lorongnya tidak sama...




Saat kaki ku memijak tanah daerah ini,ada sedikit yang terlepas dari nafas yang ku hela perlahan,bukan keluhan yang membuatku gementar.Sedikit angin subuh yang menyapa dan mendinginkan wajahku...ini daerah yang ku rindu.

Seusai dendam merehatkan minda kulangsaikan aku menyeludup masuk ke jalan-jalan yang cukup aku kenal.Ah!baru 63 hari kau tinggalkan daerah bertasik ini phan...masak kau sudah lupa lorongnya.

Meski cuma 63 hari tapi ada perubahan yang agak besar bagi aku...lorongnya jugak berubah terlalu cepat dengan binaan yang baru.Saat sore tadi aku pergi mengambil duit sewa rumahku yang aku sewakan pada satu keluarga dari pantai timur.Dalam perjalanan aku terhenti seketika bila saja ada kekeliruan pada jalan menuju ke taman perumahan yang telah diubah dan aku berfikir yang aku perlu mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke sana.Aku tetap teruskan kerna saja aku ingin tahu bagaimana selok belok jalan baru ini dan perkiraan masa juga aku perlu hitung.Mana mungkin aku boleh sesat di daerah ini.

Melihat perubahan itu berlaku tidak akan begitu terasa,tetapi mengetahui selepas perubahan itu terjadi suatu yang berbeda pada perasaan kita.Meski masa yang singkat kita sudah melihat perubahan yang terlalu cepat...Merasa dan melihat,sebelum dan sesudah suatu yang berlainan dan ia mampu mempengaruhi emosi kita.Aku percaya kalau saja kita seiring dengan kemajuan kita tidak akan merasa keterasingan. 

31 comments:

..nOWa.. said...

ikut mana2 asal saja sampai ke tujuan. Jauh tak mengapa tapi biar bersedia dengan penatnya.

white rose said...

laaaa...
kau nak pinjam GPS aku ke?

tapi maap laa...aku xde GPS...
GPRS ade...
miahaha...

bisk...kadangkala kalau kita sesat sekali sekala, ianya dapat memberikan kita peringatan kan...

maka dgn itu, sebelum memulakan perjalanan, bacalah doa & selawat ke atas Nabi kita...

Unknown said...

baru 2 bulan..
dah keliru ye..
kena datang selalu la tu..
hahah

ctpayong said...

aku setuju sangat dengan kamu bisk. kalau kita mampu seiring dengan kemajuan kita tidak akan rasa keterasingan. paling tidak minda mesti mampu mencerap walau fizikal sudah tidak kuat.

iman mesti tetap di hati.

kamu jumpa jalannya ke tidak?

zirconia said...

bisk ada di mana nie ya?

نورّالعينِ said...

setiap orang kena pndai pilih jalan yg terbaik utk dirinya..jgn smpai tkeluar dr landasan yang ditetapkan..

Robot | Sakti said...

jangan sesat jalan der.

ikut jalan yang betul.

keh keh keh

Anonymous said...

kau tau, dalam, mencernakan entri ni sungguh mengingati aku pada aku yang pergi jauh dr jalanNya, hilang, dan 10thn lepas tu, aku kembali, still mencari, dalam elovusi dunia yang berputar semakin cepat.

Gaphe said...

Sekali-kali kesasar nggak apa-apa kan Biskut?.. malah enak, bisa jalan-jalan. hehehe

Anonymous said...

btol2 biskut...walaupon tggl x la bpe lme pon..tp perubahan..klo nak brlaku,sekelip mate je..ngeee

tu ha pnjm gps white rose..kih3

ghost said...

@ ..nOWa.. : tetap sampai nowa.hihi


@ white rose : takkan tempat sendiri kena guna gps WR..haha.cuma keliru sedikit.


@ diana : sebenarnya tempat nih terlalu dekat dengan bisk.cuma kewujudan jalan baru menutup ingatan sedikit.


@ ctpayong : jumpa tapi terlalu jauh untuk pusing balik ke jalan yang asal.


@ zirconia : taiping..hihi

ghost said...

@ نورّالعينِ : ya betul..harus buat pilihan yang tepat kan.


@ Robot | Sakti : tidak mungkin sesat rob..hehe


@ MATAHARI : aku serasa seperti tuh juga..jauh sangat aku tersasar sebab tidak mampu bertahan dengan kekuatan iman.


@ Gaphe : makan angin dulu deh..haha


@ i am S!L4H.. : masa yang singkat pon perubahan boleh berlaku tanpa kita sedar.

Penulis Rindu said...

salam..hidup ini penuh dengan jalan yang berliku..berhati hatilah....

noreed said...

hidup ini penuh dengan perubahan. kadang-kadang kita perlu 'follow' tetapi adakalanya kita hanya perlu statik. tetapi dalam kes bisk x leh statik, kena cr jln pulang.hehhehe

tehr said...

paling kerap aku sesat kat KL
hinggakan tahun lepas aku sanggup beli gps
geram je dengan jalan di KL

diba said...

ambil la lorng yg membahagiakan..;)

sud@is said...

yang aku tahu malu bertanya sesat jalan...

kehidupan pun ada jalan berliku dan juga berwarna tapi yg pasti ada bayang.

beautiful_rose said...

sedangkan dalam hidup ini juga punya banyak lorong berbeza.jika lorong y dipilih itu tepat,sudah pasti akan sampai ke destinasi y di tuju.kiranya tersalah pilih lorong,maka tersesatlah di sana.

hentian said...

bukan masa yang meninggalkan kita tetapi kita yang ketinggalan oleh masa.

Unknown said...

met wiken

e. indah said...

setuju....
cuma
kadang sayu hati datang menyeru rasa rindu
saat memandang sasuatu yg baru
merasa fizik kasarnya
tapi imej lama masih bermain dalam pita ingatan


nota kecil : aku mahu pulang sejenak sewaktu semua perasaan masih muda

NAJ HEBAT said...

Di mana bumi dipijak. Di situ langit dijunjung.

Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang lembu.. Buuu~~~

gitu lah! hahaha.

Rindu? Jgn dipendam. Luahkan. hehe.

zirconia said...

laa..bisk kat taiping je rupanya. sama negeri rupanya kita. hehe

CIK TOM said...

perubahan tue perlu jika ke arah kebaikan...

ghost said...

@ Abu Luqman : walaikumsalam...tetap berhati-hati.


@ noreed : sudah pulang nih nor..hehe


@ tehr : aku juga selalu merungut bila drive di jalan2 kl.sangat mengelirukan.


@ diba : belum jumpa deeb.


@ S..U..D..@..I..S : diusahakan dulu dan kalau sudah tersesat baru bertanya..boleh gitu su?

ghost said...

@ beautiful_rose : aku tau aku dah banyak kali sesat..tapi berharap kali ini aku akan pilih yang tepat.


@ Insan Marhaen : itu pasti IM..pasti.


@ Sang Cerpenis bercerita : met wiken juga mba.


@ e. indah : sudah terlalu puas merindu suatu ketika dulu..sekarang hatiku terlalu kering.pulanglah e' selagi muda itu membalut dirimu.


@ NAJ HEBAT : aku harap kau mendengar luahan rinduku..hihi


@ zirconia : hihi..satu bumbung lain daerah.tapi dekat jer kan.


@ CIK TOM : ya ciktom perubahan itu membaiki struktur kehidupan.

emieysandra said...

yeay! bisk dah balik..enjoy ur holiday. :D

ghost said...

@ emieysandra : hihi..thanx Sand

aizatjohar said...

lorong2 gelap..tatut nya =)

Gayahspears said...

ayat kau ni berbunga2 tapi aku tetap phm isinya..huhu.. kat mane pon kita berada tetap ingat tempat asal..kan2???hihi

Anonymous said...

pembangunan memang pesat skarang nie even kat kampung wanda pOn dah xde rupe kg dah... hurm...