Stephanie...(Kita Pasti Hilang)




Di ranjang ini
kita padu tenaga
haba dian yang samar
mengurung tubuh muda

senyum menyaksikan
pesta kita yang bernas dan hangat
di kedinginan dinihari yang berkabus

betapa jitu menancap tiang
di lubuk paling dalam dan indah
betapa nirwana yang kita impi
sesekali kita temui di sini
bersama gelodak rasa sentuhan cinta
dibayangi gelora nafsu yang memuncak
Banjaran Alps yang terbelah
kita kucup dengan nafas yang lelah

Stephanie...
gadis agung di menara tertinggi
ciptalah nirwana bersama firdausi
biar tak seindah ciptaan Illahi

Stephanie...
andai puisi melebihi rasa
kita telah hanyut
menghalang arus

akar yang kita paut sudah rapuh dimamah
sedang sauh kita sudah patah diratah
tinggal kita yang menghala ke pusar

Stephanie...
aku pasti...(apa yang selama ini kupastikan)
kita pasti hilang.



24hb september 1995
Kompleks Bandar sahabat
Lahad datu
ilhampena: Ophan Seabiscuit Bunjos

"yang faham akan faham..yang tak faham,cuba2 lah fahamkan..."


5 comments:

beautiful_rose said...

kurang faham..tp akan cuba nak faham

ghost said...

akan aku jelaskan sekiranya masih krg faham..

Rona Realiti said...

bila tak kena teh tarik... bait2 puitis agak sukar untuk difahamkan di benak fikiran...

Kay Masingan said...

aduh...saya x fhm la..turus saya jd mcm biskut kering..hehe

ghost said...

hahaha...ia mengenai hubungan seks sebenarnya.sori...satu moment yang terbaik,barangkali..