'Telah Lama Aku Berdiri'

Telah lama aku berdiri
 dengan sepasang kaki yang gagah
tanpa salutan mengalas injakan

Kerna aku tahu di sini tiada apa
hanya semut mengigit kakiku..aku senyum dan ia berlalu
sehingga kini ia tak pernah kembali
 menemaniku...

Telah lama aku berdiri
 seperti kakiku dibelenggu

Betapa lama membeliakan mata
mencari rantai yang tak terlihat
agar bisa kuleraikan
 dan berlari dari terus berdiri

Juta kali kutadahkan tangan
 dari tahun ke tahun
kebebasan itu yang aku pinta

kerna aku tidak ingin kematian
seperti begini yang memalukan


Aku tidak pernah rebah dari terus berdiri
aku pernah punya tongkat
tapi ia telah patah
 aku mematahkannya dengan bangga
 kerna fikirku aku memang gagah
walau tanpa sesiapa...


Telah lama aku berdiri
kerna aku memang gagah.


Memo:Puisi ini asalnya telah dicipta pada 09hb july 1995 ketika berada di Kompleks Bandar Sahabat,Lahad Datu,Sabah.Aku telah membuat sedikit perubahan atas rangkap dan rima akhir mengikut apa yang aku cuba sampaikan melalui puisi ini.Salinan asal puisi ini masih kusimpan sehingga ke hari ini,dan ia semakin lusuh ditelan masa yang begitu cepat memecut.

Sisipan: Seandainya selama ini kita mengatakan soal keyakinan itu menguatkan kita sepanjang hidup kita,sebenarnya kita membiarkan diri dan hati kita dengan satu perasaan yang halus tapi menghancurkan..BONGKAK!ANGKUH!..

Orang gila mengatakan dirinya tidak gila sebab dia memang gila..itu fikir kita.Tapi kita tidak dapat melihat dari sudut pandangan orang gila yang sebenarnya kita lebih gila dari orang gila.Tapi sebab kita terlalu yakin kita punya kewarasan yang paling ampuh,orang gila tetap gila...

Orang yang berjaya dalam lapangannya mengatakan...dengan keyakinan sahaja menjadikan dia seorang yang berjaya..Itu juga kadang2 kita fikir..Tapi kita tidak melihat bagaimana cara dia berjaya..kita cuma melihat hasil dari keberjayaannya..Tapi sebab kita yakin dia berjaya sebab dia yakin...kita ampunya dengan tepuk tangan kita...

Kita angkuh dan bongkak sebenarnya...keyakinan itu menutup apa saja perasaan kita.Kita mengatakan orang itu gila sebab kita tak mahu jadi orang gila(sebenarnya gila itu merdeka..)Kita kata kita berjaya sebab yakin tapi kita lupa kita berjaya sebab orang lain..Tapi kita tak pernah hargainya...Konon asas dari dikari kita..

"Berpada-pada lah dengan apa yang kita ada..." 






No comments: