Aku Kecewa Dengan TEKKEN.

Filem yang dikatakan memakan bajet USD 35 juta nie benar2 mengecewakan aku...Sehingga habis tayangan 87 minit aku masih lagi menunggu..terpaku..dan tertanya-tanya...

Bukan sebab aku tak faham jalan cerita tapi aku seolah-olah diberitahu lebih awal akan ada sequel filem nie akan datang...Tapi untuk menunggu kedatangan edisi ke-2,minda aku berjoget dengan harapan edisi yang pertama ini digarap dengan cukup hebat sehinggakan kita tak sabar untuk menunggu edisi ke-2..Tapi malangnya,kotoran yang keluar dari hampagas...habuk!

Diadaptasi dari permainan video yang cukup popular sekitar pertengahan 90an dan semakin menerima evolutions apabila munculnya gajet2 permainan video macam Playstations 2,X-Box and PSP dan yang terbaru PS3 sepatutnya digunakan oleh director Dwilight H Little untuk menaikan rating namanya,paling koman pun sekurang-kurangnya menerima kritikan..

Jelas di sini penggunaan latar belakang zaman masih lagi dipengaruhi oleh filem2 animasi yang lain..KEMUSNAHAN DUNIA,dan sememangnya ia bermula di United States dan dimulai oleh US juga..Pengambilalihan oleh satu2 organisasi yang mengambil kesempatan atas senario dunia yang huru hara sudah terlalu jelak kita lihat seperti dalam filem Surrogate atau GI Joe dan ini mewujudkan Tekken Corporations dalam dunia filem yang digambarkan berada sekitar tahun 2039 apabila perang dunia memusnahkan kesejagatan manusia.Stereotype..
 
Pertarungan atau persembahan seni mempertahankan diri yang tinggi sudah tentu basic bagi filem yang ditulis oleh gabungan 3 penulis ini.Tapi sayang sekali lagi aku rasa Michael Colleary,Allan McElroy dan Mike Werb tersilap langkah bila pertarungan yang sepatutnya tidak memerlukan senjata yang membunuh ini diselitkan dan disogokan dalam pertarungan2 mereka dan ia seolah-olah kita perlu melihat citer Salt yang hanya perlu melarikan diri mengelak dari diburu,ditangkap dan sekali lagi melarikan diri..Untuk apa high skill martial arts kalau akhirnya kepantasan bergerak tak dapat mengelak kelajuan peluru...?Seharusnya hanya mysterious swordsman Yoshimitsu sahaja yang diberikan senjata sebab dalam game pon dia memang gunakan pedangnya.

Terlalu awal bagi Peter Hammond(Boxoffice Mag)mengatakan filem nie 'masterpiece'.Mungkin boleh diterima kalau dia mengatakan filem ini 'Non Stop Actions' sekalipon hati aku mengatakan terlalu awal meletakan unsur naluri membunuh dalam filem 'Tekken-The King Of Iron Fist Tournament'.Filem nie sepatutnya memberi kita hanya cukup dengan pertarungan original yang mana tidak melibatkan senjata atau terus bunuh...Bukan ker watak utama Jin Kazama(lakonan Jon Foo)lebih tumpukan pada usaha menjejak siapa orang yang memusnahkan kehidupan ibunya dengan kematian..Apapun,bagi aku plot filem nie terlalu laju..dan unsur2 'sentap jantung' langsung tak ada.Semua boleh diagak dan dijangka..
 
Watak2 yang ditampilkan dalam filem ini masih tak memuaskan hati aku.Aku berharap dengan kemunculan Hwoarang,watak yang aku sokong nie tetapi blackbelt dia pun tak muncul..hampa sekali lagi aku sedangkan siapa pon peminat game nie tahu yang Hwoarang merupakan watak terpenting dan harus ada...Mungkin director ingin ia muncul untuk sequel akan datang dan membuat pertarungan ala-ala jeles tahap giler menentang Jin Kazama demi seorang perempuan...Nampak awal di sini Christie Monteiro sudah meletakan persaingan utk jadi rebutan..


Music by John Hunter pada mula intro nampak sesuai untuk filem yang turut ditaja oleh Namco ini.Lagu-lagu hard core,rock dan fast song begitu diserasikan dengan kepantasan pertarungan itu sendiri..Bibit2 kesedihan dan kebangkitan malah saat2 mengingati pesanan2 yang dipaparkan dalam flashback juga sedikit mampu menyentuh emosi...

Andai anda seorang peminat video game nie yang akhirnya berjaya ditayangkan di Malaysia walaupun ia telah direleasekan di US sekitar november 2009 cuba lar tempatkan diri anda depan skrin..dan anda tak perlu risau kalau sekiranya ketika itu anda ada panggilan emergency,sila keluar dan jawab sebab anda tak akan ketinggalan apa2 elemen penting dalam filem nie.Rasanya M.Night Shyamalan lebih berjaya membawa The Last Airbender ke tahap yang cukup dikagumi oleh sumer pencinta filem2 animasi...satu keberanian yang dipersembahkan olehnya melangkaui filem2 seram dan misteri arahanya.

Apalagi yang kita akan jangkakan selepas filem Street Fighter 'The Legend of Chun Li',Dragonball 'Evolution' dan yang kini Tekken..?kegagalan atau ok lar..not bad...hmmm...Bleach?

5 comments:

Rona Realiti said...

tak sanggup kalo Bleach direalisasikan... sure rosak daya imaginasi saya nnt...

ghost said...

sure utk bleach akan datang kita leh guna 4d..nk bagi efek paling mantap.tak kan kesal lau bleach direalkan..

Rona Realiti said...

jgn bankai jd bangkai sudah...

orihime ngan matsumoto mestilah ikut anime "ukuran" dia... hehe...

kak gojes said...

huhu..napa biskut harus minat TEKKEN?

touya said...

mangsa terbaru King Of Fighter