Hidup Ini Memang Adil


Hari bergerak begitu pantas..
Kita juga bergerak tapi menghambat waktu dari belakang...kita tak mampu mengejar walau sekuat dan selaju mana kita berlari..Kita tak pernah berada di depan mendahului masa2 yang kita sentiasa berada di dalamnya.
Ketika kita berusaha memenuhi impian kita..ketika kita mengerjakan setiap rutin harian kita..kita tinggalkan sesuatu yang pernah bermakna dalam hidup kita..Kita bukan korbankan setiap apa yang kita sayang,setiap apa yang pernah kita miliki...tapi kita kehilangan nya...sedikit demi sedikit...bermula dari sedikit pandangan sehingga langsung tidak kelihatan...malah kita gagal untuk mendengarnya lagi...
Kita tak pernah rasa puas untuk mengatakan bahawa ini lah kehidupan...kehidupan yang terlalu singkat untuk kita merasa terkilan,untuk rasa kecewa malah untuk rasa derita.Kadang2 sehingga kita tak merasa sedar bahawa kebahagiaan itu seperti bayang2.Apa sebenarnya yang kita inginkan dalam kehidupan ini?Menjadi seorang yang berjaya dalam semua apa yang kita lakukan?berjaya mencapai impian kita?menjadi orang yang terkenal?menikmati makanan2 yang lazat?mengembara mengelilingi dunia?memakai pakaian2 berjenama?berbelanja di pusat membeli belah terkemuka?bertemu dengan orang2 yang terkenal?memandu kenderaan berkuasa tinggi dan mahal?mempunyai keluarga?mempunyai orang yang tersayang di sisi kita?
Apa sekali pon yang kita impikan..ketika kita semakin mencapainya..kita harus bersedia untuk kehilangan.Hidup ini memang adil...

1 comment:

AkuMuzikFilem said...

Berat sekali untuk lepaskan sesuatu yang kita impikan. erk betul ek kita kena bersedia kehilangan sesuatu yang kita hampir nak capai. camne tu?