mengutip jatara untuk sebuah sampan.



Kunang-kunang tidak betah muncul di siang hari.Sulit.Dan kita tertanya di mana persembunyiannya saat suria begitu indah untuk dinikmati.Berkali diingatkan.Banyak kali.Sering kali.Ingatan itu seolah asap tipis yang melalui celahan dinding kayu ketika jendela dibuka luas lalu buru-buru asap itu pecah dan kabur.Seluruh cahya menyilaukan mata...Tidak pedih tapi masih mampu memberi kesamaran pada pandangan.


Meminta safi yang dibawa dari paruh serindit gagal membasahkan tekak yang kering.Amat dikit malah tidak tega membiarkan si taripas mati kerna kecewa tidak punya lebihan safi untuk dirinya.Difikirkan.Difikirkan kalau kudrat ini masih mampu menapak tidak perlu si taripas.Takut-takut kalau sayapnya lebih banyak yang gugur dan ia tersangkut di dahan yang rapuh.Bukan kah itu lebih teruk...


Selagi.Selagi ada degup yang didengar sendiri,kerjakan apa yang jiwamu mampu kerjakan.Bangkit biar mendahului fajar,dan pulang biar memburu kirmizi.Jangan mengharap pada siapa yang masih berharap,kelak harapan itu cuma di pertengahan sedang impianmu tinggal cuma cebisan yang carik.Belajar melihat sesuatu sebagai pengajaran.



75 comments:

intan.maisarah said...

Harapan kadang kadang perlu disemai dalam jiwa
walau hanya secebis yang tinggal,
harapan masih ada
walau harapan itu,
kita sendiri tahu
tak mungkin tergapai.


biar kita buru dahulu impian.
bersihkan jiwa
sematkan keindahan
kejar dahulu apa yang utama.


kelak.
harapan itu mungkin kembali bersinar.
lebih bersinar sedikit dari kabur.

intan.maisarah said...

1st kah saya?

wow

intan.maisarah said...

yeay~



.

.



.


.


@>---

nah..buat kamu.

perjalanan pulang said...

Hidup.......membawa lara ke pesimpangan

Prince Halilintar said...

jangan mudah putus asa selagi tak capai ape yg diimpikan..

- koroe - said...

belajar melihat sesuatu sebagai pengajaran?



kau macam tu ke phan?


hee

feyza said...

jetara tu apa?

Belajar melihat sesuatu sebagai pengajaran. <3 <3

asip محمد said...

kalau di lautan.. dari diam.. mati dan mereput.. lebih baik bergerak dan maju walau ditengelami air.. paling kurang hilangnya lebih bermakna..

abang bro EL said...

waduhhhh...gak clear lagi maksudnyer terlalu dalam...

Bidadari Syurga said...

alahhhhh... inilah entry paling payah nak trace... fail akhirnya... just nak tanya jarita tu nama bandar kat india ke apa? taripas tu org.... safi tu rasanya faham...

tapikan safi itu beza2 bukan ikut kehendakNYA... saat safi tu punya lebihan... dia kena gunakan untuk mencari taripas jejugakk....

sebab tujuan 'jatara' tu beza2... ada yg untuk diri sendiri... ada yg jadi pengembara... ada yg kena mengamanahkan diri untuk org sekeliling...

seumpama roti... hanya ada 2 pilihan... sama ada kamu menjadi roti... demi membahagikan bahagian ke semuanya kepada yg berhak... dan kelak kamu akan mati dengan amanah yang tersandar di bahu... selesai urusan...

ataupun kamu perlu jadi kulit roti... isinya perlu kamu beri kepada org2 yang memerlukan untuk hidup... demi DIA... kalaulah habis isinya... jika masih lagi berbaki taripas... makanya aku harus berusaha menjadikan kulit roti itu lembut ghost...

kamu mahu yg mana satu... ? menjadi safi atau taripas? kerata 'jatara' itu tetap di kedudukannya...

ctpayong said...

pasrah bukan bererti kita putus asa.

tawakkal itu mengawal 'akal yang agak nakal yang mungkin terasa kebal.

Bidadari Syurga said...

typo *kerata = kerana

Qaseh Dalia said...

okeyh fine tenggelam dalam ayat2 yang membelenggu kotak fikiran .. di fikir kan tapi tidak kesampaian maksudnya .. hihihi

jangan memaksa untuk melakukan sesuatu hal yang tidak mampu dilakukan ..jangan terlalu berharap pada harapan yg masih samar entah betul entah tidak .. semua yang terjadi sebenarnya untuk mematangkan kita ,,

Dale said...

sedalam, sejauh mana lagikah perlu melangkah?

selagi daya dan kudrat masih ada, abaikan segala kepahitan.

dan, teruskan perjalanan.

*cuti cuti malaysia...

Unknown said...

skrg..kita sewenangnya berkata ini...


tapi bila kita sedang mghadapinya, terkadang kita lemah.sangat lemah utk bangkit.dan hampir hilang pegangan.

tapi kia selalu terlupa, usaha bergantung pada kita, segala kepercayaan itu hanya utk Dia.kalau pun kita gagal, sekurangnya kita pernah mencuba dan telah pelajari sesuatu...

Benjy said...

Ghost... dalam entrimu itu aku cukup berminat dengan cerita kunag2 dan persoalan tentang nya Ghost ... mungkinkah disiang hari ia bersembunyi macam dracula yang kembali ke kerandanya ... ataupun kunang itu transform menjadi anai2 kah ia .... sampai sekarang ku masih tak tahu di mana ia sembunyi ... ku rasa best intro mu ini ghost ....

Ghost tengah2 entrimu agak sukar difahami ... sesukar belajar matematik tambahan tingkatan 5 pula ku rasakan .... fomularmu tetap sama perkataan sastera dan perlu dirujuk kamus dewan bahasa dan pustaka .... edesi terhad... tetapi ku tahu itulah kamug ghost ... ghost writer adik kepada ghost rider ... Tq atas segalanya ...

P/S : Alahaiiii Ghost sepurnama lamanya aku menunggu mu ghost ... kemana kau menghilang ni ? .... mungkinkah kau mengembara dengan Joshua Adonin ? ... aduhhh ... aduhhh ... aduhhh ... Ghost ! .. Ghost ! ... Ghost ! ... kenapa kamu magik begitu lama dongg ! ... atau kamu sudah jatuh ditimpa tangga kah ? ....

P/S : Cubalah cerita Ghost sepurnama lamanya kamu magik2 tu kamu pigi mana tu ? cuba story sikit ... ?

Benjy said...

P/S : Yaaa Ghost aku tahu kamu ke mana ... kamu mengikut kapal yang terbang gambar dientrimukan ..kan..kan..kan.. mengakulah Ghost ... yerr kan ... ? mengaku ajelah jangan malu dongg... Ghost.

Benjy said...

P/S: Ataupun kamu magik2 sebab nak cari jawapan dimana kunang2 tu bersembunyi disiang hari ? storylah sikit ghost ... aku mau dengar ni ...

bujal X said...

saya diam kmudian saya senyum.

Unknown said...

lama tak singgah sini..
akak bercuti..
tapi sepanjang percutian masih berharap
dapat menjenguk kesini..
mujurnye kamu seperti tahu akak berharap yang kamu belum update apa2 sejak 3 hari lalu..
sebab akak berharap tak terlepas apa2 disini..
hahahah

. said...

mengharap sesuatu yang tidak dapat sama seperti angan-angan sahaja.

Wuucin said...

terima kasih :)

grOundnUt said...

huii...bahasa yang mendalam..agar sukar untuk aku mengenalpasti erti² dalam perkataan kamu tu yer..^^

Qiez AR said...

banyak perkataan aku tak paham
jadi aku takkan pura2 macam aku paham.

lagipun aku dah terbiasa melihat pengajaran sebagai sesuatu. bukan sebaliknya.

good luck to you anyway.

Unknown said...

pengajaran yg saya dapat dlm kisah nih (kalau salah tlg betulkan):

bangun..bangkit..berusahalah..gunakan kudratmu...jangan terlalu bergantung pada org lain...jgn terlalu mengharap pada yang tak pasti...kerjakan apa yang patut dikerjakan....

supaya nanti tidak berlaku: yg dikejar tak dapat,yg dikendong berciciran...

cik ciput said...

Ghost, lama menghilang, muncul dengan entri yang menggugat akal saya..waaa...x paham..

tpi ayat yg paling last tu paham..belajar melihat sesuatu sebagai pengajaran.. =)

sedang melewati zaman kesusahan, saya sememangnya tengah belajar melihat sesuatu sbgai pengajaran..

emieysandra said...

terlalu b'harap akn m'bw pd kekecewaan..jd ku putuskan utk melihat ianya sbg pengajaran utk menjadi lebih baik dan bukan alasan utk tenggelam dlm ksdihan krn masih byk kebhagiaan len yg mmpu dicapai..

p/s : maaf klu tfsiran emiey slh, cume mlihat dr situasi sndiri d kala ini.

hentian said...

kalau tak dapat mendahului fajar, patut rasa malu kat burung-burung..

.drakula. said...

ayat-ayat hantu ini perlu kamus dewan di tepi ,jika tidak boleh tersasar jauh dari apa yg dibaca dan di komen...aku cuma boleh tangkap perenggan yang akhir...

pemuzik jalanan said...

Kerut,senyum.
Kerut lagi,senyum lagi.

Takpaa nanti aku datang baca lagi.

Uishhh,takpernah lulus nak faham :)

Maksue said...

maksue terkesima membaca bait2 bicara Ghost... belajar utk memahami bahasa2 yang penuh kiasan..

CIK TOM said...

wah ramainya rindu ghost..mesti berbunga2 bc komen ni semua kan?ciktom pun rindu ghost!eh silap n3 ghost..hehe....

jatara,kirmizi pe tue ye?belajar melihat sesuatu sbgai pengajaran tue yg terbaik..sbb dr situ la lg mudah utk kita pelajari n memperbaiki diri utk yg lebih baik..

azi nur said...

perenggan terakhir sangat mendalam!

Kay Masingan said...

love the end part- belajar melihat sesuatu sebagai pengajaran.

pembuang sampah said...

bila tak nampak,kita 'tiada'kan.

abang bro EL said...

pasal cinta dan hati juga rupanya...
nah kau Ghost...

Demi nafas serta nyawa
Yang berlegar dinyali
Tak pernah ku naksir
Kisikan nama mu
Pabila kelodan
Melintasi langit kirmizi
Aduhai ratu kosmik

AkuMuzikFilem said...

buangkan kebergantungan terhadap orang lain. ye aku tahu, harapan itu menyakitkan

Nasz said...

Kesalahan itu tidak boleh lari dari yang hidup. Semua itu ajarkan hal yangg tak boleh kita lakukan lagi. Ketika kita rasa segalanya semakin sulit dan perit, kita punya pilihan untuk biarkan ia membuatkan kita semakin kuat. Jangan mudah menyerah. Itu sahaja. Kekal bangkit ya..? (:

Unknown said...

kalo malam kunang2 baru terlihat indah

Miss PIJAOSIX said...

lame tak menjengah kat sini..harap kamu sehat sahaja ye ghost...

kunang-kunang?

faiz said...

pengalaman itu satu pengajaran yg terbaik..

juliam said...

ayat kau puitis. er maksudnya aku kena banyak kan baca buku lagi.

hm

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

cita-cita ku adalah untuk menjadi bisnesman yang paling berjaya ..

Siti Nurhayati Dollah said...

LEga bila baca perenggan akhir, sekurang-kurangnya ada yang aku faham.


* Berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari, dan aku cuba untuk mengutip setiap yang aku lalui sebagai pengajaran dan pelajaran.

hanaahmad said...

kau muncul kembali. marilah lihat sesuatu itu satu pelajaran yang indah!

HEROICzero said...

berharap pada yang berharap, kerja gila bhaii!

kunang2? indah yang sementara.

Sca Ndx said...

bangkit lah aku,
harapan yg tak pernah berlaku

aku dah cuba
"Belajar melihat sesuatu sebagai pengajaran"

hidup mmg proses pembelajaran kan?

Gaphe said...

jangan menunda satu hal yang bisa dilakukan hari ini.. karena sesuatu yang berarti itu harus dimulai, harus dilakukan dalam upaya meraih mimpi.

met pagi Bisk, maaf terlambat komen.. jadi paling bontot nih. hehehe

choirul said...

harapan akan selalu ada.... tinggal kita mau melaksanakannya atau tidak, karena perubahan itu kita sendiri yang melakukannya

ghost said...

1 intan.maisarah |kamu sudah semakin memahaminya Mai..mekasih atas percubaan kamu.

haruslah kita fokus pada satu-satu dulu,biar tanam keyakinan lebih utuh sebelum mencoba gapai impian yg lain.

2 Panglima Muda |pilihlah mana satu ketika sampai di persimpangan.

3 Prince Halilintar |pastikan itu cogan kata hidup yg terbaik.

4 - koroe - |sudah tentu bai..

5 Pijahh' de-Arr |jatara tuh ialah kayu buruk yang hanyut di lautan.

6 asip محمد |dari mati lemas lebih baik mencoba berenang.untung2 boleh sampai ke tepian.

7 EL MARIACHI |iya kalau dibaca secara santai pasti tiada apa kelihatan. :)

8 Cik Bidadari |biar satu2 gua bagitau lu.

jatara:kayu buruk yg hanyut di lautan

Taripas:burung serindit(membawa makna pada seseorang yg cuba membantu)

Safi:air yang suci(umpamakan ia sebagai cinta yg murni,suci)

clear bukan kalau ianya diluaskan pemaknaan.hihi


9 ctpayong |tidak dinyatakan pasrah itu sebegitu kak CT,ia lebih menerima hakikat.

10 Qaseh dalia adelia |kannn...dapat bagi komen yang baik aper...hihi.mekasih Qaseh sebab memahami.

ghost said...

1 Dale |tak kan mau mengaku kalah dan merasa lemah ketika upaya masih ada..

2 eiffel |sebab itu diperlukan semangat untuk kembali menongkah perjalanan sekalipun telah gagal dan lemah.kalau dibiarkan lagi kan parah namanya..

3 Benjy |haha...aku sendiri tidak pernah belajar add maths bro..satu formula pon aku tak tau..

tentang hilang itu bukan magik..tapi berada di alam yg lain.mau join?aku takut kau sesat kerna asyik mengekori kunang2..tau tak?kalau kunang2 itu boleh bertukar jadi vampire...haha

4 bujal X |saya senyum dan tertidur...haha

5 diana |kebetulan plak kan..saya pon hampir seminggu tidak update..hihi.mekasih kak Diana.

6 KHRLHSYM |apalagi kalau tanpa usaha..percuma deh.

7 Wuucin Kimora | untuk apa?

8 grOundnUt |dapatkan bahan rujukan GN..hihi

9 | Larasephia | yang penting tetap saja ia suatu yg kita akan pelajari.

10 Cik Jari |itu sudah lebih dari bagus dan tepat.tidak perlu diperbetulkan.

ghost said...

1 cik ciput |menghilang bukan untuk selamanya..sayang kat dunia nih.hihi

2 emieysandra |tak salah Sand...ada betulnya dan diakui kalau terlalu berharap akan lebih mengecewakan.

3 Insan Marhaen |mereka cukup berdisiplin dan tau rutin..

4 Republic Aku|boleh jugak kalau mau macam tuh beb..memudahkan.mekasih atas kunjungan.

5 pemuzik jalanan |haha...kau datang senyum jer pon takper Amira..

6 MakSue |semoga mendapatnya Maksue.. :)

7 CIK TOM |uish..takde lar sampai macam tuh.haha!
betul,tiada pengajaran yang gagal membuatkan kita sedar.

8 azi nur |harap tidak tenggelam Azi..hihi

9 Kay Masingan |mekasih Kay..lama tak kunjung kamu Kay.

10 pembuang sampah |amik mudah dan ringankan pemikiran sebenarnya.

ghost said...

1 EL MARIACHI |pasal cinta tuh mungkin tidaklah,tapi soal hati mungkin ya.

nice poem kau EL.. :)

2 AkuMuzikFilem |harapan itu juga menghidupkan dan menyembuhkan yang sakit.

3 Nasz |sentiasa dipraktikan kerna terlalu kerap dilemahkan dan dijatuhkan..

4 Sang Cerpenis bercerita |itu sifatnya...dan kelebihannya.

5 Miss PIJAOSIX |ya kamu lagi lama menghilang Pija..welcome back!

6 faiz|supaya pengalaman pahit tidak akan berulang 2 kali.

7 juliam |haha...moga kerajinan itu dapat membantumu Julie.

8 Inspirationalefeks |hebat!moga sukses bro.jgn lupa offer keje utk aku nanti ok.

9 Siti Nurhayati Dollah |kendian disimpan sebagai kenangan dan ada yang setengahnya jadi bahan buangan.

10 hanaahmad |tapi kenapa kau masih memanjakan pengajaran sedang tau ia sangat sulit utk dijalani..ouh terlupa,kau masih berharap.

hye Hana... :)

ghost said...

1 HEROICzero |menyulitkan pengharapan...stop act like that.

2 Sca Ndx |yes my pren,hidup sebenarnya proses pembelajaran.

3 Gaphe |menunda itu bagai rutin aku Phe..haha.tapi aku selalu cuba utk siapkannya.

4 choirul |bener choi,harapan tidak akan pernah susut selagi kita masih yakin.

5 titis pelangi | tac yar!

Asri Alam said...

untuk bergerak, aku selalu bangun melewati fajar. alahai

Sang Gabriel said...

Kudrat itu masih gah lagi untuk aku meneruskan kerja, dengan sedikit harapan, mancapai impian

syukur alhamdulillah

Marhaenonymous said...

kunang-kunang indah bercahaya tapi sayang cahayanya berada di tempat yang tidak sepatutnya..

namun syukurlah kunang-kunang masih indah menghiasi malam..sekurang-kurangnya.

catherine- said...

terlalu memuja bintang di langit
sampai kunang2 yang hinggap atas hidung pun tak nampak.


kita hanya manusia biasa.


bisk,rindu rin x? ;)

rainbowcloudy said...

merajuk giler ngn sara...

jeles sbb dia bg bisk rose..huhuhu..






dah la dia 1st..
rain komen lain hari lak.
arini mogok

NARDtheNERD said...

kalau bukan harapan apa yang harus ditaruhkan? angan-angan?
:)

Anonymous said...

erm. kunang2 muncul juga di siang hari. cuma kelip nya tidak kelihatan menyebabkan kita x perasan canteknya dia.

harapan umpama kelip kunang2 yang halus. dalam gelap, mata kita tertumpu pada dia dan berusaha untuk mencapai. tapi hanya gapaian kosong yang kita perolehi. tanpa sedar kerlipan kunang2 hilang begitu saja dan kita kembali bergelap tanpa sempat kita menangkap sang kunang. tapi, harapan itu x mustahil untuk dicapai. sediakan perangkap yang besar ^.^

beautiful_rose said...

"Jangan mengharap pada siapa yang masih berharap,kelak harapan itu cuma di pertengahan sedang impianmu tinggal cuma cebisan yang carik.Belajar melihat sesuatu sebagai pengajaran."





aku suka ayat last tu x tau kenapa sgt2 suka.....

GuaHulubalang said...

adoi....die2 salah masuk tempat....

Nveil said...

baiklah. aku cuba.

ghost said...

1 Sasa Al-Sharif|samalah kita Sasa..entry nih pon kenakan aku jugak.

2 gabanMorka| syukur masih ada harapan...tanx gaban.

3 Pena Marhaen| double meaning dari Pena...letakkan pada tempatnya.

4 catherine- |nampak lar Rin...cuma takut kalau kunang2 tuh terbang semula dan menghilang...

yup,rindu. :)

5 rainbowcloudy |aiseh jangan macam tuh Rain...hihi.please come back okay.

ghost said...

1 NARDtheNERD |kalau rasa angan2 tuh lebih baik silakan...

2 LUNA |cuma perlu sediakan hati yang besar untuk mendapatkan kunang2 yang berkelip.tak gitu Aan.. :)

3 beautiful_rose |mekasih Rose... :)

4 Hulubalang| sila keluar balik...hihi

5 Nveil |silakan mencubanya.

tehr said...

ada beberapa perkataan begitu asing bagi aku, bro
perlu tanya kamus juga sudahnya
hehe

tapi aku masih sedia belajar

ghost said...

tehr | ouh mungkin edisi ke tiga boleh digunakan utk rujukan.

Anonymous said...

berapa besar hati kau ghost? mampukah kau memerangkap kunang2? maaf, aku x perasan keperitan kau menahan kekeringan tekak. apa yang boleh aku tolong untuk membantu serindit membawa safi yang lebih cukup untuk menghilangkan dahaga kau? aku harap aku boleh tolong.

LadyBird said...

byk istilah yg lady x paham :(..

ghost said...

LUNA |hati aku cukup besar kalau setakat kunang2.sekalipun dia mau sembunyikan kedipnya aku masih mampu melihatnya.

tolong jadi serindit.huh. :)

LadyBird |tapi tetap ada maksudnya.jangan peningkan kepala LB

Cik Specky said...

dah lama x tgk kunang2, salah satu drpd jutaan serangga ciptaan Allah yg mpunyai fungsinya yg tsendiri di dunia ini.. jgn memandang rendah pd mereka, sesungguhnya byk yg boleh kita pelajari dr makhluk kecil ini..

ghost said...

nurHeart | cari lar di dalam pekatnya malam dan sunyinya malam.

ANISRAHIM said...

keluarnya kunang-kunang dimalam hari,
biar kecik tp tetap sgt berseri,
carilah ape y patut dicari,
yang lainnya serah pada Illahi. =)

Alhamdulillah, bila sesorg ade kesedaran, yang esok itu belum tentu ada, mereka diantara org-org yang beruntung, selagi masih ada nyawa, hargailah.

Dan bagi yang masih belum, macam gua, huh, hidup jadi penat, penat tunggu semuanya berubah. sedang gua x penah abik langkah untuk berubah. tak pernah adakan usaha untuk berubah. dulu mungkin, sekarang semuanya diharap dtg bergolek.

cume gua harap x mati sebagai seorang yang "pemalas". doakan gua ghost. gua dah kronik dengan penyakit malas yang makin mendewa-dewa.

AkuMuzikFilem said...

betul, ini juga tak mampu nafikan, ye harapan juga menghidupkan.