agenda tersembunyi...




"setelah hampir 4 musim aku berada dalam zona ini,aku sudah memahami dikit demi dikit senario manusia yang penuh dengan rasa tidak pernah senang kalo saja melihat orang lain senang.Mereka sebolehnya menggunakan kuasa mereka meletakkan seseorang itu di mana-mana cabang kerna saja ada alasan 'kesamarataan'.Tapi ya kan,kalo saja kita sudah punya tugas dan tanggungjawab sendiri,itu tidak perlu dipertikaikan selagi seseorang itu masih melaksanakan tugas yang diberi dan tidak memberi masalah...".

Aku cuba mengiakan apa yang dia luahkan kepada aku ketika dalam perjalanan pulang menaiki keretapi bermula di kempas sehingga gemas..dan sebolehnya aku juga cuba memahami tentang apa yang dia ingin sampaikan.Ternyata ia soal kerja deh..tapi atas dasar perasaan lumrah manusia..dengki!.Sapa antara kita yang sedikit pun tidak pernah wujud rasa dengki pada hatinya...?Aku juga pernah ada dan kerna itu aku memahaminya.

Luahan ini dari seorang anak muda,lebih muda dari aku tapi punya status lebih tinggi dari aku...anak muda yang bergelar ustaz dan ahli tahfiz.Lingkungan usia baru saja 24 tahun tapi ketinggian ilmunya mengangkat dirinya sebagai yang dihormati di kalangan yang lebih usia dari dia,malah yang punya pangkat tinggi dalam tim kami juga tunduk bila berbicara dengannya.Dia bertanya kepada aku tentang kenapa aku harus dihantar ke daerah yang berkabus tempohari padahal semua sedia maklum kalo saat itu aku punya tugasan lain deh..Aku menjawab tanpa fikir suatu yang buruk tentang apa pun...
"Owh kalau itu kerna saja mereka punya rancangan lain ustaz...barangkali saja mereka fikir aku sesuai di situ.."
"Tidak,atas apa yang aku dengari saat aku berada dalam perbincangan mereka,ternyata mereka tidak senang kalo kamu harus melaksanakan tugas yang amat mudah saat itu..dan ianya disentuh oleh orang yang rapat dengan kamu,yang selalu bercanda dengan kamu...".

Aku tarik nafas dalam,singkat dan tidak kasar..aku yakin kalau apa yang dibicarakan itu benar.Kemesraan antara seorang sahabat akan hilang kalo saja sudah punya kedudukan yang tinggi dari kita dan kerna ada kerisauan kalo saja kita bakal berada di level yang lebih tinggi dari dia,maka seharusnya dia akan bertindak terlebih dahulu untuk menghalangnya.Ada ketidak-ikhlasan dalam ikatan persahabatan itu dan aku tau kalo kemesraan itu suatu lakunan dan untuk bersembunyi dari kebejatan dengki yang tertanam dalam hasrat.


Ah,barangkali aku saja bego toh,kalo sebelum ini cuma tau berfikir yang tidak bukan-bukan tentang apa arahan ke atas aku.Tidak kisah kalo mau meletakkan aku di mana tapi asal saja tidak ditunjangi oleh perasaan dengki.Ia cuma akan mengurangkan deposit kemesraan yang aku perlihatkan setelah semua ini aku ketahui.Kesal kalo pengaruh kuasa lebih tinggi dari kemesraan.Masih ada kah rasa hormatku nanti...?
 

36 comments:

white rose said...

memang begitu adatnya dalam berkawan skrg ni bisk...

dah jadi 1 trend...

berkawan & bermesra kerana ada benda disebaliknya...

aku jua seperti mu...

diperbodohkan, dipermainkan, dimanja2kan...

walhal semua itu bohong belaka...

tapi, AKU juga MANUSIA...
aku terima semuanya...

TUHAN kan ada...
mengapa perlu aku RISAU...

Anonymous said...

erm. apabila hubungan kemanusiaan diatasi oleh keduniaan, hubungan itu bisa rapuh, dan mula mewujudkan gunting dalam selimut.

tapi sebaik2nya kita bersangka baik, dan neutral iaitu profesional dalam mengawal situasi. rasa tersentap tetap ada, tapi biarkan akal yang bermain dengan keadaan adalah lebih baik daripada membiarkan emosi bercanda lagi2 dalam keadaan yang kita tidak tahu siapa pesalahnya dan buktinya.

eRza farEeha said...

tp xsemua kemesraan dlm berkwn ad agenda kn..hehe

NAJ HEBAT said...

susah kan?

kawan. Tapi mcm bukan kawan. Apa-apa pun.. hidup kat dunia ni.. masing2 punya kehendak. Nak capai tu sama ada cara baik, atau sebaliknya.

Dengki?

entah. Masing2 pikir. Tapi apa-apa pun jgn mudah percaya.

ok sayang. jaga diri. hati2. manusia itu bahaya.

beautiful_rose said...

aku susah nak berkawan rapat dgn org.aku lebih berhati2 tak nak terkena mcm dulu......

tehr said...

hati kita tak perlu ikut langkah orang menari, bisk
yang elok, simpan
yang buruk, tolak tepi

Gaphe said...

namanya juga manusia.. masih wajar ada rasa dengki. Asal tidak keterusan dan tidak menimbulkan negatif.

Anonymous said...

macy tak suka kawan kerana udang disebalik batu~

tak kira darjat, kawan tetap kawan. kawan bukan kerana ada agenda~



bdw, biskut, bukan macy tak suka anon kerana apa. tapi dulu pernah ada yg sengaja cuba jatuhkn macy secara itu. bukan semua suka apa yg kita tulis. jd yg terdekat akan mengata, tp sekadar mengata belakang sahaja~

Sca Ndx said...

dengki biasa.
mana ade orang suka dengan kesenangan orang.

kawan?
hilang kawan tak berguna.
takpe
janji kita aman
jadi selfish untuk kepentingan diri sendiri pu takpe

noreed said...

slalu sangat ada 'udang di sebalik mee' kan???dunia...dunia....

Anonymous said...

biskut biskut......kenape.....

sud@is said...

hubungan yang baik dan sejati adalah yang tanpa syarat..

Unknown said...

memang kalau dalam hal2 kerja ni
kawan pun boleh jadi musuh kita..
semua orang saling menindas..
ada je peluang terus ambik kesempatan.
tambah2 kalau dia berkuasa..
lagi la nyata kita ditekan nya..

CIK TOM said...

tak semua manusia ni ikhlas nk berkawan...kdg2 ade yg niat/agenda tersembunyi...tp Allah tue Maha Adil...1 hari pecah tembelang jgk..masa tue kita akan tahu mana 1 kawan n mana 1 lawan...

ghost said...

@ white rose : tak lar risau sangat WR..tapi cuma kesal.kalau soal atas keje tak jadi masalah,tapi ia suatu yg menyulitkan kita.


@ MATAHARI : sedaya upaya dah nih nak neutralkan apa pon keburukan.yup aku suka bab profesional tuh.tanx lucifer.


@ eRza farEeha : ya tak semua za.(jgn lak fikir bisk nak kawan sbb nak makan durian free..haha)


@ NAJ HEBAT : nak gambarkan keseluruhan payah jugak kan...

rasanya macam semua ade perasaan dengki.tapi cuma cara dia nak aplikasikan benda tuh jer berbeda.

ok baby..i will.


@ beautiful_rose : berhati-hati tuh bagus rose..perit kalau asyik terkena.


@ tehr : cantik madah tehr..hihi.kita yang kawalnya.


@ Gaphe : tapi biasanya berterusan dech..

ghost said...

@ maCy : tapi kebanyakan kes kita tak tahu maCy...

owh kalau soal sampai nak downkan owank mmg patut anon tak perlu dilayan.


@ Sca Ndx : itu yang selalu terjadi dalam kehidupan kita sca.tolak kawan mcm tuh kadang2 kita plak yg dikatakan sombong.ah,ntah lah.


@ noreed : dunia penuh keserabutan..haha


@ i am S!L4H.. : takde ape sayang(hihi)...normal jer.


@ S..U..D..@..I..S : tanpa syarat?owh rasanya yg tak dilandaskan dengan alasan apa pon.


@ diana : macam tuh lar lebih kurang gambarannya kak diana..


@ CIK TOM : bila dah pecah tembelang tuh mula lah rasa bersalah..kadang2 kita lak yg timbul rasa bersalah.

Encik MamaT said...

kadang yang paling rapat itu yang selalu tikam belakang...

Sumandak Kinabalu said...

Saya selalu kena, but what can I do? Last-last, I just ignore it and buat macam biasa...But that doesn't mean I am stupid. Cuma saya akan lebih berhati-hati and it give me the advantage to learn human character...

"2010, I experience lots of things that really open my eyes. Which taught me that this life is full of drama and you have to read between the lines to see the real intention.

Anyway, I am not complaining. Whatever happens in this life, just face it because that's the way it is. If you think life is like a fairy tales, you are absolutely wrong. There is no such things...right??"

Kata-kata penutup saya pada 31.12.2010 :)

StellaClaire-Richard said...

biasa la manusia...selalu x senang tgk org lain senang...hmmm...

Anonymous said...

hidup ni kalau penuh dengan hasad dengki, tak kan ada cinta abadi yang lahir... hati sendiri pon tak kan tenang. kan hidup lebih indah kalau kita selalu berbaik sangka?

one2paii said...

betul tuh..ado gak kawan yang dulu xberapa nak baik..tiba2 baik..lepehtu de agenda yang len..gua dah penah kena..so pehni..no entry untuk orang2 cenggituh..sebarang persoalan tidak akan dilayan

Gayahspears said...

Tuhan Maha Mengetahui..
Baik niat kita berkawan,baiklah jadinya...
Jika buruk niat kita berkawan, maka... phm2 sndiri lah ya sekut...
hidup kat dunia mmg camni...

Ingat.. biar org buat jahat kat kita,jgn kita buat jht dgn org...muahaha,cayam ko.. maaf terceramah pulak..keh3

Robot | Sakti said...

masing-masing ingin ada kepentingan sendiri.

susah nak jumpa kawan yang sanggup susah payah dengan kita.

Three said...

Mudah2an kemesraan sahabat2ku tidak hilang disaat nanti mereka sukses

ghost said...

@ Encik MamaT : suatu fakta.


@ Sumandak Kinabalu : memang kalau boleh mau dibuat tidak tau saja,tapi bila fikir balik ia suatu yg menjengkelkan.
mungkin aku terlepas kata2 akhir tuh.


@ StellaClaire-Richard : kebiasaan barangkali.hihi


@ rizwan's sweetheart : itu yang aku cuba lakukan tapi hati kadang2 tak boleh terima.


@ one2paii : aku juga perlu tekad nih bai..


@ Gayahspears : yup Tuhan lebih mengetahui akan niat kita..aku harap aku tidak berbuat jahat pada sesiapa..


@ Robot | Sakti : diakui tentang kesusahan tuh.sebab itu aku lebih suka bergerak solo.


@ Celotehan : aminn....mudahan ianya tidak terjadi atas kamu trie.

Unknown said...

met soreee

Azin Shah said...

tu r realiti kehidupan skang......

zirconia said...

selalunya begitulah bisk. ada saja yg tak kena di mata org. harap terus komited dlm kerja ye :D

selamat hujung minggu :D

grOundnUt said...

orang akan sanjung kita jika kita berpangkat..berduit...
tengok lah esok kita tak berduit..tak de apa²?
kawan mana yang tolong dan kawan mana yang lari...
maka renung² kan lah~

ong ong kedek kedek said...

brader...
dalam berkawan bila ade agenda,ia akan jadi virus yg akan merosakkan persahabatan tu...

Dulu gua ngan kawan gua mcm tu gak, lama2 timbul rase cinta... dan akhirnya kami putus hubungan disebabkan agenda 'cinta'...

lama gua merana beb, sampai skang :(

ghost said...

@ Sang Cerpenis bercerita : met sore mba..


@ no_cha : suatu yg patut diterima barangkali..lumrah.


@ zirconia : ntah bagaimana lagi kita nak tunjukan,kadang2 nak fuckoff jer.


@ grOundnUt : soal duit ngan pangkat nih mmg tak lepas dari target manusia.dan bila dah perolehi mula menyombong dan gunakan utk kepentingan diri..

ghost said...

@ REPUBLIK N9 : pasti merasa seperti 'ralat' kan..patut berakhir dengan suatu yang baik akhirnya dileraikan dengan suatu yang menyakitkan..

Anonymous said...

Maaf wahai teman, lama tidak mengunjungimu. Semoga sihat selalu.
Ya, setuju sekali dengan pandanganmu itu. Kalau aku, tentu mahu kemesraan itu daripada pengaruh kekuasaan.

ghost said...

@ Sephi Sephia : tidak apa2 sephi.

malangnya ramai yang memilih pengaruh kekuasaan.

e. indah said...

encik biskut ...

ini lumrah...gusar sesuatu melebihi diri akan buat kita menjaga dan mencipta ruang kekebalan...dia mencipta ruang utk melindungi rasa khuatir akan kehilangan....

tapi encik biskut ...
biarpun selayak mana dia berada pada tempatnya.. tapi kita yg mungkin kurang sedikit darinya pada waktu ini, pasti punya cara untuk memmiliki ruang terbaik dlm hidup kita juga...atas usaha...



nota kecil: demand biskut skrg tinggi, supply kurang ...: )

Anonymous said...

bisk.... dalam dunia ni tiada istilah kawan bagi wanda.. bila berkawan hanya perpada2... stelah ape y wanda lalui atas dasar kawan juga wanda kucundang....