hari tu, masa perjalanan ke kuala lumpur, aku basah habis. hujan tak pernah kasihan dengan aku. tapi aku redah juga. tanpa rasa kasihannya, aku yakin aku akan sampai ikut masa yang dirancang. basah tapi tak gigil. aku banyak tarik nafas, dan nafasku betul-betul kudengar.
aku cakap kat diri aku. satu hari nanti, sepanjang perjalanan ini, hujan hitam betul-betul wujud. aku mau semua orang akan percaya dan tahu, yang hujan hitam bukan suatu yang harus ditakutkan. tapi suatu yang mesti diraikan. tak perlu lari dan sembunyi.
hujan hitam itu mula-mula akan ada di dahi kita. percayalah, ia betul-betul ada. bodohnya kita, sebab tak pernah sedar ia ada. nanti sampai tua pun, kita tetap tak sedar dan ia betul-betul memperbodohkan kita.
hujan hitam sudah mengirim pesan.
46 comments:
aku pernah redah hujan lebat dari melaka ke selangor, sepanjang perjalanan hujan rakus menyembah bumi, perjalanan yang panjang, tetap gagah demi segulung ijazah.
KL musim hujan petang membawak ke malam sekarang ni.
bila malam je selsema datang. sejuk
sejak bekerja dan ke tempat keje dgn moto.. selalu takut dgn awan hitam dan hujan..
agaknya kalau betul2 ada hujan hitam tu, lagi la takut rasanya..
ketakutan itu akhirnya menjadi trauma..
bayangkan g mandi manda bawak murid-murid ke taman tema air..
boleh trauma nak mandi pancur air..
sebab dah samakan air pancur tu dengan air hujan ketika naik moto..
kesian kan?.. hahaha
Makin lama, harum hujan semakin terhakis. Makin hitam.
Aku diantara golongan yg belum menyedari kehadiran hujan hitam.
Somehow, aku teringat buku transtlate Masuji Ibuse - Hujan Hitam. Teringin membacanya.
itu hujan asid agaknya bang...
~ saat planet nibiru tiba, mungkinkah ada alien berkepala besar di sana..? atau mungkin kita yang akan berubah menajdi alien...? tidak mungkin..
aku hanya dapat bayangkan yang hujan hitam itu seolah hujan batuan panas dari burung ababil.
aku hanya dapat bayangkan yang hujan hitam itu seolah hujan batuan panas dari burung ababil.
Tuan Ghost, waima ko berpura2 menafikan nescafe demi secawan teh, aku tetap gembira.. :))
aku perlukan hujan sekarang...
aku seorg penunggang motorsikal, meredah hujan seakan sudah lali dengan aku, dan aku cukup degil untuk membeli satu baju hujan
hujan hitam tu realiti ke fantasi?
Gill harap bila hujan hitam turun, Gill boleh meraikannya.
Namun - Gill takkan tahu.
Masih banyak persediakan yang perlu dilakukan jika mahu 'meraikan' awan hitam itu. :)
Hujan rahmat. Jadikan hujan hitam juga rahmat buat kita.
aku sedang seru hujan hitam untuk malam ini.
hujan hitam telah lam mengirim pesan. Biasannya terkena kepada siapa yang sedar kewujudannya.
*lama
Hujan hitam di saluti awan hitam...^^
aku fikir aku perlu menyanyi untuk menyeru hujan malam ini, langsung menikmatinya tika tidur.
hujan dlm hatiku sudah lama menghitam. menjadi racun.. dan aku mati walau masih bernyawa... dan aku berkata-kata walau tanpa suara..
~ nico robin~
nak komen tapi takut silap.
masih punya takut rupanya aku...
mungkin aku pernah bertembung sama hujan hitam itu, aku raikannya.. iya, seronok
aku tertinggal sesuatu ke?
Mahu bermesra dengan hujan hitam lah kalau macam tu.
kalau hujan pun hitam, apa yang ia sucikan?
hujan nampak hitam bila aku berkaca mata hitam.
bila tanggal.. eh putih je hujan.. cuma langit yang kelam.
hahaha.. mungkin aku bebal bahasa, tapi itu ja la yang aku paham.
Amende hujan hitam tu?
aku percaya
dan di manakah payung berada ?.
hujan sedang turun kat kampung aku sekarang ni
tapi masih nampak putih
masih berbau harum
eh tahut pulak aku.. macam dah nak the day after tomorrow
hot chocolate.
hujan hitam bagaikan sebuah musibah, salah satu ujian dari Dia. kalau kau lari, itu namanya pengecut. sampai bila kau nak lari?
kalau hujan hitam tgh otw..jgn mai kt ak tau..nnti abes hitam aku..hehe
duk rumah dan zzz....
xpe lah hujan hitam pun asal itu hujan rahmat
hujan hitam?? apakah itu??
ok,mule2 bce xpham...then,bce komen bru pham -.-
hujan hitam.
apa tu ghost?
bersediakah hujan hitam itu sendiri hendak menempuhi aku?
keh keh keh. hai abam ghost.
hari tu meredah hujan lebat di sekitar Legoland, harga tiket rm100++ punya pasal, sanggupppp basah kuyup haha.. err hujan hitam? simbolik?
Hujan nampak hitam di malam hari..
macam marah menghentam atap rumah..
dan aku sudah meredah segala hujan hitam/putih/bewarna selama ini. soalnya, aku tak punya kereta. ok, belum punya kereta.
Post a Comment