So weit die Füße tragen



Bermula di semenanjung Chuckchi merentasi permukaan Siberia yang tidak mengenal belas kasihan pada manusia-manusia yang melata di dadanya,akhirnya ditemui titik akhir pengembaraan hidupnya sebagai pelarian perang saat kakinya tiba di Persia sebelum meneruskan destinasi perjalanan pulangnya ke pangkuan isteri dan keluarga yang selama ini mengingatinya sebagai telah tewas dalam kebejatan peperangan dunia ke-2.


Kisah klasikal Clement Forrell ini sangat luarbiasa dan merupakan satu kisah benar yang difilemkan sebagai seorang tawanan perang German yang berjuang melarikan diri dari East Cape,sebuah kem yang sangat brutal di mana tempat dia menjadi buruh paksa.Namun demi janji kepada isterinya untuk kembali dia nekad untuk mengharungi sejauh 4 juta kilometer selama tiga tahun.Dia menjadi buruan,terpaksa menyamar,menyembunyikan diri,ketakutan,kesakitan dan berhadapan dengan sikap protagonis dan antagonis manusia lain...


Itu belum dikira dengan semangat kental-beraninya berhadapan dengan kedinginan musim salji dan bencana alam yang lain yang seolah-olah mahu membaham dan melenyapkannya dari muka bumi ini.Takdir perjuangan Forrell yang sangat menakjubkan sebagai anggota tentera German yang berkhidmat dalam Paratroop Regiment ini dijadikan inspirasi ketabahan dan semangat yang tidak pernah kenal putus asa




Info: Dialihbahasa kepada 15 buah bahasa.
        Terjual lebih dari 12 milion salinan..
        Award-winning German pada Festival Filem Cannes 2002.


So weit die Füße tragen (As Far As My Feet Will Carry Me...)

43 comments:

Tasha said...

ermmm....

NAZ said...

baca info. agak menarik bunyi nya :)

white rose said...

bisk,
apsal aku baru nampak list blog dibawah skali??

sudahnye aku jadi no 640...
agak kejauhan...

ramai betul peminat kau...

aku, kau letak kat mana?
dalam stor???




"SEMANGAT TAK PERNAH PUTUS"

ghost said...

@ Tasha : hurmmm...


@ naz : sangat menarik...


@ white rose : aiseh..takkan nama blog sendiri dah tak kenal...

dalam list tuh kalau tak silap no 2 aper..saper new latest update akan naik level kan...hihi

Gaphe said...

kayaknya bagus nih filem.. pengen nontoon..^_^

~~su manje~~~ said...

maner penulis hantu nie...tak singgah blog su manje....


em..huhuhuhuhuhuhuhu...kekekekekkekekekekekkekekekekke...bunyi hantu nie...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sedih nye cerita..
mesti isteri dia tunggu depan pintu saja..
kan??

akak pun kalau suami balik kerja
lambat je mula la risau..
sebelum pi kerja siap cakap gini..
'abang..janji ye balik jam 6"
hehehhe

Miss PIJAOSIX said...
This comment has been removed by the author.
Miss PIJAOSIX said...

salam bisk..

Berpegang pada janji...aku suke!!!

Karya Hati said...

setia walau dalam apa jua keadaan...

ghost said...

@ Gaphe : jangan lepaskan Phe.. :)


@ ~~su manje~~~ : ada lar,su yg tak perasan..biasalar hantu kan.sangat halus.haha


@ diana : tak,dia tunggu kat pagar depan umah jirannya..

aii,suh balik sebab risau makan dengan owank lain ek...haha


@ ~ PIJA ~ : janji mesti ditunaikan... :)


@ SyahadaSubri : jangan membabi buta sudah achu...

Unknown said...

nak seribu daya,taknak seribu dalih.
berpantang maut sebelum ajal.
dimana ada kemahuan,disitu ada jalan.

ok,3 peribahasa yang besesuaian untuk entry ini.

- kelas bahasa melayu


:D :D

Berto said...

"4 juta kilometer selama 3 tahun". Pergh, ni memang faking hell. Gua 2.4km pon dah menyumpah2

beautiful_rose said...

selalu kagum dengan manusia kental.
aku entah bila baru boleh jadi sekuat itu...

Anonymous said...

fda pon pasti tak leh jadik sekental tu... ngeee

Anonymous said...

ending dia apa?

Anonymous said...

peh. gila kental. belum tentu ada yang sanggup menjadi sekental dia.

si para para said...

sangat kental hati seorang itu...
tak sekental hati seorang aku...


err belah pantai timur dah start kerja hari ahad..hehe

hentian said...

malaysia pun ada ramai manusia gigih begini tapi tak difilemkan. kalau difilemkan pun, rugi...

dimana silapnya?

faiz said...

kental btol org ni...aku rasa aku pon nak jadi sekental ni...thanks to follow my blog

aemynadira said...

really nice..

Akulah Aqilah Itu said...

as far as my feet can carry me. deep gila.

e. indah said...

So weit die Füße tragen, i'll be walking thru these maze (saja2 nak sambung words german tue-utk diri sdiri)....



kamu pun aku kira menakjubkan (bodek penulis berhantu ermm tapi untuk apa, kamu tak bekal biskut utk aku lagi ... ; P)

NAJ HEBAT said...

Ambil ni jadi iktibar. Penaik semangat kan?

HEROICzero said...

eh ni yang cerita baru kat wAyang tu eh? kan kan?

Anonymous said...

this is cool.
effort dan spirit sbb anak bini.
haih, kalau aku same kau biskut, kau macam nie x?
hahaha.

sud@is said...

uishh!!! 3 tahun mak datok....
gigih tahap gabsn..

Encik MamaT said...

cinta itu pengorbanan.. wah... bahasa melayu ada ke GW.. hehe

Asri Alam said...

baca dari entri ni pun rasa terpikat suda mau nmpk kisah cerita ni.. perjalanan jauh hingga 3 tahun. sememangnya watak ni punya daya ketahanan mental yg teguh

Unknown said...

hahha..
bukan risau makan dengan owang lain..

akak kan romantik..
sentiasa ingat suami je,..
hahahah..
konon!!

± said...

rahang jatuh ke bawah...memang kental

ghost said...

@ april : agi idup agi ngelaban.hihi


@ Berto : 2.4km 17 minit jer leh buat.lambat sangat.haha


@ beautiful_rose : cukup setakat tuh.tuh pun dah cukup baik. :)


@ rizwan's sweetheart : demi hidup mesti boleh.


@ MATAHARI : dalam suatu keadaan mesti dapat buat.

ghost said...

@ si para para : owh patutlar...kat sana kan ahad hari bekerja.


@ Insan Marhaen : silapnya pembikin filem tak mau tanggung risiko...


@ faiz : u welcome...


@ Aemy Shamy : off course.


@ Akulah Aqilah Itu : tawakal...

ghost said...

@ e. indah : haha...tapi tetap wujud di sisimu E'.


@ NAJ HEBAT : for our spirit..


@ HEROICzero : filem nih dah lama bro..filem german.takde kat pawagam kita.


@ F.A.R : maybe,kalau aku betul2 mencintai kamu.. :)


@ S..U..D..@..I..S : gaban pun tak macam nih kan...haha

ghost said...

@ Encik MamaT : hurmm..takde kot.haha


@ Sasa Al-Sharif : adventure survival story memang sangat membina semangat...


@ diana : tapi mesti ada jugak terfikir ye dak..


@ Dark Half : haha..melopong lar tuh.

fiqas said...

alangkah indah hidup ini andai semua orang berpegang pada janji ...

ghost said...

@ Fiqas : dunia pun pasti aman kan...

Lee Zha said...

1 je. sebab janji. :)


masih ada ke manusia yang sanggup nak tepati janji bila hadap dugaan macam tu?


rasanya, aku dan kau pun belum tentu mampu. :)

ghost said...

@ Lee Zha : dalam soal macam tuh mungkin ada ramai,tapi belum tentu melepasi halangan.

Lee Zha said...

demi sebuah janji. rasanya manusia skang lebih suka pegang ketat2 mutiara dari janji.


walhal mutiara yang berharga tu kalau di fikir akan menjadi racun.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

so weit die hände bewegen kann ,Ich werde weiterhin blog

hhehheheheh

Anonymous said...

wow.... x penah tengok lagi citer neh...