Malang Itu Tiada Yang Wangi...




 Ketika bangun dari tidur petang semalam,ada berita yang kurang enak dari berapa orang sahabat menyampaikan berita tentang salah seorang roomate aku mengalami kecelakaan jalan raya ketika berada di Ipoh.

Agak teruk juga parahnya... Ketika Amirshan dan Mikey yang melawat Cibik balik dari Hospital Ipoh memberitahu tahap kecederaan yang dialami oleh Cibik memungkinkan dia ditahan di Hospital sekurang-kurangnya 3 bulan.Peha nya patah dan tulang terkeluar menembusi kulit dan seluar jeansnya...dahsyat siut...Aku tak dapat bayangkan bagaimana sakitnya.

Aku masih ingat semasa aku dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Taiping,memandu seorang diri dan dipertengahan jalan di kawasan Ipoh Selatan hujan begitu lebat sehingga aku terpaksa menggunakan emergency lamp tapi masih menekan minyak dengan kelajuan 120-140km/sj,sama seperti memandu dalam keadaan jalan kering.Kereta ku hampir terbabas ketika aku merasakan tayar sudah tidak mencecah dan mencengkam muka jalan namun aku masih sempat memulaskan stereng ke arah tengah jalan dan melintang betul2 menghadang laluan kenderaan lain.Aku patut tidak merasa panik apalagi aku dikira bernasib baik kerana kenderaan yang lain tidak dipandu laju dan melanggar kenderaan yg aku pandu.Mereka memberi kesempatan untuk aku bertenang dan kembali membetulkan laluan aku.

Soalnya di sini untuk memahirkan kita memandu atau menunggang apa2 pon harus kita tidak merasa panik dan gelabah.Harus pantas berfikir dan tahu apa tindakan seterusnya yang patut diambil.

Dalam kes Cibik,dengar citer dari kawan yang memboncengnya,Pyan..Cibik mengambil tindakan bodoh apabila masih degil dan tidak sabar melanggar traffic light sehingga dilanggar oleh sebuah kereta.Cibik tidak mahu mengambil iktibar dari kes2 yang berlaku di kalangan anak2 muda warga 'Hikerman' yang tumpas dalam pertempuran di jalan raya akibat membuat satu kesilapan yang disengajakan...Cibik patut bersyukur selepas ini kerna dia masih punya kesempatan untuk melihat 'tubuh2' motornya yang parah..Pyan pulak hanya mengalami kecederaan ringan dan berjahit di dahi...satu tanda.

Moral cerita...Setiap kesilapan akan dihukum.Jangan buat tindakan bodoh atau melanggar undang2 jalan raya sekalipun anda memang expert dalam soal memandu atau menunggang kerana kelalaian sesaat mengundang padah sepanjang hayat.Belajar lar bersabar dan sentiasa ingat orang yang anda fikir turut sama sayangkan anda.

...Dan yang terakhir,pastikan anda punya insurans kemalangan dan nyawa tahap 1.

5 comments:

Elvindinata said...

semoga lekas sembuh,..^^,,salam kenal..:)

genial said...

setuju... patuhi rambu lalu lintas... semoga lekas sembuh iia roomate nya :)

si biskut said...

elvindinata:
ya mudah2an..salam kenal jgak utk kamu.

genial:
seharusnya begitu kalau tidak mau kecelakaan..i hope so.

Kay Masingan said...

semoga kawan tu cepat sembuh dan kuat semangat...

ghost said...

orang kg mu tue kay..hehe