Selamanya Aku 'MAN IS UNITED'.




Bercakap tentang kelab yang aku sokong sejak aku berusia 12 tahun lagi memang kadang-kadang aku dilihat oleh orang lain sebagai seorang peminat yg fanatik,obses dan emosi sangat.Senang cerita aku mula menyokong kelab Manchester United yang berpangkalan di utara London nie sejak adanya highlight kat tv2 masa tue.Kerana kurangnya info tentang Liga Perdana Inggeris masa tue membuatkan aku mencatat setiap keputusan perlawanan.Aku suka melihat aksi2 pemain kelab yang lebih dikenali dengan jolokan "Red Devils @ Red Army" malah aku cuba mengingat setiap nama pemain2 pada masa tue..


Kelab2 yang beraksi dalam LPI masa tue pon aku ingat malah nama setiap penaja yang tertera pada depan jersy diowang pon aku catit.Aku cukup seronok walaupun space utk aku melihat Live Match masa tue memang susah sangat.Tapi aku selalu membeli majalah2 bolasepak menggunakan duit biasiswa yang aku terima dari sekolah.

Tahun demi tahun aku semakin kuat menyokong MU,setiap kali bermain bola di kampung aku suka membayangkan aku bermain macam diowang.Namun masa tue masih ramai yg belum tahu tentang obses aku pada MU,sebab masa tue lebih ramai yang berminat dengan Liga Semi Pro Malaysia...

Benda yang aku nak sentuh sekarang tentang kutukan2 diowang pada aku bila setiap kali MU kalah..malah diowang cuba melemahkan dan jatuhkan moral aku awal2 sebelum MU beraksi apalagi bila setiap kali ada perlawanan besar yang melibatkan kelab2 besar.Peh!diowang lar yg awal akan menjerit kat aku..buruk2kan MU..dengan menyokong kelab yang akan ditentang oleh MU pada malam tersebut.Aku sebenarnya malas nak layan lau diowang tue bukan peminat sejati mana2 kelab @ cuma berminat dengan kelab tue bila ia beraksi dengan baik,bila kalah sokong kelab lain..langsung takde kesetiaan pada kelab...diowang cuma jadi macam gampang dan membosankan aku untuk bercerita pasal kelab.Ada setengahnya minat dengan kelab tapi bila tanya pasal nama pemain2 kelab tue,hampeh tak tau ape!Tue belum tanya pasal sejarah kelab atau paling koman pon tau serba sedikit pasal kelab.

Ada lagi yang paling teruk sebenarnya..diowang nie tergolong dalam owang2 "pengkhianat" dan "gonjeng"!.Orang2 nie ialah yang memakai baju United tapi menyokong kelab lain..sampaikan aku sound kat diowang.."kalau aku dibagi percuma baju kelab kowang tue yang berharga RM300 sekalipun aku akan rendam dalam klorox dan kupijak2 jadikan alas kaki aku..".Nie gak termasuk bagi orang2 yang menyatakan sokongan dengan mengatakan "wei,aku pon peminat MU lar..".Tapi bila MU tewas dalam perlawanan tue siap jerit dan ketawa plak tue...sedikit perasaan kecewa pon takde...ape punya sial lar aku tgok muka2 dowang...malah hampir berminggu kutuk tak abih2 bila MU kalah..bila MU menang tau plak senyap...Mereka nie owang2 yang tak layak pakai mana jersy @ shirt MU...

Memang ada yang bercakap.."ko minat MU apa ko dapat Phan...".Aku takkan kata apa2 tapi aku akan tepuk dada aku..senyum..sebagai tanda yang aku cukup bangga dengan kesetiaan aku pada kelab nie..Apa yang aku dapat..Kepuasan beb.Korang yang tak tau apa,tak akan rasa emosi tue...Sampai bila pon United akan sentiasa aku sokong dan aku tak kan jadi peminat lalang @ stereotype...Ini kelab yang aku sokong dari sejak mula aku kenal EPL..Mereka selamanya dalam jiwaku..VIVA UNITED..UNITED is U..

No comments: