'lapar'



Hari yang panjang untuk kehidupan yang sangat singkat.Serasa bagaikan menelusuri satu jalan persoalan yang berlarutan dan ketika menemui kepastian ia terlalu mengecewakan dengan hanya satu jawapan yang gampang.Kita terlalu banyak mensia-siakan masa kita mencari persoalan sedang kita terlupa bahwa jawapan itu kita heret sepanjang pencarian kita.


Persoalan sekarang lebih gampang,kelaparan.Manusia kalau tidak merasa lapar itu bukan manusia,malah golongan paranormal juga lapar.Maka kalau lapar harus dapatkan sesuatu yang akan mengisi ruang kelaparan itu.Cadangan Bukan Hana Tajima begitu pantas aku laksanakan,tidak ada penangguhan kerna perut yang lapar tidak memungkinkan aku untuk fokus pada apa yang akan aku lakukan ketika itu.Lebih baik berisi dari kosong.


Ya udah,kalau soal perut itu tidak rumit untuk dikenyangkan,tapi kalau soal hati yang 'lapar' pasti bukan sewenangnya bisa diisi dengan apa saja pengisian.Perlu lebih teliti dan prihatin supaya mampu meneruskan kehidupan dengan lebih baik.Hati yang sarat fikiran makin berat.Manusia senantiasa kelaparan meski sudah kekenyangan.Kerna kita telah dididik untuk rasa yang tidak pernah puas.



68 comments:

beautiful_rose said...

aku pun sedang kelaparan.tapi entah kenapa selera aku bagaikan di pasung.nafsu makan semakin menghilang...tak tahu nak makan apa dah.

Hafiza Hafinas said...

kruk... krukkk... perutku berbunyi.. hati ku??

Faizal Sulaiman said...

tengah lapar skarang.hehe..ko tak lapar ke ghost?:D

Lydia Miza said...

lapar perut boleh diisi dgn makan bisk.ada yg lapar kasih sayang..lapar macam2 sampai terpesong dr landasan hidup...tu camner ye?nak suap bg ajaran agama tak jln dah.hati dah hitam

Raihana Izzati said...

lulz. manusia tipikal memang tak pernah reti puas. itu normal.

pemikiran seorang kanak2 ---> perut lapar, makan. hati lapar, buka kitab.

My mum says Al Quran ada jawapan untuk semua soalan. Cuma cara kita interpret je lain.

Tapi ni pandangan kanak2 jelah.

Opi said...

hhmmm..ada yang bilang perut kenyang hati pun senang..karena kadang kalo lapar orang gak bisa mikir jernih..

but the problem is, seperti yang lo bilang tadi, "gimana kalo hati kita yang jerit2 kelaparan??"

raihanmaskuriy said...

aku tak berani untuk mengatakan aku lapar. sebab aku tak dapat bezakan yang mana satu lapar dan yang mana satu kenyang. yang menjadi mangsa ialah makanan yang terhidang. sama ada ia terusik, atau ia terbuang.

Amalina said...

roh kau lapar atau jasad kau?

Far8 budak baik said...

ayat ni aku suka...
soal perut x rumit..
soal hati sukar disini ikut suka je
hahaha

feyza said...

erkk..~~
*belahak*

dh kenyang lahh..~

alahh ghost mkn drah je..=PP

AkuMuzikFilem said...

perut lapar, terlebih isi, itu mudarat. kalau minda lapar, terlebih isi, bagaimana? mudarat juga sampai gila isim, atau makin tak cukup kerna makin banyak kita tahu bahawa kita masih banyak tak tahu

. said...

Manusia sentiasa lapar, kelaparan itu membuatkan manusia mahu yang lazat-lazat hidangannya. Kerana dengan pemikiran sebegitu manusia sentiasa terfikir sempurna itu yang lazat-lazat sahaja dan lama-kelamaan lazat-lazat itu akan jadi biasa juga. apabila semua jadi biasa-biasa mahu mencari makanan lazat yang lainnya kerana manusia sentiasa lapar.

Duniakuabstrak said...

aku sentiasa lapar ilmu, tak pernah kenyang setakat ni

juliam said...

asyik tak first. haha


kenapa baca tajuk kau je perut aku tetiba bunyi? haha

"kerna kita didik untuk rasa yang tidak pernah puas" yeah ! aku suka statement ni

lapar juga ada macam macam
lapar makan, lapar cinta. laapar kasih sayang. lapar segala lapar yang ada

*okay meraban

hha

tapi aku tengah lapar sekarang. makan jom

pembaris said...

waktu pagi kalau perut kosong diisi dengan ssmabal memang cari pasal..

geeds said...

greed - one of the deadly sins.
kalau la kita lebih fokus terhadap benda2 kecil yg sudah cukup utk memuaskan hati, we don't need to chase for the bigger picture.
yg dikejar tak dpt, yg digendong pula berciciran.

Gaphe said...

manusia memang tempatnya ketidakpuasan. setelah dapat ini, pengen itu.. udah makan ini, saat lapar pengen makan itu lagi.

susah emang kalo dituruti terus menerus

Encik MamaT said...

burlpp... baru lepas makan nasi ayam.. hehe.. kenyang2...

nafsu yang lapar ibarat haiwan buas.. bahaya...

ubi masam said...

baru lepas makan kat luar tadi...kau nak ghost aku belanja

ewanthology said...

tgh kelaparan pun boleh jadi kenyang dek kerana order yang tak samapai sampai...hati panas, hilang selera

Kepala Mancis said...

kelaparan itu juga selera..apabila kenyang kita akan berhenti mencari...semoga ghost.

aliza zeke said...

perut nie asyik lapar jer padahal banyak dah makan.huhu

Unknown said...

hati yang lapar???
hati2 mengisi hati yang lapar..
isi dengan perkara2 yang baik saja..
kalau perut yang lapar kita nak isi yang sedap dan baik2 saja macam tu jugak la dengan hati..

Bidadari Syurga said...

seumpama jisim yang kontang tanpa memberi peluang kepada jirim... sehinggalah nafas terakhir... untung sabut bisa nampak... untung jirim... hanya DIA yang bisa menjawabnya...

cik ciput said...

berhenti sebelum kenyang <---ramai ke yg ikut sunah nabi yang satu ini?

Anonymous said...

Rasa lapar itu selalu daripada kenyang dan syukur.

Amoi said...

kot ye pun lapar.

tak payah sampai makan meja tuu!

hahahahaha

Faidhyna Darwina said...

dina besanya lapar time study huhu

intan.maisarah said...

Mai lapar.
Laparkan santapan rohani yang rangup
yang enak
lapar lapar.

(sambung study)

Clarky Afif said...

bicara perut dan hati.

kalau yang satu itu lapar susah juga.

Prince Halilintar said...

makanan yg halal dan berkat membentuk kesihatan yg baik..

Azlan Strider said...

perut yang lapar harus diisi di waktu yang betul lebih2 lagi kalo bulan pose..hehehe

Regards,
-Strider-

Siti Nurhayati Dollah said...

Perut lapar= isi makanan halal
Hati lapar= isi dengan makanan rohani

Qiez AR said...

sekarang baru aku faham .
rupa2nya selama ini hati aku lapar.

ah, sudah. ini kronik!

PenjuruKosong said...

lapar atau nafsu??

grOundnUt said...

baca entry ni terus aku jadi lapar...^^

e. indah said...

kadang segaja mengosongkan perut biar lapar', biarlah imej imej makanan dalam khayal, biar perut semakin lapar...seksalah perasaan sekali sekala , jangan manjakan utk lari dan kejar semua makanan yang ada, bila terlalu byk makan', byk penyakit' timbul datang,...


*sedang kini sedang lapar' ..dan sgt2 dahaga' ... ; p ...


...

fz said...

lapar pun nikmat, kan?

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hehehe lama tak singgah...
lapar? meh teman saya makan roti telur

hanaahmad said...

Bukan Hana Tajima tu siapa? haha. aku tidak pernah lupa untuk makan Phan, jadi jika lapar jawapannya ialah MAKAN! bukan MINUM! ok? :)

Unknown said...

kalo pertu terlalu kenyang..maka ia akan menyebabkan hati akan mudah lapar..

Benjy said...

Ghost pabila kau bicara pasal lapar ... waktu sekarang b3njy suda lapar ... sebab entrimu yang memulakannya dulu ... kalau tiada perkataan lapar di entrimu tentu mindaku tidak berfikiran begitu ... sedangkan b3njy suda kenyang jam 1545 tadi ... apakah perlu aku makan lagi ? ... MUNGKIN TIDAK

Ghost jika hati b3njy suda kenyang macam mana itu ,... adakah perlu dimuntahkan kesemua dalam satu dulang atau, ... dimuntahkan sedikit2 ... atau bagaimana ? ... b3njy rasa hatimu Ghost juga suda kekenyangan kerna hampri setiap hari ada sahaja yang kamu muntahkan ...

p/s: barang siapa muntahnya hijau itu tandanya ia seorang incredible hulk.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

bro, aku dahagakan senyuman semua orang :)

Unknown said...

kalau lapar,makan sajalah..
itu fitrtah.
keperluan.
bukan kehendak.

tapi~~
makan jangan sampai kenyang.
nanti jadi penyakit lain.

dan yes,
lapar hati lainlah pulak..
susah nk dikenyangkan sesedap rasa.

Dale said...

thanks to god,
tiap kali sakit aku tak pernah hilang selera makan.
malah makin bertambah selera.

Berto said...

itu lah nafsu.

x kan dapat memuaskan kepuasan manusia

Verdict said...

hati kalau rindu; satu bentuk kelaparan juga kan?

Encik Psychopath said...

miss me ?


hati aku dah tak lapa da. bahagia. yeah. tapi tiap malam aku lapa perut. bukan nafsu. tapi keperluan semakin meningkat.

maybe kepanasan global. bajingan.

.:padie_eyla:. said...

lapar bace 'lapar' nie. hehe

blog-tips-kurus said...

dah sarap hirisan epal, sebiji roti comel & sepinggan nasi lemak. tapi masih cenderung untuk mengunyah! Astaghfirullah..

Unknown said...

saya juga lapar nih

ong ong kedek kedek said...

Kita terlalu banyak mensia-siakan masa kita mencari persoalan sedang kita terlupa bahwa jawapan itu kita heret sepanjang pencarian kita....

ni aku setuju sangat2...

HAN said...

manusia tak pernah kenyang.

kadangkala lupa semua tu anugerah.

perut aku dah kenyang tapi hati masih mencari apa utk diisi.muahahaha..mati!

ghost said...

Untuk semua komentator ada ucapan trimas untuk kalian...

kelihatan sudah dua entry aku gagal untuk memberi komentar balasan.maaf.untuk kali ini saja aku mohon kerna bagi aku semuanya mampu memahami dengan cara yang tersendiri dan terbaik hasil janaan minda kalian.dan untuk entry ini sangat jelas dan diperjelaskan kalau kita punya perbedaan dalam soal pendapat dan pasti ia di bawa ke mana pon akan sampai pada pemaknaan yang sebenar.dan itu nilai makna yang aku harus terima dengan terbuka kerna tidak ada di antara kita yang mampu memasuki setiap minda kita dan menyamai apa yang kita sendalkan pada bucu fikiran kita.termasuk aku yang masih bego...

maaf sekali lagi dan ini ucapan terima kasihku pada kalian.InshaAllah sobat.

Qaseh Dalia said...

tak mampu nak fikir T_T... baca dengan mulut tanpa hati ..

Ceiler Mun said...

rohani dan jasmani..kedua2nya perlu di isi kerana kedua2nya juga mempunyai rasa lapar :)

Marhaenonymous said...

jiwa aku sentiasa lapar dan haus..

ada cadangan makanan yang bagus untuk jiwa?

Nveil said...

kau, terberat atau memberatkan?

dalam satu bekas akuarium, diletakkan batu-batu kecil dahulu kedalamnya diikuti dengan isian air. kemudian, dimasukkan pula batu yang besar, bersaiz 3/4 dari akuarium tu. tapi sayang, tak muat. sebab sebahagian besar dari akuarium tu dah dipenuhi dengan batu kecil dan air tadi.

dalam satu bekas akuarium, dimasukkan dahulu batu besar bersaiz 3/4 dari ukuran akuarium tu. kemudian diletakkan pula batu-batu kecil bagi memenuhi ruangan kosong yang ada. untuk memampatkan lagi ruangan yang ada, butiran pasir ditaburkan kedalamnya. kemudian baru diisi dengan air.


jadi, kau yang mana?

tehr said...

nafsu memang tak akan pernah kenyang, ghost
selamanya

~Nabilah~ said...

tbe2 rse lapar plak...hehehe

alexayussida said...

setuju..makan ikut nafsu...skrg pon tgh makan walau jam kat jarum 2 pagi hari..lapo lapo :P

catherine- said...

cukup padat.tiada apa lagi yg rin boleh katakan.manusia sentiasa mencari makanan yg sedap.

ghost said...

Nveil |tiada satupun.aku lebih suka kalau akuarium itu diisi dengan batu-batu kecil dan kendian disusuli dengan air..dan biarkan saja sebelum diisi dengan pasir2 halus.

Pena Marhaen |zikir.

Sang Gabriel said...

lapar otak lebih membuatkan seseorang serabut dan tak keruan dari lapar perut

FreESiAgErBeRa said...

belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada. belajarlah untuk mengawal nafsu. andai lapar, makanlah sampai hilang lapar tapi jangan sampai kenyang. bila hati yang 'lapar' isilah ia dengan perkara yang berfaedah dan jangan isi ia dengan makanan yang 'busuk' lagi 'buruk'.

Unknown said...

met wiken

Misty Melor said...

mereka takkan puas... takkan puas selamanya... jika mereka puas ... mereka takkan mencuba... lapar!!! sialan

SYARIFF HAIKAL said...

arhh x perlu ditanya..jawapan si nafsu sudah pun kita tahu..