#runutkata II




aku baru saja menyiapkan cerpen untuk sebuah kolaborasi buku. Untuk menyiapkan sebuah cerita perlu ada pengaruh dari apa yang kita tonton, baca dan mungkin juga selalu dengar. Kedengaran klise tetapi ia sudah cukup sebagai suatu momentum untuk orang semacam aku. Menghabiskan masa dengan mengingat lirik passenger side, membayangkan kisah di dalam bukak api, mendalami watak existere dan sekali sekala mendengar semula nyanyian iwan fals. Cara lama semuanya. lebih teruk ia diulang-ulang.

keinginan lari dari kesibukan jadual aktiviti hanya akan menemukan aku dengan kenyamanan tempat tidur. Panas yang menyergap bikin aku perlu mandi 4 kali sehari, dengan uniform yang cuma ditukar ketika melewati jam 1700pm, dengan kesakitan lutut yang membuatkan aku hanya seperti pemain simpanan sampai tamat perlawanan, dengan kehadiran orang untuk menguruskan permintaan-permintaan, adalah satu situasi yang berulang pada keesokan harinya.

Dalam lohong begini, memang sangat bernasib baik kalau aku menemukan jalan keluar ketika semuanya tersekat oleh konkrit. Soal imaginasi, hanya dalam pusaran air kopi.







hujan hitam



hari tu, masa perjalanan ke kuala lumpur, aku basah habis. hujan tak pernah kasihan dengan aku. tapi aku redah juga. tanpa rasa kasihannya, aku yakin aku akan sampai ikut masa yang dirancang. basah tapi tak gigil. aku banyak tarik nafas, dan nafasku betul-betul kudengar.

aku cakap kat diri aku. satu hari nanti, sepanjang perjalanan ini, hujan hitam betul-betul wujud. aku mau semua orang akan percaya dan tahu, yang hujan hitam bukan suatu yang harus ditakutkan. tapi suatu yang mesti diraikan. tak perlu lari dan sembunyi.

hujan hitam itu mula-mula akan ada di dahi kita. percayalah, ia betul-betul ada. bodohnya kita, sebab tak pernah sedar ia ada. nanti sampai tua pun, kita tetap tak sedar dan ia betul-betul memperbodohkan kita.

hujan hitam sudah mengirim pesan.






menancap pancang hidup



satu hari belum pasti memuaskan hati kita tentang apa yang kita perlakukan. malah setahun saja pun belum pasti, ada bahagian-bahagian yang kita rungutkan, ada babak dan episod yang bikin kita menundukkan kepala kita. belajar sebanyak mana pun dari apa yang sudah alami, fikir selama mana pun kita, pasti yang mendatangi kita tetap persoalan-persoalan bubrak. yang memaknai kehidupan kadang bukan dari itu, tapi dari hal yang sepele teleng, separa random, sekonyol lucu, seremeh mereneh sup sayuran. berbicara apa pun kita, kehidupan ini seolah mengelak kehidupan yang lain. yang kita perolehi hanya sebahagian dan sebahagian yang lain menyimpang. yang kita olah, yang kita ubah, hanya sebahagian, sebahagian yang lain tetap saja di tempat yang sama. kita berusaha menemui sesuatu dan meninggalkan suatu yang perlu.

kita, kadang tidak pernah belajar seolah menancap pancang hidup kita pada pasiran.