Jangan Simpan Tangismu Kawanku....





Kalau lar memulakan sesuatu itu menjadi mudah...sememangnya ia akan berakhir lebih sukar dari itu...


Seorang wanita itu dilemahkan dengan tangisan..kekuatan nya hanya pada kata-katanya.Mereka selalu membiarkan diri mereka 'hangus' dalam tangisan dan dipengaruhi oleh masa silam mereka.Masih kontra pada tahap kekecewaan yg akan terus membayangi hidup mereka.Mengambil masa yg lama utk bangkit semula kononnya untuk memulihkan emosi yg tercalar kerana 'disakiti' dengan suatu perpisahan...


Kawanku...hidup ini sentiasa adil tapi kita yg berfikir secara tidak adil lantas 'memujuk' hati kita sendiri untuk tidak menafikannya..


Tak mengapa lau kita nak menangis kerana ia dpt melepaskan sebahagian dr perasaan terluka kita..dan ia jugak sebahagiaan dr diri kita sebagai manusia biasa..tapi percaya lar, benda tue jugak yg akan menguatkan kita..


Setinggi mana kita jatuh lebih tinggi dari itu kita akan daki...


Mengakhiri sesuatu itu..cukup mudah..betapa mudah kawan ku...!cuma dgn kata-kata(ini sinis..).Apa yg menghalangnya adalah penerimaan kita selepas itu..Kalau lar kita asyik membiarkan ruang kosong yg ade dlm hidup kita dengan membenarkn 'kebahagiaan' yg dulu menguasai diri kita..kenapa kita tak penah bertanya "bahagia ker dia...?"Ada ker dgn tak memikirkan soal ke dua itu menjadikan kita seorang yg pentingkan diri...?Mungkin atas alasan tiada kebahagiaan lagi maka perpisahan itu ade lar lorong yg terbaik kita ambil..


Hubungan itu suatu yg infiniti kawan ku...kita cuma merasai ape yg kita rase sekarang...infiniti itu harapan..selagi ia belum tercapai ia masih di level 'mimpi'..Ape yg kita impikan itu tak semestinya indah dari ape yg kita rasai skrg.


'Bila kita dah sayang kat sesorang..pada permulaan kita tak langsung fikirkan soal lain selain dari perasaan kita sendiri..bila hati kita terbuka pintu fikir kita tertutup..'


'Kita punya kekuatan untuk bertahan sehingga kita merasai kehilangan,kesakitan yg berpanjangan dan akhirnya kita menangis kerana kita tak punya apa-apa.Berbaloi ker kita korbankan apa yg ada di hadapan utk mengejar yg sudah tertinggal di belakang...?Kalau lar macam tue memang benar lar bagi setengah orang utk memulakan sesuatu itu ada lar yg paling sukar...(ini jugak sinis....).


Aku sebenarnya cuba utk tidak menyentuh soal perasaan yg lebih dalam kerana pengalaman seseorang itu yg membezakan bagaimana ia diadaptasi dalam bentuk yg lebih pro...lebih positif...aku cuba meyakinkan diri aku sebenarnya bhwa ape jua yg berlaku itu adalar dr kita sendiri..kita wujudkan suatu hubungan dan kita sendiri sedar bukan mudah utk pertahankannya selagi kita punya kelemahan yg nyata sebagai seorang manusia.Zaman sekarang bukan mudah utk kita menerima seadanya sebab kita telah lama dimanjakan dgn impian utk lebih baik berbanding orang lain...


Aku sebenarnya lebih tenang andai perpisahan itu sebenarnya memisahkan aku pada dunia yg hipokrit...(dan lebih tenang lau perpisahan itu bukan dari yg aku pinta...).Bersikap optimis itu cara hidup aku..meneruskan kehidupan itu rutin aku...kekecewaan itu telah kujadikan ruang permainan aku..dendam itu cuma cebisan roti yg kubiarkan bala tentera semut membawanya...kenangan itu cuma catitan diari yg sesekali kubaca...harapan itu ada lar jadual aku yg kuusaha utk penuhi tugasan ku...keyakinan itu minuman ku...masalah itu bagai loceng jam yg mengejutkan aku ketika tidur lena yg panjang...


Apa jua yg berlaku...kita telah disediakan alasan...

6 comments:

Siti Nurhayati Dollah said...

kadang-kadang itu bukan sekadar alasan tapi kenyataan. Setiap orang adalah berbeza cara dan etika. Bersedia menerima cara dan etika hidup orang lain juga.. :) tak semua yang kita fikirkan betul akan difikirkan betul oleh orang lain :)

ghost said...

phan dah ingatkan dalam tulisan phan yang ia sebenarnya dibezakan dengan pengalaman masing2.Cara berfikir jugak dah tentu ade bezanya..thanks yat.

Anonymous said...

first..thanks for catatan yg indah nie..sedikit sebyk membangkitkan semula smgn wanie..

ophanz said...

cuma menjalankan tugas yg paling lemah...dlm masa yg sama turut meyakinkan phan yg kita berada di dunia yg sama tapi punya senario yg berbeza...

fatin6789 said...

Thanks atas kata2 ini..Fati harap fatin pon buleh kuat(=

Davis said...

first..thanks for catatan yg indah nie..sedikit sebyk membangkitkan semula smgn wanie..