menancap pancang hidup



satu hari belum pasti memuaskan hati kita tentang apa yang kita perlakukan. malah setahun saja pun belum pasti, ada bahagian-bahagian yang kita rungutkan, ada babak dan episod yang bikin kita menundukkan kepala kita. belajar sebanyak mana pun dari apa yang sudah alami, fikir selama mana pun kita, pasti yang mendatangi kita tetap persoalan-persoalan bubrak. yang memaknai kehidupan kadang bukan dari itu, tapi dari hal yang sepele teleng, separa random, sekonyol lucu, seremeh mereneh sup sayuran. berbicara apa pun kita, kehidupan ini seolah mengelak kehidupan yang lain. yang kita perolehi hanya sebahagian dan sebahagian yang lain menyimpang. yang kita olah, yang kita ubah, hanya sebahagian, sebahagian yang lain tetap saja di tempat yang sama. kita berusaha menemui sesuatu dan meninggalkan suatu yang perlu.

kita, kadang tidak pernah belajar seolah menancap pancang hidup kita pada pasiran.

45 comments:

broken_nigina said...

terlupa.

ewanthology said...

Ilmu kehidupan takkan pernah habis. Ada yg kita sempat pelajari, ada yg kita tidak sempat.

andri K wahab said...

untuk itu, mari kita belajar !.

Jna marcello said...

Maaf Na kurang faham menacap pancang hidup tu ape?

sahidzan said...

Mister perfectionist?

deep juga ni.

Anonymous said...

biasalah. terlalu mengejar realiti dan akhirnya jadi satu fantasi.

Cikgu Ma said...

usaha...

miranadia said...


sebab itu ada hari esok, untuk betulkan apa yang dirungutkan

Cik Specky said...

aduhh.. pening gue, baca byk kali cuma paham sup sayuran haha..

apa2 pun sememang nya begitu lah manusia, mmg diciptakan begitu, serba serbi kekurangan, namun selemah2 manusia dikurniakan akal, maka gunakan lah.

Unknown said...

nk muhasabah diri

a n said...

ada yang mereka kata..manusia itu bodoh jika mengulangi kesilapan yang sama.

yang bodoh sebenarnya orang yang berkata itu.

p/s tahniah phan atas jualan LSK yng sudah sold out...hehe

geeds said...

and with every entries of yours, i learnt new words.

Unknown said...

impossible is nothing...
apa saja bleh terjadi huhu

Wadi AR said...

antuu. bersabarlah untuk hari akan datang

APi said...

dan bayang pancang mula memanjang, akhirnya hilang dan kita masih berdiri menancap gelap malam..

Anisa Hang Tuah said...

Yang menyimpang itulah yang aku sayang

reenapple said...

lama-lama aku rasa hidup ini beri aku ujian yg payah. Huuu. Sedang belajar menerima..

Asrul "iLham" Sany said...

terpulang pada kehendak diri :)

Felly Sophia said...

Banyak persoalan yang kadang tak terjawab.

♥ Nana BamBam ♥ said...

cube mempelajari erti kehidupan :)

Hansyirah Takezur said...

sama ada tidak bersyukur atau tidak belajar dengan mendalam daripada persekitaran, aku kira mengapa kita tidak menancap pancang hidup.

usahalah sejauh mana pun, persoalan kiehidupan takkan pernah habis dibincangkan.

محمد رازيق said...

encik privasi aku sedang menghadam karya kau. hehe.

manusia itu tidak pernah puas.

hanaahmad said...

walau hanya dengan memandang awan di langit pun kau sudah belajar tentang hidup.

manusia tidak pernah mahu belajar dari apa yang mereka ada.

pepol said...

ada benda baru yg kita belajar,kemudian ada benda lama yang kita sudah lupa

sugar2 kapas strawberry said...

hargai.

Gillette Flores said...

Deep.
Tapi kalau Gill tak lalui beberapa 'fasa' baru-baru ni, pening Gill cuba nak faham ni.
Tapi Gill faham apa yang kau cuba katakan.
:)
Gill doakan kau sentiasa baik-baik :)

blog-tips-kurus said...

LSK sudah sold-out! yeay!!

*di tanganku je dah ada 20 unit. ;)

Mindaberbisa said...

Kita sama-sama usaha, walau hari ini baru nak bermula bertatih.

ctpayong said...

kudrat yang dipinjamkan adalah sekadar untuk kita "berusaha" selebihnya redha dengan apa yang Dia tentukan.

Asyiqin Haulisah said...

sebab itu kita kena belajar, supaya kita jad terpelajar. :)

.::: mr IQ :::. said...

nice gile kata-kta kau..

eita said...

kita belajar lebih lagi pasal kehidupan ni

Mas Huda said...

semoga kita bisa lebih berbahagia lagi

tehr said...

usah bersedih dengan apa yang kita tidak perolehi
memang itu bukan untuk kita

cimöt said...

kita penentu segala...

sama ada kau terima seadanya..
atau kau biarkan saja..

tapi tu laaa..jangan kau biarkan masa memamah tanpa sebarang hasil..

ஜ miss klanika ஜ said...

kita lupa, jemu dan cepat berubah . kombinasi sialan.

Cikli said...

Muhasabah kita perlukan tiap saat ghost.

Päk Läng said...

kehidupan itu sendiri adalah proses pembelajaran...cuma sedar atau tak

terlalu memikirkan soal hidup serta mahu kesempurnaan memang memenatkan

redah dan santai mungkin pilihan yang sedikit lebih baik

Khaisya said...

sebahagian lagi masih di takuk yg lama.

NY said...

Mereka yang bijak mengatakan, kehidupan ini cuma jambatan, jadi jangan bina rumah di atasnya...

rhm slzr said...

seribu tahun hidup belum tentu cukup utk katakan kita sudah belajar.

Nina Mads said...

menuntut ilmu biar la sampai ke negara china..

Miss PIJAOSIX said...

aku sedang belajar menikmati waktu yang telah sedia ada...

Labia Majora said...

bosannya tulisan kau ni. huh. blah dulu.

e. indah said...

sesat ...

aku berusaha menemukan sesuatu dan telah tertinggal sesuatu


apa khabar kamu?