depangkan tanganmu



Tidak akan pernah aku tentang kalau kebenaran itu terpamer secara nyata..Tidak akan aku perlihatkan egois melainkan kerna punya alasan yang mendukung.Tidak akan aku luahkan sebelum akal fikirku merasa..Tidak akan aku melangkah keluar sebelum aku meninggalkan nota..Tidak akan aku ketawa sebelum jelas jenakanya...Tidak akan aku sembuh sebelum aku merawatnya..Tidak akan aku bahagia sebelum merasa deritanya..Tidak akan aku merasa lapang sebelum aku singkirkan kesempitan..Tidak akan aku tenang sebelum keadaan semakin reda..

Teguran itu tidak sesekali menjadikan kita hilang semangat kalau ada sikap keterbukaan kita..malah lebih aman kalau kita bijak mengunyah segala teguran.Teguran itu cuma mematikan langkah sesaat namun perjalanan harus diteruskan.Teguran tidak akan meracuni pada orang-orang yang sentiasa berfikiran positif..Apa sekalipun setiap teguran itu harus punya penjelasan supaya kita punya alasan untuk menjelaskan kembali.Bukan tunduk dan mengangguk keseluruhannya..Menerima itu iya tapi menjelaskan keadaan juga iya agar ada keseimbangan di situ.Ada saling erti dan memahami kondisi.
 

Baca kata-kata ini.."Orang yang paling aku sukai ialah dia yang menunjukkan kesalahanku.."-Khalifah Umar.

Aku bisa menerima kritikan atas apa yang aku perlakukan tapi aku tidak akan berdiam diri tanpa penjelasan.Tidak apa deh,penjelasan itu bukan bererti aku marah malah aku akan perbetulkannya.

17 comments:

StellaClaire-Richard said...

Sama lah kita biskut. Saya pun gitu hehe.. Kalau ditegur, mesti lah mau buat penjelasan. Bukan marah, cuma we have to understand that every things happened, it must be reason behind it kan :)

Encik MamaT said...

tegur pon mesti kena dengan gaya... hehe.. bagi yang ditegur.. kena berfikiran positif... jadikan ia sebagai anjakan paradigma..

penghuni60 said...

just positif thinking...

lawatan jauh... ziarah cni sejenak

sud@is said...

tegur menegur amalan mulia....

jgn jadi seperti pepatah 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul'

jangan2....

Miss FZ said...

biskut, aku tag ko untuk segmen ni..jom2 join segmen ni.

aima said...

dalam memamah teguran kadang2 perlu perjelasan kadang2 berdiam itu lebih aman.

teguran biar kena caranya baru tersemat di sanubari...

tapi bagi org yg mindanya terbuka, apa jua teguran tetap di ambil positif biar kdg2 tersentak seketika sbb tak semua teguran itu kena pd waktunya ....

Miss PIJAOSIX said...

en biskut lemak...

Tegur kalau kene gaya, InsyaAllah boleh terima.

Naajmi said...

niceee :)

bloswalking. salam kenal :)

ctpayong said...

salam

eik..kenapa plak isi entry cam nak serupa ja. tidak apalah. tegur menegur itu bukankah tandanya perihatin.

Noah Lirik Video said...

ilike Khalifah Umar

white rose said...

benarlah kata2 mu wahai sahabat...
asalkan kita tahu kenapa kita ditegur...

grOundnUt said...

fight for your right...^^

NAJ HEBAT said...

tegur baik-baik sayang.. kalau lu tak nak makan pelempang solo wanita.

itu untuk sesiapa yang punya niat nak menegur.


sila tegur dgn berhikmah.


ok. nak makan biskut jap.

Anonymous said...

Salam

Ya, teman terbaik ialah apabila dia menegur segala silap kita. Dan sebaik-baik teguran adalah dari niat yang tulus ikhlas untuk kebaikan kita.

Dia saja yang tahu.

GADIS INI said...

biskut lemak dan berkrim..

eisy,,tegur ..kene kuat semangat la

Asri Alam said...

teguran membina tu bagus, tapi ada sesetengah teguran tidak dapat diterima. kita tapis saja

tehr said...

menegur juga perlu cara yang berhemah
barulah orang akan terima