burlesque



Sebenarnya kita terlalu banyak penyataan yang berlapis-lapis..Seusai menjelaskan sesuatu kita akan menjelaskan sesuatu yang lain.Kerna itu ia tidak pernah berakhir dengan hanya satu penjelasan.Seringkali kita akan memulakan semula dengan 'sebenarnya'..Tidak kah kita melihat bahwa penyataan yang pertama akan dilupuskan oleh penyataan kedua dan ia berterusan dengan penyataan yang lain...


Sememangnya kita lebih mengetahui tentang sesuatu hal dengan lebih jelas kalau kita difahamkan berulang kali..dan kita akan lebih memahami kalau kita mencuba untuk faham.Sememangnya itu antara sifat manusia yang terlalu normal dan kita tidak menyalahi sesiapa kalau ada antara pemahaman mereka yang tidak dapat menembusi seluruh penyataan.


Sebenarnya...pada dasarnya,kita bukan lah kita yang sebenarnya.Kita melalui berapa proses dan fasa dalam melihat diri kita lebih dari apa yang kita tahu.Kita lebih banyak mendedahkan suatu yang berlainan dari diri kita.Percaya atau tidak,kita sememangnya begitu dengan asasnya.







80 comments:

hans0 said...

boleh ganti fadilah kamsah

Pijahh' de-Arr said...

ye..banyak fasa y kita pelajari untuk hidup..~

nurHeart said...

ooooooo.. gituuuuu~
hurmmm.. (^^,)v

delarocha said...

manusia seringkali mengetepikan hakikat.

menyembunyikan kelemahan untuk nampak seperti seorang yang sempurna.

As Yusra said...

wahhh..dalamnye makne~

ukhti syikin said...

tapi aku sukar hendak memahami.. kerna itu aku bnyk tanya kot.. fasa2 itu.. seakan2 merewcatkan pemahaman ku

Cik Bidadari said...

saat aku melalui fasa yang kamu katakan tu ghost... aku acapkali dikatakan 'menyimpang landasan' yang mereka sembah.

and guess what...? sesungguhnya memang betul... diri sendiri asasnya sudah memilikit fitrah As-Salam.. yang allah s.w.t janjikan... tetapi persekitaran menjadikan cubaan untuk memahami sesuatu yang lain dari asas itu tidak tercapai... kerana kita... mereka... dan kamu ternyata berbeza mengikut acuan yang DIA kehendaki.

thank god... u know better right...?

pakaianmu? masih memilih atau kamu sudah bertemu dengan pakaian yang cocok ghost? pelabuhan yang kamu cari itu sudah membuatkan kaki kamu tercecah atau belum...?

pelabuhan kamu indah tak?

*ps... serius guanya komen 2 dalam 1 kalau lu faham... yes u are...

adwafarahin said...

mmg tu la lumrah manusia
melalui beberapa peringkat hidup :)

cik ubi said...

dan sebenarnye-yuna..byk maksud sebalik perkataan ko..

EL MARIACHI said...

kau dah lalui berapa fasa dah...heheheh...aku tak konfiden lagi ni....empty empty...

Amalina said...

kebanyakkan masa, aku bukan tak faham tapi aku tak nak faham atau buat-buat tak faham supaya orang nampak aku bodoh dan pinggirkan aku.

betty said...

YANG SEBENARNYA kita mengelirukan diri kita sendiri degn pnjelasan kita sendiri. mungkin juga kita menipu diri sendiri hanya kerana mahu merasa aman dihati..hakikatnya.dusta

Raihana Izzati said...

Penyataan yang berlapis-lapis,, that's me.Terlampau banyak cakap bila dah biasa dengan seseorang tu.

Kalau bab paham, tak semua orang interpret dari segi yang sama. Pemikiran berbeza-beza.

Mendedahkan sesuatu yang berlainan atau dalam kata lain menjadi orang lain=hipokrit? Entah la.Hipokrit tu umum. Rasanya setiap orang hipokrit. Bezanya antara sedar atau tak sedar je.

Haa.. Kali ni interpret betol tak ni? haha

Amiey White said...

saya kadang2 menyalahkan diri sendiri lemah jiwa , hati kerana terlalu mencari kesempurnaan untuk kesenangan orng lain . apa pun good luck untuk kamu ghost :)

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

welcome to burlesque....

Nveil said...

sebenarnya, aku ambik masa 2 minit untuk scroll dari atas ke bawah. sebab lag. kemudian, aku terpaksa naik balik ke atas untuk melakukan pembacaan buat kali kedua. ketiga, aku terpaksa buka tetingkap lain dalam keadaan yang pertama (lag) untuk pastikan ejaan si burlesque ni betul waktu aku menaip komen ni.

sebenarnya, apa maksud tajuk tu?

CassiaSiamea said...

yang sebenarnya tidak semestinya benar

mmg byk berlapik..

dayya dayyanna said...

penjelasan dari satu ke lain, berubah2 pada aku ia menunjukkan diri yang tidak jujur, penakut. mencari pada setiap kali ucapan paling utuh. supaya tidak ternampak lemah diri.

setiap manusia mmg ada naluri begitu, tp pada aku-- aku paling benci manusia yang dengan sengaja pada setiap kali menjatuhkan manusia lain, menggunakan naluri itu supaya kelihatan sempurna.

membenarkan, bukan bermmakna percaya.

JIJI YU said...

pengalaman amat diperlukan

toyolkiut said...

akhirnya..
tkluar juga apa yg sebenarnya..
emm..
bnyk frasa nk kena fikir ni..

Johan "Champ" Radzi said...

Aku faham.

Manusia itu satu proses. Bukan?

Para Jamaludin said...

gambar dah macam mail lambong dah

AkuMuzikFilem said...

sangat faham, kali ini jelas sekali. itulah aku kadang-kadang dalam menulis, bila mana cuba menerangkan sesuatu, terasa tak sampai, cuba menerangkan sesuatu untuk menyokong sesuatu sebelum.

perenggan pertama dan ketiga itu masuk sekali dalam benak.

ghost writer said...

1 hans0 |jangan main-main ngan Fadilah kamsah woo..

2 Pijahh' de-Arr |kenali di mana fasa kita dan hadapi fasa yang akan dihadapi..

3 nurHeart |(humming too...)

4 delarocha |selama mana hakikat itu mampu diketepikan kalau akhirnya gagal mencari kesempurnaan..

5 As Yusra |harap jangan tenggelam...hihi

6 ukhti syikin |maka seperti yg dikatakan bahwa tidak akan dipersalahkan kalau tidak mampu memahami.tidak apa sih..

7 Cik Bidadari |belum...malah ada pakaian yang aku sedihkan kerna pernah memakainya dan ada pelabuhan yang ketika aku tiba ia roboh..maka masih lagi aku bergelandangan mencari suatu yang aku fikir akan ada landasan yang benar2 untuk aku.tapi ternyata kegagalan itu seolah berada di pundakku..Tuhan lebih tahu kondisi aku..

8 adwafarahin |tiada yang mau kekal pada satu level..

9 cik ubi |intinya cuma pada sebenar dan sememangnya..

10 EL MARIACHI |baru 2..sebenarnya dan dari kisah sebenar aku.

Cik Jari said...

hai ghost...

a'ah..kadang-kadang tak paham ape yg anda paham.maka timbullah salah paham....:0

ghost writer said...

1 Amalina |takde sapa punya hak untuk mengatakan kita bodoh atas apa yang kita tidak faham..sedangkan kita cuma perlu penjelasan yang berulang.

2 betty |hey betty..kau merungkainya dengan meninggalkan sedikit persoalan..sama bukan..

3 Raihana Izzati |Zack,kau dah usaha untuk memahaminya dan yang benarnya kita punya tafsiran yg berbeda.aku dukung.tapi ini bukan mengenai hipokrit.

4 Amiey White |maka kalau dengan itu kita tidak akan temui kesempurnaan.kalau utk diri sendiri gagal apalagi utk org lain.gudlak baby...

5 Nazsabrina Iman Zulfikar |to burlesque?wah!!

6 Nveil |ia seperti digambarkan pada suatu yg tidak betul..ia membawa maksud olok-olok.

7 CassiaSiamea |eh...kau mengetahuinya.hihi.tanx.

8 dayya dayyanna |dalam maksud lain menjelaskan dan menyembunyikan suatu yang lain..

9 JIJI YU |tiada pengalaman,tiada apa nak ditunjukkan..hihi

10 toyolkiut |selepas itu mesti ada sebenarnya..

Dale said...

cehh, ada jugak sebenarnya tu. haha

well, accepted.

ghost writer said...

1 Johan "Champ" Radzi |yup dan pemahaman manusia itu juga satu proses.

2 Para Jamaludin |siapa mail lambong..kawan kau?

3 AkuMuzikFilem |haha...kau mampu gambarkannya dalam pemahaman kau Noah..

4 Cik Jari |aku pulak tak faham apa yang kamu tak faham..hihi

AkuMuzikFilem said...

harap saja pemahaman aku ini tak lari dari kau ghost

e. indah said...

itu yg buat kita selalu jadi konfius ...kenapa kita act seperti bukan kita, atau sebenarnya lakonan itu mmg kita yg selalu berpura pura ...
kita persoalan kejujuran dalam kita sediri melakonkan pembohongan ...

Nasz said...

Benar. Dan diam itu kadangkala lebih baik daripada menyatakan sesuatu tapi tidak diterima sebagaimana yg kita fahamkan. Susah kan?
Ya, kita ini selalu hidup dalam kepura puraan. Tapi itu penting. Kerana kebaikannya lebih banyak.
Aku selalu begitu. Coz this is all apart of my growth process. Regardless what happens it will make me who I am. (:

juliam said...

auw~
haha

lumrahlah ghost

hanaahmad said...

sebenarnya, aku mmg suka cakap berkias.

Insan Marhaen said...

kita lalui yang baru. yang lama jadi tauladan dan kenangan.

Far8 budak baik said...

waaaa..pandai lahh kau berkata kata..
dua kali aku bace..dua tak paham..
haha
cuba faham je aku phm kah3

ghost writer said...

1 AkuMuzikFilem |absolutely right Noah..

2 e. indah |dan itulah sebenarnya E'..

hey,lama aku tidak melihat kamu.

3 Nasz |tapi kita kan diberi pilihan untuk mencuba dan ketika mencuba untuk faham kita akan dijelaskan melainkan orang itu sendiri tidak mau membuatkan kita faham.

4 juliam |yes..ia lumrah.memang lumrah.

5 hanaahmad |a'ah...kan nampak sebenarnya itu ada.

6 Dale |sebenarnya begitu..haha.sebeanrnya takkan pernah habis.

ghost writer said...

1 Insan Marhaen | tetap melalui fasanya kan abang IM

2 Far8 budak baik | wah..kalau macam tuh kau dah faham lar tuh kiranya.hihi

Siti Nurhayati Dollah said...

Ada yang faham tapi buat-buat tak faham.

Ada yang tak faham tapi buat-buat faham.

Ada yang faham, tapi malas nak ambil tahu.

Ada yang tak faham, dan malas nak cuba faham

Ezay Hadry said...

memang kite banyak persamaan..fitrah manusia pun memang percayakan tuhan.sebab apabila susah sekalipun manusia tetap ingat tuhan mereka..
perlu memahami berulang2..sama kes dengan pengalaman...kita belajar dari pengalaman,
pemahaman manusia terdiri beberapa fasa..
tu lah yang boleh aku huraikan dari pemahaman entri ini

Raihana Izzati said...

Salah lagi=_=

Tak sampai kat benak otak ni.

..............................
.....................
.....geram.

KHRLHSYM said...

"pada dasarnya,kita bukan lah kita yang sebenarnya.Kita melalui berapa proses dan fasa dalam melihat diri kita lebih dari apa yang kita tahu"

sedap ayat ni.

KHRLHSYM said...

dan sememang kita begitu kerana kita semua beza. hihi

Cik Anita said...

Dan sebenarnya...

*Yuna

Hansyitake~ said...

org melayu suka cakap

Actually..

betul tak? hehe..

Hansyitake~ said...

org melayu suka cakap

Actually..

betul tak? hehe..

Seroja Jingga said...

kadang aku juga bukan diri aku yang sebenar..

eszol raar said...

input,process,output

.:padie_eyla:. said...

sebenar nya bila kita kata berkenaan perkataan berlapis lapis, kita juga sedang menggunakan nya tanpa sedar. itu lah sebenar nya. haha. :D

Inspirationalefeks said...

penegasan yang ckup baik ... ehehe bila aku baca ni aku terfikir dengan satu perengan kat pete doherty's poet ,

"the band should be smashing up the Toon, Glasgae and Shepherd’s Bush this weekend and instead I’m birded off on remand after a slow clucking duck walk (sitting too) through the bowels of Bethnal Green nick, Thames magistrates and now da ‘ville. Innit bleeding marvellous?"

hecklerspray translation:

"you know, poor deprived people turning to drugs as some sort of necessary yet hellish escape mechanism – but more to do with the fact that I thought sticking a needle in my arm would look reeeealllyyy cool in a dreadfully ‘rock and roll’ sort of way!"

ehehe faham x ? mksd aku ... aku xjumpa ayat yang sesuai untuk menerangkannya :) heehe

tehr said...

memang begitulah sebenarnya
untuk menjelaskan sesuatu atau memberitahu siapa kita, memerlukan sangat banyak perkatan

Cikli said...

sebenarnya, aku tak faham sangat. sambil mengangguk-angguk.

~Nabilah~ said...

boleh jadi penceramah bebas nie...hehehe

FaizalSulaiman said...

motivasi ini sangat bagus untuk dicerna pagi2

apa2 pun muzikal burlesque memang beshh

NAJ HEBAT said...

bisk....


jom jalan2...



bosan la dunia. nak jalan mana2 tak? instead DUNIA?

Prince Halilintar said...

mgkn kate2 itu untuk menyedapkan hati mereka dan bermain dgn perasaan sendiri yg lbh suke berpuitis..

diana said...

sebenarnye
betul tu..hehhe..

sepuluh tahun lepas kita bukan kita yang sekarang..
jadi,dimana kita yang sebenarnya???

republik n9 said...

peringkat hidup gua=makin lama gua makin jahat hahhaha

Pena Marhaen said...

aku rasa termotivasi dengan entri ni..

terima kasih bisk.

catherine- said...

sebenarnya...

dan sebenarnya...

dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu, kau juga.. merindui aku


;)

lavender harum wangi said...

Terkadang kita bukan hanya perlu penyataan tapi tindakan atau praktikal dan bukan hanya teori semata.

Okie, ada kena mengena tak? HAHAHA :D

Sutera_suci said...

Saya dok pahang sepatoh pung..

Bahasa tinggi, berat untuk dihadam..saya budak tadika

deAnza-wAnda said...

sebenarnya.... saya juga begitu.. hehe...

| gad1s s0ypans | said...

sgt berm0tif.....
pengalaman amat di perlukan.......
(=

shizuka said...

dalam makna yang kamu cuba sampaikan itu aku harapkan sedalam itu juga apa yang aku fahami.


hai penulis berhantu!:)

rainbowcloudy said...

selalu saja kita membohongi diri dan memberi kenyataan2 yg bersimpang siur dari yg sebenar..

1 1 penjelasan.. membuatkan 2 2 makin xfhm..

rain setuju dgn fikiran n tulisan bisk . ada benar

Miss Dill said...

adakalanya pemahaman memerlukan pembacaan/penerangan berulang-ulang kali.

elak salah faham.

Miss Dill^^

FreESiA said...

hai ghost. baru komen =) semalam kepala dah pusing. tak dapat nak komen.

kadang-kadang pernyataan kedua, ketiga dan seterusnya diperlukan bagi menyokong pernyataan yang pertama.

tapi kadang-kadang pernyataan demi pernyataan diterima kerana pernyataan pertama dibangkang atau disangkal. namun, hanya diri kita yang lebih memahami perkara tersebut, cuma kadang-kadang kita yang tak tahu macam mana nak sampaikan.

noraliza said...

dalam maksudnya.

dan sebenarnya by yuna..hehe

Pijahh' de-Arr said...

'Seusai menjelaskan sesuatu kita akan menjelaskan sesuatu yang lain'


GW~~ bila kmi baca balik..

tak pham lagi mksug ayt tu..~

apa y dimaksudkan..?

ghost writer said...

1 Siti Nurhayati Dollah |di mana kita sebenarnya dalam memahami sesuatu tuh...

2 Ezay Hadry |huraian mu terbaik ezay..

3 Raihana Izzati |its ok zack..hihi

4 KHRLHSYM |dari perbezaan itu kita melihat diri kita..

5 Cik Anita |i not like yuna..hi3

6 Hansyitake~ |haha..betul!betul!

7 Seroja Jingga |tapi kita tetap teruskan..

8 eszol raar |cukup untuk keseluruhan...

9 .:padie_eyla:. |ya ia memang di luar sedar kita..

10 Inspirationalefeks |dan ia tidak lebioh daripada fakta..hihi

hey man,kau banyak buat research.

ghost writer said...

1 tehr |dan semakin berperingkat-peringkat...

2 Cikli |sama lah kita.haha...

3 ~Nabilah~ |mesti takde yang undang..haha

4 FaizalSulaiman |sori aku menjawabnya di malam hari...hihi

5 NAJ HEBAT |jom naj..im ready.

6 Prince Halilintar |ya who knows...?

7 diana |kita di mana sebagai seorang yg mulai konpius..hihi

8 republik n9 |yosh bro..its better than nothing 'perubahan'.haha

9 Pena Marhaen |hey bro..mekasih.

10 catherine- | hey ryna..boleh kah kau melihat aku tersenyum pada kau..?aku sedang senyum. :)

Nazirul said...

hebatnya ayat lu.gua suka

ghost writer said...

1 lavender harum wangi |memang ada...hihi.teori cuma menyokong,dan praktikal membuktikan.

2 Sutera_suci |bahasa tak tinggi,tapi cuma perlu pengertian lebih sikit.

3 deAnza-wAnda |really?

4 | gad1s s0ypans | ya..sangat penting sesebuah pengalaman.

5 shizuka |harap kamu memahami.hai sizuka

6 rainbowcloudy |mekasih rain tapi yg pasti siapa yang menjelaskan itu lebih faham.

7 Miss Dill |kalau mau salah faham x berlaku,maka leh dipraktikan cara tuh.

8 FreESiA |yup lebih kurang macam tuh...banyakkan rehat ok.

9 noraliza |nampaknya yuna lebih tahu akan sebenarnya..

10 Pijahh' de-Arr |maknanya kita masih belum cukup dalam penjelasan yang pertama,dan pasti ada penjelasan lain yang menutupi penjelasan pertama.dan cuba lihat akan timbulnya perkataan 'sebenarnya'..contoh:

"saya lewat datang pegi keje pagi tadi,sebab ada kemalangan di jalanraya.."

"sebenarnya,saya lewat sebab saya terpaksa ambil pakaian di laundry"..

kendian..

"sebenarnya kan,aku terlewat sebab aku ngantuk sangat semalam,tidur dah nak pagi..sedar-sedar dah nak masuk kul 10 dah.."

nampak kan...?

ghost writer said...

Nazirul | ouh mekasih Rul.

BonekadalamChermin said...

bukan senang utk faham org
dan utk buat org faham kita

kadang2 kita terlalu berusaha utk faham org
sedangkan org cuma memandang enteng tentang kita


hai ghost.

Pijahh' de-Arr said...

yeyye..ghost..saya dah faham..~

maknanya 'sebenarnya' memainkan peranan penting dlm menutupi..pjelsn 1,2..

Sang Cerpenis bercerita said...

met malam..juga

Bella Bell said...

perah otak nak baca entry ringkas ni..alamak..apsal saya mereng sangat malam ni..hehehehe!!~

tp yg saya paham..kita tak pernah jadi diri kita yg sebenar...selalu ingin jadi orang lain..:)

ghost writer said...

1 BonekadalamChermin |dan keseluruhan ini aku dapat baca melalui entry kau Ayin..

2 Pijahh' de-Arr |bagus dah faham dah..hi3

3 Sang Cerpenis bercerita |met malam Mba.

4 Bella Bell |selalunya begitu lah Bella..sebab tuh kita suka melihat perbandingan dan bayangkan kalau kita adalah orang itu.

Kepala Manchiss said...

sebenarnya kita tidak mempunyai pilihan. kita cuma boleh cakap berlapik ataupun bermuka-muka dan melihat masyarakat terus menurun atau menuju keruntuhan.