selagi belum kalah ada ruang untuk menang.



Jangan terlalu gasang dalam memiliki apa yang dihajati.Perlu tahu bertahan terlebih dahulu sebelum bergerak.Prihatin dengan akal.Terapkan suatu yang bijak dalam menentu-ukur kestabilan.Lihat kiri.Lihat kanan.Lihat atas.Lihat bawah.Lihat diri.Tanya semangat.Hey folks,hati biarkan deh untuk membuat penilaian.


Serangan tidak akan mampu dijayakan andai saja masih belum penuh pengamatan.Lihat dulu perubahan persekitaran.Kenali apa yang harus ditentang.Sejauh mana kekuatan.Apa kelengkapan seharusnya ada.Penelitian dalam soal yang remeh juga masih bisa dipercayai kalau ia mampu membantu dalam saat-saat genting.Tahu pergunakan sesuatu yang dianggap kelemahan.Kerna bagi setengah orang yang berfikir..kelemahan bagi seseorang itu adalah kekuatannya.


Kelemahan bagi aku pada seseorang adalah berputus-asa.Sedang kekuatan bagi seseorang itu adalah terletak pada bakatnya mengubah kelemahannya.



79 comments:

feyza said...

yeahh ni paling pijott suka..hehhee~~

selagi misi belum tercapai tak akan mudah untuk aku menyerah kalah..~

yee ramai ramai bukankan ruang untuk aku menang..~

=D

feyza said...

perhh first komen tuhh..

*teruja~~


"Kelemahan bagi aku pada seseorang adalah berputus-asa.Sedang kekuatan bagi seseorang itu adalah terletak pada bakatnya mengubah kelemahannya"

*misi menyiapkan report..
hahha~

As Yusra said...

dimana ada usaha & keinginan utk berjaya, di situ ada jalan. ^^,

sangat mendalam makna neh.!

Amalina said...

kelemahan bagi aku adalah orang yang terlampau berfikir.

anah samsudin said...

'' saat kekalahan itu bermula apabila kamu bersa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu '' =)

Bidadari Syurga said...

Ya Waliy... adalah hadiah dari DIA buat kamu ghost...

p/s: saat mata hatiku kabur dan tenggelam timbul... Ya Waliy ini penemanku di kala walang bertamu... antara hijau dengan merah yang memandang aku mahu ikut siapa...

pemuzik jalanan said...

Kalau kelemahan dah jadi sahabat karib pulak macam mana ghost?

Putus asa manjang haa.
Takda bakat nak ubah kelemahan.

farwalis said...

jangan mengalah!

Unknown said...

manipulasi kelemahan menjadi kekuatan. Walaupun kedengaran sedikit keras, tapi dalam hidup itulah keperluan manusia dalam survival. :)

.drakula. said...

biar kelemahan dahulu jika tidak tiada terkesan dengan kekuatan...

Ceiler Mun said...

tp kan..saya selalu mengaku kalah kalau sekali dah kalah dan xde keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara tu..hehehe!!~

insyaALLAH akan cuba jd orang kuat lepas ni..aminnnn..

^__^v

Hansyirah Takezur said...

yes.. message is conveyed..

tak payah nak interpret banyak kali. hihi..

err.. ke ada makna tersirat entri ni?
huuu...

cik amar said...

tak semestinya kelemahan seseorang itu boleh jadi pemangkin kepada kekuatan..

ada yang menjadikan titik kelemahan dia untuk terus men'down'kan dirinya sendiri..

validation.. ada masa tengoklah di youtube.. =)

Unknown said...

bujur lalu melintang patah,pantang menyerah sebelum kalah

Cik Anita said...

tidak semestinya yang lemah itu tidak punya kekuatan...dan yang mempunyai kekuatn itu sememangnya ada akan kelemahan..

raihanmaskuriy said...

aku paling takut lelaki. sebab tu aku selalu lari. tapi aku yakin, takut aku itu akan menjadi kekuatan aku suatu hari nanti.

The Crow said...

Fuh~ Blog smart. Olahan ayat mantap. Sedap di bace. Menarik.

Kelemahan? Contoh terdekat mcm crow. Mahu menulis. Mahu berblog. Tapi lemah mengolah. Cara terbaik, belajar dari blog2 mcm blog ni. Mungkin ini care terbaik. Dari terus mengolah cara lemah. betul tak? ke tak betul? koh3..

(^____^)

Dol said...

antara kelemahan tegar bagi kebanyakan manusia adalah sikap lambat bertindak, mudah selesa tiada kesungguhan, malas dan suka ambil jalan mudah.

Nasz said...

Belum apa lagi sudah mengalah. Ini paling aku bencikan.

Optimis untuk menang. Mungkin kalau bukan untuk kita, tapi lakukan untuk manusia yang betul mahukannya. (:

Eyka said...

eyka suke ayt last 2..:)

Fatimah Ali said...

putus asa hanya bawak kita ke arah kekalahan.

Faidhyna Darwina said...

kdg2 kelemahan itu jugak x membuatkn org itu bongkak akan kelebihan yg dimiliki kn

hanaahmad said...

aku pernah jatuh dan berputus asa tapi aku tidak pernah berfikir untuk gagal. jangan lemah, hero pun lazimnya kalah dulu baru menang. :)

Anonymous said...

kelemahan bagi aku adalah berputus asa sebelum bertindak.. dan kekuatan bagi aku adalah kata hati nurani yang bergetar memberikan sejuta semangat hidup...

tehr said...

yeah!
berjuang terus sebelum mereka menghantar kita ke kubur

Nveil said...

kelemahan aku . . err.

aku harap, disebalik sipi-sipi takbir kekuatan aku yang dianggapnya ada pada pandangan yang lain, mampu buatkan mereka-mereka itu terus cekal dan tak jatuh.

Kepala Mancis said...

dan penjajah paling kejam adalah diri sendiri.

ghost said...

1 Pijahh' de-Arr |laksanakan misi dengan cara yang berbaloi.lihat hasilnya dan buat penilaian.

nice!

2 As Yusra |perkukuhkan azam terlebih dahulu.pasti akan terbuka jalannya.

3 Amalina |sehingga gagal melakukan tindakan...

4 anah samsudin |yeah!thats good!

5 Cik Bidadari |aku terima hadiah-NYA..

6 pemuzik jalanan |putuskan persahabatan...so easy.

7 frwls |pasti!

8 dayya dayyanna |selain usaha keras,harus lebih bijak.

9 Republic Aku |makanya dilihat kekuatan itu melalui kelemahan.

10 Bella Bell |aminnn....kalau selalu kalah pasti akan menang sekali.

ghost said...

1 Hansyirah Takezur |takde..kalau ada yg betul tersirat mungkin tujuan entry nih ditulis dan untuk siapa..hihi

2 cik amar |itu termasuk mereka yang 'hilang semangat'.

3 nub |biar putih mata jangan putih darah..ops!

4 Cik Anita |ya jangan gerun sebelum melawan...

5 serenity |asal saja kau jangan lari dari aku..kahkah!

6 The Crow Empire |betul kalau kau fikir betul,dan aku mengiakanya.kau mantap apa.

7 r-5 |yang melihat dan menilainya akan mudah untuk mengalahkannya..

8 Nasz |maknanya ada orang yang perlukan kemenangan dari kita..

9 Eyka |sebab di akhir itu ada kesimpulannya.

10 s.u.h.a |kalau sudah berputus asa kommpem sudah kalah.

ghost said...

1 dina darwina |tapi kalau sudah lemah apa lagi yang boleh dibanggakan kalau tidak mengubahnya.

2 hanaahmad |masalahnya tiada hero melayu yang boleh dibangga...haha.
kamu sudah mengubahnya.

3 deAnza-wAnda |harus lebih banyak penghayatan...baru terasa getarnya.hihi

4 tehr |biasanya akan keluar perkataan ini..."bersiaplah kau untuk kuhantar ke neraka!"

5 Nveil |harap begitulah kalau ada sesuatu yang mereka boleh ambil..

6 Kepala Manchiss |yang lebih sengsara diri sendiri jugak lah..

dill said...

dill senyum je lah ye :)

Miss Dill^^

abang bro EL said...

ye ghost!!!akhirnya kau tahu...HARDWORK SURPASS GENIUS!!!

Gaphe said...

selalu membawa inspirasi kamu Bisk, keren pesan yang terakhir.. jangan anggap kelemahan itu sebagai suatu penghalang karena kelemahan bisa jadi sumber kekuatan jika tahu caranya.

Liyana Zahim said...

Slagi dan slagi.. Oh hantuu.. Ni tol2 berhantu.. Hahahah~

Cikli said...

yeaa...gagal hanya setelah berhenti mencuba.

Ibnoe said...

sesudah kesulitan ada kemudahan

bujal X said...

kalau aku ni student dan entri ni aku baca masa musim periksa maka aku akan rasa bersemangat~~tapi hari ini aku hanyalah sebatang kayu hidup.haha~~

Prince Halilintar said...

gunakanlah akal untuk mengatur strategi yg bijak kerana akal tu pon boley mengalahkan kekuatan fizikal..

Putri Indah Purnama Sari said...

wah saya udah lama ga mampir ke sini..
met pagi, blogwealking nih...

catherine- said...

bisk,

xkanlah selamanya kita harus berada di takuk lama kan kann? berubah la...
knp mesti mengalah. betul x?

spt aku yg sedang cuba bergembira wpun masih ada sisa2 kecewa yg sukar dibersihkan dgn sabun apa punn... *sigh

heyy~ bisk!! i miss u too.....

Far8 budak baik said...

ak semakin gersang disini..
hahahaha =p
kelemahan itu kekuatan kn..
cewahhhh

Encik MamaT said...

apa yang lemah itu kadangkala kekuatan.. ibarat air.. mampu berubah menjdi taufan.. menghancurkan apa saja yang keras dan dianggap kuat...

Sang Gabriel said...

macam ringkasan sun tzu art of war pulak sekali imbas

Marhaenonymous said...

aku juga orang yang pernh merasakan diri lemah..

namun kini aku rasa aku cukup kuat untuk berhadapan cabaran apa pun..

menang atau kalah harus di tempuh dan cuba dahulu.

Faizal Sulaiman said...

aku bersetuju dengan pernyataan kelemahan tu.pokoknya hidup ni jangan berputus asa..

Fyqa said...

smakin punya smngat :')

mizzapple said...

jangan pernah berputus asa selagi kamu belum menemui kejayaan.

pisau belati said...

didalam kelemahan ada sumber kekuatan dan didalam kekuatan juga ada kelemahan.

terpulang pada hati mahu turuti yang mana.jika akal tidak bersatu dengan hati,maka lemahlah ia.hati tanpa akal akan binasa.

perlunya di sini kita tahu dimana kekuatan dan dimana kelemahan.kita yang mengaturnya dan mengubah kelemahan itu kepada kekuatan.mengapa perlu di biar kelemahan menguasai diri.sedangkan kekuatan itu hanya di simpan rapi?

saljihitam said...

jika anda gagal dalam merancang, anda merancang untuk gagal.

kan ?

sud@is said...

kekuatan adalh semangat dan usaha, berani juga....
manakala kelemahan ialah pesemis dan putus asa...jgn deh...

blog-tips-kurus said...

bro,
bar gelintar dewan eja pro memaklumkan bahawa maksud 'gasang' ialah sangat suka bersetubuh, sangat bernafsu, bengis, kasar & tergesa-gesa. oooo... *_*

Anonymous said...

kelemahan aku sukar menangis.bagaimana ek nak bg menangis?


shizuka

W i e d e s i g n a r c h said...

Benar - benar quote yang sangat aku sukaaaa.....

aku akan merenungkannya ^_^

"Kelemahan bagi aku pada seseorang adalah berputus-asa.Sedang kekuatan bagi seseorang itu adalah terletak pada bakatnya mengubah kelemahannya."

choirul said...

terus berusaha dan jangan pernah menyerah...

gglit said...

utk mnjadi kuat itu yg susah.

sbb kita sering tewas dipertengahan, plg sadis jk sudah hampir dan dekat dgn sasaran.

berharap aku masih kuat.

pembaris said...

hero selalunya minoriti.memang terpaksa meneliti villain yang datang dari semua sudut..

Unknown said...

intinya jgn menyerah ya.

. said...

terima kasih ghost, akan pegang kata-kata itu.

skandaLdariLangit said...

indeed.

kelemahan ketara akau adalah dalam mengatasi kelemahan.

ghost said...

1 Miss Dill |terima senyuman itu.. :)

2 EL MARIACHI |yeah!thanks a lot bro.

3 Gaphe |kerna itu perlu lebih bijak ya kan Phe..kamu juga menjadi sumber inspiratif.

4 Liyana Zahim |tapi tidak sampai menghantui kamu...

5 Cikli |kekalahan yang disebabkan penyerahan diri..

6 Ibnoe |jelas!

7 bujal X |kayu kalau lemah jadi kayu mati..tapi kau hidup bukan..hihi

8 Prince Halilintar |perolehilah dari kekuatan mental dan kebijaksanaan..

9 Putri Indah Purnama Sari |met sore Putri IPS...have a nice day.

10 catherine- |hye Ryna...

betul,kalau mau melihat ia menjadi lebih baik maka harus berani melakukan perubahan.

tapi ya kan yang sudah sisa itu jangan dijadikan inti pada kehidupan yang semakin bahagia.

ghost said...

1 Far8 budak baik |kau gersang kerna apa far8?haha

2 Encik MamaT |itu salah satu metaphor yang paling nyata..

3 gabanMorka |nampaknya aku perlu ketahui idealogi sun tzu..hihi

4 Pena Marhaen |percubaan juga penting untuk melihat sejauh mana kemampuan kita mengatasi kelemahan.

5 FaizalSulaiman |ya itu dasarnya...

6 Fyqa |thats good Fyqa

7 mizzapple |yup!jangan sekali-kali.

8 pisau belati |nah aku bertambah setuju kalau penambahan ini meyakinkan aku bahwa setiap org punya kekuatan di samping kelemahannya..

9 saljihitam |BERANI UNTUK GAGAL!

10 S..U..D..@..I..S |asingkan keduanya dan lihat mana satu yang harus dipilih.

gglit said...
This comment has been removed by the author.
ghost said...

1 blog-tips-kurus |ambil apa yang sesuai untuk ayat okay..hihi

2 shizuka |mari jumpa aku..aku tau camner nak buat kau menangis.

3 W i e d e s i g n a r c h |renungkan lah ia widya..(aku fikir nama kamu seolah nama tempatnya di german.)

4 choirul |

5 diana |harus terus maju..

6 gglit |tau ia sangat mengecewakan dan menyakitkan,tapi kumpul kembali semangat..tahu untuk bertahan.

7 pembaris |gunakan akal untuk melawan dan menumpaskannya.

8 Sang Cerpenis bercerita |ya itu lah yang sebenarnya.

9 KHRLHSYM |mekasih jugak Karl.

10 skandaLdariLangit |semakin dekat menemui kekuatan..

Benjy said...

Ghost ... sebanarnya b3njy suda berputus asa ... terpaksa putus asa ... kerana tak mungkin aku kan berjaya ... mungkin dulu boleh kot berjaya tetapi sekarang ni tidak ... b3njy terpaksa akur dengan kekalahan tak perlu berusaha lagi ... kerana ia hanya sia-sia .... b3njy terpaksa putus asa tackle c Siti Nurhaliza kerana ia suda kepunyaan Dato' K. Kesiankan b3njy Ghost .... isk !..isk !.. isk ! ...

intan.maisarah said...

suka pada kata kata mu di baris terakhir

:)


kita sahaja yang mengatasi kelemahan kita sendiri

AkuMuzikFilem said...

asal jangan kalah dengan perasaan sendiri. tapi kelemahan aku kadang2 kalah dengan perasaan sendiri. ada ubat ghost?

Mohamadazhan.com said...

semangat deh baca entri ni! terbaik!

raihanmaskuriy said...

"Jangan terlalu gasang dalam memiliki apa yang dihajati"


aku tak pernah. dan aku tetap bertahan. tapi, aku tetap kehilangan semua. aku masih cuba bertahan. dan rupanya aku x dapat tahan. tak cukup bijak untuk mengawal kestabilan.

toyolkiut said...

dear penulis antu,
kelebihn itu mmg kdng2 cukup mlemahkn..

Cik Specky said...

menang tanpa btanding hehe :P (adussss.. apa la kaitan..)

i get the point but seems that i cant get the right words to share my opinion.. *sigh*

HEROICzero said...

semacam kalau kau dah tahu kalah, tapi kau masih pergi.

aku tak sekuat itu, kawan.

ghost said...

1 Benjy |tidak apa,yang pasti siti masih mengizinkan kau menampal posternya di bilik air...haha

2 intan.maisarah |tepuk dada tahan nafas...hihi

3 AkuMuzikFilem |ada.telan saja perasaan kau..

4 Mohamadazhan hjDesa |mekasih sob..

5 serenity |itu bukan kehilangan yang sia-sia.pasti akan ada yang membantumu untuk bertahan...

6 toyolkiut |jangan terlalu yakin dengan kekuatan.bimbang digunakan sebagai kelemahan oleh mereka.

7 nurHeart |mereka gerun untuk menentang kamu Nur...

8 HEROICzero |tapi soal pertembungan atau perhitungan tidak ada mengetahui akan kalah menangnya.

BonekadalamChermin said...

walau seteliti manapun dia
walau segagah mana dia melangkaui kelemahan

jika nasib tidak berpihak kepadanya
makanya tidak ghost

itu namanya kun faya kun




sekurang kurangnya dia tidak gagal
cuma belum berjaya...

zaty luvlianncez said...

sedang berusaha utk menang..dlm suatu 'perjuangan'

Mari menghayati di cni
mentua vs menantu

Siti Nurhayati Dollah said...

Selagi masih belum putus harapan, selagi itu jalan untuk kemenangan belum tertutup

FreESiA said...

betul tu. jangan mudah berputus asa. segala kelemahan diri perlulah dikaji dan jadikan ia sebagai kekuatan diri.

SYARIFF HAIKAL said...

tatkala kelemahan diubah, masa menjadi pengukur, bakatnya mengubah adlah jaminan pantasnya perubahan itu berlaku..namun ianya hanya senang dimulut, x ramai yg mampu..

kay_are said...

yang ni betul.. baru try sekali, gagal pastu give up.. memang babai r kejayaan untuk individu camtu

Sca Ndx said...

kalau semua orang kuat.