan hati...



mcm mn ea rupa kamu ghost bila senyum..

pemuzik jalanan said...

Aku masih belum dewasa. Kot.

BubuBobot said...

aku remaja lagi kan GW?

eita said...

kenangan buat aku sedih je...

lavender harum wangi said...

err, hai. saya baby lagi. keh3

Pembunuh Tanpa Bayang said...

secebis senyuman ini buat kamu kawan =)

Zaza said...

saye pon x paham ape yg saye bace..

vampire's lovex said...

biar macam dah lama kawan walaupon baru sehari kenal,jgn mcm x knal padahal dah bertahun kawan..hoho..

mohon berpuasa molek2 hehe

zazaw said...

saya belum dewasa lagi
hihihihi

e. indah said...

bila pula nanti dewasa jangan lupa tapak kecil lama
di diding sebelah sana mungkin ada cerita lama, sebelah satu lagi untuk dewasa ...


hai ghost, salam ramadhan ...


: )

Cik Specky said...

teringat pd mereka yg dikatakan dewasa tp mau bjiwa muda, sometimes which are more childish than kids.. hve no words to describe =.="

pjalanan hidup meniti kedewasaan, satu pjalanan yg cukup indah, full of laughters & tears..

Liyana Zahim said...

Masa idop yg singkat jd igtla yg manis hidup itu lbh manis dan manislah.. Erkk..

Asrul "iLham" Sany said...

sudah lama jadi 'dewasa' walaupun masih 'kanak2' :D

skandaLdariLangit said...

usia dewasa, pemikirannya? entahlah..

mahu matang seperti kamu, bisk.

mampukah aku? seorang gadis yg biasa cuma?

dear anies said...

dah tua sgt kah aku ini??

Khaisya said...

buat la apa pon selagi punya ruang :D

selamat berpuasa ghost!

Amirah Jafri said...

kadang2..keinginan saya nak jadi kecil balik. Indah kan? xperlu fikir apa-apa.haha

Goblogz said...

penuh metafora dan hyperbola

A.s.t.i.n.a said...

tapii kenapa tidak menggunakan wajah saya???

bukankah Astina itu boleh jd model juga..
rambut palsu pun boleh.. klip itu nanti saya pinjam dari model ini..

sila buat paperwerk utk saya minta izin suami jd model kuang kuang.. komen ini dibatalkan..

rinz said...

ahhhh.. i miss my childhood!
the older i grow, the heavier the problems!

Cikli said...

ghost,

anda ditag untuk berpuitis

http://garamsicho.blogspot.com/2011/08/contest-aku-berpuisi-mereka-bertanya.html

~Kenanga Suchi~ said...

kenangan akan tetap abadi...
terpatri selamanya dalam hati~