Kuala Lumpur itu, bagi anak perdesaan yang cuma kenal mesin minuman sebagai suatu yang sangat mengagumkan pasti hilang akal tersumbat di dalamnya.Mohon saja kalau lebih lama terintim dengan bujukan kota metropolitan ini,harga diri juga bisa jadi hanya sekadar harga ikan asin yang belum ditawarkan harganya.Kuala Lumpur itu kota yang hidup dengan pesta sketsa terhidang di depan mata.kuala Lumpur itu kehidupan realitis dari drama 'sebuah kotak minuman yang kosong'.Kuala Lumpur terbilang kerna pelakonnya bukan calang-calang orang.
Tidak perlu tahu jalan,lorong atau nama si penjual warung.Lebih importansi,kalau cuma perlu membayar kenikmatan mata dengan penuh rasa hormat.Mata lebih akrab dalam penceritaan kisah kota yang mecet dengan orang yang berjalan berlaga bahu dan tersadung diketawakan.Rugi kalau kita mengalihkan pandangan dan berlalu seolah tiada apa yang berlaku di depan mata.Ah,anak dari perdesaan belum cukup tuntas pengenalannya pada lakonan.
Seorang tua hindu yang mabuknya tidak pernah surut ditendang di belakang punggungnya sehingga haruslah mukanya mencumbui aspal oleh si pemilik warung melayu yang punya tubuh sasa.Gara-gara cuma menyanyi lagu 'bird song' dengan nada seolah berpuisi begitu sudah mendapat iktiraf.Anak perdesaan melihat dan tersenyum..."Ini drama yang Tuhan mereka tidak pernah sama...".
84 comments:
wahhhh..jatuh rahang baca entry awak..
penuh dgn..keklasikan..baca 3 kali nk paham ayat2 ni..
tp mmg nice..boleh ganti a.samad said..hehehhe!!~
p/s: org lain baca sekali je dah paham..nape la saya ni lampi sangat ea..adehh..konpius2..^__^v
dunia penuh dengan drama.
usah hanya melihat.
kerana kita juga adalah pelakonnya.
kalau anak desa tu tak kuat, dh lama mati jiwa tu
kita adalah sebahagian wataknya..
adakala kita menitiskan airmata,adakala ketawa ria..pelbagai watak dan babak di saksikan hari-hari.
namun semuanya hanyalah lakonan semata dan semuanya penuh kepura-puraan.
kuala lumpur adalah pentas bagi kita mempelbagaikan lakonan.
KL is one of the pentas teater yang bisa mengubah jati diri seorang manusia biasa dalam sekelip mata.
hermm...
aku nampak ini di kota, pekan dan desa.
karya ini adalah racist menurut penakulan aku.maaf kalau aku salah anggap.
semua adalah lakon layarnya...
bedanya... cuma watak yang disandang,,,
namun kota bandar itu adalah tempat mereka mencari rezeki, bagi mereka yang tahu.
kehidupan penuh warna-warni. bergantung pd kita bagaimana nak mencoraknya
Miss Dill^^
adoi... time otak serabut... try buat artikel... time cool dan tenang... cuba buat artikel... realiti yang asasnya just nak buat artikel... tapi hasilannya adalah 2 artikel yang berbeza jiwanya walaupun orang yang menulisnya asalah sama ghost...
inilah kuala lumpur... alahai...
typo asalah=adalah
kuala lumpur itu aku yang dahulu,aku tiada ketakutan di situ bebas terbang...
culture shock.. bagi yang lemah, akan hanyut.. harap saja kampung aku dekat dengan k.L lumpur, tapi jauhnya dari hati kurasa, macam tempat aku ni beribu km dari sana. hehe
kuala lumpur banyak mengajar aku erti hidup ghost.
kita y mecorakakn tempak mjadi apa..~~
pelbagai ragam warga kota ni...kdg ade yg sakit mate bile tgknya..
kuala lumpur yang punya jutaan cerita
dan memori
yang sudah lama kak ati tinggalkan..
aku juga wataknya, terkurung dan tidak boleh keluar.
Kuala lumpur memang sebuah bandar yang memang terkenal dengan bandar yang sibuk dan rakyat yang terlalu bergesa gesa mencari wang . Penat dengan kuala lumpur . Banyak kontroversi .
ehh silap
tempak = tempat
aku pun nak ikut reaksi komen pertama lah.
jatuh rahang taw baca entri awak.
realiti kota itu menyesakkan
namun x lupa..suka duka memori dlm kenangan...
drama yang akan di ulang tayang...
aku nak melawan derasnya sungai kuala
Ya.
Hanya kerana segelintir manusia yang tidak pandai mencorakkan diri, maka tenggelam namamu Kuala Lumpur dengan kota kemaksiatan. Kota kegemilangan bagi mereka yang menikmati dunia semata-mata.
bagus di indonesia.. pengamin dihormati dan disanjungi kalau benar2 bagus..
Kita pelakon pelakon yg hidup di pentas kotaraya.
Kota ini aku rasakan mengumpul lebih banyak pengkhianat daripada penyelamat. Kontra dengan apa yg dipersembahakan kepada umum.
asal dari kampung....
walaupun jauh d perantauan.....
haha anak perdesaan tu melambangkan siapa? Aku kau atau dia? hehe. aku masuk dalam imaginasi ceritamu sebentar tadi. hehe
kuala lumpur adalah masa muda mudi.
kl ke, drama ke, tuhan ke
semuanya terancang
oleh si dia
ramai ckp baca ini jatuh rahang. aku pula jatuh hati.
cuba dengar lagu kotarayaku-altimet.
kuala lumpur mcm2 owg ade..
entry terbaru..
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/kau-kejam-kau-pijak-kaki-anak-kucing-tu.html
lama dah "berpuasa" baca blog kamu ghost.
hmm..
ibarat what the french said
"c'est la vie"
life is full of surprises and new things.
tapi aku tetap tidak suka sama org yg menendang itu.
kuala lumpur adalah dunia...kau akan berkata wahhh!! bila pertama kali melihat aktivitinya..wahhh wah waaa..menangis? ahaks..
dunia pentas teater. KL pentas utama. ;0
hahha. sudah ramai manusia yang mati dalam arus kota. arusnya lebih deras, lebih kasar dan ganas. walau di kampung akan ada juga manusia yang lemas, tapi ia terjadi cuma kadangkala. Tidak seperti kejadian di kota yang selalu.
Manusia-- selalu tidak sedar aruss itu.
di tengah kota.
*duduk*
*diam*
*perhati*
dan kau akan pelajari sesuatu.
=)
namanya pun kuala LUMPUR
pengalaman adalah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.... kuala lumpur itu ibarat pisau... baik gunanya... bermanfaat baginya... buruk gunanya... padahlah dirinya :p
waah kamu sedang berada di Kuala Lumpur ya Bisk?.. senangnyaa...
selamat beraktivitaas.. ^_^
anak desa berhijrah kerana ingin mencari rezeki. semoga tidak melupakan tujuan asal
lakonan manusia berada di mana-mana di desa maupun di kota...
cuma kita harus kenal siapa kita dan siapa dia...
lakonan manusia berada di mana-mana di desa maupun di kota...
cuma kita harus kenal siapa kita dan siapa dia...
dunia hanya tempat kita melakonkan watak yang digarap dalam jasad...
dunia ini adalah pentas lakonan. kita adalah pelakonnya. lakonkan watak mengikut kehendakmu. cuma perlu ingat, hidup di dunia ini ada sekali saja.
kuala lumpur itu sebenarnya tiada apa2 utk org mcm aku--yg x tahu bergembira dengan isinya.
aku cuma tahu naik lrt atau monorail,memerhati gelagat org sambil minum kopi di restoran yg tiada di daerahku,terus..keluar masuk mall menghabiskan duit membeli semahuku. itu saja bisk~ selebihnya aku x tahu apa yg ada di kuala lumpur itu.
▐▀▀▀▀████▀▀▀██▀▀███▀▀█▀▀▀▀▀▀▌
▐█──███▀──▄──▀█─▀█▀─███──▀█▄▌
▐█──██▀▄──▀──▄█▄─▀─▄███──██▀▌
▐▄▄▄▄▄▄██▄▄▄█████▄████▄▄▄▄▄▄▌
mahu bagi ini..
malam sikit baru komen
jangan cerita kuala berlumpur itu, di kota kecil ini saja , lakonan manusia bukan calang calang,
aku pun megarang tulisan bohong, melukis imej lain dari jiwa...
*jatuh hati dengan tulisan si penulis berhantu ...: )
sudah lama sekali tidak ke Kuala Lumpur..jadi pengen lihat penampilannya saat ini.
tanah inilah pentas drama manusia.wataknya dlm pilihan sendiri. sendiri yg mencorakkan, sendiri yg mewarnakan, watak adalah gubahan masa silam dan watak adalah cermin masa hadapan.. mata yg memerhati byk belajar, belajar atas kebenaran atau belajar atas keinginan
A samad said junior.
=='
kenapa kuala lumpur?
senario di kota....
Mari menghayati di cni
mentua vs menantu
jalan malam di petaling street atau puduraya atau pasar seni. gelandangan genius, punya kerja hebat tapi hidup merempat. drama hidup biasa di kota.
dunia umpama pentas dan manusia pelakonnya
met siang. apa itu sayembara jalanan?
kuala lumpur, bak manuskrip sayembara jalanan kehidupan..
oh.ghost, benarnya, kuala lumpur itu apa ya? :P
kuala lumpur!
penuh dengan lakonan duniawi.
kesibukan kota mmbuatkan aku dh jrng pg sana.
"Just follow the neon light.you'll never lost in KL" Bekas opismet pesan.akau rasa dia ajak pi clubing.
semua itu dunia
berjalan..melihat dan mentafsir
kota ni memang penuh cerita ghost
penuh drama yang kita lah pelakon nye..i love this one :)
hebat ye kisah kota kuala lumpur, ntah knapa sebilangan manusia begitu obses dgn nya..
kota raya..penuh kesyukuran pun ada :)
kat kuala lumpur 1001 kisah yg kite x taw
wah
tuhan tidak pernah menyuruh hambanya menendang punggung orang biar pun orang itu tidak menyembahnya
Isi kuala lumpur msh blm pnh mlht kota2 yg lbh agung dri itu.. Wahh.. Aku pon nk jugak bermadah2 mlm bute ni..
Kuala Lumpur ibu kota malaysia biaslah, ia memang terkanal ... nak kata hidup mencabar tak juga ... janji tahu 'lorong' dan 'lubangnya'. Kalau dah lama tinggal kat KL pasti tahu 'tricknya' dan kekadang 'lakonan' itu sangat membantu. Begitulah kehidupan ... bukan sahaja di KL di kampung pun apa kurangnya ... janji kita happy dan jangan menyusahkan orang lain.
Ramai orang kata di KL tak best dan banyak perkara yang jahat ... sebenarnya terpulang pada diri sendiri kalau jahat di fikirkan jadilah jahat dan kalau baik difikirkan jadilah baik.
Namun b3njy suka tinggal di KL ... banyak barang2 murah dan b3njy sentiasa tersenyum ... hehehehe
Kuala Lumpur kota yg tak pernah tidur... hahahah
tatkala disebut kuala lumpur aku lah anak pendesa yg terasa sgt asing..
Drama Tuhan itu ada kita tidak tahu datangnya.. salam kenal
Kata kawanku, Kuala Lumpur tidak pernah tidur. Setiap detiknya ada cerita yang ada kisah tersirat.
Bagaimana lampu yang sentiasa menerangi kuala Lumpur, begitu jugalah kisah yang mewarnai kuala Lumpur.
Kuala Lumpur sebuah kota yang penuh dengan sketsa bermacam-macam ragam manusia. dan sekarang, anak desa pun apa kurang hebatnya. turut sama menyaingi anak kota. yang membezakan, corak kehidupan mereka.
to my all commentator...
mekasih yach..
kalich ini failed lagi untuk menjawab semua komentar kamu,kerna masa dihabiskan untuk mencukupkan tidur yang tidak sempurna.
kebetulan jugak,ada kerja-kerja yang harus dikerjakan..
komen2 kamu terbaik!
eszol raar | kita pelaksana rancangan-NYA.
kat mane2 pun memang pentas je kan.. pendek kate, seluruh alam ni set untuk kite manusie berlakon watak masing2..
Nauzubillah....
jeles aku dengan2 ayat entry ko..sangat klasik..hehehe
Regards,
-Strider-
"drama tuhan manusia tak sama"
waw. cool.
aku harap anak perdesaan tak hanyut dalam kekotaan
Post a Comment