Ops Bamboo...???

Kebiasaan aku ketika melakukan operasi di mana2 sahaja mesti mempunyai bahan bacaan.Tak kira ia suratkhabar,majalah,buku2 ilmiah atau novel aku mesti dapatkan.Bila ada kesempatan untuk keluar ke pekan atau Bandar yang terdekat aku akan mencari kedai2 runcit yang ade menjual bahan2 bacaan.



Baru2 ini aku menjalani Latihan dan operasi di satu kawasan pembalakan di daerah Sg Siput,Ipoh.Lebih kurang 30-45 minit perjalanan dari Tambun,Ipoh.Operasi nie dikenali sebagai Ops Bamboo.Kebetulan base yg didirikan oleh kitaorang berdekatan dengan sungai yang dipenuhi oleh kawasan tumbuhan bamboo.


Memang telah banyak bahan bacaan yang aku dah beli selama hampir 2 minggu di sini.Dari majalah Wisel,Mastika,Infinity,InTrend,Suria Permata dan termasuk buku yang menceritakan tentang ketuhanan,Insaf.Kalau setakat Metro,Kosmo,Utusan Malaysia dan Berita Harian memang sudah menjadi satu kemestian untuk dibaca sebab walaupun duduk di pedalaman perkampungan orang2 asli,kitaorang masih tak mahu ketinggalan untuk mengetahui berita2 terkini.Malah kami masih ade kelebihan iaitu mempunyai saluran Astro.Wallah..apalagi ditambah sekarang nie dengan kerancakan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan,sumer rata2 tak mahu ketinggalan untuk mengetahui pasukan pilihan memenangi perlawanan.


Aku masih ingin membawa laptop aku walaupun aku tahu di kawasan nie tak mempunyai jaringan internet,faham2 jer lar kawasan hutan.Rasenyer mana2 syarikat komunikasi pon belum mampu mencapai tahap sampai ke situ.Kalau talian telefon pon takde apelagi 3g.Huh!Tapi laptop aku leh gunakan utk menonton dvd sebab kat sini pon ade elektrik.Malah aku bawa sekali laptop ketika keluar ke Ipoh untuk mengambil bekalan dan aku leh amik kesempatan utk online dan membaca dan membalas email2 aku.
 
Ketika orang lain seronok untuk mandi manda kat sungai atau ghairah memancing,memasang pukat atau memasang bubu aku lebih suka berbaring di katil medan aku.Aku sebenarnya dah tak berapa minat untuk pergi mana2 latihan atau operasi apalagi duk di kawasan penempatan Markas Taktikal,cukup merimaskan aku sebenarnya.Hari2 aku merasakan seperti merangkak dan seperti banduan yang menghitung hari2 utk bebas dari hukuman.Kalau lar bukan disebabkan aku dah melanjutkan kontrak perkhidmatan aku yg ditambah ke 3 tahun lagi sudah tentu aku dah tolak untuk ikut sekali.



Ape pon mungkin aku masih punya kesempatan utk timba sedikit pengalaman lagi dalam pekerjaan aku nie.Mungkin aku perlu lebih banyak bersabar untuk menghabiskan sisa2 kehidupan aku dalam dunia yang aku fikir terlalu banyak protocol yg mengarut nie.Juga aku perlu lebih banyak berfikiran positif utk ini.Walaupon aku sendiri tak tahu ape tujuan operasi nie diadakan ketika hampir 80% orang dah balik ke Taiping menamatkan operasi lebih awal,sedangkan kami yang kat sini cuma menghabiskan masa macam tue saje...Ape benda lar....hmmmm...hayun jer lar mamat...


No comments: