peralihan kuasa



Alam ada 2 mata yang melihat kita sama seperti manusia dan binatang.Ketika alam membuka matanya manusia terburu-buru meneruskan kelangsungan hidup dan separuh darinya menyisihkan imaginasi.Saat alam menutup matanya,manusia kembali bersembunyi sedang separuh darinya menagih ketenangan jiwa.Bedanya manusia dengan alam cuma terletak pada keadilan dan sama-rata prihatinnya.Pada yang lainnya,beda itu cuma umpama antara keledek dengan kentang.


Manusia mempertimbangkan kehidupan dengan cukup baik,yang baik-baik sahaja.Mahu sentiasa terbaik.Mahu kebaikan itu mengisi seluruh kehidupan.Yang buruk dikesampingkan.Diletak pada satu sudut untuk dipandang cuma.Tidak ada yang meletakan di atas junjungan kerna difikir kalau keburukan itu mengakibatan kerosakan pada jiwa.Alam melihat manusia sangatlah baik.Baiknya manusia seperti menurap jalan yang rosak atau menyapu iodin pada luka sang anjing.


Alam mempertimbangkan kehidupan sangat kejam,yang jahat-jahat serahkan pada alam.Alam penghukum kehidupan yang tidak memerlukan bantahan atau rayuan.Manusia betul atau salah bukan urusannya.Alam mengisi acara manusia dengan tiada toleransi,tiada kekitaan,tiada mesyuarah,tiada kesatuan,tiada moral dan tiada alasan.Manusia melihat alam dengan protes bengis.Kejamnya alam seolah merentap bayi keluar dari rahim atau seperti seorang anak yang memijak kepala ibunya.


Sedang binatang melihat alam dan manusia dengan matanya dan memahami kondisi telah berubah dengan sistem peralihan kuasa.



103 comments:

Anonymous said...

kerana ada 1 hukum alam. di mana...

Anonymous said...

dunia ini kejam. kau lemah, kau tenggelam di telan sang kuat. itu realiti.

Anonymous said...

tetapi alam ini punya seni yang mencakupi emosi manusia,


iaitu the art of emotions.

Anonymous said...

pemboleh ubah malar ialah perubahan,


yang dinamik nya manusia,


dalam tangan yang tergenggam,


di kiri dan kanan bahu, tersedia atid dan raqib.

Anonymous said...

dan saat alam membalas kepada manusia, tiada lagi perkataan kejam, kerana semua nya akan tertelan dalam isi perut bumi menunggu sangkakala berbunyi.

Anonymous said...

selamat pagi ghost, selamat subuh!

Sca Ndx said...

matahari je first. tamak komen. heu heu heu.

kadang2 binatang itu lebih bijak dari manusia kan?

mereka (binatang) ikut je rantaian hidup yg dah sedia.

manusia sentiasa mahu yg lebih dan lebih sampai bila ntah nak habis

Anonymous said...

hue hue hue.


jealous dengan binatang2 ni gak,

sebab mereka, sentiasa berkumat-kamit dengan tuhan, kita?

Catherine- said...

disebalik yang baik baik itu terselit buruk yang kita tak nampak.

hidup ini penuh karma.

err..bisk, ini entry nak ckp
"sayangi alam sekitar" ker?

;)

atau"hormati roh hutan yg kau singgahi. kerana kita tak nampak, apa yg mereka nampak"

Faizal Sulaiman said...

boleh aku cakap, alam musnah karena tangan2 manusia, lalu alam membalas dendam.


hah,amek kau!

Raihana Izzati said...

I interpret this entry to be like this.

Manusia,, semua nak yang baik2 je. Padahal dunia ni bukan macam tu. Dunia ni kejam sebab nak mematangkan kita.

Btol. Sebab memang tipikal manusia macam tu. Kadang2 optimis tak bertempat. :) <--- funny

Tengah dalam fasa tu.fasa mematangkan diri. Tengah belajar tak gentar dengan pemangsa even tengah diumpan untuk jadi takut.

#praying for the best :)

Raihana Izzati said...

hmm comment ada kaitan x? lol

(kanak2 yg sedang growing up)

Cikgu Jaja™ said...

beza alam dan manusia adalah aqal. alam mmg kejam terus berputar mengikut makar Tuhan.. but anyhow,manusia yg mendiami alam tampil dgn kebaikan sbb manusia lah punya otak,harus ampuh disebatikan jasad dan ruh bersama alam. supaya manusia senang,alam tidak fasad~

Encik Psychopath said...

dunia memang tidak adil.


itu sebab diciptakan akhirat.


dan mata-mata itu siang dan malam bukan ?

NAJ HEBAT said...

indah nya dunia. kan? itu yg kita kejarkan.

mahu yang terbaik, masih tak adil.

Dunia tak pernah adil.

mahu adil? akhirat. Tuhan yg adili.

@amabanzai said...

matahari kemain lagi

Prince Halilintar said...

alam yg diciptakanNya sememangnya indah dan banyak manfaat tetapi tanpa sedari manusia itu sendiri yg merosakkannya..

hentakbelipat said...

kalau alam dah mula menghukum..manusia tau pula nk tgk dosa pahala ye dak..

Nova Miladyarti said...

manusia diciptakan dengan kecenderungan ingin selalu dalam keadaan baik.

Qaseh Dalia said...

tak paham lah bro huhu ..
emm alam kejam or manusia yg kejam ..alam jugak boleh menghancurkan manusia kelak ..sepertimana manusia sering menyakiti alam pada masa kini .. hari ni kuasa itu terletak pada kita n then ia beralih pada alam ..muahaha ade kene mengena tak

Unknown said...

hehe...
yang terindah itu cuma sementara...

ingatlah tatkala kita bahgia,suatu masa pasti Allah uji dengan derita..

tatkala kita merasa derita, suatu masa nanti Allah pasti beri bahagia..

ini bukan hukum alam,tapi yakinlah pada Qada dan QadarNYA...

Mutiara Bernilai said...

selamanya dunia tak akan adil,
kerna itu Allah wujudkan padang masyar dan neraca timbanganNYA..

tp ghost, jika manusia benar2 merasa akan si pengawal kiri dan kanan kita akan sentiasa, jika benar2 merasa bahawa Allah maha mengetahui apa yg di luar d dalam hati, jika benar2 merasa takut-segan-malu dengan Tuhan..pasti dunia ini akan jadi adil jua..

pasti. jika akidah benar2 kukuh dlm diri.

Sy ulang baca entri ini sekitar 7 kali. Oh, mungkin hati yang kotor menghijab saya utk memahami bait2 kamu pd pagi ini..

ong ong kedek kedek said...

dunia ini kejam, bila kite letak dunia ini dalam hati... tapi dunia ini bleh membuah bakti, bila kite letak dalam genggaman tapak tangan, pegang erat2 dengan jari... hu3

Sitie BUm BUm said...

Sebab terjadinye perkara itu sbb alam kite ade Pencipta.

lavender harum wangi said...

alam perwira memang kejam. alam bunian putih bersih. alam barzakh nauzubillah~ alam manusia? errr, penuh ketamakan.

ctpayong said...

seperti 'alam, manusia juga seharusnya pasrah dengan takdir Allah. namun manusia bagaikan berontak walaupun tetap kalah pada kuasa Allah.

ya mahu yang terbaik hakikatnya 'terbalik'

menuruti bukan bererti menjadi pak turut.

zaty luvlianncez said...

itulah lumrah alam..
kdg2 dunia bgtu kejam
kadang2 pula terlalu manis skali :)

Benjy said...

Ghost ... ku rasa alam memang macam tu ... ia diciptakan dengan pelbagai kerakter ... kejap jadi ganas, kejap jadi kawan, kejap jadi lilin, kejap jadi aiskream dan macam-macam lagi. Kita manusia pula dahlah dah tahu alam macam tu ... saja2 nak usik dia pula ... hahhh ! kan dah kena ,... padan muka kita ... binatang relex je ... konon2 ia neutrallah konon ... last2 alam marah kat binatang sebab terover neutral ... maka digigitnya semua dinasor2 yang gagah perkasa dan pupuslah ia ... sekarang ni alam tengah mengintai kita pula ... mungkinkah nasib kita bakal sama dengan dinasor itu ? ... pandai2lah kita menjaga hati alam ...

beautiful_rose said...

sang pencinta dunia akan mati dengan penuh kesalan kelak.

fiqas said...

lumrah manusia, sentiasa mahukan yang terbaik utk dirinya...
tapi jarang sekali berikan yg terbaik utk org lain...

. said...

gambar itu pendaki cahaya yang sampai kepuncak. dikala manusia mahu yang terbaik sentiasa juga ada keburukan.

Anonymous said...

oh speechless =.=

Smart Rental Malaysia said...

fitrah manusia..
lumrah kehidupan..
memang begitu

Kay Masingan said...

.....sangat dalam maksudnya..:)

Panah Beracun said...

....................................................................................................................................................











hilang tanpa sempadan.

hassudi morshidi said...

dunia akhir zaman...

bertaubat lah ang bro.....

Asri Alam said...

alam moden, manusia berupa haiwan sudah lama, sejak dulu lg. tp media mempercepatkan lagi ia berkembang

raihanmaskuriy said...

manusia. memang semua pon terlalu baik. keadaan yang memaksa. dan mula lah semua pon menyalahkan keadaan bila sendiri berlaku tidak baik. baik kah begitu?


dan kau terlalu baik ghost. kau manusia. akulah alam.

tehr said...

yang aku pasti
aku memerlukan alam
dan
harap2 aku berguna kepada alam ini

Unknown said...

kehidupan ini,sudah disusun pada jalan yang terbaik,walau ada kalanya kita melaluinya dengan cara yang paling memeritkan.

dan yang mengaturnya adalah Dia.

baik dan jahat itu terlalu subjektif.
terlalu luas untuk di definasikan.

faiz said...

manusia byk bersikap xadil..

Siti Nurhayati Dollah said...

ketika manusia merancang untuk jadi yang terbaik, manusia terlupa untuk menjaga pinjaman alam dari-Nya.

Sekali dihentak, sekali manusia tersedar. Kemudian lupa lagi.

Bidadari Syurga said...

ghost/ kamu sudah bersedia melihat alam dengan cara alam itu sepatutnya diadaptasikan...? aku tahu kamu sudah bersedia. hadapanmu ada cahaya... cahaya yang kamu belum pernah lihat sebelum ini. jika kamu dapat lihat kelak... jgn lupa aku...

Bidadari Syurga said...

kerana aku mahu melihat alam yang kamu ingin lihat sebenar-benarnya tersirat... kalau kelak kamu berjumpa dengan alam yang kamu sedang fikirkan tu... jgn lupa ceritakan kepadamu... kerana alam yang aku tempuhi... mungkin berbeda mengikut apa yang DIA kehendaki

ghost said...

1 MATAHARI|alam sudah menyediakan tempat untuk manusia melakukan apa yang mereka maukan...termasuk merosakkan diri alam itu sendiri.ketika manusia gagal membaiki kerosakan alam membetulkan manusia...hidup dalam alam siapa kuat dia berkuasa manusia tetap lemah sampai bila-bila...dan binatang cuma menyaksikan pertelingkahan keduanya.

2 Sca Ndx |binatang mengikut apa yang telah ditetapkan untuk mereka kerna mereka tidak punya pilihan lebih dari manusia ada.

3 Catherine- | aku sebenarnya mau bagitau tentang pemanasan global..hihi.di sebalik kebaikan itu ada api yang menyala untuk membakar kebaikan yang lain.

4 FaizalSulaiman |semestinya manusia sebab hanya manusia yang menjadikan sains dan teknologi sebagai subjek pelajaran hidup mereka...

5 Raihana Izzati |baguslah kalau mau belajar mematangkan hidup daripada menunggu untuk diajar bagaimana untuk mengembangkan konsep diri sendiri..

6 Faezah Hannah Al Baj|letakkan manusia pada alam dan letakkan alam pada manusia...manusia meminjam sifat alam dan alam menagih belas manusia...

7 Encik Psychopath |yes betul,2 mata itu ialah siang dan malam,matahari dan bulan.

8 NAJ HEBAT |ketika kita mahu adil,kita tidak dapat sebaiknya.tika kita maukan yang terbaik,keadilan tidak ada...

9 ama | dia bersemangat tuh..:)

10 Prince Halilintar |bukan kah sudah dijelaskan ketika awal penciptaan manusia itu sendiri...MEREKA sudah tau lebih awal.

ghost said...

1 hentakbelipat |tengok tapi lebih takutkan misteri di sebalik apa yang berlaku...

2 Nova Miladyarti|namun dalam masa yang sama cenderung memusnahkan yang lain untuk mendapatkan yang terbaik..

3 Qaseh dalia adelia |yeah memang ada kena mengena Qaseh,malah sedikit hampir,sedikit saja lagi pada makna entry nih..mekasih Qaseh

4 Cik Jari |manusia sudah menerima qada dan qadarnya tapi namanya sifat manusia yang tidak akan berpuas hati dengan mudah...

5 Mutiara Bernilai |tidak ada keadilan yang dapat menandingi keadilan Tuhan yang Maha Adil....
takper kalau tidak dapat memahami keseluruhan,sedikit itu sudah memadai.

6 republik n9 |Alam tidak pernah berhenti berbakti pada manusia tapi hati manusia selalu menyahkan bakti alam.

7 Sitie BUm BUm |Ya i know...Sang Pencipta yang bila2 masa boleh mengambil kembali ciptaan-NYA.

8 lavender harum wangi |Tamak untuk yang terbaik pada diri sendiri.

9 ctpayong |manusia selalu pasrah ketika belum dilanda bencana,ketika bencana melanda manusia lebih suka mempersalahkan alam.

10 zaty luvlianncezzz |kita sentiasa terikat dengan lumrah.

ghost said...

1 diana |iskh...tak lah kak diana.kalau kak diana maukan yang terbaik kak diana telahpon mewarisi sifat alam...

2 Benjy |bukan bakal lagi tapi akan ditelan kesemuanya oleh alam yang pernah melupuskan tarikh hayat binatang purbakala.standby!

3 beautiful_rose |kesal kerna terlupa akan nikmat akhirat...

4 Fiqas |manusia tidak akan dapat lari dari sifat selfish...selamanya begitu bak kata Eszol.hihi.

5 KHRLHSYM |tetap ada kerna ia seiring dengan yin dan yang...

6 i am S!L4H.. | girl speech... :)

7 lady.fw |memang begitulah Lady..

8 Kay Masingan |mungkin kena selam lebih dalam...hye kay.Long time no see.

9 Panah Beracun |akan semakin sukar menemui jalan pulang..ouh di mana tempat mula hilang.hah

10 hassudi morshidi |tidak lupa jugak untuk kau...haha

ghost said...

1 Sasa Al-Sharif |ketika kita sedar, kita baru terburu-buru mengubahnya..

2 serene |manusia kalau berbuat baik pun mesti ada alasan dan keinginnya lain di sebaliknya...menyalahkan orang lain itu sudah tugas manusia supaya dia juga punya alasan lain.

aku baik?nope..aku salah satu 'alam' yang jahat.

3 tehr |mati manusia kalau tiada alam tapi tak duduk diam manusia kalau alam masih ada.

4 april |jalannya sudah terbaik tapi otak manusia yang terbaik suka menjadikannya lebih baik tanpa sedar ia semakin merosakkannya.

kerna itu tidak didefinisikan.

5 faiz |semua orang sedar faiz..tapi manusia lagi suka supaya manusia boleh menyalahkan sesuatu.

6 Siti Nurhayati Dollah |kerna itu manusia mesti diingatkan selalu..kena ingatkan.

7 Cik Bidadari |aku bakal ceritakan namun tetap saja dengan cara yang berbeda...aku tidak nampak cahya kerna pandangan aku terhalang oleh cahya yang lain..ketika aku menghampiri cahya itu,cahya yang satu lagi menyilaukan aku.

Bidadari Syurga said...

aku katakan kelak jika kamu bakal terlihat cahaya yang satu itu... ceritakan kepadaku dengan caramu seperti biasa... insyallah aku biasa2 sahaja... kalau aku masih ada di sini esok lusa...

± said...

siang dan malam
yin dan yang

setiap satu ada timbal balas.
alam membalas dendam atas kejahatan manusia tapi bukan dengan kehendaknya, ia hanya menurut perintah Pencipta

Mutiara Bernilai said...

Dark Half said...

siang dan malam
yin dan yang

setiap satu ada timbal balas.
alam membalas dendam atas kejahatan manusia tapi bukan dengan kehendaknya, ia hanya menurut perintah Pencipta

----------

Mutiara ske statement nih.. :)
alam tak membalas atas kehendaknya..
hanya menurut perintah Pencipta.

Marhaenonymous said...

aku ingin sekali di belai dan di kasihi alam..

cik ciput said...

begitu juga dengan ibubapa, nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka..hingga kadang2, mereka lupa untuk bertanyakan apa sebenarnya kemahuan anak mereka..

*alam, jika kita menghayati kehebatannya dan mengaitkannya dengan kuasa Tuha, pahalalah balasannya..

cik ciput said...

*ada typo di atas..Tuhan..maaf ye.. =)

pembaris said...

dua tiga hari ni aku rasa dunia sungguh kejam pada diri aku..aku tak tau macamana nak respon...

grOundnUt said...

itulah yang dikatakan alam semulajadi ..

Shudai Ajlani said...

Semua pasti akan kembali kepada-Nya

..nOWa.. said...

jangan sakiti dia, kerana dia pasti membalas balik dengan kuasanya..kuasa alam.

.drakula. said...

segalanya pinjaman maka gunapakai sewaras mungkin kerana binatang yang tiada punya akal pun guna dengan waras.

- koroe - said...

binatang memang takda akal.


*komen takde kene ngene dengan entri, tapi nak komen jugak.

Raden said...

turap jalan tak same dgn sapu iodin kat kurap anjen la bang...

ghost said...

1 Cik Bidadari |baiklah...aku juga mungkin tiada dalam berapa minggu,sebab aku nak cari cahya tuh..

2 Dark Half |kita tetap tak dapat lari dari Maha Pencipta punya ketentuan.

3 Mutiara Bernilai |ya,aku pun suka jugak.

4 Pena Marhaen |bermesra lar dengan nya...

5 cik ciput |mungkin dowang tak mahu kita melakukan perkara yang salah sama seperti mereka...

ghost said...

1 pembaris |jangan bagi respon...rasainya dulu.

2 grOundnUt |telah ditentukan begitu.

3 SHUDAI AJLANI (dot) COM |sudah pasti...

4 ..nOWa.. |harus korbankan untuk suatu kepuasan manusia...kita sendiri melakukannya.

5 Republic Aku |ada masanya kita terlebih guna kewarasan akal kita...itu lah yang membezakan kita dengan binatang,

ghost said...

- koroe - |dia cuma ada rutin..ada perasaan.

Naddia |sapa yang suruh samakan..saya tak samakan pun.. :)

juliam said...

aku suka at=yat matahari. matahari. i like u lah.

haha

juliam said...

*typo

Robot | Sakti said...

jagalah alam sekitar kita.

kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga?

hue hue hue

Aleen Aiden said...

wuuu.suka dgn komen matahari.binatang sentiasa berkumat kamit dgn tuhan.kita?
haishhh,mendalam btul!hu3

Cik Specky said...

jarang ada peralihan kuasa yg tidak disertai dgn hal2 yg negatif (keganasan & yg swaktu dgn nya)ye x?

*sejenak tfikir ttg peralihan kuasa yg diuar2kn at my hometown, kali ni x balik mengundi lg hehe..*

blog-tips-kurus said...

anjakan paradigma..
gunakan panca indera dengan bijaksana. :-)

toyolkiut said...

mungkin sbb alam tiada bersuara, tanpa alasan jd alam d psalahkn..

PenjuruKosong said...

dunia sekarang..
pabila binatang kemanusiaan
dan manusia kebinatangan..

zalim
rakus
kejam

bila kita akan kembali
maenjadi manusia sejati

Monster Anarki said...

alam raya sekolahku, semua orang itu guru......

skandaLdariLangit said...

maaf bisk. ska sangat sibuk. penat juga..

penat. melayan karenah manusia..

ska tak mampu memuaskan semua kan..

kay_are said...

realiti hidup kat alam, ko hebat, ko lame, ko femes.. betul salah ko tetap betul.. lagi 1, manusie, nak yang terbaik, tak baik jadi, alam salah.. dorang gak betul.. lumrah r tu kan..

messy_mess said...

wohoooo ~

Gimi said...

hurm...alam musnah kerana manusia, manusia rosak kerana manusia...

Unknown said...

firman sang pencipta..mafhumnya..terkadang yang terbaik kamu sangkakan merupakan terburuk buatmu..

intan.maisarah said...

alam , manusia, haiwan.
saling melengkapi..

itu namanya putaran hidup
saat alam mula menunjukan bengis nya
saat manusia mula menunjukkan taringnya

saat haiwan geleng geleng
melihat telatah alam dan manusia
yang semakin lari dari norma kebiasaaan


:)

si para para said...

bisk..banyak benda yang berlegar kat dalam kepala ni bila baca ayat yang terakhir entri ni...cuma aku tak dapat nak keluarkan...

ok aku keluarkan satu perkataan..

amanah


emm perkataan tu tergantung kan?
tak pe..biarlah tergantung.


bisk, sory lama tak datang sini..
harap tak ambik hati.
:)

emieysandra said...

yer..mahu yg baik2 shj dlm dunia ni. pdahal ianya sng sgt, jadi insan yg patuh padaNya dan semuanya akan jadi baik.

zaty luvlianncez said...

Ushaaaa cni---->

terhenti di sini

alexayussida said...

dah lama tak hapdate?bz ke?

tc!

Rain said...

alam tempat manusia berhidup, manusia pula memusnahkan alam untuk bangunkan alam batu metropolitan..

ah dungu sekali yg berakal itu

e. indah said...

mungkin ada maknanya pada sayu mata anjing yang merenung alam di sudut sudut dunia

..dan si kucing yang melangkah malas lewat lewat harinya

...juga suara siulan burung yang mungkin bahasa memcaci cerca

....terlepas pandang semut semut masih tegar berkerjasama


di sudut satu lagi, ada kelibat manusia sedang melontar janin hanyirnya

maka lahir di sudut yang lebih tinggi, ada suara si pembela yang bermain kata dusta


...

Hafriz Mohamad said...

Hukuman alam..
Sesungguhnya akn berbalik kpd Sang Pencipta Alam.. maka yg perlu dihadapkn hanyalh pd Rabb Azzawajalla.. krn hukumanNya adalah yg pertama dan paling utama!

Tuntas!

Qiez AR said...

sedang alam yang sudah nyata jelas kewujudannya pun manusia masih bertingkah emosi menciptakan alam yang lain.

kalau seantero alam ini berpaksi pada hukum adil, penghuni2 alam ini semuanya baik2 sahaja fitrahnya, tidak akan ada yang tidak baik. bosannya kehidupan sebegitu.

so count your blessing.

Bidadari Syurga said...

ghost... satu cahaya silau yang kau katakan tu 'sedang sakit' itu halangan terakhir sebelum kau nampak cahaya yang sebenar dari DIA... jgn berhenti ya... bila mana kamu sakit dan sembuh... itu petanda... kamu sedang 'di ubati' oleh DIA... aku pernah melaluinya... malahan lebih 'sakit' bila kesakitan itu berterusan... kalau aku boleh atasinya... aku yakin sangat 'kesakitan' akibat 'mati' nya jiwa kamu dulu akan lebih terisi dengan sesuatu yang indah dari DIA...

p/s: tak sabar nak tahu apa yang kamu perolehi untuk mencari 'cahaya' tu...

Bidadari Syurga said...

cepat2 'sembuh' okey kerana kamu sudah terlalu lama 'mati'

aliza zeke said...

lumrah alamkan camtulah..

ANISRAHIM said...

Senyum =D

azi nur said...

alam...penuh rahsia yg kite snediri xmampu untuk titip satu persatu~

Qaseh Dalia said...

kenapo eh bro tak hupdate huhuh

Janda Sendiri said...

mecing amat ya mbak..
he..he..
salam kenal aja ya
mampir bnyak info menarik loh di t4 saya

ghost said...

1 juliam |aku pun suka :)

2 Robot | Sakti |takkan nak serah tugas kat hewan plak ye...haha

3 aleen aiden |suatu yang sangat tepat kalau hewan itu sentiasa berkumat-kamit sama Tuhan..

4 nurHeart |tak balik mengundi tapi sudah pasti siapa yg menang.

5 blog-tips-kurus |atau guna otak yang sebetulnya.

6 toyolkiut |diam alam memendam dendam...

7 CassiaSiamea |yes itulah peralihan kuasa namanya.

8 Monster Globalisasi |termasuk staff2 yang ada di alam sekolah tuh.

9 skandaLdariLangit |ya Ska..memahami akan soal kesibukan.

10 kay_are |mungkin terlalu besar kehormatan yang diberikan.

ghost said...

1 messy_mess |woo..woo

2 Gimi |semua di tangan manusia...

3 JIJI YU |maka berwaspadalah dengan tipu helah dunia.

4 intan.maisarah |sebab tuh banyak wujud suatu yang paranormal yang kemudian manusia anggap ia sebagai satu misteri sedangkan ianya cuma normal.

5 si para para |its ok para-para..aku sangat memahami.

6 emieysandra |kalau sumer berfikiran begitu,alangkah hebatnya manusia.

7 alexa yussida |lebih kurang macam tuh lar Alexa.

8 Rain |terlupa bahwa kita akan memerlukan mereka.kita terlupa.

9 e. indah |semuanya penuh makna dan tersadur pengajaran pada setiap kejadian..bahwasanya manusia itu termasuk alam yang sukar untuk mendengar.

10 Hafriz Mohamad |DIA lah penghukum yang sebenarnya...

ghost said...

1 | Larasephia | alangkah bagusnya kalau alam lain yg diciptakan itu mampu menyeimbangi alam yang sudah semakin jelas tidak kelihatan keadilannya.

2 Cik Bidadari |bagi lelaki kasar seperti aku..ya termasuk hati aku,cahya itu tetap sakit di pandangan mata aku.namun tidak bermakna aku tidak perolehi apa2.

3 noraliza |diakui...

4 PG |senyumlah seindah suria.

5 azi nur |tidak perlu satu2..cuma satu.

6 Qaseh dalia adelia |agak sibuk Qaseh.

7 Janda Sendiri |maaf say bukan Mba..hihi

Liyana Zahim said...

"Baiknya manusia seperti menurap jalan yang rosak atau menyapu iodin pada luka sang anjing."

Wat can i say but amazing words.. Hei, u'r not lying to me tat u dun hve any book rite? Ur wrting reached watcha tryin to convey..

skandaLdariLangit said...

i dnt thnk tht u get m point on m latest post..

bdw i hvent read ur post. seriously sorry. doin m asgnment aite now~

ghost said...

Liyana Zahim |saya tak menipu untuk itu Liyana...hihi

skandaLdariLangit |im sori kalau aku gagal.

sud@is said...

101 hebat...
konsep alam sejagat
hubungan manusia dengan ALLAH
manusia dengan manusia dan
manusia dengan alam

tu yg aku tau...

ghost said...

S..U..D..@..I..S |memang betul setiap dari manusia itu punya hubungan dengan Tuhan dan alam juga pada manusia sendiri..tapi bagaimana hubungan itu dijalankan yg menyulitkannya.

Azlan Strider said...

alam akan menyakitinya kita kita menyakitinya..elakkan la menyakiti alam kerana kuasanya mampu menghacurkan kita dengan izin Allah s.w.t.. :)

Regards,
-Strider-