kota



"If you ever want to hide from the world,live in a small city,where everyone seems anonymous"- Ariella Montero in The Society Of S...(Susan Hubbard).


Kota ini sudah berjanji.Aku rasanya.Kalau kota ini kota yang kayak epitaf,yang menyembunyikan aku dalam suara yang hampir mati.Di sini tidak ditemukan pawaka yang membahang dalam dada.Hampir-hampir mati.Tapi dalam dingin pawitera.Sedu yang tersedut.Jadi ini bukan kota untuk jiwa yang romantikus.


Berani aku di sini untuk detik yang lebih lama.Kerna kota ini sudah cukup untuk sembunyikan aku.Berbaloi kalau mau melupuskan sebahagian jiwa yang rontok untuk pucuk yang baru.Sedar-sedar kau sudah dalam khayalan yang tercipta dari mimpi,impian dan harapan.Ah,paling tidak pun aku keempunan tidak menikmati kesibukan kota yang mati dengan kemesraan.


Aku percaya kalau kota yang bagus ialah kota yang menyembunyikan segala ingatan silam yang terlepas dan dilepaskan.Kota yang menyembunyikan dari segala hal yang menipu dan tertipu.Kota terbaik adalah minda kita.



73 comments:

dill said...

kota punya kubu terhebat adalah minda kita kerna kita yang mengawalnya dari penjajahan anasir2 luar.

Miss Dill^^

Nveil said...

dalam kubu ada kota,
dalam kota ada kubu,
dalam kubu, berkota-kota,
dalam kota, berkubu-kubu.


minda.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

"Kota terbaik adalah minda kita."

wahh bro,ni terbaik... bukan kota untuk jiwa yang romantikus juga...

mari kita lupuskan sebahagian jiwa yang rontok untuk pucuk yang baru . baru kelihatan segar kota yang indah.

abang bro EL said...

kota itu ilusi bagi aku...hidup ini seperti mimpi...dan mati adalah nyata!

Encik Psychopath said...

kota aku sedang mati. akibat terlalu tenang.

Amalina said...

Aku suka quote atas skali tu..macam dekat dengan diri aku.seperti yang aku fikir.

ubi masam said...

kota bersembuyi dalam diri...
minda berfikir...

intan.maisarah said...

Mai mahukan kota halimunan.

asip محمد said...

"kota ibu kota" gua teringat lagu def gab c kah3

Hafizah Noor Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Nazsabrina Iman Zulfikar said...

If you have control over your mind,
you can do anything

Hafizah Noor Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Rain said...

ya aku suka dgn 'kota yg aku suka ialah kota minda'..
aku harap minda aku setenang desa permai.. itu kota yg bhagia.

Faizal Sulaiman said...

wujudkan satu kota, lengkap segala dan kenyataan kota adalah minda memang sangat tepat.

kita merancang:)

feyza said...

Kota terbaik adalah minda kita.=))

kota apa erkk...??

sbb rasa mcm nk prgi kota~

- koroe - said...

saya sedang makan dalam kota saya.

jhnrdzi said...

Sangat deep.

Kitalah presiden kota kita.

heheh!

Anonymous said...

ada kisah silam yg aku nk smbunyikan tapi kubu mana yang aku nak jadikan tempat sembunyi?tak ada tempat yg aku boleh smbunyi.....

Gaphe said...

jadi ingin tahu.. dimanakah kota itu?.. kota yang bisa menyembunyikan ingatan silam.

ah, jadi ingin ke kota itu juga bisk.

kamu pandai mengolah kata-kata

ewanthology said...

kota minda

kita yang mengawalnya

Azlan Strider said...

kota x semestinya indah seperti yang dikhabarkan..hehehe..kadang2 kota bisa membuat kita lupa pada diri sebenar..hehehe..

Regards,
-Strider-

Fyqa said...

"Aku percaya kalau kota yang bagus ialah kota yang menyembunyikan segala ingatan silam yang terlepas dan dilepaskan.Kota yang menyembunyikan dari segala hal yang menipu dan tertipu.Kota terbaik adalah minda kita."


aku suka baca ayat ni .

Encik MamaT said...

minda bisa menyimpan... bibir bisa menipu.. tetapi hati.. tidak mampu utk menipu diri...

aliza zeke said...

kota aku seperti tidak berfungsi saat ini.

Unknown said...

Tapi kalau minda kita sendiri pun dah dijajah dengan anasir negatif, maknanya kota kita tidak lagi selamat untuk diduduki!

Prince Halilintar said...

kubu tu telah ade pada kite, cume kite yg perlu bangunkan saje iaitu minda...

pernah dgr x, bermain dgn minda lbh sonok drpd bermain games...hehe

AkuMuzikFilem said...

state of mind. minda kita menentukan segalanya tak kira bagaimana bentuk kota fizikal di luar

Unknown said...

pawaka dan pawitera tu apa bisk?:p

.drakula. said...

seperti biasa baca dan tiada komen...mana kamus dewan ni...ish2!

Itu Aku said...

kotaku adalah kubuku...
yang tersimpan
tersembunyi...
:)

cik ciput said...

rasa sesak dalam kota sendiri.. =(


**tengok citer sucker punch?tu adalah contoh terbaik menunjukkan minda adalah kota.. =)

Bidadari Syurga said...

tak kira walau di manapun kota itu kamu diami... jgn pernah ikut isi kotanya okey... insyallah tiada apa2 yg perlu dikhuatirkan...

kak gojes said...

kota? erm..tak suka kota...suka pekan aje...

Cikli said...

kota tak pernah menipu sehinggakan dikatakan kata mesti dikota.

. said...

"Kota terbaik adalah minda kita"

bila aku nak jadi terbaik macam kau ghost. hihi

Cikgu Jaja™ said...

erm..benar ophan.. minda adalah segalnya. jika baik jalan terokaannya, maka baik jugalah hasil dlm praktikalnya

Qiez AR said...

banyak sungguh kosa kata yang aku tak faham dalam post ni. Jadi tak berani nak bersuara sangat.

bagi aku kota terbaik untuk bersembunyi ialah hati. bukan minda.
mungkin sebab otak aku terlalu sesak. dan hati aku sedikit lapang.

tapi itu lah, lain orang, lain pula kurnia nya. :)

Nur Liyana said...

kota yang paling susah org tau adalah kota minda kita!!!!!ye kot..haha

Benjy said...

Sekarang ni b3njy berada di kota ... kota damansara ... tetapi cam biasa jaa kota ni ... kalau jam 0300 lengang jee ... (laa.. engkau ni b3njy, memanglah lengang ... kan awal pagi tu ..) ... laa... betu juga tu ... oklah kita lupakan kota damansara tu kejap ....

Mungkin kota itu tak sesuai untuk golongan abstrak macam b3njy, mungkin kota itu hanya sesuai untuk golongan sang rajawali ataupun si rama-rama terbang kesana dan kemari. kini ku dah temui kota b3njy sendiri iaitu hatiku sendiri.

p/s: kalau singgah kat kota damansara jangan lupa pergi pasar malam uptown hari jumaat... ia sungguh menarik.

Sca Ndx said...

kota yang dalam. err.

alexayussida said...

tapi minda tak mmpu menipu apatah lagi menyembunyikan sst yang lama atau sedang dialami..melainkn terjadinya anterograde atau retrograde amnesia:)

btw,pawaka tuh ape?kekeke

skandaLdariLangit said...

kota minda ska gagal melepaskan nama dia yg ska sayang selama 3 tahun ini.

melihat acquantaintance dia, hati tiba2 dupdap laju. belum jumpa dia..

ah.segera cuba lupus, aku sudah ada yg baru. tapi yg pertama itu benar sukar dilempar keluar.

bujal X said...

"If you ever want to hide from the world,live in a small city,where everyone seems anonymous"

ayat paradoks kah?

ke dia nak sarka yang kat dunia ni takde tempat nyorok.so deal with it?

catherine- said...

x mau la mati kempunan.huhu.

rin x mahu kempunan menyatakan bahawa rin.... (sila sambung ayat ni :) ok bai!

Amoi said...

kota apanya.

ai duduk pekan ni.

Liyana Zahim said...

Another gud literature.. =)

Miss PIJAOSIX said...

salam GW,

aku masih mencari KOTA yang selesa untuk aku duduki, untuk aku takluki....

PenjuruKosong said...

kota dalam pemikiran aku
kota yang terbaik untuk aku
mungkin ya, mungkin tidak untuk org lain
kota itu mungkin tak akan wujud
dalam realiti ini

new entry: journey to north

Gayahspears said...

kota tak tidak berpenghuni....

ghost said...

1 Miss Dill |its true...miss dill.

2 Nveil |dalam kota ada kubu..dalam kubu ada kubu.tapi dalam minda semua ada.

3 Inspirationalefeks |yeah!semangat yuk!haha

4 EL MARIACHI |diakui wahai sobat...

5 Encik Psychopath |bukan mati tapi lebih senyap...diam.

6 Amalina |atau seperti yang kau sekarang rasa?

7 Nuar |minda menghasilkan kota fikir.

8 intan.maisarah |ada tapi tidak kelihatan.wah,sangat menarik Mai.

9 asip محمد |nyanyi sampai habis please...haha

10 Nazsabrina Iman Zulfikar |minda bagaikan remote control atau pelaksana segala fikiran.

ghost said...

1 Rain |ya aku selalu berharap begitu,lebih tenang dari kocakan hatiku...hihi

2 FaizalSulaiman |ya..kita rancang apa saja untuk kota minda kita.

3 Pijahh' de-Arr |kota yang minda kita boleh shopping...hihi

4 - koroe - |makan kota ko sekali ok...

5 Johan "Champ" Radzi |semua jawatan kita yang pegang...kita penguasa sebenar.

6 Linda Nazri |cari lah mana-mana kota kecil yg ko rasa lebih aman..

7 Gaphe |di satu sudut minda kita Phe..mekasih sob.

8 delarocha |itu sudah pasti...

9 Azlan Hasan |sebab tiada siapa yang mengingatkan kita ketika itu...

10 Fyqa |mekasih fyqa

Unknown said...

owh..tentang minda...dari minda,kita boleh buat peta...maka,jadilah peta minda yg boleh manghasilkan banyak cabang..wahhh..hebat2

Duniakuabstrak said...

kota yang tenat perlu penstrukturan semula

ghost said...

1 Encik MamaT |malah mau tipu hati pun jangan dilakukan..

2 noraliza |apa yang rosak?mai aku betulkan...hihi

3 Sylmeena Hamzah |lorrr..kan namanya minda kita,maka kita yg kawalnya..kalau sudah ditembusi dengan anasir negatif..buang aja.

4 Prince Halilintar|ya selalu sangat dilakukan supaya ia tidak berkarat dan jammed.

5 AkuMuzikFilem |tidak kira apa,itu tidak penting.

6 diana |itu API dan AIR SUCI.

7 Republic Aku |haha..ada2 saja ko nih RA.

8 Itu Aku |jangan biarkan orang lain jajah ok..

9 cik ciput |aha..sucker punch adalah contoh terbaru..hihi

10 Cik Bidadari |ya ia seolah mengambarkan bahwa boleh berada dlm satu kumpulan tapi jangan terpedaya dengan ideologinya.

ghost said...

1 Eryati | kota itu sebenarnya cuma pekan aja kak yati.

2 Cikli |kita yang tertipu sebenarnya...

3 KHRLHSYM |ah,ko terbaik aper Karl..

4 Faezah Hannah Al Baj |kerna minda yg melakukan pengasingan untuk yg baik dan tidak...

5 | Larasephia | tapi bukan kah hati kau tengah sarat sekarang kawanku...hihi.kalau dirasakan hati itu tempat yg baik..maka boleh saja kalau mau sembunyikannya di situ.

6 Nur Liyana |mesti lah,orang sukar utk bacanya atau terokanya...

7 Benjy |haha..macam2 ko nih Ben..kota damansara itu kota yg aku selalu sesat.itu saja yg aku tau..

8 Sca Ndx |dalam kota.hahaha

9 alexa yussida |pawaka itu API..hihi

10 skandaLdariLangit |kerna kesukaran memulakan sesuatu pada yg pertama lar yang membuatkan kita sukar utk melupakannya...

Qaseh Dalia said...

KOTA TERBAIK ADALAH MINDA.. SO KAWAL MINDA DENGAN BAIK .. JANGAN JADIKAN MINDA SATU KOTA YANG PENUH KEHITAMAN

ghost said...

1 bujal X |deal..apa saja yang ko fikir ia begitu aku tetap akuinya..

2 catherine- |ok memahami..hihi

3 Amoi |pekan itu kota yang kecil...sesuailah.

4 Liyana Zahim |thanx wahai si novelis.hihi

5 Miss PIJAOSIX |salam Pija...cari lah dan kau akan temuinya.

6 CassiaSiamea |kota khayalan...ia tidak mungkin wujud dlm dunia realiti..

7 Gayahspears |kitalah satu-satunya penghuninya.

8 Cik Jari |bertambah lagi cabangnya bila kita imagine lebih luas lagi..hihi

9 DuniakuAbstrak |kalau ko arkiteknya apa salahnya ko buat...hihi

ghost said...

Qaseh dalia adelia | dan kamu pengawal minda terbaik Qaseh...

silent said...

dalam kota itu kitalh pemimpin dan kita jugalah hamba

fz said...

lari topik sket,tp aku teringin pulang ke kampung..lupakan kota yg penuh beban

Asri Alam said...

walau apa pun, aku tidak mahu bersembunyi di kota

pisau belati said...

"Aku percaya kalau kota yang bagus ialah kota yang menyembunyikan segala ingatan silam yang terlepas dan dilepaskan.Kota yang menyembunyikan dari segala hal yang menipu dan tertipu.Kota terbaik adalah minda kita."


cuba menjajah kota sendiri jangan dibiar di takluk pengaruh luar.

NARDtheNERD said...

kalau kota itu minda..
aku pilih desa...
aik?
HAHA.

ghost said...

1 Silent |dan kita penguasa yang sebenar.

2 fz |kota yang tidak menjanjikan ketenangan dan kenyamanan.

3 Sasa Al-Sharif |tapi sekarang kau berada di kota...haha

4 pisau belati |ya jangan sesekali dibiarkan..

5 NARDtheNERD |desa cuma ada kebagusan udara...minda kau akan lebih baik.

broken_nigina said...

gua suka tinggal kat kampung.

tehr said...

kalaulah kita sempat mengawal dan mengawasi pendatang2 yang mendatangi kota minda kita, alangkah baiknya
kan, gost?

Sang Gabriel said...

aku rasa tak bagus juga kalau yang silam tu terkubur

nanti kita akan ulang balik

betol x ghost?

ke aku salah paham maksud kau?

ghost said...

broken_nigina | pastikan kampung tuh ada network..haha

tehr |masih boleh kita kawal tehr...

gabanMorka |betul juga apa ko cakap tuh..tapi kita tak kuburkannya,kita cuma sembunyikan.

Kepala Mancis said...

barangkali kota juga tak akan terbina tanpa kejatuhan..ah,

FreESiAgErBeRa said...

kota minda. gunakanlah dengan sebaik mungkin, jangan salah gunakan. gunakanlah untuk jalan yang sepatutnya.

Unknown said...

yg pasti kota itu lebih ramai dan banyak polusi

Anonymous said...

kota terbaik adalah minda kita?
hmmmm

SYARIFF HAIKAL said...

kota yg baek datang dari hati yg bersih,namun agak keling jika ak cakap hati yg bersih bukan jaminan untuk menghuni kota yg baek..ketaqwaan adalah satu kombinasi yg perluu untuk membina sebuah kota yg indah dan damai.