perjuangan tidak pernah selesai




Seperti yang kita ketahui negara kita pernah melalui 3 peperangan yang disebut sebagai 'conventional war' ataupun disebut 'peperangan terbuka'.Tidak keterlaluan kalau aku harus menyatakan jenis peperangan itu kerna tau saja mungkin ada yang tersinggung.Pertama perang yang menentang sikap imperial dan kebangkitan nippon dengan slogan 'asia untuk asia',kedua perang yang menentang komunis atau disebut insurgensi dan yang ketiga,peperangan konfrontasi malindo yang didasarkan oleh protes kewujudan dan penubuhan malaysia selepas borneo menyertai perlembagaan.


entry ini bukan mau melahirkan provokasi atau menghidupkan kembali rasa ketidakpuashati mana-mana pihak tetapi aku mau menyentuh soal patriotisme di kalangan rakyat malaysia.Dewasa ini kalau dilihat dan diukur statistiknya hampir 90% penyertaan kaum dalam sektor pertahanan nasional dikuasai sepenuhnya oleh melayu dan peribumi.Kalau ada kaum lain masih boleh dikira dengan jari kaki..amat sedikit lah.Bukan lah secara totalnya hanya dengan menyertai badan beruniform itu sudah bisa dikatakan seorang yang patriotisme,tidak malah ada gambaran lain yang menjelaskannya.


aku suka dengan bicara dr mohd ridhuan tee.."tidak ada patriotisme selagi tidak ada taat setia.taat setia mesti diukur dari segi menghormati dan mematuhi kepada perlembagaan negara terlebih dahulu".Nah lihat deh,kalau sekarang ini ada pertubuhan-pertubuhan yang ditunjangi oleh kebejatan politik dengan slogan 'a nation within a nation' amat dikesali bukan..makanya mana patriotismenya kalau penyertaan kaum lain dalam pertahanan hanya sekelumit tapi mau bising dan gempar-gempurkan..?bagaimana mau mengambarkan keseluruhan rakyat yang disogok dengan slogan 1 malaysia kalau masih terus ada sifat 'kiasu(takut mati)'?apakah hanya melaungkan kata-kata gegar di hari ulangtahun kemerdekaan maka sudah tumbuh rasa patriotisme dalam jiwa kita...?atau melagakan goblot di majlis-majlis koktel sempena memperingati wira-wira negara..?


sedih kalau masih ada yang mengatakan bahwa pertahanan nasional itu hanya tau membesarkan bajet dan menghabiskan duit pajakan rakyat,makan gaji buta sedangkan mereka tidak melihat posisi barua-barua negara ini di barisan hadapan,meninggalkan keserononkan,kenyamanan di bumi bertuah kita...berjalan berpuluh-puluh kilometer dalam ketebalan hutan dengan mengendeng muatan lebih berat dari tubuh badan sendiri,dilambung ombak ketika ribut hanya sekadar mau memastikan rakyat yang terbilang ini semakin gemilang dalam semua sektor...ekonomi yang pastinya!


ya kuakui negara kita cukup aman dan rakyatnya tidur pulas...sampai mau sedar pun harus digoyangkan tempat tidurnya...berjiwa patriotisme itu kalau tidak mampu mengangkat senjata cukup kalau hanya berterima kasih dan berfikiran rasional...

38 comments:

Anonymous said...

masalahnya patriotik ke rakyat malaysia ni en bisk?

ctpayong said...

paling kurang semangat patriotik adalah bangga jadi rakyat malaysia.

StellaClaire-Richard said...

Perjuangan memerlukan pengorbanan..
Mmg takkan selesai selagi tak dpt apa yg diinginkan..

grOundnUt said...

zaman dah berubah...sikap kita tak se-patriotik orang zaman dulu...jarang nampak orang sekarang bersemangat patriotik...semuanya dibuat sekadar ala kadar aje...^^'

Lydia Miza said...

Salam
semangat tu dah makin pudar dalam jiwa rakyat kita.

Robot | Sakti said...

teruskan perjuangan kita.

:D

e. indah said...

aku kena mengaku ...aku suka tulisan kamu ini..i think u smart : ) ...

bahagian pertahanan sepatutnya seimbang dalam penyertaan pelbagai kaum...mana sebilangan kaum lain? is it bcoz of takut mati, atau gaji...atau it not a glamor job...or they don't think of it sebab dalam kepala setiap org di malaysia ne, we will aman damai like forever ...atau juga sebab bhgn pertahanan ne tidak didedahkan sehingga tidak mampu mencuri perhatian, tidak macam riuhnya kalau dapat pergi angkasa ...bila semua org mahu jadi angkasawan siapa mahu jadi askar?...pegi angkasa, menang sukan, jadi celebriti, bla bla bla dapat jadi datuk ...

mungkin keamanan buat terlupa nak promote jasa barisan pertahanan , harap jangan sampai tidur lena terjaga dengan gegaran ...




...n my biskut is out of stock ...so minta sikit ya hahha...

ghost said...

rizwan's sweetheart

im not sure wan...mungkin ade setengahnya berfikir begitu.

ghost said...

ctpayong

ya paling kurang begitu tanpa perlu perlekehkan bahagian yang berjuang..hargai deh..

ghost said...

StellaClaire-Richard

masih ade lagi musuh dalam selimut..pengorbanan tidak semua mampu lakukan apalagi mau meninggalkan keselesaan,

ghost said...

grOundnUt

bukan lagi ala kadar tapi cuma memenuhi pesta.

ghost said...

Lydia Miza(Aidyl Azim)

sudah pudar kerana keselesaan..

ghost said...

Robot | Sakti

itu pasti bro...pasti.

ghost said...

e. indah

b4 that..tima kasi E'.
nah,apa yang kamu tulis jugak aku akui E',mana bisa si barua2 ini mendapat keglameran dengan hanya mengorbankan kenyamanan dan keseronokan.boleh dikira berapa ramai yg dihargai.kalau dilupakan terus adalah.yang ingat mereka cuma teman2 seperjuangan.sudah mati baru dapat pingat...itu penghargaan yg mereka dapat.

btw,stok aku jugak semakin berkurangan.hehe,tapi boleh sajer share.

white rose said...

itulah keistimewaan orang kita...
berjuang terus berjuang...
soal penghargaan dilupakan sketika...
bila dah tiada baru dikenang...

azzey said...

biskut: bersyukur dgn keamanan yg dikecapi sekarang......:)

p/s: tq sudi dtg dan komen kat blog saya....AZZEY...

choirul said...

kalau waktu kecil dulu diberi wejangan kalau perjuangan itu belum selesai juga

kita masih harus terus berjuang, lewat pendidikan, mencerdaskan bangsa..

mantap

ghost said...

white rose

gambarannya macam tuh lha WR

ghost said...

azzey

sama sama azzey..tanx gak

ghost said...

choirul

didukung kata-kata itu choi

Nathan said...

Kita sharusnya bangga, masih ada orang yang mau berkorban untuk negerinya.trima kasih untukmu para patriot bangsa...

Asri Alam said...

selayaknya pasukan pertahanan menerima habuan atas pengorbanan mereka.

selalu dgr pegawai awam kata. asyik2 gaji polis dan tentera yang naik, kami bila akan naik? rungutan begitu kadang2 buat aku geram. gaji dah besar masih merungut semacam tu. manusia yg x pandai bersyukur. bagi aku cukuplah asalkan boleh hidup. sedang masih ada yg punya pendapatan yg serendah berganda dari mereka. wang bukanlah segala-galanya

Sumandak Kinabalu said...

I remember my sister who went to see the parade years ago, she told me how she cried when the soldiers march enthusiastically. I said, why?

She said, “I was thinking about how they sacrifice their own freedom for the peoples. Leaving families and friends behind to protect our country so we can laugh and enjoying our freedom without worry.”

That’s why we should never take our freedom for granted. Who knows what our brave soldiers have to endure for the sake of our freedom. Love our country not try to destroy it...

ghost said...

Lone Fighter

hargai mereka yang masih meneruskan kesinambungan perjuangan.

ghost said...

Sasa Al-Sharif

suatu masa dulu pernah dibangkitkan oleh menteri kewangan,rafidah aziz yg mengatakan tentera cuma tau makan gaji buta....mencetuskan kemarahan seluruh warga ATM.kesal derr..

ghost said...

Sumandak Kinabalu

aku akui kata-kata itu suatu yang akan menyentuh hati para warga ATM sekiranya mereka membaca pengakuan telus Jane..mereka tidak minta disanjung tapi cukuplha kalau beterima kasih..

Anonymous said...

Salam

Ya, setuju dengan pendapat e.indah di atas. Kamu selalu mengutaran penulisan yang membuatkan pembaca berfikir.

Umumnya, generasi muda Malaysia sudah hilang perpaduan. Jika duduk dalam koloni bangsa sendiri, bercakap bahasa sendiri, dan enggan bercampur dengan bangsa lain. Apakah kemewahan dan tidak pernah berjuang untuk mendapatkan sebuah keamanan membuatkan masyarakat Malaysia semakin lalai dan alpa?

Allah saja yang tahu.

ghost said...

Sephi Sephia

walaikumussalam...

terpulanglha kepada mereka mau menilai yang sebagaimana keberadaan kita.rasa patriotik kita masih terlalu sedikit.

terima kasih sephi

beautiful_rose said...

aku bencikan peperangan.

ghost said...

beautiful_rose

kalau terpaksa harus perang.

..nOWa.. said...

sekelumit penghormatan bagi pembela negara.

emieysandra said...

berjuang la selagi mampu..setia. ;)

touya said...

manusia sememangnya tidak tahu erti bersyukur

ghost said...

..nOWa..

dihargai walau sekelumit..

ghost said...

♥-- emieysandra --♥

kita mampu...

ghost said...

touya

tau tapi tidak mau

Haw said...

"..jgn bicara tentang perjuangan jika nak perjuangkan air free pun tak berani turun padang.."

hehe!.. saje nak nyampuk!

ghost said...

Haw

perjuangkan air free...?serius nih haw,itu bukan perjuangan tapi demand..hehe