The Baazar


Mana sah kalau ramadhan yang kita sambut tidak wujud gerai2 yang mengamit kita datang berkunjung ke tempat nie.Di sini kita diberi pilihan untuk hidangan kita sewaktu berbuka,untuk perut kita yang lapar,untuk penuhi nafsu makan kita.

Aku tahu macam mana rasanya kalau sambut ramadhan tanpa melihat kemeriahan dan keghairahan orang2 yang bergegas,mencari ruang dalam masa yang singkat,bersesak,saling bertemu dan bertanya khabar..ah,mungkin juga ada yang rasa ini tempat bertemunya 'jodoh'.Serius..ia seringkali terjadi..

Aku tahu bagaimana rasanya merindui tempat nie ketika aku berada di tengah2 hutan belantara Royal Belum,Grik,melakukan explorasi dan misi.Ketika aku cuma berbuka puasa dengan rations yang semakin memualkan tekak,aku cuma mampu membayangkan aneka2 juadah yang dipamerkan.Mungkin hidangan kami malam tue yang paling baik,itu pun kalau bernasib baik,hanya daging rusa atau kijang yang segar,yang dibakar,yang disalai.

Seingat aku tempat nie masih bukan boleh dibandingkan dengan pasar malam di hujung minggu ketika berakhirnya ramadhan.Kerana jelas keghairahan kita tidak sama.


8 comments:

Kay Masingan said...

saya x perna lagi g bazar spjg bulan ramadan ni. dulu time study kat perak, selalu jg g, suka rangka ayam besar berharga rm2. saya panggil dinosaur benda tu..sedap..di sandakan benda tu x ada,..

Rona Realiti said...

taiping masih terbaik... makanan murah2... tak kira masa....

si biskut said...

Kay rugi lau tak rase sekali dlm ramadhan nie...sekali pun cukup.

Rona realiti Tepeng mmg yg terbaik.Masih leh save bajet.

tukangtulisnota said...

bazaar ramadhan adalah tempat tuk mencari koleksi wajah2x terhad =D

tukangtulisnota said...

bazaar ramadhan adalah tempat tuk mencari koleksi wajah2x terhad =D

si biskut said...

yup betul tue 'tukangtulisnota'..wajah2 yg tak penah kita lihat ada di sini.

beautiful_rose said...

aku masak sendiri untuk save bajet.kalau tak,mati aku tak makan tengah bulan ni =p

si biskut said...

mgkn aku jgk pnah alami benda tue suatu masa dulu..aku faham beau-rose.