kalah itu bagus



Setiap kali ada kemenangan yang dimeriahkan pasti ada di satu ruang lain hanya membisu dengan kekalahan...Sebahagian mula percaya kalau kemenangan itu terhasil dari usaha keras mereka dan selayaknya diraikan dan sebahagian yang lain diyakini bahwa kekalahan itu terletak pada setiap kelemahan yang terdedah...Siapa yang tidak mahu mengecapi soal kemenangan dalam apa sahaja yang diusahakan dengan penuh kemegahan..?Jujur kalau dikatakan semua dari kita mahu sebegitu.


Tidak pernah disangkal kalau saja kemenangan itu bagus malah akan terus menguatkan semangat dan keinginan kita untuk menikmati lebih banyak kemenangan..Tapi adakala kita terlupa bahwa kemenangan itu bisa menjatuhkan kita lebih parah sedang kekalahan itu lebih kuat menaikkan semangat kita kerna saja kejayaan itu tidak pernah berakhir dengan setiap kekalahan yang  dialami..Bukan soal hikmah tapi soal percaya akan kepastian pada kejayaan yang bakal mendatang meski harus jatuh berkali-kali dan luka.


Pada akhirnya kita melihat setiap dari keduanya memberi impak pada kehidupan kita dan mempengaruhi jiwa kita.Bukan semua kemenangan itu tidak punya kelemahan dan bukan semua kekalahan itu melemahkan..Paling utama,apa langkah yang perlu diambil selepas itu.
Dan kalau bagi aku,aku akan memilih kekalahan terlebih dahulu.(jangan tanya kenapa...).




*hero kena kalah dulu bukan....huh!

63 comments:

- koroe - said...

hero melayu kalah dulu dan kemudiannya dia tetap kalah.

tak pernah menang dengan diri sendiri.

hassudi morshidi said...

pandailah ko gw..nasid je kemenangan mlm tdi....x semestinya hero akan kalah dulu..2 hero hindustan yg ko tgk.....haha.

Jumir said...

Penah bace buku Berani Gagal?....sape2 bace sure berani untuk kalah/gagal dulu.

Anonymous said...

hero kena tahu kalah dulu. kena berani berhadapan dengan kekalahan. baru rasa manis kemenangan nanti. :P

Tuan Penasihat said...

berani untuk gagal.
gagal bukan nya terus gagal sebaliknya satu pengajaran untuk kita mendapat satu lagi jalan kepada kejayaan.
hanya allah mengatahui kenapa di duga kita dengan kegagalan.
pasti ada kebaikan sebalik kedukaan.

hentian said...

bila kalah selalunya kita berkata begitu.

A.s.t.i.n.a said...

kenapa kalah??
kenapaaaaaa????

kalah adalah bagus untuk yang menang..herher

Kay- said...

mengalah pun x pe...

kalah di mata umum, tapi kau juara di jiwa ku.. uisseyyy~ ;)

. said...

aku juga memilih kekalahan dulu kerana dari kekalahan kita dapat membina diri kita untuk menang.

Anonymous said...

hero kena berani untuk gagal. hidup perlu banyak experimento. baru macho bro. haha!

Al said...

melalui kekalahan aku belajar
melalui kemenangan aku terleka

Shila said...

biskut..andai aku mengalami gagal suatu hari nanti.........

kau masih nk kawan dengan aku kan?

Akulah Aqilah Itu said...

kalau dah selalu menang, once tetiba dia kalah, well, that'll be the end of him.

faiz said...

kekalahan menaikkan semangat lagi...memang mantap penulisan bro...macam baca novel...kadang-kadang tak faham pon ade...hheheh

Anonymous said...

Ya, aku setuju dengan pandangan dan prinsipmu itu. Aku sangat yakin bahawa kekalahan itu adalah kekuatan sebenar. Memang belum tentu berjaya dan kalah bukan bererti lemah.

Terima kasih, catatanmu kali ini emberikan aku sedikit kekuatan yang telah terlupakan.

si para para said...

perjuangan itu sukar...kekalahan pula perkara biasa..
bukan hero yang sejati kalau asyik menang jer...

hero hindustan pun kalah dulu..pastu dah nyawa nyawa ikan boleh bangkit lagi kalahkan penjahat.hehe

Misty Melor said...

tiada yg menang tiada yg kalah ... ianya hanya satu step utk memajukan atau menjatuhkan.. istilah manusia.. utk kebanggaan dan kebongkakan..

dan istilah manusia utk menjatuhkan dan memijakkan ...

ianya bukan kerna istilah.. ianya kerna langkah seterusnya..

beautiful_rose said...

pengecut adalah mereka yang takut pada kekalahan.

Imran nyambek said...

belajar dari pengalaman itu baik.

Anonymous said...

menang dan kemudian jatuh.

bagaimana dengan jatuh dan jatuh lagi?

Unknown said...

cikgu sejarah saya dahulunya,sering beri kata semangat kepada kami,para pelajar yang sering dapat markah rendah di dalam ujian.
kata beliau ;
tak mengapa.kalau awak tengok hero tamil,mesti diorang kalah dulu.bila cerita dah nak habis,baru diorang menang.


lagipun,kekalahan itu sering menarik kita supaya berinjak kembali ke tanah,setelah sering berkhayal terbang dilangit.

Encik MamaT said...

pasukan pilihan kalah ke malam tadi bro... hehe...

kalah itu mengajar kita agar lebih berani... lebih bersemangat untuk berusaha agar berjaya..

ghost said...

@ - koroe - : biar kali ini diri yang memenangkannya...

@ dirty dozen : hangguk ko nasib..haha.hero hindustan sekarang lebih gay..tak best.haha

@ Jumir : dah khatam dah sis..hihi

@ MATAHARI : betul!baru dia akan lebih hargai kemenangan itu nanti..

@ Tuan Penasihat : kalah itu untuk menang..

@ Insan Marhaen : sedapkan hati dan naikkan semangat..

@ A.s.t.i.n.a : kenapa?sebab tak mau menang dalam keadaan serba salah.

@ Catherine- : kalah dengan macho lar macam nih cathy..haha

@ khairul hisyam : yeah..kita akan semakin kuat.

@ The Rebel Kid : kalah untuk atur strategi merampas kemenangan...haha

ghost said...

@ Al : setiapnya ada pengajaran...

@ missSenget : aku tetap kawan sepanjang zaman.

@ Akulah Aqilah Itu : mesti dia rasa down abih..payah nak bangun macam tuh...

@ faiz : yang ko tak faham tuh ayat faiz..intinya ko faham.

@ Sephi Sephia : namanya jugak kan berbagi kata-kata perangsang..ya kan Phi.. :)

@ si para para : hero mesti tough luar dan dalam..biar teruk macam mana pun jiwa mesti kental..

@ ukhti syikin : thats right..jangan biarkan diri terus hanyut dan lemah.

@ beautiful_rose : ya Rose..kita tak perlu takut terima kekalahan.

@ Imran nyambek : pengalaman itu mengajar..

@ maCy : tetap juga terus bangun...kalau dibiarkan nanti mati melarat.

ghost said...

@ april : cikgu sejarah kamu mantap deh..mesti kelulusan sekolah Suzuran ya..(the Crow Zero)hihi.

kekalahan tidak mematikan langkah.

@ Encik MamaT : memang lar bro..(Man Utd fan)..berjuang sehingga wisel terakhir dibunyikan.haha

Gaphe said...

KAlo di Jawa (Jogja) - tempat saya sekarang, ada namanya pepatah : menang jadi arang, kalah jadi abu.. artunya sama saja tidak ada yang memperoleh manfaat

jadi, paling penting emang bagaimana kita merespon kalah atau menang itu

A.s.t.i.n.a said...

Salam Ghost.. hari ni saya tidak ensem.. ade jelita sikit. sila muntah di page saya cepat2 join..


Hero kalah dulu tu umpama Hero Tamil.. Saya suka

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kalah dulu menang kemudian lebih baik dari menang dulu kemudian kkalah ataupun kalah buat selama2nya;)

amycozzo said...

kalah menang menang adat permainan..eh! apa aku merapu nie..hik2

mizzapple said...

dari kekalahanlah kita belajar utk mencapai kemenangan.

Meutia Halida Khairani said...

it's a really cool picture sob.. and also nice words..

white rose said...

laaaa...
ape kalah2 ni?

aku xmau kalah lagi nih...
dah lama aku ngadap games spongebob nih...baru menang stage 4...

ade banyak stage lagi...

miahahahaha...

bisk, KALAH TAK SEMESTINYA BERALAH, MENANG TAK SEMESTINYA KUAT...

fiqas said...

menang setelah kalah itu lebih manis nikmatnya....

~~su manje~~~ said...

pengalaman mengajar erti ttg kehidupan....resam dunia...ada kalah menang...harus menerima hakikat...dan banyakkan muhasabah,,

ghost said...

@ Gaphe : ya di sini juga kok ada pepatah itu..penerimaan itu yang utama.

@ A.s.t.i.n.a : ghost pun suka citer tamil..haha.tetap maintain hensem jugak..haha

@ FIFIEY LYCHEE MARATION : tidak akan kalah selamanya fifiey kalau ada daya saing yg tinggi.

@ AmYcOzZo : betul lar tuh.haha

@ mizzapple : kekalahan yang membina semangat kita semula.

ghost said...

@ Meutia Halida Khairani : thanks a lot sob...nama kamu keren ya Tia.

@ white rose : kekalahan utk kejayaan seterusnya...

@ Fiqas : sangat dihargai ketika itu.

@ ~~su manje~~~ : itu juga satu hukum karma ya kan Su..

Karya Hati said...

org yang selalu menang tak boleh biasakan diri walaupun pertama kali kalah. hidup dia selalu dibayangi perkara yg buatkan dia kalah.

*ni tgk pada orang sekeliling*

Berto said...

tp kalau asyik kalah, boring juga kan?

Anonymous said...

kadang2 kalah itu bagus.
sebab ia menyedarkan kite tentang banyak bende yg mungkin kite x nmpk sebelum2 nie :)
sesuatu yg negative atau yg tersembunyi tanpe kite sedari :)

Ermayum said...

kalah tu kadangkala maknaya menang :)

why from biskut to ghost writer? sudah habis dimakan ke biskut semua? walau rapuh walau murah, walau nipis dan kecil, biskut tetap mengenyangkan, fulfilling

why must you jadi ghost?:)

ghost said...

@ SyahadaSubri : jujur ek,sapa yang kalah selepas dia selalu menang sangat perit dan hilang tumpuan..

@ Berto : macam main game jer..haha

@ F.A.R : thats right,kekalahan menyedarkan kita utk melihat kelemahan kita dan perbaikinya.

@ Ermayum : jawapan utk soklan pertama: biskut telah habis stok.tidak bersesuaian dengan konsep blog.

jwpn soklan ke dua: ghost adalah suatu yg tidak kelihatan dan tidak diketahui,mau kelihatan misteri dan hanya penulisan saja mau dikenali..

Cik Specky said...

saye slalu mengalah.. sigh~
(psssttt.. kak ermayum.. biskut dh kena mkn tu yg jadik antu tu huehuehue..)

Anonymous said...

betul tu :)
dan dalam sesetengah perkare, buat ape kite menang andai sebenarnye kemenangan itu adelah derite dan melukekan hati org lain. kan?

Dea Bianglala said...

kekalahan adalah kemenangan yang tertunda...
:)

choirul said...

karena dengan kekalahan itulah kita akan belajar untuk tidak mengulangi sebuah kesalahan

Abu Luqman said...

walaupun aku pernah mengalami kekalahan ..tapi akun bengun dan terus berjaya,,syukran

Anonymous said...

klh m'ajar kt ert kebangkitn bisk

Unknown said...

yg pasti kalah bikin kita gak sombong.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Untuk menghargai sebuah kemenangan..adakalanya kekalahan itu harus dilalui sesekali

Pia said...

waduh2,entri ni ada kena mengena ngan bola ka..?
apapon mmg betol lah kata2 kamu tu,kdg2 bila sllu mng buat org tu jd bongkak..

sud@is said...

setiap perlawanan x da orang berjuang untuk kalah..betul?

kalu kalah post-mortem...hehe

Unknown said...

kalah itu pelajaran yg paling berharga..tp jgn x belajar dr kekalahan lak..kalau tak sampai mati dok asik kalah jekk...hehehe

si para para said...

yang kat dalam ada taman tak boleh jadi hero ke..hehe

ghost said...

@ nurHeart : dah jadi zombie jugak..zombie kampung lalang.haha

@ F.A.R : serba salah namanya tuh...atau lebih sesuai dikata rasa bersalah..

@ Dea : tepat sekali Dea,,

@ choirul : akan sentiasa diperingatkan...

@ Abu Luqman : itu kekuatan yang timbul dari kekalahan.

@ rizwan's sweetheart : sudah pasti...dia bangkitkan keinginan kita untuk menang.

@ Sang Cerpenis bercerita : senantiasa merendah diri...dan sedar akan kelemahan.

@ Nazsabrina Iman Zulfikar : tapi biar kekalahan itu mendahului.takut tidak terbiasa.

@ Piasara : nah kan..kak Piasara pon kata begitu.

@ S..U..D..@..I..S : lepas tuh mesti ada yang dipersalahkan..tak gitu sudais..?

ghost said...

@ Yastro : makanya kekalahan itu dipelajari tentang kelemahan yang ada.

@ si para para : boleh...jadi hero pada heroinnya...

tehr said...

menang atau kalah
hanya berguna kepada siapa yang mahu berfikir

Anonymous said...

kalah itu wajar... dari kekalahan kita belajar bagaimana mahu mencapai kemenangan..

LadyBird said...

betul3x..

ghost said...

@ tehr : berguna untuk mereka yang melihat dari sudut matang.

@ deAnza-wAnda : seolah mengatur strategi untuk mendapatkan kemenangan..

@ LadyBird : good!

± said...

setuju. kekalahan lebih membakar semangat untuk mencapai kemenangan. aku termasuk dlm kelompok yg selalu kalah dlm hidup..ganbatte!

ghost said...

@ Dark Half : aish!mana boleh kalah terus.menang pada semangat namanya dark.

Shane said...

@ Yastro : makanya kekalahan itu dipelajari tentang kelemahan yang ada. @ si para para : boleh...jadi hero pada heroinnya...

Sephuspwsy said...

org yang selalu menang tak boleh biasakan diri walaupun pertama kali kalah. hidup dia selalu dibayangi perkara yg buatkan dia kalah. *ni tgk pada orang sekeliling*