suatu pilihan...?



Ada benda yang buat aku terfikir bila menyentuh soal pilihan...Bila saja soal pilihan ini menerjah masuk ke ruang fikiran aku,ke ruang hati aku semua perkara perlu di ambil kira.Berada dalam situasi perlu membuat pilihan kadang-kadang membuat kita menjadi buntu dan hilang fokus.Percaya atau tidak,ada setengah pilihan yang kita buat biasanya akan kita sesali...dan kebarangkalian untuk kita rasa menyesal sebab pilihan itu kita rasa salah lebih besar dari apa yang kita rasa berbaloi.Selalu terjadi macam tue..Selalu....

Aku itu pernah diadukan satu perkongsian masalah seorang sahabat(suatu masa dahulu dia lebih dari seorang sahabat..).Dia ini masih terlalu muda aku rasa kerna dia masih baru mengorak langkah dalam kehidupan yang lebih mencabar nie.Dia baru saja pertama kali berada dalam persimpangan dilema yang rumit bagi dia..Semua nya ketika dia mula merangka masa depan yang pada mulanya dia masih fikir terlalu awal..keliru rasanya dia bukan...

"Bagaimana harus aku memilih,samada orang yang aku sayang atau orang yang aku ingin hidup semati dengan nya...?"

Nah,ini pertanyaanya...Kalau aku itu berfikir lebih mudah dan masih boleh buat aku tersenyum dengan pertanyaanya,bagaimana kalian yang punya pemikiran sebagai seorang dewasa..?Bedakan dengan pendirian aku tentang pilihan serupa ini..Ini gampang..itu bagi aku.Tapi bagi dia rumit toh...dia terbeban dengan pilihan dan keputusan yang harus dia buat...Dia perempuan.Jelas bukan...ada bedanya dengan cara pemikiran seorang laki-laki dengan seorang perempuan.Malah dia itu terusan saja mengatakan kalau laki-laki itu dijangka sebagai kalangan yang sukar diramal.Aku tidak mahu menafikan soal itu.Realiti lorr...hehe..

Kita boleh saja tidak mahu berada dalam kondisi serupa ini kalau saja kita lebih awal tidak mahu terlibat dalam permainan emosi sebegini.Tapi ada reason yang kita tidak mampu untuk tepis,TAKDIR.Kita bukan yang mencipta takdir tapi kita masih boleh merencana takdir yang telah terlaksana..betul bukan...Ah,semahunya kita cuba untuk ambil mudah dan cuba lagi membiarkan masa untuk menentukanya..lagi-lagi masa yang kita bebankan..Siapa yang berani buat pilihan hanya bersandarkan pada apa kata hati..risiko bukan..Sedangkan kita masih biarkan diri kita berfikir yang selayaknya...

Hak kita bernafas di dunia ini selalu diberi pilihan...jangan sekali-kali membiarkan orang lain yang membuat keputusan untuk nafas kamu..

4 comments:

Sumandak Kinabalu said...

Orang selalu cakap, kalau nak buat pilihan ikutlah kata hati. Tetapi kadang2 kalau kita terlalu mengikut hati dan perasaan, kita boleh tersilap langkah. Tidak semestinya kata hati itu tidak bagus, cuma kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran timbanglah pilihan yang ada sebaik-baiknya.

Tidak salah rasanya kita minta pendapat atau nasihat dari orang2 sekeliling untuk membantu kita membuat pilihan yang tepat. Cuma kalau pilihan yang telah dibuat dengan teliti masih salah, anggaplah ianya sebagai pengalaman hidup. Kita bukannya sempurna, tiada siapa yang tidak pernah membuat kesilapan.

Apapun, bagi saya nyawa adalah pemberian Tuhan. Tiada sesiapun yang berhak menentukan hidup/mati kita kecuali Tuhan.

si biskut said...

sumandak kinabalu:
terima kasih yang tidak terhingga atas komen awak.pertama kali menerima komen yg begitu panjang lebar,dan aku tak dapat nafikan tentang itu.

ape2 jer said...

pilihan..seringnya manusia salah membuat pilihan krn berpandukan nafsu..haih

si biskut said...

miss:
wah..kalau itu saja selalu sgt salah.nafsu jer yg dapat dipuaskan.