Perjalanan Ini..



Begitu hidup adalah anugerah Tuhan yang paling besar..Di dalamnya kita kembangkan mengikut acuan takdir dan usaha..Tetap menjalani kehidupan ini dengan seadanya..malah ada yang lebih tamak..berlebih-lebih..Namun yang pasti jangan ada yang berputus asa.Harus usaha dan nikmatinya...

Selama berapa hari bintang tidak lagi bersinar di ruangan kecil ku..serasanya kurang panduan dan menjangka ia tak kan lama mana..Berjalan aku dalam keadaan bisu,seperti menampakan riak keletihan di jalur wajahku..kecil yang meleret-leret..Seperti juga tidak lagi aku ketemu persinggahan untuk melepaskan rehat yang sebentar atau mungkin yang terpanjang dalam laluan perjalanan ku.Ku agak itu cuma harapan yang tersisa selepas apa yang ku dapati selama ini..Binggung ni..Banyak akar2 yang berselirat,silang2 sepanjang perjalanan ku.Masih kaki ku ingin teruskan langkah..kurang letih ia.Barangkali ia lebih kuat dari hati ku sendiri..Percaya aku kalau itu...

Aku sudah singgah banyak telaga,ada sumur yang kering..ada kali yang hanya rekah..Tapi telaga ini aku singgah lama..Aku yang mahu singgah lama dari telaga2 yang lain.Ya,fikirku mungkin tiada lagi telaga yang ada sepanjang perjalanan aku ini.Mana cukup hanya aku dapat basahkan kepalaku,ah!harus aku meminumnya dan mandi sepuasnya..Ah!sekali lagi aku terfikir..kalau saja ini telaga yang terakhir,seharusnya aku mahu lagi meneruskan perjalanan...?Aku itu tidak mahu mati dalam keadaan yang kering gitu,aku tak mahu tekak ku kontang..Ya Tuhan..Berikan aku petunjuk-MU.

Maafkan aku sang malam..kalau saja aku tidak memasang api2 untuk menerangi gelapnya kamarmu..Biarkan aku bergelap...Aku mahu duduk merenung diriku dalam gelap.Aku tahu aku itu tak akan dapat melihat apa2 selain kegelapan..Ya,memangnya selama ini aku dalam kegelapan..Nah,justeru bila saja ada sebaris cahaya menyelit memasuki kamarmu..sedar lah...!!!Gelap itu bukan TITIK!Gelap itu cuma peredaran rasa yang membalut hidupmu kala mata mu kau tutup..Cuba kau buka mata mu..mahu saja seluruh cahaya buru2 memasuki kamarmu..Kecuali saja kalau kau itu sudah BUTA!

Perjalanan ku..sudahnya di sini aku berhenti..Penuhkan kantung2 ku..Lepaskan rama2 mu.Biarkan mereka terbang semahu-mahunya.Kau harus punya perlindungan yang paling nyaman..Biarkan angin menyapu debu di kaki mu..Biarkan teman mu meniup habuk yang memasuki mata mu..

Ah!kau sudah berteman rupanya...aku fikir perjalanan mu sendirian..

6 comments:

Kay Masingan said...

si biskut,

kenapa lama tidak muncul?

ini tulisan dari hati ka?
kecewa sangat tersurat dan tersiratnya..apapun semoga kuat semangat untuk hari mendatang..:)

Unknown said...

artinya dalam nih.

si biskut said...

kay:
aku mungkin terlupa kalau aku itu perlu menulis setiap hari..hehe..sori
Ya sudah tentu tulisan dari hati ku..Aku usahakan.

beautiful_rose said...

tulisan dari hati....
kecewakah?

ghost said...

sang cerpenis:
ya mbak..perlu pengertian gitu

ghost said...

beautiful rose:
terpulang pada pengertian masing2..ya boleh dikatakan macam apa yg kamu fikir.