dog tag-bukan untuk anjing!



Sepanjang hari berada dalam lingkungan yang membosankan menjadikan aku tidak senang duduk apalagi bila perasaan tidak sabar untuk pulang semakin menari-nari di ruang fikiran.Aku cuba menjengah kabin teman yang lain,ternyata ramai yang memilih perbaringan aman di atas capoi dan ada di antaranya terlalu asyik bermain permainan konsol.Namun akhirnya aku ketemu dengan seorang yang kusyuk menonton dvd kisah perang.Perhentian aku di sana,menemaninya sehingga akhir cerita.

Dog tag-adalah perkara yang menarik perhatian aku sepanjang mengikuti kisah perang tersebut.Ternyata dog tag ato lebih dikenali sebagai identity disc merupakan suatu benda yang amat bernilai bagi seorang anggota militer.Ia sentiasa digantung di leher para militer yang berada di lapangan perang ato dalam mana-mana operasi dan latihan dan ia suatu yang wajib dipakai.Dog tag biasanya dihasilkan dari logam tahan korosi seperti aluminium ato stainless steel.Dog tag terbahagi kepada dua bahagian,yang pertama pada rantai yang panjang dan satu lagi bersambung pada rantai yang pertama.Ia disertakan sekali dengan maklumat diri,status agama dan jenis darah untuk tujuan medik dan diketuk menggunakan pengetuk khusus.

John kennedy adalah orang yang pertama mengusulkan kepada u.s army dengan melampirkan sekali desain disk pada 1862 tetapi telah ditolak tanpa penjelasan.Dog tag ini jugak telah digunapakai oleh berapa buah negara dalam berapa peperangan terawal seperti prusia ketika menentang perancis pada tahun 1870 dan diberi julukan 'handermarken' .Ia juga digunakan dalam perang dunia pertama yang mana afrika selatan,amerika serikat,kanada dan australiamenjadi pelopornya.

Melihat dog tag ini dikumpul dan dilonggokan serta diasingkan mengundang emosi yang cukup sayu dan sebak..Ia dikumpulkan setelah para militer terkorban,hancur,tidak dapat dikenalpasti,terbakar,luka parah(tidak diyakini akan hidup)untuk dihantar ke jabatan rekod dokumentasi dan dicatat jumlah kematian militer dalam peperangan.Barangkali bagi yang tidak punya sentimen perjuangan ia suatu perkara yang tidak ada apa-apa tetapi bagi mereka yang melihat dengan hati,ia suatu yang cukup bermakna dalam kehidupan.

Dog tag yang dibawa pulang dan disertakan sekali dengan bendera negara suatu penghormatan bagi militer yang terkorban dalam peperangan.Sekeping logam cuma namun tersimpan seribu kisah,titisan darah dan airmata.Bukan mereka yang memilih tapi mereka adalah orang yang terpilih.Takdir menentukan kehidupan mereka,berjaya pulang dengan senyuman ato cuma sekeping logam yang hilang sinar...

41 comments:

2ury said...

Selalu tengok benda ni dlm filem perang mat saleh, dipakai oleh askar..

Anonymous said...

salm..my da penah gak citer pasl bende alah logam dog tag nie.. he was a militer jugak.. =))

emieysandra said...

xtau lak sal dog tag ni..huhu ;)

Hani Nabilia said...

pernah tgk dlm movieee

Hani Nabilia said...

pernah tgk dlm movieee

Robot | Sakti said...

owh..

rupenya rantai tu orang panggil dog tag.

baru aku tahu.

white rose said...

kau dengar ye bisk...


PERWIRAA...
dikaulah harapan hati, perhibur kala sunyi...
pergilah berbakti membela pertiwi...

PERWIRAA...
janganlah kekanda bimbang untuk pergi berjuang...
andainya kau gugur jasamu dikenang...

dengarlah laguku cinta,
ku pohon mesra dan manja
sebagai ganti diri
bersama kau berbakti
semoga tabah hati...

kekanda dimedan perang,
adinda dimedan seni,
sama2 berjuang, sama2 berbakti
untuk ibu pertiwi...

majulah kekanda maju,
jangan undur...
dinda mohon doa restu...
rela sehidup semati bersama mu,
PERWIRA kuu...

(version white rose)

p/s : oh,KAPTEN BISKUT...
hahahaha...

Anonymous said...

wau...siap ade lagu lagi untk u...die hard fan nie

Gaphe said...

dog tag begitu kan bisa dipake dimana saja, ada yang buat gelang.. dll

white rose said...

denza-wanda ~ jangan kau silap...
dia yg hard fan aku...

miahahahaha...

bisk, rasakan kopi hitam melekat aku ni...

kakakakakaka...

hans said...

owh
baru aku tahu nama benda nih dog tag

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

Anonymous said...

hahaha yeke whte rose... fun!

Verdict said...

rasa cool habes kalau korbankan tag tu utk langsaikan misi..

kunun2 da terkorban.. rasa wow!

NAJ HEBAT said...

demi dogtag.. lautan berapi sanggup aku renangi.. keh keh keh.

babi tag ade?

tag 'haram'.. keh keh

fiqas said...

baru tahu nama benda ni Dog Tag...biasa tgj dlm movie, tp tak pernah tahu namanya...:)

Anonymous said...

aku pakai dog tag setiap kali aku masuk utan. kisah dog tag sadis, bila hanya berjaya membawa pulang dogtag nya tanpa pemiliknya. sigh. hidup dalam peperangan menyesakkan. rindukan keamanan.

Atika Natasha said...

o0...ini r0penye d0g tag..

..nOWa.. said...

...nOWa...
..islam...
....O+....

begitulah lebih kurang ditulis atasnya..dah hilang dog tag ni.

King Of Single said...

slalu tgk kat citer perang2..tp bru taw nmnye dog tag.
great info today..

haha idea fiq tu xtahn uhh!

Cik Anita said...

owh.
baru lah paham!

CIK TOM said...

abg cik tom masuk askar wataniah..mmg ade tag camni..hehe...xtau plk mmg berharga bg askar..

ong ong kedek kedek said...

ooo baru gua tau... mekasih la kongsi benda yg gua tak tau ni hu3

ghost said...

#2ury : askar lah pemakai setia.


#deAnza-wAnda : ayah wanda pencen askar lah ni. :)


#♥-- emieysandra --♥ : skang dah tau kan...


#Daniela : movie perang mmg ada.


#Robot | Sakti : kalau di malaysia dipanggil disk saje.

ghost said...

#white rose : wah siap lagu tuh WR.


#deAnza-wAnda : she funny u know..haha


#Gaphe : ada yg bikin aksesori gap.


#white rose : hahaha...u really funny.


#hans : ok gud dah tahu.hihi

p/s:aku dah baca pasal budak yg cakap sowang2 tuh.

ghost said...

#deAnza-wAnda : haha.. :))


#Fiq : dah terkorban nak rasa cool apenyer fiq..hihi.kamu nih.


#NAJ HEBAT : ko lah yg bagi nama kat tag tuh..haha


#Fiqas : n now bila tgok lagi kat movie dengan kawan2 bgtau dowank itu dog tag k. :)


#MATAHARI : army ker bro..selalu masuk utan nih pakai dog tag lagi.

ghost said...

#Atika Natasha : begini lah rupanya.


#..nOWa.. : hurm..nowa pon tau ek..ada sedara army ker aper?


#King Of Single : ya great info..(fiq mmg camtuh.hihi)


#Anitadahahs : dah faham ek...:)


#Cik Tom : ya cukup berharga dan sama pentingnya bagi army.


#HASRUL NIZAM : sama-sama hasrul :)

choirul said...

biskut, apakah dog tag ini kalo di pesawat terbang sepertikotak hitam yang menyimpan informasi selama penerbangan ya?

amburadul itu tidak beraturan (kalo g salah)

ghost said...

#choirul : owh tidak choi walaupun fungsinya sama seperti penyimpan rekod.Ia kayak sisipan kertas pada tubuh mayet.ia mengandungi maklumat peribadi yang untuk dikenali.pada ABRI juga ada kogh..

baru faham itu amburadul.mekasih choi.

Encik MamaT said...

tak sabar mau pulang... mesti ada sesuatu :p

sirih merah said...

pentingnya dog tag...namanya lucu...

Asri Alam said...

pasukan tentera malaysia jugak pakai benda tu. tag yg di bawa pulang membawa khabar sedih kepada kaum keluarga pemilik tag

Asri Alam said...

pasukan tentera malaysia jugak pakai benda tu. tag yg di bawa pulang membawa khabar sedih kepada kaum keluarga pemilik tag

Miss PIJAOSIX said...

morning...!!

ingat kan tag ape la tadi..hehee..

NARDtheNERD said...

i ada dog tag ni biskutt.
sebab i wataniah.

:))

Unknown said...

kalo ko x gtau, xtau punyer aku ape menda dog tag ni...hehe

ghost said...

#Encik MamaT : owh takde ape2 bro..hihi


#sirih merah : iya nama kogh lucu..mekasih yach


#Sasa Al-Sharif :semua militer di setiap negara mesti ade DT.


#~ PIJA ~ : kamu ingat nak jawab quiz tag jer pija.


#NARDtheNERD : owh srikandi rupanya..


#azana : baguslah skang dah tau kan azana.. :)

beautiful_rose said...

baru aku tau fungsi sebenar kalung tuh.dulu aku ingat kalaung tuh sebagai tanda seseorang itu adalah "tentera"

Anonymous said...

yeshh...my dad pencen askar hehhe

ghost said...

#beautiful_rose : kalau di amerika ato britain,pemakaian DT sebilang masa sekalipun pakai pakaian awam.


#deAnza-wAnda : penah duk dalam kem lah nih.hehe

Anonymous said...

x dok dalam kem...my dad jer y berjauhan..heee tapi penah nek heli...

Lydia Miza said...

owh..remaja pun ramai pki rantai cam tu kan bisk?