SAGA DUA
perpustakaan sekolah 1992
SAGA
timbunan buku-buku chowrasta 2012
definisi tua ialah saat kita tidak mampu menjaga kebajikan sendiri alias nyanyuk.
definisi usang ialah saat ia tidak lagi digunakan dan dibaca alias terperuk.
SAGA lahir sebelum bapaku menemui namaku sendiri. SAGA beredar dari zaman kebangkitan sastra untuk manusia, melalui zaman kelengahan sastra untuk kemalasan, sehingga tiba ke zaman kegemilangan sastra untuk kelapangan. manusia adalah pemproses zaman-zaman itu.
SAGA - yang menghairahkan nafsuku bukan pada ketika coli munirah sudah separuh terlucut oleh hisyam pada pekat gelap. bukan. munirah masih istri kepada rahmat, kawan baik hisyam sendiri.
SAGA - yang bikin aku terus membacanya selama peredaran zaman itu (yang beda tahun ), ( malah ulang-baca edisi ) kerana karakterialistiknya yang seolah kita melihat mereka sedang memainkan wayang ( teater) di hadapan kita. visualfizikal. hologram imaginasi yang ketara jelas.
barangkali, ketika aku sedang melalui zaman tuaku, SAGA sedang dilahirkan semula.
buku tidak akan menjadi tuhan, namun ia tidak pernah meninggalkan kita.
47 comments:
Pernah pandu SAGA, tapi novel SAGA belum pernah baca. Ada cerita Munirah ye... Kenapa aku tak tahu...
aku pernah mendengar tentang pasar chowrasta yang menempatkan timbunan buku2 lama. dan memasang niat untuk kesana bila senang nanti.
tapi jujur, aku masih miskin tentang ilmu dan karya2 lama.
terima kaseh ghost sebab kenalkan aku tentang saga.:)
saga tu buku eh??? mati2 aku ingat tu kereta.. heeee
reenapple | ko nak aku gelak sama ker?
yup, ia novel.
saga baru cun dan murah tapi aku tetap suak kereta kura2 yg old skol ~
zaman membeli buku sudah kurang.mungkin sebab internet dan blog
Asrul "iLham" Sany | ia novel okay. :) bukan keta mainan atau keta betul2.
saga yg berada dalm fikiranku hanyalah proton saga, twilight saga. keh3.
ah.. kau mmg sukakan novel yg autentik & unik. cubalah baca alaf 21. hahaha
kahayalan pun tidak boleh jadi tuhan
salam Ghost,
uh, mcm lame je ko tak update blog..heee...kereta pertame bapak ku SAGA..tp novel tajuk SAGA aku tak pernah jumper...
p/s: benci ngan Munirah..heee
SAGA dan SAGA DUA...novel kesayangan mama saya. Tapi malangnya, saya belum terdetik hati nak baca sampai habis novel tu.
Aku cuma tahu proton SAGA, Buah SAGA dan Twilight SAGA sahaja.Terima kasih. :D
SAGA pernah menjadi peneman kakCT hingga lena.
Wishing SAGA dapat diteaterkan...
masa tu saya belum minat membaca lagi kot
seungguhnya buku itu xkan penah padam cerita
cerita akan terus berputar dlm kotak otk sehingga kita tamat
nampak mcm sebuah buku menarik ghost
kelihatan menarik Ghost..
fragmenkah ini?
Yang merah itu SAGA,
Yang kurik itu kendi..
Eh tetibe..
Buku menjadi teman yang sejati. Sentiasa setia, tiada bertelagah pendapat sungguh kaya dengan maklumat. Menerima tanpa meludah. Jika diludahkan isinya lalu dijilat kembali, ia masih setia.
ghost writer,,,aduh kata-katanya..perlu berkali-kali saya baca utk mengerti,,,
x penah baca buku2 ni..
belum pernah baca lagi novel saga? adakah ianya novel dari indonesia?
tetiba aku teringin nak baca saga..
untuk pengetahuan kalian, novel SAGA adalah novel hasil tulisan penulis Malaysia, Abdul Talib Mohd Hassan. novel nih memenangi Sayembara Utusan 1976.
terima kaseh ghost untuk info.:)
saga nie ada jual kt pasar chowrasta kt mana ? mahu mencarinya .
*sekilas teringat pulak aku ke twiligth SAGA
aku pernah baca saga
Tapi dah lupa bagaimana kisahnya
Mungkin aku dah tua atau mungkin juga dah usang
hahaha
anjrit keren bangeddd!!! kirain.. :p
incik ghost, walaupun sye tidak faham akan tulisan kamu. tapi sye sempat juga menanya kepada pakcik Google.
sempat juga jeling 2 3 bab yg dipaparkan dlm satu blog yg buat kajian pasal novel ni. :)
pernah tengok tajuk je, apa isi nya tak pernah tau..
aku ingatkan sistem SAGA.. (",)
Ralat : Sayembara GAPENA bukan Utusan.
Chowrasta terletak di Penang. Pasar Chowrasta. - utk pgetahuan: Miss Klanika.
jangan memandai pegi Jamaica okay..
walaupun buku tue dah lapuk,tp ceritanya tak basi.gitu ya ghost
nk cari larh..
buku teman baik sampai bila2 ;)
aku malas mahu baca,hanya sekadar ingin bertanya khabar.
hai,kawan lama...
harap kau sihat sejahtera selalu hendaknya.
aku sedang ingin mencari masa untuk kembali menulis.tapi gagal temui waktu terluang itu.
serius tak pernah tahu kewujudan buku tu,tahun 92 itu aku baru saja bernafas,
khabarnya SAGA adalah bacaan wajib untk semua peminat novel sastera. dgn semangat ingin tahu ni, haruslah pergi selongkar perpusatakaan... (:
mohon pinjam, ghost.
:)
SAGA tu dah boleh dilebel kan sbg warisan juga tu.
eh buku ke SAGA tu?
buku dan tuhan kadang kala menerima nasib yang sama, dilupakan malah ditinggalkan...pelakunya adalah manusia sendiri
wah! kau dapat buku rare tu kat chowrasta ke? aku dapat 'manusia yang pertama di-bulan' fiksyen sains ya amat...haha
perpustakaan sekolah 1992..
eh2..tahun kelahiran aku tuh..-,-
suka baca novel.tapi
karya nih tak pernah jumpa pun
tak memasal kena gogle search...
bahagianya didedahkan buku sebegitu. aku, tak pernah. :)
mujurla aku tak ke Jamaica lg ghost . hehe . Phan tue nama manja kau ke hapo ? aku nk pggl jugak la.
adakah SAGA itu ibarat kisah 'my first time' dahulu kala?
like dah... :)
berbagi Kata Kata Motivasi
Doaku hari ini: Tuhan, tetapkan aku dalam keimanan yang kokoh, datangkanlah kebaikan dan jauhkanlah segala keburukan.
semoga bermanfaat dapat di terima dan salam kenal ku tunggu kunjungan baliknya :D
saga yang komik tu ke? *tetiba confuse*
Post a Comment