virgin itu bukan satu aset?




Selepas meniti kehidupan yang begitu laju berlari...Aku melepasi satu demi satu perubahan dalam mentalitiku.Aku mula membuat pernyataan sendiri yang mungkin dilihat sebagai satu cara untuk menyedapkan hati sendiri...


"Virgin itu sebenarnya bukan lah satu keutamaan...yang perlu kita lihat adalah soal hati.."


Apalah yang hati kita akan kata kalau hanya jasmani sahaja yang berada dalam pelukan kita sedang kesumanya terbang mencari kekasih sebenarnya.Kita seolah-olah menjamah makanan yang begitu tawar..tersekat di kerongkong..tidak sampai pada tujuan..tersungkur di pertengahan perjalanan..merintih dan mengertap!.Aku tidak akan menunggu lama untuk satu penantian,membuat pengorbanan agar mampu melihat setiap hari akan ada perubahan yang berlaku..seolah aku menanti suatu keajaiban melintas di depanku dan menyapaku...tidak.!


Aku bisa saja memilih mereka yang tidak punya 'aset' asal saja mereka punya hati yang pekat!..yang bersedia menjamah makanan yang terhidang dengan perlahan dan aku merasakan tidak seperti membayar atas tiket perkhidmatan langganan yang disediakan!.
Oh!bagi seorang roman yang kasar seperti aku,aku tidak akan sanggup melepaskan nafsuku pada mereka yang aku cintai tetapi memalingkan muka..


Kerna saja aku masih punya hak untuk memilih!

67 comments:

choirul said...

jasmani dan rohani sama pentingnya menurut saya .... karena jika jasmaninya rusak itu muncul dari hati yang rusak.... semoga tidak salah jawaban saya.....

Unknown said...

selalu mengharap dpt yg virgin.. tp jika jodoh, terima je la yg mana-mana pon janji ikhlas..

Robot | Sakti said...

lelaki yang baik, unutk perempuan yang baik.

:)

Encik MamaT said...

:) jika rohaninya sudah bersih dari sisa silam.. apa salahnya jika memberi peluang...

Iskandar Dzulkarnain said...

tapi bagaimanapun aku masih perlu kata "virgin"

aliza zeke said...

x semestinye perempuan yg dah tak virgin tak baek.mane tahu dy kena rogol ker kn. :)

Shila said...

hati dia dan hati kau GW..

jika kau bisa berlapang dada.. dan dia punya keinginan untuk berubah..

xsalah..dan mgkin itu memberi kehidupan yg lebih bermakna...

x guna ada virgin andai rasa diri udah cukup baik dan xperlu lagi berubah ke arah yg baik..

andai hari semalam dirinya dalam lorong gelap, x bermakna jalannya terus gelap..cahaya yang akan diperolehi mgkin lebih terang dari yg lain...

bisk..aku nk tulis lagi.....hahahaha~!! bole x?? :p

Unknown said...

akak suka entry ni..:)

LennMommaChubby said...

wow.... i luv this so much!!

eszol raar said...

ingat balik guideline cari bini dlm islam

Tasha said...

i pernah paprkan 1 cerita tentang kisah ini.

http://natasha1987.blogspot.com/2011/02/pentingkah-dara-bagi-lelaki.html

dalam hal macam tu, adakah lelaki masih sayang?

tapi, kalau perempuan tu dah menyesali perbuatannya dan taubat. tak salah untuk menerima orng yang sudah bertaubat. dnegan harapan, dugaan yang akan datang dapat ditepis dengan baik.jgn terlalu ikutkan nafsu

A.s.t.i.n.a said...

Virgin itu indah.. *tak tau ape motif statement ini *

ctpayong said...

salam

"virgin" itu mahkota selama mana bukan terlepas kerana paksa. hadiah berharga untuk suami tercinta, walau bukan satu tuntutan mutlak namun akhlak terpuji untuk melindungi dan menjaganya. itu bagi kak ct.

bagi lelaki yg lain2nya ya munkin saja menunding 'kak ct kuno, tertinggal IT'.

kak ct kata : isteri itu amanah Illahi. jaga dia sepenuh hati!

Anonymous said...

ye...selagi ade hak untuk memilih....pilih la yang berkualiti.....

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Virgin tu memang penting. Pada saya. it takes two to tango.
Kalau lelaki pun da ramai tak "suci" adilkah menuding jari pada gadis- gadis?

HEROICzero said...

ah, apa ada pada virgin. aku-sayang-kau-sayang-aku, sudah cukup. keikhlasan itu harus ada.

Well, bullshit. total bullshit.

Maaf cakap. sejahat-jahat lelaki, pasti mahu yang baik baik saja.

Tak adil? egois?

kata saja apa. cuba jujur sekarang.

dia terima kamu seadanya kamu. yang lepas itu lepas lah. manusia boleh berubah, dan kamu sudah berubah.

pasti?

kalau kamu pasti saat kamu jadi isteri-nya, tidak timbul sedikit kesal atau terkilan dalam detik hati nya, maka,

kamu saja manusia paling bertuah dalam dunia. one lucky bastard.

afterall, they dont said "perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik," for nothing, aite?

=)

Kay- said...

yer, semua pun bermula dari hati.

menurut fakta yg pernah sy baca virgin boleh hilang semasa bersukan ataupun selalu melakukan kerja2 berat. sbb virgin itu hanya selapur dara yang nipis, senipis kulit bawang.

virgin mengikut fahaman kita adalah "perempuan yang sudah pernah melakukan seks sebelum berkahwin"

seks sebelum kahwin adalah dosa.

"apa yang kita lakukan pada masa kini, akan berlaku pada keturunan kita pada masa depan. malah mungkin lebih teruk." - k a r m a

. said...

ohhh
baguslah mcm ni
ada llki tu kan
mau yg virgin
tp sbnrnya dia jg perosak virgin yg lain
heh!

*emosi

sud@is said...

aku setuju dgn HEROICzero,

sejahat-jahat lelaki, pasti mahu yang baik saja.

confius?
tepuk dada tanya hati
kuasa ditangan , mohon petunjukNYA juga

joe said...

tentu saja yang berhak mendapatkan yang pertama adalah suami dan bukan yang lainnya

faiz said...

manusia sentiasa berubah..yang penting hati baik..

..nOWa.. said...

hati perlu virgin..

Yus Yulianto said...

saya juga ngga ngaruh nanti dapet yang virgin atau nggak... :)

Anonymous said...

aku hanya mementingkan hati. kerana aku sendiri bukan orang baik.

Gaphe said...

Aduh, kalo soal virginitas saya nggak mau komen banyakdeh.. soalnya saya masih perjaka :))

Unknown said...

tapi gak semua cowok berpikiran spt itu lho. banyak yg masih konservatif, sangat mengutamakan virginitas.

Irwan said...

aku setuju dgn robot baik yg kat atas sekali tu. hence, sesapa yang dah menebuk tupai, jgn marah kalau dapat kelapa yang dah takde air..kikiki..

anyway, penulis hantu, anda di cabar untuk join "aku nak beenti kerja". Cabaran nya ialah sambung dari citer eszol...hahahaha.

Dan jangan lupa buat 3 pilihan (cibai punya eszol)

. said...
This comment has been removed by the author.
. said...

virgin bukan satu kepentingan kerana ia adalah sesuatu yang tidak kekal, aku lebih menyukai sesuatu yang subjektif yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tapi dapat dilihat oleh mata hati, tidak dapat dirasa melalui sentuhan, hanya dapat dirasa melalui hati.

Misty Melor said...

spechhless :)

paradokshati said...

suka entri ini ;)
dan sekali lg entri GW memang menjangkal jauh dari kotak minda saya :); pada sy, tidak cukup menilai virgin dari sang dewi shj :).

Lee Zha said...

aku tak tau kenapa. singgah blog kau, aku lebih suka jadi senyap.

nak tinggal sebaris ayat, aku perlu fikir dalam2.

then aku dapat jawapan. ya, aku ikut tulisan kamu bukan kerna mahu kamu tahu aku 'hadir', tapi cukup aku boleh hadam dengan senang apa yang kau tulis.


:)

white rose said...
This comment has been removed by the author.
white rose said...

kenapa?
kerana cinta, kamu tak sanggup dia menderita?

derita apa namanya?
sedangkan dia mengerti soal cinta, dia tolak soal derita...

virgin???
mengapa???

ghost...
soal jodoh, soal mati, segala persoalan hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI...

berdoa dan terus berdoa...
berusaha dan terus berusaha...
yakin dan terus yakin...

itu kan selalu kamu ucapkan kpd ku...

si para para said...

Jika hatinya seputih salju di padang pasir, mana mungkin dia menjual maruh yang tidak ternilai harganya...kerana bila baik segumpal darah itu, maka akan baiklah seluruhnya....


virgin kini bagaikan mencari rusa putih di tengah sekawan rusa hitam.

beruntunglah jika kita menemuinya...

StellaClaire-Richard said...

Jgn terlalu memilih pasangan. Jodoh dan pertemuan di tgn Tuhan. Walaupun dah takde "aset", mungkin semua tu ada hikmahnya..

Unknown said...

hurm.
kerana saya seorang perempuan,
dan saya memikirkan penulisan ini dari sisi seorang perempuan,
saya tertanya,
apakah mampu untuk saya menerima
seorang lelaki yang pernah
bersenggama dengan perempuan sebelum saya,untuk dijadikan teman hidup.

well,rasanya begitu sulit.kerana fitrah manusia sentiasa mahu yang baik,mahu yang istimewa,mahu yang indah-indah.

tapi jika dilihat pada refleksi diri sendiri di kaca,siapalah saya - cuma seorang perempuan terkutuk.

Akulah Aqilah Itu said...

Aku sendiri takkan mahu lelaki yang selama ni dah puas bergelumang dengan perempuan2 lain menjadi suamiku. Terasa jijik.

Namun, aku tak nafi, manusia penuh dengan khilafnya.

Allah SWT sendiri ampunkan orang yang bertaubat. Apa hak aku untuk judge hamba Allah yang lain?

Kalau dia sudah bertaubat atas perbuatannya, aku pasti boleh terima.

Besides, aku sendiri bukannya malaikat.

Nuel Lubis, Author "Misi Terakhir Rafael: Cinta Tak Pernah Pergi Jauh" said...

yup, saya setuju dengan awak.. virgin memang tidak wajib.. dan saya juga tidak memilih perempuan berdasarkan keperawanannya.... yang penting ada tidaknya chemistry sama dia.

± said...

lelaki yg baik utk perempuan yg baik?
asal aku nampak byk yg terbalik?
JAWAPAN DI SINI

virginity, bkn priority bagi aku. yg mulia adakala tak kekal kemuliaannya, yg jijik dan jahat jika bertaubat perlu diberi peluang

Jef Hadi said...

dalam hal ni, bukan pasal virginity sangat kot. tapi pasal perempuan tu.

dia dapat ke tidak lupakan mamat yang hilangkan kedaraan dia?

haha.

Three said...

Virgin aset paling berharga dalam hidup saya

Cik Specky said...

terima pasangan kita seadanya, pandang diri kita sdiri - baik buruk yg kita ada, cam tu jgk la org lain yg punya kelebihan & kekurangan.. yg pastinya Allah maha mengetahui sgala kjadian..

Anonymous said...

soal tiada virgin adalah soal masa silamnya... masa silam yang belum lagi ada kamu... maka, tidak harus untuk kamu persoalkan... yang harus dipersoalkan adalah masa sekarang dan masa depan... yang mana di kedua-dua masa nilah dia akan menyerahkan hati dan cintanya pada kamu... hanya kamu!!

tehr said...

virgin boleh hilang dengan banyak cara

allah juga memberi peluang dan menerima taubat hambanya

bukankah baik kita bermula dari situ untuk membina hubungan?

kindergartenlibrary said...

virgin itu penting ...

Sumandak Kinabalu said...

Terpulang kepada penerimaan masing-masing. Kalau nak cakap 'aset' tu penting tapi hati, tingkah laku, mata melihat yang bukan-bukan, telinga mendengar yang tak baik, otak berfikiran jahat, mulut tak pernah berhenti mengata...adakah masih dianggap baik??

Kesimpulannya, jodoh ditangan Tuhan. Bila Tuhan menganugerahkan kita seseorang sebagai teman sehidup semati, maka Tuhan telah merencanakan sesuatu untuk kita biarpun seseorang itu telah kehilangan sesuatu yang berharga...

Siapa kita untuk menghakimi?

Anonymous said...

kepada lelaki,
bagus kalau semuanya berfikiran begini.

kepada perempuan,
ketahuilah, dara itu satu anugerah daripada Tuhan. dan hadiah yang mahal buat suami. :)

hentian said...

mengasihi orang yang mengasihi kita...

fiqas said...

bisk, kamu bisa memilih, itu hak kamu kan??
apa guna perempuan yang masih virgin kalau hatinya kelam...

fzikuz said...

Well said!! ^^

Al said...

zaman dulu ia dilihat sbg ukuran
tp zmn skrg sume da brubah
mbuatkan ia bkn lg keutamaan

Anonymous said...

setiap manusia melakukan kesalahan..terlanjur itu atas dorongan nafsu terlalu sayang... x semestinya tidak punya aset mereka di hina.. di kecam.. mereke juga punya hati yang yang pekat..kerana itulah mereka tersungkur...

ghost said...

@ choirul : tidak salah Choi.

@ shatooman : dah takdir.

@ Robot | Sakti : x dinafikan.

@ Encik MamaT : terbaik dari lelaki.

@ John Terro : terserah sama JT.

@ aliza : kalau ada penjelasan seperti itu mungkin tak mengapa.

@ missSenget : pendapat yang baik dari miss senget setakat ini..hihi

@ diana ; tanx kak Diana

@ LennMommaChubby : tanx Lenn.

@ eszol raar : aku sendiri tak cukup baik..camner..

ghost said...

@ Tasha : pengajaran adalah pengalaman yang mematangkan..

@ A.s.t.i.n.a : nikmatinya...

@ ctpayong : tak ada lelaki yang akan mengatakan bahwa itu penyataan kuno..tidak ada.

@ i am S!L4H.. : pastikan diri juga ada kualiti..hak memang hak.

@ Nazsabrina Iman Zulfikar : bukan menuding tapi sebenarnya tentang niat..niat kepada suatu yang tidak membedakan status.

@ HEROICzero : ia memang telah bullshit kalau ada berfikiran begitu..tapi berbalik kepada soal hati..kalau sudah hatinya memilih..tetap saja itu pilihannya..yang lain2 tolak tepi atau terima saja keadaan.

@ Catherine- : hukum karma kata orang...dan kalau ia berlaku juga,standby..

@ Niz : berkemungkinan memang begitu..kehilangan virgin tanpa dorongan takkan berlaku.

@ S..U..D..@..I..S : tepuk dada tanya iman...

@ joe : ada yang tidak mampu untuk itu..dan kesudahannya apa yg berlaku sekarang.

ghost said...

@ faiz : hati mau baik..hihi.

@ ..nOWa.. : kena check dulu hati lar Nowa ye..hihi

@ Eks : menyerahkan pada ketentuan gitu sob..

@ MATAHARI : look,kita lebih faham soal diri kita..maka hati itu sangat penting dalam pemilihan.

@ Gaphe : haha..masih virgin Phe?

@ Sang Cerpenis bercerita : iya..memang ada yang kekalkan konsep pemilihan didasarkan soal virgin..tidak salah.

@ Irwan : takkan nak marah ye dak..Bro,bukan ker watak tuh dah MATI..so sequelnya takde..haha

@ khairul hisyam : kannn...virgin itu bukan suatu sifat yang kekal..soalnya tetap pada hati..

@ ukhti syikin : dont say... :)

@ paradoks hati : bukan soal sentuh pada sebelah pihak saja..tapi ianya lebih berbagi soal pemilihan hati..

ghost said...

@ Lee Zha : itu sudah mengembirakan aku Zha..

@ white rose : kerna soal virgin itu menimbulkan banyak persoalan dan dipersoalkan..

ya aku tahu kalau perlu yakin.dan keyakinan itu memainkan peranan utama dalam hidup aku selama ini.

@ si para para : makanya jangan dicari...memang betul kalau segumpal darah itu bersih maka bersihlah keseluruhannya..tapi tidak bolehker kalau segumpal darah yang kotor itu kita buang..

@ StellaClaire-Richard : kita tetap percaya pada hikmah..sebab ia ketentuan untuk kita...

@ april : nah!itu kesedaran namanya.sedar tentang diri kita siapa dan apa...

@ Akulah Aqilah Itu : tidak pernah jadi malaikat.kalau difikirkan terlalu dalam,menyentuh pun tidak mahu dan kita memang bukan hakim.

@ Noeel-Loebis : hati kamu dapat menerima seadanya..

@ Dark Half : setiap manusia ada peluang ke dua untuknya...

@ sastraboy : pasti tidak dapat...

@ Celotehan : hargai dan nikmatinya Trie.

ghost said...

@ nurHeart : satu lagi penyataan yang selamat...terima seadanya.itu lebih baik.

@ rizwan's sweetheart : memang betul,tapi ketika kita menerimanya kita akan membawa masa silamnya bersama tidak kira kita persoalkan atau tidak...

@ tehr : sama seperti Fda,memulakan dari mulanya kita menerimanya..kalau sudah taubat tidak akan disangkal.

@ nelly : bagi setengah orang...

@ Sumandak Kinabalu : aku fikir semua ini adalah normal kalau semua berfikiran seperti kamu jane.

@ The Rebel Kid : dan perempuan jangan terlalu mengharap bakal suami seorang yang masih virgin jugak.hihi

@ Insan Marhaen : terbaik dari hati..

@ Fiqas : yup,sebab itu aku kata..aku tidak akan melakukan pada mereka yang memalingkan muka.

@ fzikuz : good... :)

@ Al : kita semakin dibiasakan..cuma saja ia tidak dibudayakan...

@ deAnza-wAnda : tidak sesekali menghina kalau tidak ditimbulkan soal virgin dalam perhubungan...itu bukan kesilapan tapi keinginan.

Anonymous said...

Membaca
Senyum, senyum.
Kagum.
Doa untukmu - biar menjadi rahsia.

Anonymous said...

setuju dengan robotsakti.

ghost said...

@ Sephi Sephia : turut tersenyum... :)

@ maCy : maka aku faham.. :)

Eyka said...

eyka sokong robot sakti..:) ikut fitrah..kalau baik baik la yang dapat...semua depend pada tkdir..:) tapi eyka suke nama awk..ghost write~ :)

Putri Indah Purnama Sari said...

Virgin itu penting, apalagi untuk seorang wanita..
Dan itu hanya boleh dimiliki oleh Suami

LadyBird said...

salam.. maaf yer..
lady masih belum memahami maksud tersirat dalam nukilan ini.. mungkinkah usia lady masih belum mampu menakkul apa yg ingin disampaikan.

apa yg lady faham, awk nak cakap virgin tak penting asalkan dia pandai melayan? tidak guna ada virgin tetapi kaku jerk.. x memberi respon yg sepatutnya..

adakah seperti itu maksud tersirat? sukar tuk ku memahaminya dong..

ghost said...

@ Eyka : bila depend pada takdir maka tak semestinya begitu bukan..

@ Putri Indah Purnama Sari : beruntung bagi mereka yang mampu pertahankannya..

@ LadyBird : kamu ambil sastera LB?
aku dapat berikan point 90% atas komen kamu kerna ia terlalu hampir pada maksudnya.

LadyBird said...

so hal ni samalah maksudnya dengan mengapa lelaki yang masih teruna lebih meminati lelaki yang pernah berkahwin dan telah berusia.. adakah atas dasar itu pilihan sedemikian dibuat? Kepuasan perkara utama..

Lady tidak pernah mengambil sastera, tetapi sains.. bukankah nukilan ini more kepada sains.. bukan sastera kan?

Wuucin said...

siapa kita utk memilih..sdgkan Tuhan sudah menentukanNya... segala yg terjadi pasti ada hikmah-Nya.. Dia lebih mengetahui :)