rasa



Saat tekak aku semakin kering di lewat malam yang mulai menyapa selamat pagi,aku mendapatkan air bungkusan seorang kawan..menyedut melalui batang straw dan saat ia mengalir di anak tekakku..aku humming seketika..sambil memandang air yang berwarna keputihan itu..
Horlick...?walah,sudah sekian lama aku tidak merasa apa rasanya air horlick...Dinikmati terus tanpa memejamkan mata dan sambil mengangguk kepala..serasa mau dibiarkan aliran air itu berkumpul di kerongkongan..Ya sudah,ia pasti tidak akan kekal lama di situ sekalipun harus dikumam untuk lebih lama.


Kita sudah terlalu banyak ketinggalan atau kehilangan dari apa yang kita pernah rasai dan lalui sepanjang kehidupan kita..Sekadar mengingat itu tidak pernah cukup malah ternyata kita tewas dengan kegagalan mengulang perkara yang sama.Seolah-olah ia mendatangi hidup kita dan berlalu pergi sekalipun kita usaha untuk menghalang dan bertahan dengan sesuatu yang kita sukai.Saat ia bersama dengan kita,rasa itu haruslah dihargai..kerna ia tidak pernah kekal.


Bedanya, ingatan kita sentiasa menjelaskan kalau rasa horlick itu tetap horlick dan tidak berubah menjadi rasa coklat.Kalau rasa cinta itu berubah menjadi rasa benci,itu mungkin kerna 'ramuan'nya salah.

68 comments:

hanaahmad said...

aturan minda...

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Cinta tukar jadi benci....ya dalam dunia ini kan tidak ada yang kekal sifatnya. semua pun bisa berubah sekelip mata. "Kun fayakun" ..Jadi, maka jadilah! Semua tergantung dari Allah.

Unknown said...

awal ada akhirnya.tiada yang abadi.namun sudah lumrah manusia,selagi di depan mata,jarang benar dihargai.serasa hilang,barulah dicari kembali.

Anonymous said...

=.=' dalam rasa yang datang dan pergi, hilang dan kembali dalam bentuk baru tapi berlainan,


aku cuma mampu hargai masa di tengah-tengahnya.

Anonymous said...

sejuk sampai kepala.

HEROICzero said...

kalau rasa horliks itu berubah, sudah basi mungkin?

cinta itu bisa basi? pudar juga rasa dan warna kadang2.

Saripah Kejora said...

ini kerana hati kita boleh berubah.

alexayussida said...

rasa yang mati..

wah bestnyee air horlick..sini xde horlick,kesian btol org kat sini tataw nikmatnye ho ho ho horlicks kan..

A.s.t.i.n.a said...

merasa itu nikmat..

Yang paling sukar ialah mengekalkan rasa...

A.s.t.i.n.a said...

merasa itu nikmat..

Yang paling sukar ialah mengekalkan rasa...

Al said...

manusia itu pelupa
sbb itu perlu diingat stiap mase kan..

LadyBird said...

xnak komen petikan.. nak komen gambar.. cantiklah gambar tu.. mendamaikan.. mungkin lebih mendamaikan daripada dapat minum horlick.. hihihi.. :)

Shila said...

mungkin yang di katakan cinta, sebenarnya bukan cinta...

ong ong kedek kedek said...

cinta bertukar benci, hmmm susah nak cakap... mungkin chef nyer tak reti nak buat, dan seperti katamu, ramuannye salah...

sampai skang gua asik fikir, kenapa ye cinta bleh transform jadi benci? seksa seksa

Encik MamaT said...

rasa... apa yang di rasa kadangkala tidak sama.. mungkin juga megikut citarasa..

untuk mengekalkan rasa yang sama sangat payah.. beruntunglah mereka yang sentiasa istiqamah...

Kay- said...

benci itu datang kerana pernah ada rasa cinta.

sakit wehh~

xpe. redha jer la..

e. indah said...

dulu selalu menikmati nescafe O ping di Cafe A dengan gelak tawa teman2 sejiwa...
sekarang menikmati nescafe O ping d Cafe B office ...
rasa yang tak pernah sama ....
samada cafe yang berbeza?,ramuan berbeza?..
atauu sebenarnya...
bersama orang yang tak sama...rasa itu tak sama ...



nota kecil: masih cuba cari 'rasa' nescafe O ping yang sama...

Penghuni 60 said...

hmm.. cinta menjadi benci???
kenapa pula?

mungkin benar salah ramuan..
^_^

Gaphe said...

karena rasa berasal dari hati.. dan dari hati itu tempatnya perubahan.

foto airnya baguus..

Anonymous said...

"Bedanya, ingatan kita sentiasa menjelaskan kalau rasa horlick itu tetap horlick dan tidak berubah menjadi rasa coklat.Kalau rasa cinta itu berubah menjadi rasa benci,itu mungkin kerna 'ramuan'nya salah."

aku suke ayat nie biskot. hehehe.
oh, betul, hargai semase ianye ade dgn kite :)
itu yg terbaik.
aku hargai kau biskot :D

Robot | Sakti said...

Kita yang tentukan ramuannya.

kalau betul ramuannya, manislah ia.

kalau salah ramuannya, pahitlah ia.

Penulis Rindu said...

salam..yang penting kita harus bersyukur..kerana masih ada deria rasa

grOundnUt said...

mind setting...kalau dah suka..telankan aje..kalau tak suka..elakkan lebih bagus...^^'

Anonymous said...

lme jgk x minum hohohorrlicksss...ngeee

hassudi morshidi said...

aku lupa nak bagitau ang bro....
air 2 basi dah...bab 2 aku letak kat luar.....
sory ar bro....hahahahahahahahahaha...

doyah said...

gua sedih jap baca ayt last. hoh.

Unknown said...

karena antara cinta dan benci itu beti. beda tipis

Irwan said...

holick masa panas sedap, masa sejuk kureng.

holick masa minum manis, aftertaste nyer masam.

camtu juga lah cinta. Masa mengadapa kekasih, manis, masa berjauhan, masam.

Dan takkan tau menghargai cinta jika tak pernah merasai benci.

Takkan tau rasa dihargai jika tak pernah menghargai.

u get what u give.

so, bila nak berenti kerja?

hahahahaha

siap arrrr

Anonymous said...

rasamempunyai kuasa mengubah segalanya..

ANIS HJ SUKARTI said...

jika rasa itu berubah..
jangan salahkan rasanya..
tapi salahkan ramuannya..
kerana ramuan lah begitu hasilnya...

si para para said...

cinta tu macam segelas air teh..
air teh yang sedap bukan kerana tehnya..tapi kerana gula..

tak ada orang yang cakap "sedapnya air gula ni"
tapi mereka cakap "sedapnya air teh ni"

err aku rasa komen ni tak kena la dengan entri ni.hehe hentam je la...

kuraku said...

post ko bnyak tol org komen..ko ni mmg hantu la.

Asri Alam said...

sory my fren. hehe.. aku merayau2 di kk beberapa hari ni.

aku tertarik dengan kisah cinta jadi benci tu. aku pernah putus di tengah jalan tapi aku tak pernah rasa benci. mgkn setiap orang punya sikap yg berbeza :)

아가씨 Dina Dior said...

huhh..nk cari ramuan utk mengekalkan rasa cinte..ehekk..

fiqas said...

Bisk, apa kamu ada ramuan untuk kekalkan rasa cinta??? ... :)

NAJ HEBAT said...

Sayang..

ya, rasa itu harus dihargai.

Horlick?

Jom!

Mahu jugaaa...

Sumandak Kinabalu said...

Atau mungkin rasa cinta itu sudah berubah?? Sudah tidak semanis dan seindah dulu, lantas hati yang sudah bosan berlalu begitu saja mencari cinta yang baru...

A.s.t.i.n.a said...

Tuan Ghost. Astina ialah nama saya.

A.s.t.i.n.a adalah cara mengeja yang betul.. faham yer anak muriddd..

Miss FZ said...

pernah juga cintaku berubah menjadi benci..takpasti kenapa.hmm.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

bertahan untuk satu kata atau satu rasa?
apapun ramuan itu, pastikan ia benar2 betul sukatannya. ahh, selagi bergelar manusia pasti disukat salah juga ya, walaupun sekadar 0.0001 l??
rasa dihargai dan menghargai itu wujud sekiranya diri seniri mewujudkan itu terlebih dahulu:)

emieysandra said...

nak cari ramuan yg betul tu, susah jugak..kne cuba jaya byk kali, boleh k?huhu.

ctpayong said...

kalau kita harus genggam apa yang kita suka...selesa, mungkin saja kita tidak beranjak dari paradigma sedia ada sbb kita dlm zona selesa.

cinta...uhhh...kak ct sudah lupa tentang rasa cinta.

NARDtheNERD said...

mungkin hari ni horlick sedapp.. tapi esok mengkin teh pula jadi lebih sedap...

tanyalah tekak... :))

Hanis Manis said...

teraturnya bahasa. :)

- koroe - said...

ramai betul orang komen. penat aku skroll down. aku nak komen jugak. haha


cantikk la gamba dalam entri ni.

horlick rasa kopi kau penah rasa ?

ghost said...

@ hanaahmad : hurmm..yup betul.

@ Nazsabrina Iman Zulfikar : nah,itu kalau diukur dari soal ketuhanan..

@ april : baru rasa kesal kerna sudah hilang...

@ MATAHARI : seperti menghargai apa yang ada dengan kamu..

@ maCy : mendinginkan...

@ HEROICzero : itu rasa bosan namanya Hero..haha

@ fafa punya : kerna dipengaruhi oleh keadaan/masa.

@ alexa yussida : rasa yang terhenti untuk rasa yg akan datang.

takde,balik lar.lepas minum horlick patah balik ke moscow.haha

@ A.s.t.i.n.a : ya betul...bukan senang mau kekalkan rasa.

@ Al : tolong ingatkan aku AL...hihi

ghost said...

@ LadyBird : pilih jer salah satu,mau minum atau layan gambar.hihi

@ missSenget : mungkin cuma rasa...

@ REPUBLIK N9 : sebenarnya benci hadir dengan kekesalan kerna gagal pertahankan cinta.

@ Encik MamaT : kena ada perkongsian kalau begitu..ya kan bro.

@ Catherine- : tahu Cathy mesti pasrah punya...

@ e. indah : biarkan aku yang buat untuk kamu E'...hihi

@ Penghuni 60 : patut kita bubuh ramuan abadi..erk,adabi lar.haha

@ Gaphe : makanya sekali lagi kita salahkan hati ya Phe..pernah punya cinta ngga..haha

@ F.A.R : berbagi penghargaan lar kita ye Far..hihi

@ Robot | Sakti : jangan saja tidak bubuh apa2 ramuan..tawar lorr.haha

ghost said...

@ Abu Luqman : deria rasa yg memainkan peranan.hihi

@ grOundnUt : ok akan dilakukan sedemikian..haha

@ i am S!L4H.. : gie dapatkan sekarang kat mini market.

@ dirty dozen : selamber jer aku sedut..tak rasa basi pun.haha

@ +d.O.Y.A.h+ : ayat last ayat sedih ker...erkk..

@ Sang Cerpenis bercerita : tetap ngga bisa dikombinasikan..hihi

@ Irwan : Wan..leh tahan qoute ko.menarik.

watak tuh dah mati lar bro..nak sambung camner..aiya..

@ deAnza-wAnda : rasa yang 'membunuh' rasa yang lain..

@ nadzirah aqilah : mungkin perlu ditambah perisanya ya Nadz..

@ si para para : iskh..ok lar tuh komen macam tuh,ada sedikit hubungkaitnya..hihi

ghost said...

@ kuraku : aiyakk..kena aku.haha

@ Sasa Al-Sharif : its ok bro..

memang setiap orang punya cinta yg berbeda tapi kebanyakan punya rasa yg hampir sama..

@ 아가씨 Dina Dior : jangan cari di mana-mana,cari dekat hati jer.hihi

@ Fiqas : tidak ada,kerna cinta juga tidak ada.huhu

@ NAJ HEBAT : ya sayang..apa rasamu hari ini..

jom warung minah kemban..ada horlick situ.haha

@ Sumandak Kinabalu : aii..rasa bosan itulah pengaruh paling mampan..hurmm..

@ A.s.t.i.n.a : faham cikgu...c.i.k.g.u!

@ FIFIEY LYCHEE MARATION : nah kalau sudah sukatannya tetap silap,makanya kesudahan suatu hubungan itu juga suatu kesilapan..rasanya sudah tawar.

@ emieysandra : boleh...kalau masih mau usaha.

@ ctpayong : itu kalau dari soal kecukupan semuanya.sukar mau dilepaskan diri..sendiri yg enggan.tapi bila sudah rasa tiada,dicuba pun tetap mau menukar selera.

ghost said...

@ NARDtheNERD : soal rasa lidah tidak bisa bohong..gitu Nard?hihi

@ Hanis Manis : strukturnya juga ada yg tidak betul tuh..

@ - koroe - : pernah..aku boleh buat,amik serbuk kopi dan campur dalam minuman horlick...mau rasa?

± said...

neslo pun sodappp..

rasa cinta pernah bertukar benci pada seseorang, tapi lama-kelamaan aku hampir tiada rasa pada org yg pernah aku cintai dan membenci kemudiannya

ghost said...

@ Dark Half : aku pun layan neslo..kaw punyer.

macam tuh lar kesudahan yang selalu jadi.kalau tidak kita yang membenci mesti dia yang membenci..kadang aku faham kadang aku buat2 tak faham..kadang aku memang tak faham...

Misty Melor said...

tanpa benci siapalah cinta :)

Res2 Supply said...

Alhamdulillah kerna kita masih dapat merasa.

Cik Specky said...

pernah ada rasa rindu tp hanya biarkan ia berlalu.. moga angin khabarkan pd nya aku sudah bahagia, harap dia begitu juga..

Anonymous said...

emmm...baik...

tehr said...

eh, aku pun dah bertahun2 tak minum horlick

ghost said...

@ ukhti syikin : benci takkan jadi kalau takde cinta.

@ Res2 Supply : nikmat paling hebat

@ nurHeart : pasti akan sampai padanya,.

@ i am S!L4H.. : baik ek silah

@ tehr : sila beli sekarang tehr.

Unknown said...

sekarang ni akak selalu jadi pengkomen yang hujung2 aje..
adakah kerana akak dah kehilangan atau kamu yang semakin meninggalkan??
hehehhe

white rose said...

ah, sudah...
kau dah bertemu pilihan hati kan...


huwaaaaaaaaaaa...!!!


aku sedih doh...

ghost said...

@ diana : akak yang sebenarnya lebih laju berlari..saya merangkak jer kak.haha

@ white rose : argh! apakah....?

eszol raar said...

kopi lebih aku prefer

tanpa ke-kedekut-an di dalam nya

choirul said...

seger rasanya ya...

ghost said...

@ eszol raar : lebih kaw lar kiranya..haha

@ choirul : memacu adrenalin

Anonymous said...

Hargai.
Lalui sepenuh hati.
Ikhlas.
Ambil sesuatu darinya saat ia berlalu.

Buruk atau baik bergantung kepada persepsi akal dan keterbukaan. Kalau kehidupan semuanya serba sempurna pun tak sedap rasanya.

ghost said...

@ Sephi Sephia : nah,aku setuju kalau penyataan begitu Sephi.

Nur Atiqah said...

ayat terakhir sangat menusuk kalbu :)

ghost said...

@ eeqa~ : pastikan dirawat esoknya ya eeqa.